Pada suatu hari, si ayah berjalan-jalan bersama puteri kesayangannya …
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, si anak terpijak pohon semalu, lalu kakinya berdarah. Si anak ini mengadu kesakitan. Dengan nada yang sedikit marah, si anak meluahkan ketidakpuasan hatinya berkaitan keberadaan pohon semalu itu yang dirasakan menghalang laluannya.
Si ayah hanya tersenyum melihat karenah si anak. Dengan tenang, si ayah berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Si anak merasa hairan lalu meminta penjelasan lanjut untuk memahaminya.
Lalu si ayah menerangkan, “Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek:
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 3aalamiin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita haruslah kembali ke rumah mereka apabila waktu semakin senja.”
Oleh yang demikian, buat wanita sekalian, ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanyalah sepohon tumbuhan yang kecil…

SESUNGGUHNYA YANG MEMBEZAKAN WANITA ISLAM DARIPADA WANITA BUKAN ISLAM IALAH SIFAT MALU
Salam saudari.. analogi yang bagus.. Cuma ada sesetengah orang menyebut yang ayah itu Rasul SAW dan wanita itu adalah isterinya Aisyah (versi lain, versi ini anaknya). Ini palsu. Pokok semalu tidak wujud di Arab pada zaman Rasul SAW. Jadi jika seseorang menyebut ia adalah hadith, maka itu satu penipuan. Sekadar berkongsi.. Apa-apa pun analogi ini sangat baik.. semoga menjadi pengajaran buat kita semua. Cuma jangan tersasar sehingga menyebut ia adalah hadith.. Semoga Allah memberkati hidup kita semua.
ReplyDeletesalam saudara Muhammad.. terima kasih terlebih dahulu sbb sudi singgah bace n drop komen :)
ReplyDeleteyup, saye tahu ade yg menyebutnya kisah Rasulullah dan puteri baginda.. tp saya seorang yg cukup "takut" (berhati2) untuk menyebarkan sesuatu yg dikatakan 'hadith'.. jadinye terlebih dahulu saya akan pastikan status kesahihannye dulu..andai sahih itu adalah hadith, barulah sy katakan itu hadith..
same juga saya lakukannye utk kisah ini. saya dapati ianya bukanlah hadith...justeru itu juga, saya menyebutnya cuma sbg dialog si ayah n anak gadisnya..yg penting, pengajaran yg ilmu yg boleh kita ambil.. ;)
apepun, terima kasih sekali lagi atas perkongsian saudara..moga2 kita semua tidak mudah men'declare' sesuatu itu sbg 'hadith' tanpa menyelidik terlebih dahulu statusnya samada sahih ataupun tidak..wallahu a'lam..
to Muhammad:
ReplyDeletejemput bace n3 berkaitan di sini:
http://www.kongsibersama.info/2009/12/potong-kuku-mengikut-hari-hari-tertentu.html?showComment=1292164093691#c4448474062644856236