Ketika roh meninggalkan jasad... Terdengar suara dari langit memekik,
"Wahai fulan anak si fulan…
Apakah kau yang telah meninggalkan dunia,
Atau dunia yang meninggalkanmu?
Apakah kau yang telah menumpuk harta kekayaan,
Atau kekayaan yang telah menumpukmu?
Apakah kau yang telah menumpuk dunia,
Atau dunia yang telah menumpukmu?
Apakah kau yang telah mengubur dunia,
Atau dunia yang telah menguburmu?"
Ketika mayat akan dimandikan.... Terdengar dari langit suara memekik,
"Wahai fulan anak si fulan...
Mana badanmu yang dahulunya kuat?
Mengapa kini terkulai lemah?
Mana lisanmu yang dahulunya fasih?
Mengapa kini bungkam tak bersuara?
Mana telingamu yang dahulunya mendengar
Mengapa kini tuli dari seribu bahasa?
Mana sahabat-sahabatmu yang dahulunya setia?
Mengapa kini ghaib tak bersua?
Ketika mayat siap dikafankan... Suara dari langit terdengar memekik,
"Wahai fulan anak si fulan…
Berbahagialah apabila kau bersahabat dengan redha Allah,
Dan celakalah apabila kau bersahabat dengan murka Allah.
Wahai fulan anak si fulan...
Kini kau sedang berada dalam sebuah perjalanan,
Nun jauh tanpa bekal.
Kau telah keluar dari rumahmu,
Dan tidak akan kembali lagi buat selamanya.
Kini kau sedang bermusafir pada sebuah tujuan
Yang penuh dengan pertanyaan."
Ketika mayat diusung.... Terdengar suara dari langit memekik,
"Wahai fulan anak si fulan…
Berbahagialah apabila amalmu adalah kebajikan,
Berbahagialah apabila matimu diawali dengan taubat,
Dan berbahagialah apabila hidupmu penuh dengan taat."
Ketika mayat siap disolatkan.... Terdengar dari langit suara memekik,
"Wahai fulan anak si fulan…
Setiap pekerjaan yang kau lakukan,
Kelak kau akan lihat hasilnya di akhirat..
Apabila baik, maka kau akan melihatnya baik,
Dan apabila buruk, kau akan melihatnya buruk."
Ketika mayat dibaringkan di liang lahad.... Suara dari langit terdengar memekik,
"Wahai fulan anak si fulan...
Apa yang telah kau siapkan dari rumahmu yang luas di dunia,
Untuk kehidupan yang penuh gelap-gelita di sini?
Wahai fulan anak si fulan...
Dahulu kau tertawa, kini dalam perutku kau menangis…
Dahulu kau bergembira, kini dalam perutku kau berduka…
Dahulu kau bertutur kata, kini dalam perutku kau bungkam seribu bahasa."
Dan ketika semua manusia meninggalkannya sendirian.... Allah berkata kepadanya,
"Wahai hamba-Ku....
Kini kau tinggal seorang diri
Tiada teman dan tiada kerabat
Di sebuah tempat kecil, sempit dan gelap
Mereka pergi meninggalkanmu seorang diri…
Padahal kerana mereka, kau pernah melanggar perintah-Ku.
Hari ini... akan Kutunjukan kepadamu kasih sayang-Ku
Yang membuatkan seisi alam merasa takjub..
Aku akan menyayangimu
Lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya. "
Kepada jiwa-jiwa yang tenang, Allah berfirman,
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu
Dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku
Dan masuklah ke dalam Jannah-Ku…"
No comments:
Post a Comment