Sunday, June 14, 2009

SIAPAKAH DIA???

Kisah ini mungkin agak panjang, tetapi kalau dibaca sehingga habis dengan penuh pengertian, insyaAllah akan memberi kesedaran dan keinsafan yang mendalam buat kita semua. Ikuti kisahnya…

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepaskan penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara isteri dan anak2 aku ketika itu sedang berkumpul di ruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama kemudian, seorang yang berjubah putih dengan tongkat di tangannya tetapi tidak kelihatan mukanya tiba2 sudah berdiri di depan mata ku.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya siapakah dia, tiba2 aku merasa dada ku sesak. Sukar sekali untuk bernafas ketika itu. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu sepertinya ada sesuatu yang sedang berjalan perlahan2 di dada ku, dan dari dada, terus berjalan ke kerongkong ku. Aduh! Sakittttttttt........sakit sungguh rasanya! Sungguh perit saat itu sehinggakan keluar airmataku menahan rasa sakitnya itu.

“Ya Allah, apa yang berlaku pd diriku saat ini”, rintihku sendirian sambil mengadu kepada Sang Pencipta. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku. kkhh......... khhhh..... kerongkongku berbunyi. Sakit rasanya, teramat-amatlah sakit. Seolah-olah tidak mampu aku menahan benda tadi.

Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak... air mataku seolah tak berhenti. Tangan dan kakiku kekejangan sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa pergi oleh lelaki misteri itu.. Berlalu begitu sahaja, dan akhirnya hilang dari pandangan.

Namun setelah itu, aku merasa diriku jauh lebih ringan, sihat, segar, cerah. Tidak seperti kebiasaannya. Tetapi aku hairan melihat isteri dan anak2ku yang sedari tadi ada di ruang tengah, tiba2 terkejut dan segera berlari ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang aku duduki tadi. Badannya dingin, kulitnya membiru. Siapa dia??????? Mengapa isteri dan anak2ku memeluknya sambil menangis dan menjerit hysteria?? Isteriku juga kelihatannya seolah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi. Tetapi siapa orang yang terbujur kaku itu????????

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan! Dia..... dia..... dia mirip sekali dengan aku! Ada apa ini ya Allah???????? Aku cuba menarik tangan isteriku tetapi tak mampu. Aku cuba pula untuk merangkul anak2ku, tapi juga tak berjaya. Aku cuba jelaskan pada mereka bahawa itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini, masih hidup dan masih bersama mereka. Tetapi semuanya kelihatan percuma dan sia-sia sahaja. Aku mulai berteriak, tapi mereka seolah tidak mendengarkan aku. Seolah-olah mereka tak dapat melihat diriku. Dan mereka terus-menerus menangis…

Akhirnya aku sedar… Aku sedar bahawa lelaki misteri tadi sebenarnya datang untuk menjemputku kembali kepada Al-Khaliq. Aku juga sedar bahawa “benda” yang dibawa pergi bersama lelaki misteri tadi ialah rohku, nyawaku. Saat itu aku telah mati... ya, aku telah pun mati! Aku telah meninggalkan isteri dan anak2ku .. dan hatiku menjadi sayu kerana aku tak kuat untuk melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. Selama hidupku belum byk yg aku lakukan untuk membahagiakan mereka. Belum byk yg telah aku lakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktu ku telah habis. Masaku telah terlewat. Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, andainya aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktuku dan gunakan sebaiknya untuk bekerja, beribadah, bersama keluarga, dan lain-lain lagi.

Aku menyesal terlambat menyedarinya. Aku mati dlm keadaan belum menunaikan kewajipan solat. Ya Allah, JIKA saat ini keadaanku masih hidup, sungguh aku merasakan sangat bahagia, kerana MASIH mempunyai waktu utk duduk bersimpuh menghadap-Mu, mengakui segala dosa, lalu insaf dan taubat. Aku juga ingin sentiasa berbuat kebaikan spy apabila malaikat maut menjemputku kelak, aku telah berada dlm keadaan yg lebih bersedia…

2 comments:

  1. ya... allah lelaki misteri 2 malaikat yg cabut nywa ker? er.... seram sy mendengarnye... x sangker dia cadang nk rehat tetiba rehat buat selamanya.... sedih la... hmmm ape2 pun solat 2 penting mati bila2 masa x kira dimana-mana.... yg 2 sy dpt dr entry akak ni....

    ReplyDelete
  2. to NICK IRFAN:

    yup. 'lelaki misteri' yg datang tu malaikat maut.. dtg untuk mengambil semula 'benda' yg dipinjamkan kepada setiap yg bernafas..

    tu la kan.. kadang2 kita duk lengah2kan solat.. fikir masih ade waktu lagi.. sedangkan kita x pasti tentang perkara akan dtg. 5 minit lagi pun belum tentu kita masih bernyawa. ajal maut dah ditetapkan Allah. xkan cepat dan xkan lambat walau sesaat. siapa sangka alasan "rehat" kita tu akhirnya benar2 menjadi "rehat" buat selamanya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails