Sunday, June 21, 2009

HIKMAH BERWUDUK

Sebelum menunaikan solat, kita harus mengambil wudhu’ terlebih dahulu. Tidak sah solat seseorang tanpa wudhu’. Tetapi tahukah kita apakah hikmah di sebalik berwudhu’?

Ramai di antara kita yg tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yg dituntut dlm Islam mempunyai hikmahnya yg tersendiri. Pernahkah kita terfikir, mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Ketahuilah dan renungkanlah hikmah di sebalik berwudhu’…



1. Ketika berkumur, berniatlah, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
>> Setiap hari pastinya kita ada bercakap apa2 yg tidak berfaedah.



2. Ketika membasuh muka, berniatlah, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Engkau hitamkan mukaku ini".
>> Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah, "Ya Allah, berikanlah buku amalanku di tangan kananku ini".
>> Ahli syurga diberikan buku amalannya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah, "Ya Allah, janganlah Engkau berikan buku amalanku di tangan kiri ku ini".
>> Ahli neraka diberikan buku amalannya di tangan kiri .



5. Ketika membasuh kepala, berniatlah, "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di Padang Mahsyar nanti dengan Arasy-Mu".
>> Panas di Padang Mahsyar umpama matahari hanya sejengkal di atas kepala kita.



6. Ketika membasuh telinga, berniatlah, "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini".
>> Hari-hari kita mendengar org mengumpat, memfitnah, & lain2 lg.




7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
>> Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqim dgn pantas.



8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah, "Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid dan surau-surau, dan bukannya ke tempat-tempat maksiat".
>> Qada' dan Qadar kita di tangan Allah, maka banyakkanlah memohon moga diri beroleh petunjuk dari-nya dan terhindar dari segala dosa dan maksiat.


Sesungguhnya Islam merupakan agama yg sempurna, yg penuh dengan hikmah. Dalam setiap tuntutannya, pasti ada hikmahnya yg tersendiri. Selamat beramal =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails