Showing posts with label KEMBALI KEPADA-NYA. Show all posts
Showing posts with label KEMBALI KEPADA-NYA. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

HARTA DAN ANAK SEKADAR PINJAMAN...



Pada waktu ajalnya…
Ketika itu,
Tidak menolong harta dan anak.
Harta dunia tinggal di dunia.
Sudah bersusah-payah mencari harta,
Tak kenal siang malam mengumpul harta.

Harta terkumpul, dia meninggal.
Hanya kain putih sehelai yang setia menemani,
Iaitu kain kapan pembungkus mayat,
Yang dibawa bersama ke kubur,
Dan yang selebihnya,
Tinggal dibahagikan kepada waris.

Sia-sia... hanya sia-sia.
Payah, langsung tiada gunanya.
Bukan sahaja tidak menolong,
Malah kadang-kadang,
Harta dan anak inilah yang menjadi musuh.
Menambah dosa.
Menambah berat beban yang dipikul,
Dan menambah parah seksaan di akhirat...

Thursday, March 18, 2010

KIAMAT SEMAKIN HAMPIR...



Sebagai renungan bersama... tanda2 kiamat yang sudah semakin ketara berlaku saat ini:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda (maksudnya): "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.
~dah terjadi dan sedang berlaku...

2) Zina berleluasa.

"Dan tinggallah manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." – Sahih Muslim.
~ yang ni memang dah banyak sangat berlaku…

3) Alat muzik bermaharajalela.

"Pada akhir zaman, akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi² wanita." - Ibnu Majah.
~ Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Gang Starz, Sehati Berdansa, dan macam² lagi…

4) Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid." - Riwayat Nasai.
~ masjid dibina dengan megahnya, namun tidak pula di'imarahkan.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan jiran tetangga.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak yang tak mengaku ada mak/ayah disebabkan malu, dan ada juga yang langsung tidak mengenali jiran di sebelah rumah.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." – Riwayat Ahmad.
~ boleh kira betapa sedikitnya bilangan para ulama' yg masih ada...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia." - Riwayat Thabrani.
~ tak lain tak bukan, yg paling ketara ialah George Bush....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja." - Riwayat Ahmad.
~ jiran sesama Islam pun adakalanya tidak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Di antara tanda² hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya, keadaannya seperti telanjang".
~ lihatlah mcm² fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani.
~ yang ni kalau tak percaya, tengoklah sendiri...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengari oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu." - Sahih Muslim.
~ gossip, fitnah, serta cerita² palsu tersebar luas dengan mudahnya.

12) Banyaknya saksi palsu.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat, akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." –Riwayat Ahmad.
~ memang ade je berlaku dalam kes² mahkamah...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²." - Sahih Muslim.
~ Dubai dah dituruni salji, Mina pula dah dilanda banjir...


Lihatlah dan sedarilah hakikat sesungguhnya kiamat itu sudah dikira terlalu hampir tiba. Tanda-tandanya sudah pun dinyatakan dalam hadith2, yang mana semuanya itu disebut sekian lama dahulu, dan telah/ sedang berlaku pada zaman sekarang...



Teguhkan iman, tingkatkan amalan...
moga2 bekalan kita ke sana mencukupi... aamiiin...

Sunday, February 7, 2010

APA ALAMAT TETAP KITA?


Tahukah kita, pada saat dan ketika ini, satu angkatan tentera sedang menuju ke arah kita? Datangnya bala tentera ini, tak lain tak bukan, adalah untuk menamatkan riwayat hidup kita! Langkahnya tidak pernah henti, malahan semakin hari semakin dekat, dan hentakan kakinya boleh menggoncangkan jantung kita, mengkocakkan hati kita…

Angkatan tentera ini sedang melangkah setapak demi setapak ke arah kita… tujuannya hanya satu, iaitu untuk ‘membunuh’ kita! Tiada seorang pun yang boleh menghindarinya.. Tiada mana-mana bala tentera pun yang bisa menandinginya.. Tiada sebarang kerajaan dunia pun yang dapat menghalangnya…

Itulah “tentera malaikat maut” yang menjalankan perintah Allah untuk memayatkan kita kerana kita sebenarnya telahpun dijatuhkan hukuman mati sebelum kita lahir lagi! Ya, itulah hakikat yang perlu kita terima: kita telah dijatuhkan hukuman mati sejak dari dalam perut ibu lagi!

Tetapi manusia sering leka dan alpa. Pada waktu tengahari, ketika azan zuhur sedang berkumadang, mereka memenuhi bank Islam, zoo Islam, pasaraya Islam, kedai makan Islam, muzium Islam, perpustakaan Islam… sedangkan rumah Tuhan orang Islam masih banyak saf yang kosong..

************************

Kita terlupa, walau apa juga yang sedang kita lakukan, malaikat maut dan bala tenteranya sedang mara dan langkah mereka tak akan pernah terhenti menghampiri kita.

Kita juga barangkali terlupa bahawa angkatan tentera malaikat maut inilah yang telah mematahkan leher orang-orang yang zalim dengan MATI, dan juga telah mematahkan pinggang raja-raja di singgahsana, juga dengan MATI.

Dengan perintah dan izin daripada Allah SWT, malaikat maut menamatkan cita-cita manusia yang mempunyai sejuta impian yang hebat, dengan MATI.

MAUT akan menghantar kita dari mahligai yg tinggi ke lubang kubur di bawah bumi…
MAUT akan menghantar kita dari tempat yg bercahaya dan mempunyai eletrik ke bawah tanah yang gelap-gelita…
MAUT akan menghantar kita dari dunia yg penuh dengan pembantu, pekerja, mahupun kuli yang taat, ke ruang yg sempit terperangkap sendirian bertemankan ulat dan cacing...
MAUT juga telah menukar makan minum yang lazat kepada debu-debu yang akan menerjah ke mulut yang dipenuhi air busuk…

Tidak ada lagi sesiapa di sisi...
Sebaliknya kita akan dibiarkan sendirian di sana…
Terpengkap dalam kesunyian dan kegelapan yang menakutkan…


************************
Matahari mulai tergelincir. Kelihatan manusia mulai pulang dari tempat kerja masing-masing... Ada yang cedera di tempat kerja, tetapi esok akan tetap datang bekerja. Ada yang bertekak dan bergaduh di tempat kerja, tetapi esok akan tetap datang lagi dan teruskan bekerja seperti biasa...

Tapi dalam hal berkaitan agama, lain pula jadinya. Pernah lihat ada yang cedera disebabkan agama? Dan jika berlaku pergaduhan di masjid ekoran berbeza fahaman agama, lalu kenapa berhenti daripada terus datang ke masjid?


************************
Wahai manusia yang dikurniakan aqal fikiran, tahukah kalian siapakah orang yang paling “bodoh”? Ya, tepat sekali! Orang yang paling “bodoh” ialah orang yang sering melupakan mati, dan lupa untuk membuat persediaan sebelum dirinya menjadi mayat. Tidak mengapa diri menjadi mayat yang hodoh, tetapi janganlah dibiarkan diri menjadi mayat yang “bodoh” lagi hodoh...

Maka sebelum diri menjadi mayat yang bodoh lagi hodoh, kita semua harus memasukkan isu-isu berkaitan kematian dalam kehidupan harian kita, agar kita sentiasa mengingati mati, lalu membuat persiapan sebelum menjadi mayat.

Kerana, dalam dunia ini terdapat ramai manusia yang perasan sibuk dengan hal keduniaan, dan tidak suka dengan perbincangan mengenai mati kerana bimbang kelazatan dunia akan hilang. Jika dibincang tentang mati sekalipun, apa yang dibincangkan hanyalah tentang keburukan mati kerana dengan kematian itu, mereka akan kehilangan wang dalam bank, harta, tanah, anak isteri, kereta mewah, dan segala kelazatan dunia yang lainnya.


Maka pesan Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu (lebih kurang maksudnya):

>> Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati Mati.
>> Dalam majlis-majils kamu, haruslah diadakan perbincangan mengenai perkara yang menghancurkan segala syahwat iaitu mati.
>> Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan dosa dan menghapuskan cinta dunia.
>> Jika kamu mengetahu apakah keadaan kamu selepas kamu mati, nescaya kamu tidak akan ada selera makan dan tidak dapat menikmati kelazatan air.
>> Ingatlah mati dengan kadar yang banyak, ia boleh menghapuskan perasan meminta minta.

************************

Tetapi manusia masih perasan sibuk… pada petang hari, setelah pulang dari kerja-kerja dunia yang memenatkan, manusia mulai menambah penat dengan bersukan sehingga Maghrib… dengan alasan nak hilangkan stress…

Dan pada waktu malamnya pula, manusia mulai bergerak mencari hiburan, juga untuk menghilangkan stress… Tengok wayang, tengok TV, lepak di kedai kopi, berkaroeke dan lain-lain lagi… “nak hilangkan stresslah bang, dah sehari suntuk bekerja…” itulah alasan yang sering diberikan sekiranya perbuatan mereka itu dipersoalkan.


************************
Sesungguhnya, sekiranya kalian menyedari bahawa diri kalian sdg diancam bunuh oleh sekumpulan “gangster”, apakah kalian masih mahu menghabiskan masa kalian berhibur dgn lagu2 yg hanya melalaikan kalian? Apakah kalian masih boleh berseronok di pusat hiburan? Masihkah??? Rasanya nak tidur pun tak lena jadinya…

Justeru itu, beringatlah selalu…walaupun mata kasar kita tidak dapat melihat kewujudan mereka, namun hakikatnya “tentera malaikat maut” sedikitpun tidak pernah mengundurkan diri mereka, bahkan langkah mereka semakin hari semakin dekat menghampiri kita. Langkah mereka adalah langkahan maut. Datangnya mereka tidak lain tidak bukan, adalah untuk ‘membunuh’ kita!

Namun kita pada ketika ini masih lagi leka dan alpa… masih boleh berseronok mencari hiburan duniawi di sana sini…

Di alam kubur sana nanti, ada yang ketika di dunia dahulu pandai menyanyi tetapi sekarang senyap membisu… ada yang melupakan mati tetapi sekarang sedang menjadi mangsanya…

Dan apa yang perlu kita takut dan risaukan pada ketika ini adalah, kita masih belum mengetahui akan apakah ALAMAT TETAP KITA…

Apa alamat tetap kita?

Syurga?

Atau Neraka?


************************

Pesan orang ‘alim, jika kita selalu terlupa pada hari kita menjadi mayat, maka sebelum menjadi mayat, hantarkanlah (sedekah, zakat, jihad) harta kita ke akhirat sebanyak-banyaknya, kerana tabiat hati yang terpaut pada harta, maka apabila harta telah dihantar ke kehidupan selepas menjadi mayat, maka hati pun akan merasa rindu untuk menjadi mayat, inshaAllah…

************************


Kata Hati: Kalau diperhatikan dunia akhir zaman ni, rasanya macam dah terlalu banyak tanda2 kecil Qiamat… terasa seperti Qiamat semakin hampir… apabila fikirkan Qiamat, terfikir juga ttg kematian… sungguh, adakalanya diri ini juga leka dgn hal-hal duniawi… mungkin sebab pandangan mata kasar tidak dapat melihat betapa “tentera malaikat maut” benar-benar menghampiri diri, mahu membunuh diri ini, maka diri seolah-olah lupa akan kewujudannya… (T_T) ya Allah, semoga diri ini masih lagi berada di jalan-Mu, mengumpul bekalan sbyk mungkin dalam menuju destinasi yang pasti… aamiiin…

Wednesday, January 13, 2010

BILA NAK BERIBADAH???



CUBA KITA RENUNGKAN BERSAMA...


1 HARI = 24 jam, 1 TAHUN = ?

12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik



Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn.
Jadi puratanya, manusia meninggal ketika berumur
± 65 thn.


Baligh

Bermulalah saat di mana seseorang itu diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia

Laki-laki Baligh: ± 15 tahun
Wanita Baligh: ± 12 tahun


Usia yang ada untuk dicatit segala amal ibadah:

Mati - Baligh = (Baki Usia)
65thn – 15thn = 50 tahun


50 TAHUN DIGUNAKAN UNTUK APA?


Catatan:

50 tahun = 18250 hari = 458000 jam...

12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam



Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama....



Waktu kita tidur: ± 8 jam/hari

Dalam tempoh 50 tahun, waktu yg digunakan untuk tidur:
18250 hari x 8 jam = 146000 jam = 16 tahun 7 bulan;
dibundarkan menjadi
17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu selama 17 tahun itu habis digunakan untuk tidur sedangkan kita kelak pastinya akan “tertidur” dari dunia ini untuk selamanya...


Waktu aktiviti kita di siang hari: ± 12 jam

Dalam tempoh 50 tahun, waktu yang digunakan untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 219000 jam =
25 tahun


Waktu rehat: ± 4 jam

Dalam tempoh 50 tahun, waktu yang digunakan untuk berehat:
18250 hari x 4 jam = 73000 jam =
8 tahun


Jumlah waktu yang digunakan:

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???

Allah berfirman (maksudnya): "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (Adz-Dzariyat, 51:56)

Maut datang menjemput tak pernah bersahut...
Malaikat datang menuntut untuk merenggut...
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata...
Allah lah yang akan menentukan Syurga atau Neraka...
Terimalah habuanmu seadanya,
Berdasarkan segala amalanmu ketika di dunia ini...


Memang benar, menuntut ilmu itu juga dikira ibadah andai benar niatnya adalah utk beribadah. Tetapi kebanyakannya belajar agar kelak mudah mendapat pekerjaan. Dlm erti kata lain, sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan, barangkali seseorang itu tidak akan belajar...

Memang benar juga, bekerja mencari nafkah itu juga dikira ibadah. Tetapi bekerja yg bagaimana? Rata-ratanya kebanyakan org bekerja utk peroleh gaji yg tinggi lalu hidup dgn mewahnya, tetapi amat kurang sedeqahnya...



Kewajipan solat fardhu

Barangkali solat fardhu 5 waktu sehari semalam itu
dianggap sudah mencukupi...
Kerana kita fikir...
solat fardhu besar pahalanya...
solat merupakan amalan pertama yang akan disoal dan dihisab...
solat juga adalah jalan untuk membuka pintu syurga...

Tetapi pernahkah kita terfikir, bagaiaman pula dengan kualiti solat fardhu 5 waktu yg kita tunaikan tu? Adakah solat-solat yg kita kerjakan itu semuanya mencukupi dan diterima?


Waktu untuk kita solat fardhu:

Waktu yang digunakan untuk solat fardhu 5 waktu:
1 solat = ± 10 minit
5x solat = ± 1 jam

Maka dalam tempoh 50 tahun, waktu yg digunakan untuk solat:
18250 hari x 1 jam = 18250 jam =
2 tahun



Kesimpulannya...

DALAM TEMPOH WAKTU SELAMA 50 TAHUN YANG KITA MANFAATKAN DI DUNIA, HAKIKATNYA CUMA 2 TAHUN SAHAJA YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK SOLAT (tidak termasuk solat2 sunat) (Ini kalau yang solat 10minit! Kalau yang jenis solat macam ayam patuk tanah?)

Mengikut perkiraan, terlalu sedikit waktu yang diperuntukkan untuk kita tunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Hanya 2 tahun daripada 50 tahun kesempatan kita... Itupun belum tentu solat kita itu mendapat pahala dan diterima-Nya.

Dan bagaimana pula sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun itu tidak dapat menandingi perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun??

Dalam percakapan kita, barangkali ada yang dusta...
Dlm pertuturan kita, mgkn ada yg mengguris hati ibubapa kita...
Dlm harta kekayaan, ada waktunya kita kedekut t'hdp org faqir...
Dlm setiap perbuatan kita, tiada jaminan trselamat drpd dosa...


Bukanlah mnjadi suatu perkara yg mustahil apabila dikatakan umat akhir zaman ini kbyknnya kelak akan berhamburan di neraka utk mndapat balasan setimpal atas kelalaian yg dilakukan...

Lihatlah betapa banyaknya masa kita yang terbuang percuma selama kita hidup di dunia yang sementara ini...Sedarilah hakikat bahawa semuanya di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata, dan kelak akan menjadi bencana
...


Penyelesaian:

Tiada kata “terlambat” walaupun waktu dikatakan berlalu dengan cepat! Maka isilah waktu hidupmu di dunia ini sebaik mungkin, dengan hal-hal yang mendatangkan manfaat, baik buat dirimu, mahupun buat yang lainnya…

Ingatlah negeri kita… AKHIRAT,
Dan ingatlah destinasi akhir kita… SYURGA!

Saturday, December 12, 2009

KENAPA HARUS TAKUT PADA KEMATIAN?


MANUSIA DAN PERASAAN TAKUT

Perasaan takut adalah fitrah. Kita harus punya rasa takut sebagai sebahagian daripada mekanisma pertahanan hidup. Seorang mahasiswa yang takut tidak lulus ujian, akan mendorong dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh. Begitu juga dengan seorang pemandu yang takut mengalami kemalangan jalanraya, akan membuatkan dirinya berhati-hati ketika membawa kendaraan. Dalam erti kata lain, rasa takut itu diperlukan untuk mempertahankan kelangsungan hidup seseoraang.

Takut dalam batas-batas normal sangatlah bermanfaat bagi kehidupan. Namun apabila ianya sudah melebihi ambang normal, bererti rasa takut itu telah berubah menjadi abnormal. Perasaan takut yang berlebihan inilah yang harus kita tangani. Rasa takut itu janganlah dibuang, tetapi harus diurus dan dikelola dengan baik sehingga menjadi energi kehidupan.

Kita wajib mampu mengelola rasa takut yang wujud dalam diri kita kerana ianya merupakan sebahagian daripada ujian hidup yang harus kita hadapi. Kita akan diuji oleh Allah SWT dengan rasa takut, khawatir, kekurangan harta, bahkan kelaparan.

“Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (atas ujian itu).”
(Q.S. Al-Baqarah, 2: 155)

Justeru itu juga, apabila kita merasakan ketakutan yang berlebihan, maka seharusnya kita kembali kepada jalan asal, memohon perlindungan diri daripada Allah SWT. Kita harus yakin bahawa Allah SWT bersifat Maha Melindungi, Maha Penyayang, dan Maha Berkuasa. Hal ini seterusnya membuatkan diri kita menjadi lebih tenang menghadapi rasa takut yang berlebihan.

“(iaitu) Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati”
(Q.S. Ar-Ra’d, 13: 28)

Ada perasaan takut yang justeru harus kita pupuk, latih, dan rawat. Tidak lain tidak bukan, rasa takut kepada Allah SWT. Allah memberi penghargaan yang tinggi kepada orang-orang yang memiliki rasa takut kepada-Nya, dengan menggelarkan mereka itu sebagai “Ulul Albab” (orang yang beraqal atau memiliki kearifan).

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda (atas kekuasaan Allah) bagi Ulul Albab (orang-orang yang beraqal atau kearifan). (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk, berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka.”
(Q.S. Ali Imran, 3: 190-191)

Ekspresi takut kepada Allah akan melahirkan sikap taqwa, iaitu takut akan seksa serta azab Allah SWT sehingga ianya menjadi pendorong untuk seseorang hamba itu agar selalu melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa memohon kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Q.S. As-Sajadah, 32: 16)


BAGAIMANA PULA DENGAN PERASAAN TAKUT MATI?


Dalam batas-batas tertentu, takut mati adalah fitrah dan wajar buat seseorang. Bahkan ianya adalah baik apabila rasa takut akan mati itu mampu menjadi pendorong atau motivator untuk berbuat pelbagai kebajikan dan menjadi energi untuk menjauhkan diri daripada kemaksiatan. Takut akan mati seperti ini adalah sangat baik, dan harus kita tumbuhkan dan rawat. Nabi SAW pernah bersabda, (maksudnya): “Perbanyaklah mengingat ‘pemutus keni3matan’, iaitu kematian!”

Keterangan ini mengisyaratkan bahawa dalam batas-batas tertentu, takut kepada kematian adalah sangat baik. Namun takut akan mati boleh juga berubah menjadi sangat buruk apabila ia membawa kita kepada sikap apatis, tidak ada semangat hidup, bahkan sering berputus asa. Takut kepada mati seperti ini harus disembuhkan dengan cara memupuk kesedaran bahawa setiap orang pasti akan merasai mati, baik cepat ataupun lambat.

Jadi kesimpulannya, kita tidak perlu takut untuk mati, sebab mati itu pasti akan kita alami. Yang harus kita takuti, ialah apa yang akan kita bawa setelah mati. Jadikanlah takut mati sebagai motivator atau pendorong buat kita untuk berlumba dalam melakukan kebajikan dan kebaikan.


~WALLAHU A3LAM~

Sumber: PercikanIman.ORG


Notakaki: Takut kepada kematian adalah normal dan dialami oleh hampir semua manusia. Tidak mengapa, asalkan ianya bukanlah takut yang berlebihan. Perlu diingatkan, rasa takut akan mati itu haruslah dijadikan peringatan buat diri supaya sentiasa mengejar melakukan kebaikan demi mengumpul bekalan sebanyak mungkin untuk dibawa ke akhirat kelak…

Thursday, December 3, 2009

KISAH SEORANG ANAK PALESTIN


Jika sebelum ni saya kongsikan gambar2 yg menceritakan cabaran dan halangan yg perlu dihadapi anak2 Palestin demi menuntut ilmu, dalam entri kali ni pula, saya ingin kongsikan di sini sebuah kisah tentang kehidupan seorang anak Palestin. Mungkin ada yg pernah membacanya sebelum ni, mungkin ada juga yg belum pernah baca. Apapun, semoga kisah yg agak panjang ini memberikan keinsafan yg mendalam buat kita semua… Hayatilah kisahnya…



Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid (istilah Arab yang bermaksud ayah) yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi.

Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain- lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad s.a.w. pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul- betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut.

Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata.

Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!" Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan.

Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid dihantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi.

Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.

Adik tanya ummi, mana perginya walid. Ummi diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk."Adik nak ikut walid". Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja.

Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek.

Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid, mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah.

Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium abang berkali- kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya", pesan abang. "Abang nak pergi mana?", tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi, ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra.. Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfil kan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangkakala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat.

Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah.

Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi.

Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?", adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik", ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?", adik tanya lagi.

Ummi senyum. "Nabi Muhammad S.A.W. pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat putus asa", sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad S.A.W. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad S.A.W.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Qur’an. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang- kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al- Qur’an. "Bismillaahirrahmaanirrahiim..”

Adik baca Al-Qur’an dengan bersungguh- sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Qur’an. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Al-Qur’an dengan rajin kalau hendak khatam Al-Qur’an cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Qur’anlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Qur’an hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Qur’an.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.

"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid", muncul Mak Cik Fatima di depan rumah.

"Anakmu, anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak", terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil... Bukan... Israel disebut lagi. Adik benci dengar nama tu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu, Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik.

Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut.

Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tak putus2 menyebut satu kalimah keramat.. Ahad.. Ahad. Mata adik merah. Adik tahan marah. Adik tak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi hadapinya dgn tenang. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi.

Ketika peluru dilepaskan, tiba- tiba... "Muhammad!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik.

Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuh adik untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa.

Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi, adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang", terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata... Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik...


***************************
Notakaki: Kisah yang cukup menyayat hati. Membacanya serta menghayatinya membuatkan hati merasa sayu dan sedih. Air mata bergenang lalu menitis. Pilu, sebak... semuanya ada. Biarpun berkali-kali membaca kisah ni, tidak akan pernah merasa jemu, bahkan sebaliknya semakin menginsafi diri. Semoga Muslimin & Muslimat di Palestin semuanya sentiasa cekal & tabah menghadapi dugaan dlm mempertahankan negara mereka demi menegakkan agama Islam...



p/s: Kisah di atas ni pernah saya baca 3-4 tahun yang lalu, dikirim seorang teman melalui yahoo messenger. Namun disebabkan terdapat sedikit masalah Internet ketika itu, maka tidak sempat untuk saya save. Tetapi alhamdulillah baru2 ini ketemu semula di laman iluvislam.com, maka dapatlah saya kongsikan bersama di sini kisah yg cukup menyentuh hati & perasaan ini.

Wednesday, October 14, 2009

APA YANG KITA TAKUT: MAYAT ATAU MATI??


Pengalaman sebenar seorang rakan memandikan jenazah...


Baru-baru ini surau kawasan saya ada menganjurkan kursus pengurusan jenazah untuk penduduk setempat. Saya turut mendaftar dengan niat untuk belajar dan mendapatkan ilmu. Selama ni, tengok orang2 tua je ambil kursus ni, tapi sedar tak sedar, kita pun dah tua... kenalah juga ambil tahu pasal FARDU KIFAYAH ni...

Ingatkan kursus tu dengar ceramah dan buat demo je... masa tu tak rasa apa2 pun... sebab yg kena bungkus tu pun kawan-kawan sendiri... Tapi bila dah tamat kursus tu, tak sangka pula Ustazah mempelawa sesiapa yg berminat untuk menguruskan jenazah sebenar (tanpa waris) di hospital tertentu.

Ramai yg tak sanggup... sbb kita sendiri tak tahu macam mana dan siapa yg akan kita uruskan... semuanya bagi komen negatif... Tengok kawan-kawan yg bagi nama.... Saya berada di persimpangan... nak ke?? Suara2 negatif terus kedengaran... ish, macam2 dia orang dok mengomel...

Sanggup ke?? Ish... seumur hidup saya tak pernah mengadap atau membantu kerja2 kematian. Kalau ada kematian ahli keluarga pun, saya tiba selepas semuanya selesai... maklumlah, kampung kita nun jauh di sana.... jadi macam mana ek... Nak bagi nama ke tak ni.. serba salah dibuatnya...

Akhirnya saya buat keputusan... ah, pedulilah orang nak cakap apa... ikut gerak hati lebih baik... bagi je lah nama... genap seminggu jiran saya terima call, peluang untuk menguruskan jenazah tanpa waris di sebuah hospital. Saya tak mahu fikir yg bukan2, jadi saya terus bagi jawapan YA....

“Ya Allah... kuatkanlah hatiku... aku ini sangat lemah... aku sangat takut...”, tak putus-putus doa ini saya mohon hanya kepada-Nya. Dalam masa yg sama, sempat juga saya minta tip dan pantang-larang dalam menguruskan jenazah dari kawan-kawan senior... alhamdulillah, ada juga kawan-kawan yg berpengalaman bagi sokongan.

Hari yg ditunggu akhirnya tiba. Sebelum keluar meninggalkan rumah, saya kerjakan solat hajat 2 rakaat, memohon semoga Allah berikan kekuatan dan ketenangan pada saya...

Tiba di lokasi, ada 3 orang dari jabatan agama sudah menanti. Pertama kali memasuki bilik persiapan jenazah, fikiran saya kosong... yg saya nampak hanyalah kain kapan yg sudah siap dipotong, surah yaasin, dan juga tempat pemandian jenazah yg masih kosong. Saya minta izin ke bilik air sebentar...

...dan apabila kembali ke tersebut, jenazah sudah pun berada di depan mata! Saya menggigil kerana itulah pertama kali melihat jenazah berbalut kain putih di hadapan mata dan mencium bau mayat buat pertama kalinya... apa lagi mayat yg entah berapa lama disimpan... maklumlah, tiada waris yg menuntut dan kita pun tidak diberitahu macam mana dia meninggal atau dijumpai...

Perasaan takut mula menerpa... serba salah dibuatnya... terfikir-fikir kenapalah saya berada di sini... suasana terasa amat asing... Sebelah kaki melangkah ke depan, sebelah lagi mahu lari jauh-jauh... tapi bila melihat semuanya memulakan tugas dengan senyuman, sedikit demi sedikit perasaan gementar hilang...

Tak dapat saya bayangkan bagaimana rupa jenazah itu apabila kain putih yg membalutinya dibuka nanti... tiada tempat lagi untuk saya melarikan pandangan... “Ya Allah, kuatkanlah hatiku sehingga selesai tugasan ini....”

Apabila kerja memandikan jenazah dimulakan, saya berdiri di belakang sedikit... dan mula melihat ke arah hujung kaki jenazah... dari situ saya mula mengumpul kekuatan untuk membantu... dan kuatkan hati untuk menatap wajah jenazah.... ALHAMDULILLAH, apabila saat mengiring dan membasuh muka jenazah, perasaan gementar saya sudah hilang... saya hanya berselawat dan berdoa semoga dosa-dosa si mati diampunkan... selesai dimandikan, jenazah diwudhu’kan, kemudian dikapankan sebaik mungkin... dan setelah itu selesailah tugas saya...

# PERINGATAN PENTING: SEPANJANG MEMANDIKAN JENAZAH, SELURUH BADANNYA DITUTUP DENGAN KAIN PUTIH (KAIN MANDI JENAZAH)... HANYA SEORANG SAHAJA YANG MENGURUSKAN TEMPAT2 SENSITIF... JADI JANGAN INGAT KITA BOLEH SESUKA HATI NAK TENGOK PRIVATE PARTS! INGAT... MENJAGA AURAT/ AIB SI MATI SAMALAH KETIKA MEREKA HIDUP DI ATAS DUNIA INI...

Sekembalinya saya ke rumah, segera saya menunaikan solat sunat tanda bersyukur kepada Allah kerana menguatkan hati sepanjang tugasan tadi. Namun ketika di malam harinya, perasaan takut menerpa lagi... takut diganggu mimpi atau bayangan yg bukan2... tapi syukur selepas beberapa hari, semuanya selamat.

Selepas peristiwa itu, persepsi saya terhadap kematian sudah berubah... saya mula berfikir, kenapa takut sangat dengan mayat?? Sebenarnya kita bukannya takut dengan mayat, tapi kita mula mengasingkan orang yg pernah kita sayangi, sanjungi dan hormati... apabila kematian menjemput! Kita anggap orang yg mati akan bertukar menjadi hantu yg akan menganggu hidup kita, lalu wajah si mati pun kita tak sanggup tengok. Pada kita, wajah orang mati menakutkan dan mengerikan.

Kasihanlah pada orang yg mati tu... hormatilah jenazahnya sebagaimana kita menghormatinya ketika hidupnya. Orang yg mati tidak memberi mudharat kepada kita yg masih hidup. Yg banyak terjadi ialah gangguan syaitan, lebih2 ketika saat kematian dan selepasnya. Bacalah ayat kursi sebagai pendinding dari gangguan syaitan ini.

Janganlah kita menghina cacat cela atau bau yg kurang enak pada si mati. Kita sendiri pun tak pasti bagaimana keadaan kita apabila mati nanti... mati sakit ke?? Mati tua ke?? Mati kemalangan ke?? Mati lemas ke?? WALLAHU A3LAM. Yg pasti, walau bagaimana cara pun kita dimatikan, hanya amalan yg menjadi bekalan... bukan paras rupa dan harta benda yg dibawa... tetapi hanyalah kain putih yg membaluti tubuh ...

Orang yg mati pun punya maruah dan aurat untuk dijaga. Jangan sekali-kali membuka aurat si mati jika tidak diperlukan, apa lagi bercerita tentang cacat cela semasa hidup atau matinya... Sebaliknya sementara masih hidup, hiasilah wajah kita dengan wudhu’ yg sempurna sepanjang masa, basahilah lidah kita dengan zikirullah... ikhlaskan hati ketika membuat perkara2 yg baik... Rajin-rajinlah menunaikan solat malam untuk menerangi alam kubur nanti... Saya berpesan untuk diri saya sendiri dan kawan-kawan yg disayangi..

Yg pasti... APA YANG SEBENARNYA KITA TAKUTKAN IALAH KEMATIAN, DAN BUKANLAH MAYAT! Sebabnya, apabila kita mati nanti, kita pun akan jadi mayat... kita pun perlukan orang yg masih hidup untuk menguruskan kita hingga ke tanah perkuburan... Apa perasaan kita kalau tak ada orang yg mahu uruskan jenazah ahli keluarga kita, kononnya takut terkena badi mayat, atau tak tahu langsung cara-cara menguruskan jenazah?? Fikir-fikirkanlah...



Semoga kisah yg dikongsikan ini dapat memberi keinsafan dan kesedaran buat kita yg masih hidup. Syukur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur kita hingga ke hari ini... bertaubatlah... beramallah sebanyak dan sebaik mungkin, untuk bekalan di hari yg tiada lagi jual beli dan tebusan, hari yg merupakan satu kepastian buat semua...

Sunday, August 16, 2009

ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR…



Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu siangnya engkau sibuk berzikir,
tak akan jemu kau melagukan syair rindu,
mendayu… merayu... kepada-NYA, Tuhan yang Satu.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu,
solat yang sungguh khusyu3 lagi tawaddhu3,
tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri,
menghadap Rabbul Jalil, menangisi kecurangan janji,
"inna solaati wanusuki wamahyaaya wamamaati
lillaahirabbil 3aalamiiin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam].

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu,
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja,
di setiap kesempatan juga masa yang terluang,
alunan Al-Quran bakal kau dendang, bakal kau syairkan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu malammu engkau sibukkan dirimu
dengan bertarawih... berqiamullail... bertahajjud...
mengadu... merintih... meminta belas kasih…
"Wahai Tuhan, ku tidak layak ke syurga-MU…
namun tak pula aku sanggup ke neraka-MU".

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang,
pastinya engkau meriahkan Ramadhan,
engkau buru... engkau cari...
satu malam idaman,
yang lebih baik dari seribu bulan.

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir,
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir,
mempersiap diri... rohani dan jasmani,
menanti-nanti jemputan Izrail,
di kanan dan kiri,
lorong-lorong redha Ar-Rahman.

Duhai Ilahi...
andai ini Ramadhan terakhir buat kami…
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti... paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami…
menyeru ke jalan menuju redho
serta kasih sayang-Mu Ya Ilahi…
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di “sana” nanti…

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui,
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya,
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah,
berusaha... bersedia... meminta belas-NYA…

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita…
MAAFKANLAH SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN,
sama ada secara sedar, separuh sedar, ataupun di luar tahap sedar,
sengaja mahupun tidak sengaja…
maaf dipinta atas keterlanjuran kata-kata apabila berbicara,
juga atas salah laku yang mungkin menyakitkan hati,
mohon dihalalkan semua yang pernah diberikan kepada diri ini…



Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh nikmat serta khusyu3, diberkati dan dirahmati Allah SWT… Moga kita dapat menyempurnakan ibadah puasa kita dengan sebenar-benarnya, dan semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah… Aamiiin…



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK, dan…



Saturday, August 8, 2009

'MEMBANTU’ ORANG YANG NAZAK



Sedar atau tidak, hakikatnya masyarakat Melayu telah lama berbuat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yg tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yaasin, dengan bacaan yg tersendiri dan bermacam2 ragam. Ada yg membacanya secara tartil, dan ada juga yg membacanya dengan bacaan laju tanpa mengikut hukum tajwid sebenar.

Memang benar, kita punya niat yg baik. Kita mahu ‘membantu’ orang yg nazak itu. Tetapi perbuatan mengelilingi orang nazak sambil membaca Yaasin dengan bacaan tersendiri dan pelbagai ragam ini bukan sahaja tidak ‘membantu’ orang yg nazak, malah membuatkannya lebih terseksa. Niat asal untuk ‘membantu’ orang nazak, akhirnya berubah kepada menjadikan orang yg tengah nazak itu merasa lebih kelam-kabut.

Justeru itu, apakah yg seharusnya kita lakukan? Bagaimanakah caranya supaya kita juga dapat ‘membantu’ orang yg sedang nazak?



Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:


i. Melantik seorang yg bacaan Al-Qur’an nya baik(dari segi tajwid) untuk membacakan surah Yaasin kepada si nazak, manakala yg lain-lain bolehlah menyemak bacaan tersebut.

ii. Sebaik-baik orang yg dilantik itu ialah anak ataupun saudara terdekat yg mempunyai perasaan kasih kepada orang yg tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang yg tengah nazak itu sebelum surah Yaasin dibacakan kepadanya bagi tujuan menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yg dibaca boleh ‘membantu’ pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yaasin, kemudian berhenti seketika, dan ‘membantu’ (menuntun) orang yg sedang nazak itu untuk melafazkan kalimah syahaadatain.

v. Kemudian menyambung semula bacaan, dengan membaca 3 hingga 4 kalimah berikutnya, dan kemudian berhenti lagi, dan ‘membantu’ orang yg sedang nazak itu untuk mengucapkan kalimah syahaadatain sekali lagi.

vi. Diteruskan (mengulang langkah di atas) sehinggalah orang yg nazak itu menghembuskan nafasnya yg terakhir.




Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara-mara ataupun mak ayah kita saat mereka menghadapi sakaratul maut kelak.Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah-Nya dalam membuat amal kebajikan dengan cara yg betul dan bukanlah semata2 melalui ikutan adat sepanjang zaman... Aamiiin...

Sunday, August 2, 2009

PERGINYA KEKASIH ALLAH S.W.T.



Di saat Baginda Rasulullah SAW sedang nazak, tiba-tiba dari luar pintu, terdengar suara seseorang yg berseru mengucapkan salam… “Bolehkah saya masuk?”, tanya empunya suara tersebut dengan penuh sopan setelah salamnya dijawab oleh tuan rumah. Tetapi walaubagaimanapun, Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maaflah, ayahku sedang sakit”, kata Fatimah, lalu membalikkan badannya dan menutup pintu.

Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yg ternyata sudah membuka mata. Ayahnya bertanya kepada Fatimah, “Siapakah itu, wahai anakku?”. “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yg menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah anakku, dialah yg menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yg memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah SAW. Mendengarkan kata-kata ayahnya itu, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Setelah malaikat maut datang menghampiri, Rasulullah SAW menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Lalu dipanggilah Jibril yg sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”, tanya Rasululllah SAW dengan suara yg amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” jawab Jibril.

Tetapi jawapan itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah SAW lega. Di mata Baginda, masih penuh kecemasan. Jibril merasa hairan melihat reaksi dari Rasulullah SAW lantas bertanya, “Apakah engkau tidak senang mendengar khabar ini?”.

Tanpa menjawab soalan Jibril, Rasulullah SAW ajukan pula soalan yg membuatkan Baginda resah dan gelisah memikirkannya, “Khabarkan kepadaku bagaimanakah nasib umatku kelak?”. Lalu jawab Jibril, “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya’,”.

Masa terus berlalu. Detik-detik semakin dekat. Akhirnya tibalah saatnya Izrail melakukan tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Saat itu kelihatan seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakitnnya sakaratul maut ini”, perlahan Rasulullah SAW mengaduh. Ketika itu, Fatimah memejamkan matanya, Ali yg berada di sampingnya menunduk semakin dalam, dan Jibril pula memalingkan mukanya.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu, Jibril?”, tanya Rasulullah SAW kepada Malaikat penghantar wahyu itu. “Siapakah yg sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajalnya,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah SAW mengaduh, kerana sakit yg tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan kepada umatku.”

Setelah itu, badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Namun bibir Baginda bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. Kedengaran bisikan Rasulullah SAW, yg bermaksud, “peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu”.

Di luar pintu, tangis mulai kedengaran bersahut-sahutan, dan para sahabat kelihatan saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah SAW yg mulai kebiruan. Lalu terdengar bisikan kata-kata Rasulullah SAW, “Ummatii,ummatii,ummatiii” (Umatku, umatku, umatku).

Dan tidak lama kemudian, berakhirlah hidup manusia mulia yg memberi sinaran itu. Di hujung waktu saat di ambang maut, Baginda masih tetap memikirkan umat-umatnya yg dikasihi…




Kini, mampukah kita mencintai Baginda seperti mana cinta mendalam Baginda kepada kita umatnya? Betapa cintanya Rasulullah SAW kepada kita, sedangkan kita?? Renung-renungkanlah agar timbul kesedaran dalam diri kita untuk mengingati maut, dan mencintai Allah SWT juga Rasul-Nya sepertimana Allah SWT dan Rasul-Nya mencintai kita.


Notakaki: Diri ini terlalu hina, namun tetap punya hasrat dan keinginan untuk berjumpa dengan dia Baginda Rasulullah SAW, insan agung sepanjang zaman.. Pesanan buatku terutamanya dan semua umat Baginda, Cintailah Baginda di setiap ketika dan waktu kerana Baginda begitu mencintai kita umatnya tanpa pernah mengenali siapakah diri kita sekalipun.. Sesungguhnya mencintai dirinya lebih agung dan suci, dan itulah bukti kita mencintai Ilahi ya Rabbi.. Jangan biarkan cinta dan kasih memperingati dirinya pada hari keputeraan Baginda sahaja, tetapi ingati dan sanjungilah Baginda sepanjang zaman..



# Marilah sama-sama kita hayati lirik nasheed ini, “Pemergianmu” by InTeam:

Ya Rasulallah...

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ‘kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu…


Friday, July 24, 2009

SEIRINGKAH AMALAN HARIAN KITA DENGAN TUJUAN HIDUP YG SEBENAR?



# Sedikit renungan buat semua, termasuklah buat diri ini yg juga adakalanya leka dan alpa serta tersasar sedikit dari tujuan hidup yg sebenarnya…



Ingatlah dirimu…
Hari ini kita berada di sini
Esok berada entah di mana
Dan esoknya lagi mungkin sudah menjadi MAYAT
Mayat yg berbaring di liang lahad seorang diri…

Bukan harta bertumpuk yg akan disoal oleh Allah
Bukan juga pangkat tinggi yg akan ditanyakan Allah
Tetapi yg ditanyakan ialah
Amal selama kita berada di dunia ini…

Kalau sekiranya malam ini kita dipanggil Allah
Sedang bermimpi kita meninggal
Dan kalau amal yg ditanyakan
Maka apalah jawab kita?

Oleh itu, ingatlah dirimu!
Kalau sudah menjadi MAYAT
Kalau sudah berbaring di kubur
Dilihat dlm kamar gelap, sempit dan dingin
Maka sedarilah bahawa ketika itu
TAUBAT dan AMAL seseorang itu
TIDAK AKAN DITERIMA LAGI!

Dan kalau hal ini benar-benar berlaku
Kita akan dipertanggungjawabkan
Atas segala amal kita kepada Allah
Selama kita hidup di alam dunia ini…



Ingatlah… bahawa HIDUP INI AKAN MATI… Maka banyakkanlah ingatanmu menuju ke sana. KITA DIJADIKAN UNTUK MATI. Allah tidak menjadikan kita dengan sia2. Pastinya ada tujuannya kenapa kita diciptakan. Oleh itu marilah kita sama-sama renungkan. Fikirkan kembali tentang TUJUAN kita dijadikan di dunia ini dan perbaikilah kesilapan diri… Bermuhasabahlah dan kembalilah ke pangkal jalan… jalan lurus yg membawa kita menuju kebahagiaan mutlaq di akhirat sana… insaflah sebelum terlambat…

Friday, July 10, 2009

UMUR: PERGINYA TAKKAN KEMBALI LAGI!

Setiap detik umur kita pergi
Pergi tidak akan kembali lagi
Setiap nafas turun naik mengurangkan lagi

Dari detik ke minit, dari minit ke saat
Ia bertambah laju pergi
Dihakis lagi umur kita, tanpa kita sedari

Dari saat ke hari, tahap kelajuannya bertambah lagi
Lagi cepat umur kita yang pergi

Dari hari ke minggu, makin jauh umur kita pergi
Yang pergi itu tidak berganti
Yang pergi tetap pergi, yang datang mengurangkan lagi

Dari minggu ke bulan, bertambah laju umur kita lari
Lari tidak akan bertemu lagi
Yang lari tetap lari, tidak kembali

Dari bulan ke tahun,
Oh makin jauh ia pergi

Dari tahun ke tahun, pacuannya terlalu laju
Begitulah umur kita pergi, setiap detik ia luak
Kita merasa umur kita bertambah lagi
Luak, terus luak, kurang terus kurang

Kita merasa umur kita bertambah panjang
Kita pun berangan-angan panjang
Kerana merasakan hidup panjang lagi

Tiba -tiba MAUT datang menjemput kita...
Di waktu itu terbeliaklah biji mata
Bekalan yang dibawa tiada bersama
Menyesal sepanjang masa, tidak berkesudahannya…



Marilah sama-sama kita renungkan.. setiap detik itu amatlah berharga.. Setiap waktu yg pergi tidak akan kembali lagi. Begitu jugalah dengan umur kita. Kita tidak tahu bilakah kita akan dijemput panggil oleh Allah. Justeru itu, hargailah setiak detik umur kita di dunia ini dengan sentiasa melakukan amal kebaikan selagi kita masih bernafas dan berpeluang melakukannya di mukabumi ini…

Saturday, July 4, 2009

12 BARISAN DI AKHIRAT


Suatu ketika, Muadz bin Jabal RA menghadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong jelaskan kepadaku mengenai firman Allah SWT yg bermaksud: "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian akan datang berbaris-baris"(An-Naba':18)”.

Mendengarkan pertanyaan itu, Rasulullah menangis sehingga basah pakaian baginda dengan air mata. Lalu baginda menjawab: “Wahai Muadz, engkau telah bertanya kepadaku perkara yg amat besar, bahawa umatku akan digiring, dan dikumpulkan berbaris-baris…”

Kemudian Rasulullah SAW menyatakan bahawa terdapat 12 barisan kesemuanya, dan menjelaskan mengenai 12 barisan tersebut:


BARISAN PERTAMA

Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan tidak berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang-orang yg sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka.

BARISAN KE-2

Digiring dari kubur dalam keadaan berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Yang Maha Pengasih yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg sewaktu hidupnya meninggalkan solat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-3

Digiring dari kubur dalam keadaan berbentuk keldai, sedang perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. Keadaan mereka ini dijelaskan oleh Allah yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg enggan membayar zakat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-4

Digiring dari kubur dalam keadaan berdarah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. Allah SWT menjelaskan keadaan mereka ini dengan seruan yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg berdusta dalam urusan jual beli, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-5

Digiring dari kubur dlm keadaan berbau busuk seperti bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Keadaan mereka ini dijelaskan oleh Allah yg bermaksud: “Mereka itu merupakan orang yg menyembunyikan perlakuan derhaka manusia kerana takut diketahui oleh manusia, tetapi tidak pula merasa takut kpd Allah, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-6

Digiring dari kubur dalam keadaan kepala mereka terputus dari badan. Allah menjelaskan keadaan mereka ini yg bermkasud: "Mereka merupakan orang yg menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-7

Digiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. Keadaan mereka ini dijelaskan oleh Allah yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-8

Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Allah menjelaskan keadaan mereka ini yg bermaksud: "Mereka ini merupakan orang yg berbuat zina, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-9

Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dgn api gemuruh. Allah menjelaskan keadaan mereka ini yg bermaksud: "Mereka itu merupakan orang yg memakan harta anak yatim, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-10

Digiring dari kubur dalam keadaan tubuh dipenuh dgn penyakit sopak dan kusta. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih yg bermaksud: "Mereka merupakan orang yg derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KE-11

Digiring dari kubur dalam keadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih yg bermaksud: "Mereka merupakan orang yg meminum arak, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah neraka."

BARISAN KE-12

Mereka digiring dari kubur dengan wajah yg bersinar-sinar laksana bulan purnama, dan kemudiannya mereka akan melalui titian sirat dengan mudah dan pantas, seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka merupakan orang yg beramal soleh dan banyak berbuat amal kebaikan, menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu, dan ketika meninggal dunia, keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka ialah syurga, di mana mereka akan mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."


Notakaki: Semoga ketika dibangkitkan kelak, kita semua akan berada di saf yg ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah SWT… Aamiiin…

Wednesday, July 1, 2009

HANYA KERANA SETITIK MADU…


Seorang hamba Allah pergi bersiar-siar di tepi hutan... Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi…aauuummmmm!! Oh tidak! Itu bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja! Jadi, si hamba Allah ni pun larilah utk selamatkan diri. Harimau tu apa lagi, terus kejar hamba Allah ni. Harimau ni mmg dah lapar sgt. Harimau tu pun teruslah kejar, kejar, dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang-pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan drpd dibaham oleh harimau.


Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri, si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi tersebut. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer... Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.



Di mulut perigi, harimau yg lapar tadi masih menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak selamatkan diri, sambil tak henti2 dia berdoa kpd Allah agar dia diselamatkan. Tengah asyik berfikir macam mana nak selamatkan diri, tiba-tiba terdengar pula bunyi kocakan air di bawah perigi. Lalu dia lihat ke bawah…apa yg ada??

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya! Dilihatnya ada dua ekor buaya yang kelaparan sedang menantinya di bawah! Aduhai…apalah nasib... sudah jatuh ditimpa tangga. Makin takutlah si hamba Allah ni. Atas ada harimau, bawah ada dua ekor buaya. Lalu apa yg harus dilakukannya sekarang??









Sedang dia berfikir mencari jalan keluar, tiba-tiba muncul seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, lalu naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai di atas, tikus tu gigit tali tu pula. Cis, kurang ajar punya tikus! Alahai, macam mana ni... Tak lama kemudian, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam, naik mengikut tali tadi sampailah ke atas. Tikus hitam ni pun sama2 menggigit tali tempat hamba Allah tu bergayut. Cis, lagi satu! Macam mana nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya-buaya…



Namun hamba Allah ini tetap terus berfikir... Kalau naik ke atas, kena makan oleh harimau. Tapi kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, kena makan oleh buaya-buaya pula. Hmm…Macam mana ni...


Sedang hamba Allah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi dari atas. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, kelihatan ada lebah yg sedang membawa madu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan kebetulan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu terus berkata, "Alangkah manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ini. Sedapnya.. Subhanallah, sungguh sedap madu ni.".


Dan disebabkan setitik madu itu, si hamba Allah ini terus saja jadi lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan juga buaya-buaya yg menantinya di bawah…


Cerita ni sbnrnya berbentuk kiasan. Marilah sama2 kita renungkan…


Si Hamba Allah = kita semua.
Harimau yg mengejar = maut/ajal yg mmg sentiasa mengejar kita.
Dua ekor buaya = malaikat Munkar dan Nakir yang sentiasa menanti kita di alam kubur nanti.
Tali tempat bergayut = jangka hayat kita - kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita (lebih dekat dengan“buaya2”).
Tikus Putih dan Hitam = dunia kita siang dan malam yg sentiasa menghakis umur kita (kan tikus2 tu gigit tali tu).
Madu = nikmat dunia.

Bayangkanlah, hanya kerana setitik madu yg jatuh ke dalam mulutnya, terus Hamba Allah itu jadi lupa pada harimau dan buaya-buaya yg menantinya. Macam tulah juga kita sbg manusia… kebanyakannya apabila dapat nikmat dunia walau sedikit cuma, akan mudah sahaja jadi lupa kepada Allah. Sedangkan waktu kita dalam kesusahan, tak henti2 kita ingat dan memohon pertolongan dari Allah… Astaghfirullah...

Saturday, June 27, 2009

AWAK…


Awak…
Dulu awak pernah senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
(Padahal nak elak drpd pengsan)

Awak…
Dulu awak pernah datang ke kelas saya
Tapi saya buat tak tahu aje
(Padahal bumi ni terasa mcm dah tak cukup graviti)

Awak…
Dulu saya pernah senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
(Jadi senyum pun tak ada maknanya)

Awak…
Dulu awak pernah tegur saya
Tapi saya buat-buat tak dengar
(Padahal nak elak drpd tak boleh berhenti borak)

Awak…
Dulu saya pun pernah juga tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati je
(Jadi awak tak dengar apa yg saya katakan)

Awak…
Dulu awak pernah beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap apa
(Jadi saya pergi macam tu aje)

Awak…
Setiap hari awak nampak comel
Semua orang puji awak
Tapi saya puji dalam hati je
(Padahal nak jugak puji sekuat hati)

Awak…
Pernah sekali tu saya nampak awak di McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri

Awak…
Hari ni saya dah janji…
Saya akan pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi

Awak…
Hari ni saya menyesal ada ego yg tinggi
Tapi saya dah tak ada harapan lagi
Jadi nak tak nak, terpaksa sendiri

Awak…
Hari ni hari terakhir saya nampak awak
Tapi awak tak toleh ke arah sini
Awak fokus kat tempat lain

Awak…
Hari ni saya tengok gambar awak senyum
Tapi gambar hanya tinggal gambar
Nak buang sayang, nak simpan sedih

Awak…
Esok antara kita ada "balai berlepas"
Tiada esok untuk saya
Tiada juga esok untuk awak

Awak…
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Hanya buat sakit hati

Awak…
Sebelum pergi
Hari ni…
Kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab mengenali awak
Merupakan anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak…


Notakaki: Entri ni langsung tiada kaitan dengan hidup penulis... cuma apa yg mahu disampaikan di sini... hidup ini jgnlah terlalu ego.. drpd rasa menyesal di kemudian hari, ada kalanya lebih baik kita berterus-terang dan luahkan apa yg kita rasakan.. kita tidak tahu esok lusa adakah kita masih bernafas di mukabumi ini... justeru itu juga, hargailah setiap org yg kita kenal kerana dgn mengenali seseorang, secara x langsung kita juga belajar untuk mengenali diri kita sendiri...

Sunday, June 21, 2009

“MALAM PERTAMA”


Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahad?
Pernahkah engkau membayangkan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Apakah MALAM PERTAMA kita di alam kubur nanti ASYIK DAN NIKMAT, atau sebaliknya penuh dengan DERITA DAN SENGSARA?

Wahai anak Adam, apakah yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia merupakan malam yg sangat mengerikan? Malam yg kerananya para ulama' serta orang-orang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Apabila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana kelak.

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat–handai. Kita berada di dunia yang diterangi dengan lampu-lampu pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat serta minuman yang pelbagai.

Tetapi pada keesokannya nanti kita akan berada di malam pertama di dalam dunia yg kelam gelap-gelita, sedang lilin-lilin yg menerangi kita saat itu adalah amalan-amalan yg kita lakukan. Dunia kita ketika itu amatlah sempit dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan. Tempik raung memenuhi ruang yg sempit, tetapi apakan daya, semuanya telah berakhir…


Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak, bukan? Oleh itu, beramallah dan ingatlah selalu betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Related Posts with Thumbnails