
Sebaik sahaja masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Proses ini seterusnya akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1½ jam.
Belum pun laungan azan di seluruh Indonesia selesai, ianya disambung pula dengan bermulanya azan di Malaysia. Berikutnya di Myanmar. Dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, maka tiba pula giliran Dakka di Bangladesh.
Dari Bangladesh, laungan azan kemudiannya akan kedengaran di Calcutta, dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit, jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan.
Walaupun masih belum berakhir laungannya di Pakistan, azan seterusnya akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Omman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9½ jam. Justeru itu, belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.
Ini berterusan bagi setiap kali tibanya waktu solat. Lihatlah… betapa azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia tanpa terputus! Subhaanallah… begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan di setiap negara boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), maka pastinya akan bergegarlah satu dunia dengan laungan azan yang tidak putus-putus… Allahu Akbar!























































