Saturday, June 6, 2009

LELAKI YANG BAKAL KE NERAKA


Seorang ayah… kerana…

# tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
#tidak memberikan keperluan agama spt mengajar solat&mengaji.
# membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

>> walaupun si ayah memberi kemewahan dunia kepada anaknya, namun tetap saja dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka.

Seorang suami… kerana…

# tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
# membiarkan isteri bergaul bebas di pejabat.
# membenarkan isteri memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.
# mendiamkan diri dan tidak menegur kesalahan isteri.

>> walaupun si suami merupakan seorang yang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal), namun tetap saja dia akan ditarik oleh isterinya ke neraka.

Seorang abang… kerana…

# tidak melaksanakan tanggungjawab menjaga maruah wanita dalam keluarganya setelah pemergian ayahnya.
# hanya mementing isteri dan anak2nya sahaja, dan adik2 perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam.

>> maka tunggulah tarikan adik2 perempuannya di akhirat ke neraka.

Seorang anak lelaki… kerana…

# tidak menasihati perihal kelakuan ibunya yang nyatanya haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

>> maka nantikan tarikan ibunya ke neraka di akhirat kelak.

Di sini kita dapat lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak haruslah memainkan peranan mereka yang sebenar agar terhindar dari terhumbam ke dalam neraka. Firman ALLAH S.W.T. :

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU
DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA
IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Buat yang bergelar wanita, kasihankanlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kasihanilah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas... Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.... Sesungguhnya harga seorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH nilaikan seorang muslim dengan SYURGA... maka semua kaum muslimin pastinya akan masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH.. Justeru marilah kita berdoa semoga diri kita semua tergolong dalam kumpulan yang memasuki syurga tanpa melalui seksa azab api neraka...Aaamiin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails