Kita hanyalah manusia yang lemah…sering leka dan alpa. Kadangkala kita terlalu lebihkan hal2 duniawi sehingga ketepikan hal2 ukhrawi. Begitu juga dengan solat..sering kita lewat2kan…
Tetapi sedarkah kita… Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewat2kan solat kita. Jika berpuasa, amalan kita direct terus kepada-Nya, tapi dalam hal solat, rupanya ada “posmen” yg menghantar amalan kita kepada-Nya… Begini kisahnya…
Setiap kita ada malaikat, dan malaikatlah yang ditugaskan menghantar amalan solat kita kepada Ilahi. Untuk sampaikan amalan kita, malaikatharus melalui tol-tol di setiap lapisan langit dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga.
Jika solatnya di awal waktu, maka tolnya "free", tiada sekatan tol, dan juga tiada "jem". Lalu malaikat terus aja sampaikan amalan solat kita itu kepada Tuhan untuk dinilaikan.
Tapi sebaliknya jika solatnya di akhir waktu, tolnya free juga, tetapi sekatannya MasyaAllah…
Di langit pertama, penjaga tol marahkan “posmen” kita. Disoalnya kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu “posmen” kita minta diberikan laluan. Tetapi penjaga langit pertama tidak mempedulikannya. Dicampakkan amalan lewat solat kita itu tadi ke bumi. Maka..Jatuh berderai..lalu dikutip semula oleh “posmen” kita. Satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit yang kedua.
Di langit kedua, samalah juga situasinya… Mendengar bebelan yang bertanyakan sebab lewat hantar amalan. Merayu lagilah “posmen” kita. Namun tak dipedulinya. Lalu dilemparkan amalan lewat solat kita itu tadi.. dan sekali lagi jatuh berderai.. Tetapi juga dikutip oleh “posmen” kita satu persatu amalan solat kita, lalu terus merayu lagi untuk diserahkan amalan kita kepada Tuhan.
Di langit ketiga, sama seperti kejadian di langit2 yang sebelumnya… sekali lagi “posmen” kita kena basuh lagi. Soalannya juga sama, bertanyakan sebab kenapa lewat menghantar amalan tersebut. Tiada kompromi, langsung terus dibaling amalan kita, lalu jatuh berderai dan langsung tak ade nilainya lagi…
Dan…tiada lagi dikutip dan dirayu…
Maka, tak sampailah amalan solat hujung waktu kita itu kepada Allah, seolah-olah kita tidak menunaikan solat. Kalau difikirkan, sepertinya tak berbaloi kan kita buat amal (solat), tapi tak sampai. Bukan sahaja tiada nilai, malah akan diazab di akhirat nanti.
Ya Allah… Ampunkanlah kami kerana lalai dalam mengerjakan perintah-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikanlah hati kami agar sentiasa merasa suka dan semangat untuk menunaikan solat di awal waktu. Resahkanlah hati kami selagi kami tidak menyegerakan tuntutan solat itu. Biarlah kami resah di dunia, mudah2an kami tidak resah lagi di hari akhirat kelak. Aaamiin…
:) so good
ReplyDelete