Thursday, June 25, 2009

KADANG – KADANG KITA TAK TERFIKIR PUN…


Hidup ni ada pasang surutnya. Kadang2 kita bernasib baik, tetapi adakalanya juga kita diduga dengan nasib yg kurang baik.

Katakanlah kita ni agak bernasib baik.. semakin hari kehidupan kita bertambah senang. Dahulu hidup serba kurang, kemudian hidup sederhana, dan sekarang hidup bertambah mewah dan selesa. Gaya hidup kita juga kini sudah jauh bezanya dengan kehidupan kita yg dahulunya serba kurang.


Cuba kita imbas kembali…

1) Kenderaan: Motor -> Perodua Kancil -> Proton Wira -> BMW
2) Sukan: Badminton -> Bowling -> Golf
3) Penginapan: Rumah sewa -> Rumah yg dibeli sendiri
4) Pekerjaan: Technician -> Supervisor -> Engineer -> Manager
5) Perabot: Tv 14' -> Tv 21' -> 29' -> Home theather
6) Destinasi Pelancongan: Langkawi -> Hadnyai -> Bangkok
7) Tempat memancing: Parit/Longkang -> Sungai -> Kolam (bayar punya) -> Laut dalam (sewa bot mewah) -> Kalong


Tetapi kita sering lupa... Semakin banyak kita kecapi kejayaan, semakin hampirlah saat kematian kita. Ditakuti semakin kita berjaya, kita menjadi semakin lupa bahawa sesungguhnya semua yang kita dapat merupakan pemberian Allah, yang dalam erti kata lainnya, “on loan”.

Cuba renungkan kembali, setiap kali kita buat action plan atau buat revision, berapa banyakkah kita masukkan item-item yg membawa ke arah
“persediaan untuk mati”…

Umpamanya:

1) tak solat -> pastikan solat -> jadikan amalan
2) banyak lakukan maksiat -> kurangkan -> hapuskan
3) cuti-cuti Malaysia -> Madinah -> Mekah
4) sedekah RM1.00 -> RM10.00 -> RM100.00
5) solat di rumah -> solat di surau/masjid
6) 5 jam untuk Tv -> 3 jam untuk Tv & 2 jam untuk majlis ilmu
7) 3 jam baca suratkhabar/majalah /internet -> 2 jam baca suratkhabar/majalah/internet & 1 jam membaca Al-Qur’an/selawat/zikir.


Tetapi apa yg banyak berlaku di akhir zaman ini ialah personal improvement kebanyakannya lebih menuju ke arah keduniaan semata. Perkara berkaitan akhirat lama-kelamaan semakin diketepikan...

Sebagai contoh:

1) Dulu rajin solat tak tinggal 5 waktu, tp sekarang beransur-ansur.
2) Dulu tak kenal dangdut/karaoke, tp apabila diberi kenaikan pangkat & gaji lebih, maka dangdut/karaoke dah jadi kebiasaan.

Dan macam-macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu...


Justeru itu, mulai sekarang, sama-samalah kita membuat balance action plan, balance objective & target, dan juga balance improvement. Allah itu Maha Adil, diberikan semua makhluk di dunia ini 24 jam sehari, tiada seorang pun yg mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun. Allah juga beri kita peluang untuk menggunakan masa yg kita ada untuk dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Allah hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40-50 tahun di dunia ini demi untuk mendapat balasan Syurga yg kekal selamanya di akhirat kelak.

Semoga Allah terus memberikan petunjuk dan hidayah-Nya buat kita dalam mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat…Aaamiin…

2 comments:

  1. ha! btol ape kata2 akak dlm entry ni... x terpikir lak saya sblm ni? thnkz! nice entry!!

    ReplyDelete
  2. to NICK IRFAN:

    terima kasih kembali dik :)
    tula, spt tajuknya juga "kadang2 kita tak terfikir pun"..
    mmg biasanya semua ni terjadi tanpa kita sedar..
    semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kpd kita,
    lalu berazam utk perbaiki diri dan amalan kita di masa akan datang, inshaAllah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails