Rasulullah berpesan kepada Aisyah RA : “Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an. 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir. 3. Sebelum para muslim meredhai kamu. 4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah.”Lalu bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara tersebut dalam satu malam?”
Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau tidur :
1.
Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali, kerana itu seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2.
Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
3.
Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.
4.
Dan,perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir, kerana itu seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."
Marilah sama2 kita renungkan…adakah kita melakukan keempat-empat perkara ini sebelum kita tidur??
No comments:
Post a Comment