Sunday, August 30, 2009

MASJID DI HATIKU…



Di bulan Ramadhan Kareem ini, pastinya ramai yg pergi ke masjid terutamanya di malam harinya bagi menunaikan solat fardhu isya’, solat sunat tarawih dan solat sunat witir secara berjemaah. Selain mengimarahkan masjid dan mendapatkan pahala solat berjemaah, kita juga dapat berkenalan dengan saudara seIslam yg lainnya.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW ada menyatakan tentang kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah SWT sahaja. Di antara golongan yang mendapat naungan Arsy Allah di Hari Kebangkitan ini nanti ialah “lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid”.

Justeru itu, sebagai seorang Muslim, marilah kita sama2 menghidupkan rumah2 Allah dengan mengimarahkannya semaksima mungkin…Rajin2kanlah diri pergi menunaikan solat berjemaah di masjid selagi ada kelapangan waktu… Dekatkanlah hati kita dengan masjid-masjid, mudah2an di akhirat kelak kita mendapat naungan Arsy Allah SWT.



>>> THE 3 HOLY MOSQUES <<<





Masjid Al-Haram, Makkah Al-Mukarramah
Masjid tertua di muka bumi ini,
yang juga merupakan Qiblat ummat Islam sekarang…






Masjid An-Nabawi, Madinah Al-Munawwarah
Di sinilah terletaknya makam Rasulullah SAW…





Masjid Al-Aqsa, Bayt Al-Maqdis
Qiblat pertama bagi ummat Islam sebelum dipindahkan
ke Ka’abah di dalam Majidil Haram.




Notakaki: Mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk jejakkan kaki berkunjung serta beribadah di masjid-masjid ini suatu hari nanti... Aamiiin...


Saturday, August 29, 2009

KENAPA KITA PERLU BERSAHUR?



Tengok pada tajuk entri ini, pasti boleh je nak jawab sendiri, kan? Kalau ikut logiknya, dengan bersahur, ia akan memberi kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian sepanjang kita berpuasa siang hari esoknya. Benar, jawapan ini memang rasional dan boleh diterima dek aqal waras kita.

Tapi pernahkah kita terfikir, apakah “sebab sebenar” kenapa kita perlu bersahur? Ada apa dengan bersahur? Ada kaitan dengan agama ke? Kalau tak bangun sahur, tak pe ke?

Kalau dilihat dari sudut agama, orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab) juga berpuasa. Tetapi cara mereka berpuasa sedikit berbeza dengan ibadah puasa yang dikerjakan oleh kita ummat Islam. Apa perbezaannya?

Tak lain tak bukan, perbezaanya adalah dengan adanya makan sahur. Puasa mereka tanpa disertakan dengan makan sahur, manakala dalam Islam, kita hendaklah bangun bersahur. Sesungguhnya amalan bangun sahur inilah yang membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud:
“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

# GALAKAN UNTUK BERSAHUR

Sahur maerupakan satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas ummat Islam. Anjuran bersahur ini dapat dilihat dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Hadis ini menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa, walaupun hanya dengan seteguk air.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW juga ada menyebut tentang kelebihan buat orang yang bersahur, (maksudnya): “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

# SUNAT MELEWATKAN SAHUR

Kita bukan sahaja disunatkan untuk bangun makan sahur, tapi kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur, kerana itulah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh). Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama Nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Zaid ditanya: “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadith yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir. Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi.

# KEPENTINGAN SARAPAN PAGI

Kajian menunjukkan makanan paling utama dlm masa 24 jam ialah sarapan pagi. BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yg tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis. Kajian sama juga menunjukkan, mereka yg sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yg jarang bersarapan pagi.

Hal ini menjadi lebih penting kpd kanak-kanak yg berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yg kecil. Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dlm darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan pd pelajaran. Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yg tidak bersarapan pagi menanggung risiko 2x ganda mengalami kekurangan zat besi dlm darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.


Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudharatan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur juga dikira sebagai suatu ibadah kerana ia merupakan sunnah, dan waktu bersahur juga merupakan masa yang dipenuhi keberkatan.

“Katakanlah, mahukah Aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertaqwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai2. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri2 yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba2-Nya. (Iaitu)orang yg berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah)orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Ali Imran: 15 - 17)





Notakaki: Rajin2kanlah diri untuk bangun sahur, dan lewat2kanlah bersahur. Janganlah amalkan bersahur di malam hari dengan alasan susah bangun awal pagi untuk bersahur, kerana ianya tidak akan memberi kebaikan sarapan pagi sepertimana dinyatakan dalam kajian di atas, dan juga tidak mengikut sunnah. Dan jangan pula segera menyudahkan sahur terlalu awal sehingga jaraknya dengan waktu Subuh juga agak jauh jaraknya…

Friday, August 28, 2009

KESILAPAN KERAP MUSLIM DI BULAN RAMADHAN


Oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama, iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan:


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya: "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin (ertinya): " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat: 18)

Dalam hadith juga ada menyebut (ertinya): "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat): Wahai Rasulullah, waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah SWT); jawab Nabi: Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" (Riwayat At-Tirmidzi, no 3494, Tirmidzi & Al-Qaradhawi: Hadis Hasan; Lihat Al-Muntaqa, 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan Rasul-Nya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan (maksud hadith): “menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim, no 1015, 2/703; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut (maksudnya): "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir: Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith (ertinya): "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" (Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi: Sanadnya sohih)


Sekian.


Notakaki: Perhatikan… adakah kita juga melakukan kesilapan2 ini? Andai ada, maka perbaikilah kepada yg sepatutnya… (peringatan dan teguran buat diri dan teman-teman yang lain).

Tuesday, August 25, 2009

HAMPIR SAMA, TAPI HAKIKATNYA TETAP BERBEZA



-Kesinambungan dr n3 “AWAS: STATUS “HADITH” INI DIRAGUI!”-


Setelah menerima SMS dari seorang teman yg mengforwardkan mesej tentang “doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan…” yg akhirnya membawa saya kepada entri bertajuk “AWAS: STATUS “HADITH” INI DIRAGUI!”, semalam teman sebilik pula bertanyakan tentang “hadith” yg sama, diterimanya dari teman melalui email.

Hmm… Nampaknya “hadith” ini masih lagi tersebar di kalangan mereka yg mungkin leka dan alpa kerana tidak menyiasat status “hadith” ini terlebih dahulu. Bagi mereka yg sudah terlanjur menyebarkannya ekoran ketidaktahuan, seeloknya mohon maafla kepada semua penerima forward mesej kalian. Ketepikanlah ego dan rasa malu demi menyampaikan kebenaran…

Persoalannya di sini, bagaimana “hadith” ini boleh timbul? Ini terjadi ekoran salah fahaman manusia dalam mentafsir hadith. Mereka tidak mengkaji asal-usul hadith dengan teliti, baik dari sudut sanad (perawi2 hadith) mahupun matan (isi kandungan) hadith tersebut.

Dipercayai, “hadith” ini ada kaitannya dengan satu lagi hadith yg mana matan hadith tersebut seolah2 hampir sama dengan yg disebar-sebarkan ini. Kedua-duanya menyebut bahawa Rasulullah mengaminkan doa malaikat Jibril. Tetapi, kalau dikaji matan kedua-duanya, pasti akan ketemu perbezaannya yg begitu ketara.

Matan yg hampir serupa adalah begini:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah SAW bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu Rasulullah SAW menaiki anak tangga mimbar seraya berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, Rasulullah SAW berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, berkata lagi: Amin. Ketika Rasulullah SAW turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulallah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu Baginda Rasulullah SAW menjawab:

"Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya." - Hadits Riwayat Bazzar dlm Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya & disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dlm Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah).





Lihatlah betapa besarnya perbezaan antara kepalsuan yg disebarkan dengan apa yg sebenarnya dimaksudkan di dalam hadith. Menyebut tentang isu Ramadhan, hadith sebenar mengatakan celakalah orang yg mendapati Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya (iaitu orang yg tetap membuat dosa di bulan Ramadhan), manakala yg dimaksudkan dalam doa Jibrail itu pula menyebut tentang hal bermaaf-maafan sebelum tibanya kedatangan Ramadhan.

Justeru itu, berhati-hatilah dalam menyebarkan hadith kerana ancaman menyebar hadith palsu sangatlah berat. Mungkin anda tidak tahu, namun anda perlu sentiasa berhati-hati tentang sumber dan kesahihannya sebelum mengforwardkannya kepada orang lain…Sentiasalah ingat akan hadith Nabi yg bermaksud:
"Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka." - Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi SAW). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah SAW).



Notakaki: Hadith ini dikategorikan sebagai Mutawatir, yg mana ianya sangatlah tinggi martabatnya. Maka berhati-hatilah supaya kita tidak disiapkan Allah dengan api neraka dengan sebab kelalaian kita. Na3uzubillahi min dzaaliik… WALLAHU A3LAM…


Sunday, August 23, 2009

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W. (DALAM MENYAMBUT BULAN RAMADHAN)



Wahai manusia,
Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah
dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah.
Bulan yang paling mulia di sisi Allah.
Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama.
Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama.
Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.
Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi
tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,
tidurmu ibadah,
amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.
Bermohonlah kepada Allah Rabb-mu
dengan niat yang tulus dan hati yang suci
agar Allah membimbingmu untuk
melakukan sawm dan membaca Kitab-Nya.
Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah
di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu,
kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda,
sambungkanlah tali persaudaraanmu,
jaga lidahmu, tahan pandanganmu
dari apa yang tidak halal kamu memandangnya
dan pendengaranmu
dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

Kasihilah anak yatim,
nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.
Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu.
Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa
pada waktu-waktu solatmu
kerana itulah saat-saat yang paling utama
ketika Allah 'Azza wa Jallaa memandang
hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih.
Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya,
menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya
dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu
maka bebaskanlah dengan istighfar.
Punggung-punggungmu berat
kerana beban (dosa)mu
maka ringankanlah
dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah,
Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya
bahwa Dia tidak akan mengazab
orang-orang yang solat dan sujud,
dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka
pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al 'alamin.

Wahai manusia!
Barangsiapa di antaramu memberi buka
kepada orang-orang mu`minin yang berpuasa di bulan ini
maka di sisi Allah nilainya sama dengan
membebaskan seorang budak
dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

(Sahabat-sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, tidaklah kami
semua mampu berbuat demikian").

Rasulullah meneruskan:
Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan sebiji kurma.
Jagalah dirimu dari api neraka
walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia,
Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini
ia akan berhasil melewati sirat
pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang
yang dimiliki tangan kanannya
(pegawai atau pembantu) di bulan ini,
Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat.

Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini,
Allah akan menahan murka-Nya
pada hari ia berjumpa dengan- Nya.

Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini,
Allah akan memuliakannya
pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan
(silaturrahim) di bulan ini,
Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya
pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini,
Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka.

Barangsiapa melakukan solat fardlu
baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu
di bulan yang lain.

Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini,
Allah akan memberatkan timbangannya
pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an,
ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur’an
pada bulan- bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu
maka mintalah kepada Tuhanmu
agar tidak pernah menutupkannya bagimu.
Pintu-pintu neraka tertutup
maka mohonlah kepada Rabbmu
untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.
Syaitan-syaitan terbelenggu
maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin karamallahu wajha berkata,
"Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah!
Apa amal yang paling utama di bulan ini ?"
Jawab Nabi, "Ya Abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini
adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah..

Alhamdulillaahi rabbal 3aalamiiin.

Saturday, August 22, 2009

AHLAN WASAHLAN KE MADRASAH RAMADHANIYYAH



Salam buat semua… alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih dipanjangkan umur dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini. Semoga kita sama2 dapat manfaatkan bulan mulia penuh barkah ini dengan mempertingkatkan amalan supaya lebih dekat kepada Pencipta kita, inshaAllah..

Hari ini kita mula berpuasa… Bagi yg biasa melakukan puasa sunat, mungkin tiada masalah untuk mereka menghadapi bulan wajib di bulan Ramadhan. Tapi bagaimana pula dengan mereka yg sebaliknya? Bagi mereka yg jarang sekali menunaikan ibadah puasa sunat, mungkin mereka akan merasa sedikit kepayahan dalam berjuang melaksanakan puasa wajib Ramadhan.

Jadi apa pula Ramidi (ubat) yg dapat memberi suntikan semangat kepada kita supaya dapat menjalani puasa dan ibadat Ramadhan ini dengan penuh kecergasan, agar tidak kehabisan tenaga, tidak patah semangat di tengah perjalanan, dan juga tidak tersungkur di tengah musim atau di penghujungnya?

Marilah sama-sama kita hayati perkara2 berikut yg mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk mendapatkan suntikan semangat dlm melaksanakan kewajipan berpuasa ini dengan jayanya:


(1) Ikhlas dalam menjalani ibadat puasa kerana Allah SWT.

Ikhlas merupakan kunci penerimaan semua ibadat dan taufik ilahi. Segala ibadah yg dilakukan ikhlas kerana Allah SWT pastinya akan diberikan ganjaran setimpalnya dari Allah SWT. Dengan wujudnya rasa ikhlas kerana Allah SWT semata-mata, inshaAllah segala amal ibadah kita akan dipermudahkan-Nya. Firman Allah yg bermaksud: “Pada hal mereka tidak disuruh melainkan supaya menyembah allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya...” ( Al-Bayyinah: 5)

(2) Menyedari hakikat betapa banyaknya pahala yg menunggu buat orang-orang yg berpuasa, antaranya:

> Di Hari Qiamat nanti, ianya dapat memberi syafaat kepada orang yg berpuasa supaya dapat masuk ke Syurga.
> Adanya satu pintu di Syurga yang dinamakan Ar-Ryan, yang mana hanya orang yang berpuasa sahaja yang dibenarkan masuk ke Syurga melalui pintu itu.
> Puasa Ramadhan menghapuskan semua dosa sebelumnya.
> Di bulan Ramadhan, semua pintu Syurga dibuka, dan semua pintu neraka ditutup.
> Doa orang yg berpuasa tidak ditolak oleh Allah SWT.


(3) Mengetahui keberkatan bulan Ramadhan, antaranya:

> Dapat merasai kekuatan iman bagi mereka yg berpuasa.
> Dapat merasa kekuatan jasmani walaupun tidak makan dan tidak minum sepanjang hari.
> Dapat merasa keuntungan masa (sehari beramal dlm bln Ramadhan rasanya tidak tertampung oleh amal seminggu dlm bulan yg lain).
> Keberkatan bulan Ramadhan, kerana bulan yg telah diturunkan padanya Al-Qur’an.


(4) Mengetahui kelebihan bulan Ramadhan, antaranya:

> Di sisi Allah SWT, bau mulut orang yg berpuasa adalah lebih harum dari bau kasturi.
> Malaikat beristighfar untuk orang yg berpuasa.
> Allah menghiasi Syurga-Nya setiap hari dalam bulan Ramadhan.
> Malam Al-Qadar yg pahala dan berkat ibadat padanya melebihi seribu bulan,di bulan yg lain.
> Pengampunan Allah SWT kepada orang yg berpuasa di malam terakhir Ramadhan.

(5) Mengetahui usaha para sahabat dan para solihin terdahulu dalam melakukan ketaatan di sepanjang Ramadhan.

> Mereka mengetahui kelebihan bulan Ramadhan dan berusaha dengan penuh daya menghidupkan malam-malamnya dengan melaksanakan solat sunat tarawih, solat sunat witir, dan membaca serta bertadarus Al-Qur’an.
> Mereka berjuang menegakkan agama Allah SWT.

(6) Mengetahui Ramadhan merupakan bulan menguji kesabaran.

Dalam menjalani ibadah puasa, kita dikehendaki menahan diri daripada makan, minum, serta perkara-perkara yg membatalkan puasa. Ini bermakna kita diuji dengan tahap kesabaran supaya dapat menahan diri dari melakukan perkara-perkara yg kebiasaanya kita lakukan. Sangat beruntunglah mereka yg berjaya dalam ujian itu.


Itulah Ramadhan, bulan yg menjanjikan kelebihan dan keberkatan, bulan yg menjanjikan pahala yg berlipatganda, bulan yg menjanjikan keampunan perbuatan dosa dan kesalahan sebelumnya. Itulah madrasah Ramadaniyyah yg akan membukan pintunya. Institusi pendidikan Rabbani yg menjanjikan kecermelangan duniawi dan ukhrawi. Setiap muslim yg mukallaf diwajibkan memasukinya. Setiap orang yg telah terdidik di madrasah Ramadaniyyah ini terjamin kehidupan di dunia dan akhirat.

Graduan2 yg lulus dari madrasah Ramadhaniyyah akan menjadi:

(1) Insan yang bertaqwa, kemuncak iman seorang hamba kepada penciptanya,pemangkin diri yang menujahnya kearah mencintai kebaikan dan menjauhkan diri dari kejahatan.

(2) Insan yang penyabar, insan yang sudah teruji daya ketahanan dirinya, tidak akan mudah terdorong oleh pujukan syaitan, tidak akan mudah terdorong oleh nafsu serakahnya.

(3) Insan yang punya semangat jihad yang tinggi, mampu menerima tanggungjawab dan amanah membangunkan agama dan ummat.

(4) Insan yang insaf, terpanggil dengan kesusahan orang lain, merasa prihatin dengan jeritan fakir miskin lantas tangan kanannya menghulurkan bantuan tanpa disedari oleh tangan kirinya.

(5) Insan yang bersih hatinya dari melintasi fantasi durjana.Bersih anggotanya dari kerja-kerja berdosa dan sia-sia,tunduk matanya dari memandang perkara-perkara haram yang terlarang.Kalau lidahnya dari menutur perkataan buruk dan terkutuk.Tuli telinganya dari mendengar siulan dan dendangan irama neraka, kaku kakinya dari melangkah kedunia durjana dan pendidikan tangannya dari meraih perkara yang bukan haknya.



Jadi, gunakanlah segala kesempatan di sepanjang Ramadhan ini utk membina jati diri, keazaman yg murni, dan ketaqwaan yg hakiki. Semoga Ramadhan tahun ini memberikan kita sejuta erti dlm mencari keredhaan Allah SWT, meluruskan jalan ke taman Syurga yg abadi, memperkasakan lagi sifat kehambaan kita kepada ilahi.



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Semoga kita tidak lupa untuk:
RENEW LESEN MULUT,
SERVIS HATI,
KAWAL KADAR PENCEMARAN MATA & TELINGA,
PELIHARA ENJIN PERUT…


Friday, August 21, 2009

AWAS: STATUS "HADITH" INI DIRAGUI!



“Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..”


Saya yakin, pastinya ada di antara kalian yg pernah menerima mesej seumpama ini, tidak kiralah sama ada melalui kiriman emel mahupun SMS, terutamanya di saat Ramadhan hampir tiba. Saya sendiri tidak terkecuali. Sebentar tadi juga ada saya terima SMS tersebut dari seorang rakan (tidak perlulah dinyatakan namanya). Ini bermakna masih ada di kalangan kita yg masih belum tahu tentang kedudukan hadith ini. Jadi di sini ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian, ulasan daripada pihak yg berkaitan berhubung dengan status 'hadith' yg agak meragukan ni.


Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB. Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut: i) Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama’ Hadis yang muktabar, ii) Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar, iii) Hadis ini baru sahaja muncul tahun ini (2008). Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikit kebaikan pada ‘hadis’ tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan. Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (Al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun, perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW. Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.” (Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat). Wassalam.

Lebih lanjut hubungi:
Nurmaezah Omar
Jabatan Pematuhan Syariah
03-7801 1427



Jadi, sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga teman2 seagama, berhati-hatilah ketika menyebarkan hadith2.. siasatlah dahulu sumbernya, kenalpasti status/ kedudukan hadith tersebut supaya mudah2an kita tidak berbuat salah dan silap dalam menyampaikannya. Memang benar niatnya baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah berbuat dusta dengan menyebar2kan “sesuatu” yang kita sangkakan hadith… Na3uzubillaahi min dzaalik… WALLAHU A3LAM…

LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN



Kalau diikutkan, rasanya masing-masing boleh je nak surfing cari sendiri tentang lafaz niat puasa ni.. Tapi atas permintaan dan cadangan seorang teman (Bunda Habibi), maka saya letakkan di sini, mudah2an dapat dimanfaatkan oleh orang lain juga.. terutamanya buat mereka yg mungkin sudah terlupa bagaimana lafaz niat puasa Ramadhan.. maklumlah.. hanya sekali dalam setahun…


# Lafaz niat puasa harian di bulan Ramadhan:


Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa esok hari (kerana) menunaikan Fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”

>> Lafaz ini wajib diniatkan pada waktu malam puasa wajib (biasanya dilafazkan oleh imam setelah selesai menunaikan solat sunat Tarawih dan Witir).


Mengikut mazhab Imam Shafi’e, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama’ berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadhan, iaitu berniat untuk sebulan Ramadhan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan Ramadhan, maka niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat pada setiap malam hendaklah tetap terus dilakukan.


# Lafaz niat puasa sebulan Ramadhan (sepenuhnya):


Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa (untuk) sebulan Ramadhan tahun ini keseluruhannya kerana Allah Taala”.

>> Jika berniat seperti di atas pada malam pertama Ramadhan, sedangkan terlupa niat pada mana-mana malam sepanjang Ramadhan, menurut pandangan Mazhab Syafi'e, puasanya sah.


Selamat Berpuasa buat Muslimin Muslimat Seluruh Dunia. Lipat-gandakan Amalan Kebaikan. Semoga Ramadhan kali ini membawa kita lebih rapat kepada Pencipta kita. Semoga kita semua diampuni dan dirahmati Allah, serta dijauhkan dari api neraka...

Tuesday, August 18, 2009

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN


Sedar ataupun tidak, hakikatnya ketibaan bulan Ramadhan semakin hampir. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan. Tinggal kurang dari seminggu sahaja lagi, umat Islam akan menyambut bulan penuh berkat dan rahmat yg dinanti-nantikan ini.

Sesungguhnya, Ramadhan merupakan bulan jaminan kemenangan yang sudah pasti bagi setiap pejuang. Bukan menang berlawan, berperang atau bertaruh apa-apa, tetapi lebih dari itu, kemenangan yang pasti di bulan Ramadhan adalah merupakan kemenangan terbesar buat mereka yang “menghidupkan” Ramadhan dengan sebenar-benarnya.

Kemenangan yang dimaksudkan di sini tidak lain tidak bukan ialah kemenangan ke atas syaitan, kemenangan ke atas nafsu syahwat, dan juga kemenangan ke atas sebarang kejahatan. Kerana itulah juga, kehadirannya disambut dengan perancangan yang teratur. Bukan rancangan mengatur menu makanan dan hidangan, bukan rancangan menempah pakaian hari raya yang akan menjelang, tetapi persediaan iman, persediaan doa dan persediaan ilmu.

Segala perancangan hendaklah dibuat dengan rapi, dan haruslah merangkumi pelbagai aspek. Perancangan ini amatlah penting kerana ianya akan digunapakai di sepanjang Ramadhan, bagi meraih keuntungan yang dijanjikan, iaitu “Taqwa”, teman setia seorang hamba dalam perjalanan menemui tuhannya. Maksud firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 183: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.

Baginda Rasulullah SAW ketika menyambut kehadiran bulan yang mulia ini ada bersabda (maksudnya): “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, penghulu segala bulan, selamat datang Ramadhan!” (Riwayat Al-Baihaqi).

Menceritakan tentang kegembiraan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak, At-Tabrani meriwayatkan daripada Anas R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. sering berdoa sebelum ketibaan Ramadhan, bermula daripada masuknya bulan Rejab. Antara doa yang selalu diucapkan baginda ialah (maksudnya): “Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”.

Apabila mendekati bulan Ramadhan yang mulia, maka Rasululllah kerap mengulang penghujung doa tersebut, “Allahumma Ballighna Ramadhan” (Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan). Maka tidak hairanlah jika kedengaran bergemanya di serata dunia doa orang-orang yang beriman, “Allahumma Balllighna Ramadhan”, mendoakan agar dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah SAW dididik dengan tema yang agung ini- “Allahumma Ballighna Ramadhan”. Kesannya, mereka menanti dan menyambut Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Dan kemudiannya, selama enam bulan selepas Ramadhan pula, mereka menangis kerana berlalunya Ramadhan sambil memperbanyakkan berdoa agar Allah SWT menerima semua amalan yang telah mereka kerjakan sepanjang Ramadhan. Ini bererti, benih ketaqwaan Ramadan bercambah dalam hati dan jiwa mereka. Sedangkan kita?? Bagaimanakah halnya dengan kita?

Jika kebiasaannya tetamu yang datang berkunjung ke rumah disambut dengan penuh gembira, malah persiapan lebih awal dibuat bagi menyambut ketibaannya, maka begitulah juga “layanan” dan sambutan yang perlu kita berikan kepada bulan Ramadhan. Kedatangan bulan mulia ini sebagai “tetamu” agung umat Islam turut membawa bersamanya keampunan, rahmat, kebajikan dan berkat. Dengan kelebihan-kelebihan yang dimiliki bulan Ramadhan ini, maka wajarlah ianya dijadikan pendorong kepada kaum muslimin untuk menggandakan amal ibadat mereka, dan pastinya kegembiraan menyelubungi mereka yang benar-benar beriman.

Lalu bagaimanakah caranya kita harus menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Apakah yang perlu kita lakukan? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini. Persediaan ini haruslah merangkumi setiap aspek, baik jasmani mahupun rohani, fizikal dan juga spiritual. Banyak persediaan yang boleh kita rancangkan dan lakukan, termasuklah:


IMAN:

1. Bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh.
2. Berazam meninggalkan segala maksiat.
3. Sentiasa berdoa “Allahumma Ballighna Ramadhan”.
4. Perbanyakkan puasa di bulan Syaaban.
5. Membaca Al-Qur’an (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
7. Berzikir setiap masa.
8. Membaca Al-Ma’thurat pagi dan petang.


ILMU:

1. Mempelajari hukum-hukum dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan ibadah puasa, agar ibadah puasa itu dapat dijalankan dengan betul dan diterima oleh Allah SWT.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmum di bulan Ramadhan.


DAKWAH:

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ ceramah tentang kelebihan bulan Ramadhan.
2. Meluangkan masa menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Menyediakan risalah/ majalah kecil untuk orang ramai tentang persediaan menyambut Ramadhan.


KEAZAMAN:

1. Membuka amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

JIHAD:

1. Merealisasikan matlamat “bersungguh-sungguh melawan nafsu”.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.




“Allahumma Ballighna Ramadhan” merupakan doa dan harapan, menunjukkan betapa hamba-hamba yang soleh mengidam dan tamakkan limpahan Allah (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka) dalam bulan ini. Para ulamak dan solihin terdahulu bersiap menunggu kedatangan Ramadhan bagi tujuan mengharapkan keampunan Allah pada sepanjang Ramadhan. Oleh itu, kita hendaklah menghargai bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi ini dan tidak mensia-siakannya dengan membiarkannya berlalu tanpa dimanfaatkan. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari Ramadhan yang sebelumnya...



Sunday, August 16, 2009

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR…



Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu siangnya engkau sibuk berzikir,
tak akan jemu kau melagukan syair rindu,
mendayu… merayu... kepada-NYA, Tuhan yang Satu.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu,
solat yang sungguh khusyu3 lagi tawaddhu3,
tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri,
menghadap Rabbul Jalil, menangisi kecurangan janji,
"inna solaati wanusuki wamahyaaya wamamaati
lillaahirabbil 3aalamiiin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam].

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu,
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja,
di setiap kesempatan juga masa yang terluang,
alunan Al-Quran bakal kau dendang, bakal kau syairkan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu malammu engkau sibukkan dirimu
dengan bertarawih... berqiamullail... bertahajjud...
mengadu... merintih... meminta belas kasih…
"Wahai Tuhan, ku tidak layak ke syurga-MU…
namun tak pula aku sanggup ke neraka-MU".

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang,
pastinya engkau meriahkan Ramadhan,
engkau buru... engkau cari...
satu malam idaman,
yang lebih baik dari seribu bulan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir,
mempersiap diri... rohani dan jasmani,
menanti-nanti jemputan Izrail,
di kanan dan kiri,
lorong-lorong redha Ar-Rahman.

Duhai Ilahi...
andai ini Ramadhan terakhir buat kami…
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti... paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami…
menyeru ke jalan menuju redho
serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di “sana” nanti…

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui,
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya,
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah,
berusaha... bersedia... meminta belas-NYA…

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita…
MAAFKANLAH SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN,
sama ada secara sedar, separuh sedar, ataupun di luar tahap sedar,
sengaja mahupun tidak sengaja…
maaf dipinta atas keterlanjuran kata-kata apabila berbicara,
juga atas salah laku yang mungkin menyakitkan hati,
mohon dihalalkan semua yang pernah diberikan kepada diri ini…



Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh nikmat serta khusyu3, diberkati dan dirahmati Allah SWT… Moga kita dapat menyempurnakan ibadah puasa kita dengan sebenar-benarnya, dan semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah… Aamiiin…



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK, dan…



HOW TO CURE YOURSELF FROM H1N1? (EXPERIENCE OF A PATIENT’S FAMILY)



A small but meaningful info to all of us… a real story from a friend…



My staff was crying herself sick… was told that her son was confirmed of H1N1 in his University at Kangar, Perlis... worse was that when he was bedridden 2 days, the warden didn’t even bother to sent to hospital till his dad came from KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) ... after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish, he was put in quarantined room...

He called his mom to ask for forgiveness... she practically fainted just telling me the story... can’t do much because she didn’t have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg. Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipped... they refused of course... so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam… and was told this simple prescription by him... of course you have to redha and tawakkal to ALLAH…

The Ustaz said, EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE. For those with sore throat, please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and your symptoms are gone... I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip...


I suggested the tip to her, and she tried. Her son was given the apple juice for the whole two days, and with ALLAH’s will, he was out of the fever the day after that... she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally... all these happened within just 4 days… ALHAMDULILLAH…




p/s: This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSHA ALLAH… No harm in trying and with Allah’s will, anything can happen!

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT



Sedikit perkongsian mengenai terjemahan ayat-ayat bacaan wajib ketika menunaikan solat fardhu, dan juga doa Qunut yg dibacakan semasa mengerjakan solat Subuh...



Takbiratulihram

Allah Maha Besar


Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yg mencipta langit dan bumi,
Dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan
untuk tidak menyekutukan bagi-Nya
dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yg Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika ruku3

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia
dan dengan segala puji-pujian-Nya.


Bacaan ketika bangun dari ruku3 dan bacaan ketika i3tidal


Allah mendengar pujian orang yang memuji-Nya.
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi
dan dengan segala puji-pujian-Nya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah daku,
dan rahmatilah daku,
dan kayakan daku,
dan angkatlah darjatku,
dan rezekikan daku,
dan berilah daku hidayah,
dan sihatkanlah daku,
dan maafkanlah akan daku.




Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi
dan rahmat Allah serta keberkatann-Nya.
Sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir



Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi
dan rahmat Allah serta keberkatan-Nya
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Muhammad
dan ke atas keluarga Muhammad
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung


Beri salam kanan dan kiri

Sejahtera ke atas kamu dan rahmat Allah


Doa Qunut


Ya Allah, berilah aku petunjuk
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku
apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan
yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan
tiada siapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu
selain daripada Engkau
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan-Mu
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami
dan Maha Tinggi Engkau
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji
terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi
dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"Wahai Tuhan, ku tak layak ke Syurga-Mu...
namun tak pula aku sanggup ke Neraka-Mu…
kami lah hamba yang mengharap belas dari-Mu..."

ya Allah, jadikanlah kami hamba2-Mu yang bertaqwa…
ampunkanlah dosa2 kami, dosa2 kedua ibubapa kami...
dan juga dosa semua umat2 Islam yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia"





Notakaki: Semoga dengan memahami makna di sebalik bacaan-bacaan dalam solat, ianya akan dapat membantu menimbulkan rasa khusyuk dalam solat yg kita tunaikan.


Saturday, August 15, 2009

ASAL-USUL SOLAT



SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam A.S., iaitu tatkala keluarnya Nabi Adam dari Syurga, lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan, yang membuatkannya berasa takut yang amat sangat. Lalau apabila fajar Subuh telah keluar, maka Nabi Adam A.S. pun menunaikan solat dua rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Bersyukur kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:


Orang yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim A.S., iaitu tatkala Allah S.W.T. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama: Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat: Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus A.S., iaitu tatkala dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu segera menunaikan solat empat rakaat tanda bersyukur kerana telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan, iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.


MAGHRIB:


Orang yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa A.S., iaitu tatkala dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu menunaikan solat tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa A.S., iaitu tatkala Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu Nabi Musa menunaikan solat empat rakaat sebagai tanda bersyukur dengan kehilangan perasaan dukacita tersebut, iaitu:

Rakaat pertama: Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Dukacita terhadap anak Firaun.

KALIMAH “ALLAH”


“ALLAH” – Dialah yang Maha Esa, Maha Kuasa. Pencipta segala-galanya. Dan disebabkan kuasa mutlaq yg dimiliki-Nya, maka sudah memadai buat kita hamba2-Nya untuk diperlihatkan dengan tanda2 kekuasaan-Nya tanpa perlu sedikitpun kita mempersoalkan tentang zat-Nya.

Melihat kepada ciptaan2-Nya sahaja, sudah cukup meyakinkan kita bahawa Dialah sebenar-benar Pencipta. Bahkan, untuk memperlihatkan lagi kekuasaan-Nya, terdapat juga ciptaan2-Nya yg juga dengan izin-Nya, mempunyai kalimah “ALLAH” itu sendiri… Mari sama2 kita perhatikan gambar-gambar di bawah ini… perhatikan keberadaan kalimah “ALLAH” dalam ciptaan2-Nya…




...pada awan...




...pada sarang lebah...




...pada tomato...




...pada bumi...





...pada kurma...



...pada pokok...




...pada telur...



...pada buah...




...pada bunga...


Friday, August 14, 2009

PARADOXES OF OUR TIMES


Today we have bigger houses and smaller families.
More conveniences, but less time.

We have more degrees, but less common sense.
More knowledge, but less judgment.

We have more experts, but more problems.
More medicine, but less wellness.

We spend too recklessly;
Laugh too little,
Drive too fast,
Get too angry too quickly,
Stay up too late,
Read too little,
Watch TV too much,
And pray too seldom!

We’ve multiplied our possessions,
but reduced our values.

We talk too much, love too little,
and lie too often.

We’ve learned how to make a living,
but not a life.

We’ve added years to life,
not life to years.

We have taller buildings,
but shorter tempers.

Wider freeways,
but narrower viewpoints.

We spend more, but have less.

We buy more, but enjoy it less.

We’ve been all the way to the moon and back,
but have trouble crossing the street to meet our neighbors.

We’ve conquered outer space,
but not inner space.

We’ve split the atom,
but not our prejudice.

We write more, but learn less.

We plan more, but accomplish less.

We’ve learned to rush, but not to wait.

We have higher incomes, but lower morals.

We build more computers,
to hold more information,
and to produce more copies,
but have less communications.

We are long on quantity, but short on quality.

These are the times of fast foods and slow digestion;
tall men and short characters.

More leisure, but less fun.

More kinds of foods, but less nutrition.

Two incomes, but more divorces.

Fancier houses, but broken homes.

That’s why I propose, that as of today,
you don’t keep anything for special occasions,
because every day you live is a special occasion.

Search for knowledge. Read more.
Sit on your front porch,
and admire the view,
without paying attention to your needs.

Spend more time with your family and friends.

Eat your favorite foods,
and visit the places you love.

Life is a chain of moments of enjoyment,
not only about survival.

Use your crystal goblets.
Don’t save your best perfume,
use it every time you feel you want it.
Remove from your vocabulary phrases like
“one of these days” and “someday”.

Write that letter you’ve thought about writing.

Tell your family and friends how much you love them.

Don’t delay anything that adds laughter and joy to your life.

Every day, every hour, and every minute is special.

You don’t know if it will be your last…


Sunday, August 9, 2009

CEGAH DAN RAWAT INFLUENZA A (H1N1) DENGAN AYAT-AYAT AL-QUR’AN



Dalam entri yg lepas, ada dinyatakan bacaan doa-doa yg boleh kita amalkan sebagai pelindung dalam usaha menghindari sesuatu wabak atau penyakit berjangkit. Tetapi kalau memang sudah ditaqdirkan terkena jangkitannya, maka bagaimana pula cara untuk kita pulihkannya?

Selain daripada mendapatkan rawatan dari Klinik Kesihatan, kita juga boleh berusaha menyembuhkan pesakit tersebut mengikut kaedah rawatan perubatan Islam sebagai jalan alternatif. Tidak memerlukan wang ringgit, hanya bacaan doa dari ayat-ayat suci Al-Qur’an dan beberapa bahan sahaja yg diperlukan dalam kaedah ini. Boleh diamalkan bagi tujuan menghindari diri dari penyakit berjangkit secara khususnya, dan boleh juga diamalkan untuk merawatnya.

Apakah bacaan-bacaan doa tersebut?? Setelah berusaha mencari laman-laman web perubatan Islam bagi tujuan ini, Alhamdulillah akhirnya diketemukan jawapan yg inshaAllah boleh dimanfaatkan serta diamalkan bersama… Jawapan ini diperoleh dari blog Terapi Islam Al-Fatah.. Kredit buat tuan punya blog, shukran jaziilan…


****************************************************************

# Bagi tujuan menghindari wabak ini, bolehlah diamalkan bacaan Yaasin: 58




“(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.” (Yaasin: 58)




1) Selepas selesai mengerjakan solat Fardhu, amalkan membaca ayat di atas (Yaasin: 58) sebanyak 7, 9, 12 atau 27x dalam satu nafas. InshaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.

2) Sebelum keluar rumah, amalkan membaca ayat tersebut (Yaasin: 58) sebanyak 7x dalam satu nafas, inshaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit, sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.

3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Amalkan bacaan ayat tersebut (Yaasin: 58) sebanyak 77x, ditiupkan pada air di dalam baldi.


****************************************************************

# Bagi yg terkena, boleh diikhtiarkan untuk menyembuhkan pesakit dengan menyediakan air satu baldi beserta dengan:

- Garam bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)

- Daun pokok Ketapang 7 helai

- Daun pokok Ara 7 helai

- Kulit pokok Rambai 7 keping (ditumbuk halus)

- Daun Bidara (jika kes gangguan)


Campurkan kesemua bahan- bahan ini dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan:


a) Al-Fatihah 7x dengan ulangan ayat ke-4 sebanyak 7x setiap satu.




“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).” (Al-Fatihah: 4)




b) Ayat Kursi 7x dengan ulangan ayat yg digariskan sebanyak 9x setiap satu.




“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya).” (Al-Baqarah: 255)



c) Ayat ke-58 surah Yaasin sebanyak 63x.


d) 5 Qul ( Al-Jin: 1-5, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, dan An-Nas). Surah All-Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.


Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan sekurang-kurangnya kerana mengelak lebih baik dari mengubati.


****************************************************************

Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar.

Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit, jika bahan ini juga sukar diperolehi di bandar, saya dapat rasakan, pasti ada yang pelik, bandar mana yang individu tersebut tinggal?

Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.


****************************************************************


Inilah serba sedikit maklumat yg diperoleh dari blog berkenaan, yg boleh kita amalkan dalam menghadapi masalah penyakit berjangkit, khususnya H1N1 yg kini semakin luas tersebar. Kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bergantung harap memohon kepada-Nya agar diri terhindar dari segala penyakit berjangkit yg mengakibatkan maut. Dan jika kita ditimpa penyakit sebegini, maka janganlah terlalu mudah berputus asa. Sebaliknya hendaklah kita bermohon juga kepada-Nya, agar disembuhkan. Berikhtiarlah semaksimum mungkin, banyakkan berdoa, dan setelah itu bertawakkallah kepada Allah SWT. Semoga usaha yg sedikit beserta dengan niat ikhlas ingin membantu ini mendapat manfaat dari Allah SWT… Aamiiin…

DOA PELINDUNG ELAK JANGKITAN H1N1



Di Malaysia, penularan wabak influenza A (H1N1) semakin hari semakin merisaukan. Kes kematian juga semakin bertambah. Pastinya berita mengenai mangsa-mangsa H1N1 ini membuatkan kita semua semakin gelisah hari demi hari.

Kebelakangan ni, di mana-mana sahaja, kelihatan sudah semakin ramai yg mula memakai face mask sebagai langkah berwaspada dan berhati-hati. Tetapi janganlah kita terlalu yakin, dengan mengambil langkah mengenakan face mask, sudah confirm kita tidak akan terkena penyakit yg tidah diingini ini. Memakai face mask sahaja tidak memadai.

Sebagai umat Islam, apa yg lebih perlu diutamakan ialah dengan memperbanyakkan berdoa, di samping berusaha dengan keupayaan sendiri. Allah SWT yg mencipta kita, dan Dia jugalah yg berkuasa mewujudkan sesuatu penyakit. Semua perkara yg terjadi di dunia ini, berlaku atas kehendak-Nya. Maka dlm apa jua yg kita lakukan, kita haruslah sentiasa memohon doa dan berharap hanya kepada-Nya.


Dalam kitab Doa-doa Pilihan yg ditulis oleh Asy- Sheikh Ibnu Ahmad Al-Tamimi Al-Malizi Rahmatullah Alaih (seorang murshid), ada satu doa yg sangat masyhur di kalangan orang-orang zaman dahulu, iaitu doa pelindung dari semua jenis penyakit maut berjangkit, seperti sakit taun, denggi, selsema burung, pernafasan akut, selsema babi atau H1N1, dan lain-lain jenis penyakit berjangkit. Begini doanya:



Selain itu, kita juga boleh mengamalkan bacaan doa untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan agar diri terhindar daripada segala jenis wabak (penyakit berjangkit), termasuklah H1N1. Doanya ialah:




PERINGATAN: Betulkan niat dan keyakinan kita… Tanamkan keyakinan yg sepenuhnya setiap masa, bahawa SESUNGGUHNYA SEMUA PENYAKIT ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT, DAN KESIHATAN ITU JUGA DATANGNYA DARI ALLAH SWT… Sebagai hamba, kita hanya mampu BERUSAHA SEMAKSIMUM MUNGKIN, MEMPERBANYAKKAN BERDOA, DAN SETERUSNYA BERTAWAKKAL HANYA KEPADA ALLAH SWT… dari Allah kita datang, kepada-Nya jugalah kita kembali…


Notakaki: Amalkanlah bacaan doa-doa ini, mudah-mudahan kita semua terhindar daripada segala jenis penyakit maut berjangkit, khususnya H1N1 yg kini sudah semakin berleluasa… Aamiiin…

Saturday, August 8, 2009

'MEMBANTU’ ORANG YANG NAZAK



Sedar atau tidak, hakikatnya masyarakat Melayu telah lama berbuat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yg tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yaasin, dengan bacaan yg tersendiri dan bermacam2 ragam. Ada yg membacanya secara tartil, dan ada juga yg membacanya dengan bacaan laju tanpa mengikut hukum tajwid sebenar.

Memang benar, kita punya niat yg baik. Kita mahu ‘membantu’ orang yg nazak itu. Tetapi perbuatan mengelilingi orang nazak sambil membaca Yaasin dengan bacaan tersendiri dan pelbagai ragam ini bukan sahaja tidak ‘membantu’ orang yg nazak, malah membuatkannya lebih terseksa. Niat asal untuk ‘membantu’ orang nazak, akhirnya berubah kepada menjadikan orang yg tengah nazak itu merasa lebih kelam-kabut.

Justeru itu, apakah yg seharusnya kita lakukan? Bagaimanakah caranya supaya kita juga dapat ‘membantu’ orang yg sedang nazak?



Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:


i. Melantik seorang yg bacaan Al-Qur’an nya baik(dari segi tajwid) untuk membacakan surah Yaasin kepada si nazak, manakala yg lain-lain bolehlah menyemak bacaan tersebut.

ii. Sebaik-baik orang yg dilantik itu ialah anak ataupun saudara terdekat yg mempunyai perasaan kasih kepada orang yg tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang yg tengah nazak itu sebelum surah Yaasin dibacakan kepadanya bagi tujuan menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yg dibaca boleh ‘membantu’ pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yaasin, kemudian berhenti seketika, dan ‘membantu’ (menuntun) orang yg sedang nazak itu untuk melafazkan kalimah syahaadatain.

v. Kemudian menyambung semula bacaan, dengan membaca 3 hingga 4 kalimah berikutnya, dan kemudian berhenti lagi, dan ‘membantu’ orang yg sedang nazak itu untuk mengucapkan kalimah syahaadatain sekali lagi.

vi. Diteruskan (mengulang langkah di atas) sehinggalah orang yg nazak itu menghembuskan nafasnya yg terakhir.




Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara-mara ataupun mak ayah kita saat mereka menghadapi sakaratul maut kelak.Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah-Nya dalam membuat amal kebajikan dengan cara yg betul dan bukanlah semata2 melalui ikutan adat sepanjang zaman... Aamiiin...
Related Posts with Thumbnails