Mengenai kewujudan syaitan2 ini, Al-Khattab R.A. berkata, terdapat sembilan jenis anak syaitan yg perlu kita ketahui dan hindari, iaitu:
(1) Zalituun
Duduk di pasar/kedai untuk menghasut manusia supaya hilang sifat jimat-cermat. Tugasnya ialah menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yg melebihi keperluan.
(2) Wathiin
Pergi kepada orang yg mendapat musibah lalu menghasut supaya bersangka buruk terhadap Allah S.W.T.
(3) A'awan
Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Menghanyutkan mereka dengan mewujudkan perasaan seronok serta bangga dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
(4) Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol, iaitu mereka yg sering minum alkohol dan mabuk. Selain itu, Haffaf suka juga menghampiri orang yg berada di tempat-tempat maksiat seperti disko dan kelab malam, dan juga tempat-tempat yg ada menyediakan minuman keras.
(5) Murrah
Merosakkan serta melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga mereka menjadi lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan dunia glamour.
(6) Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata di mulut.
(7) Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika hendak masuk ke dalam rumah, maka Daasim akan berusaha mewujudkan haru-biru dan kacau-bilau yg seterusnya mengarah kepada berlakunya keruntuhan rumahtangga (eg: suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, suami memukul isteri, isteri hilang pertimbangan dan menuntut cerai, anak-anak didera, dan pelbagai lagi bentuk kemusnahan rumahtangga).
(8) Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika sedang melakukan ibadat seperti berwudhu’ dan menunaikan solat.
(9) Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yg menyembah api/matahari.
Dan sebagai tambahan (tp ini bukanlah drpd jenis anak2 syaitan)…
# Isetan - Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh dunia. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing, etc.....Kebaikannya: Memberi potongan harga ketika karnival jualan. Keburukannya: Melalaikan manusia membeli-belah sehingga lupa waktu solat. Pesanan: Membeli-belah tu berpada2 lah, jangan sampai berlebih-lebihan pula. Membazir itu kan amalan Syaitan…
Agak-agaknya, syaitan yg mana satu yg selalu menghampiri kita setiap hari? Tidak mustahil, mungkin sememangnya kesemua sekali? WALLAHU A3LAM…
Ke Mana Menghilangnya Qamarguyz?
8 years ago
No comments:
Post a Comment