Friday, June 19, 2009

MANUSIA, MALAIKAT, SYAITAN


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi ni..zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah..
Malaikat - Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini!! mmm..sedapnyaaaa..

Manusia - Hari ni nak pakai baju apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam , nnt terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh, awal lagi ni…suruh si X, punchkan ajelah…

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan..
Syaitan - Baru pukul berapa... rilekslah dulu, awal lagi ni..

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mengetahui akan apa yg kamu kerjakan..
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugila kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla dia..
Syaitan - Buat apa nak sibuk? Itu kan urusan dia. Jangan jaga tepi kain orang! Lantak dialah..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain..
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah..

Manusia - Aku telah melakukan dosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah dengan segera, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
Syaitan - Umur masih muda, enjoylah dulu, dah tua2 nanti barulah taubat..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, maka segeralah berpaling dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlah pergi...

Manusia – Letihnya hari ni..tapi tak solat lagi ni..
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-Nya, nescaya kamu akan peroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sesungguhnya solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...


Dari dialog2 di atas, kita dpt lihat perbezaan yang cukup ketara antara bisikan malaikat yg mengajak ke arah kebaikan dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba menghasut anak2 Adam melakukan kemungkaran dan kejahatan… Kita sebagai manusia yang dikurniakan aqal fikiran seharusnya bijak dlm menilai sesuatu…dan hati yg bersih itu akan sentiasa cenderung ke arah kebaikan…WALLAHU A3LAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails