Saturday, June 13, 2009

MASALAH BERSANGKA-SANGKA


Manusia hari ini suka bersangka-sangka,
Ada sangkaan baik... Dan ada juga sangkaan buruk.
Orang beribadah disangka riak,
Manakala orang yang relax disangka malas.
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Manakala orang yang pakai baju buruk disangka zuhud.
Orang makan banyak disangka pelahap,
Manakala orang makan sikit disangka diet.
Orang baik disangka buruk,
Manakala orang buruk disangka baik.

Orang senyum disangka mengejek,
Manakala orang bermasam muka disangka sombong.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Manakala orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk,
Manakala orang yg nampak ceria disangka membela.

Sedangkan kita mana tahu yang diam itu,
Barangkali kerana berzikir kepada Allah.
Kita mana tahu yang senyum itu,
Barangkali kerana ingin bersedekah.
Kita mana tahu yang bermasam muka itu,
Barangkali kerana mengenangkan dosa.
Kita mana tahu yang menawan itu,
Barangkali kerana bersih hati dan mindanya.
Kita mana tahu yang ceria itu,
Barangkali kerana cergas cerdasnya.

Oleh itu, jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama kita seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat, dan semuanya itu bergantung bagaimana kita melihatnya.

3 comments:

  1. huu~ betul.. betul.. betul..

    ReplyDelete
  2. sy sokong sajak ni jgnlah bersangka buruk terhadap org.... bg sy NOBODY IS PERFECT? hehe ape2 pun bersngka la baik terhadap smua wlpn org tu ada niat buruk... jgnlah di kutuk di nasihatnya adalah lebih baik... hehehhee

    ReplyDelete
  3. to Apih:
    hehe. yup. smmgnya benar2 belaka~


    to NICK IRFAN:
    ha, btol tu dik! akak sokong pe yg nick katakan tu. drpd kita buat penilaian n kesimpulan awal yg x elok, duk kutuk2.. baikla kita bersangka baik, cuba dekati n nasihati andai ternyata org tu buat salah n silap. rite?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails