Showing posts with label WANITA. Show all posts
Showing posts with label WANITA. Show all posts

Friday, May 28, 2010

SYARAT BERUMAHTANGGA



Kalau perempuan tak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar…
Tapi kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita kata ok saja.
Jangan diperbesarkan, nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak, siapa yang nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki kepada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu, yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga, sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni.. Tetapi selain sibuk dengan kerjaya, saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-gelengkan kepalanya. Baginya, tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam! (walau ada yang kata, jika itu syaratnya, bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup)

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan “hendak memikat suami, perlu pikat seleranya” sering digunapakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasakan lebih perlu.

Kalau perempuan tidak tahu memasak, disuruh belajar, dan sesudah belajar, perlu pula jadi handal. Ukuran handal bukanlah setakat masak untuk keluarga sendiri, tapi kalau boleh, perlu juga boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Tapi bolehkah kita meletakkan undang-undang begitu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan solat jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri solat sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, mulalah belajar dari sekarang =)

Diambil dengan kebenaran, daripada: UMMUL SYABINAR


Jika wanita yang tidak tahu memasak disuruh belajar, jadi apa masalahnya jika lelaki yang tidak boleh menjadi imam dipaksa belajar juga asas-asas penting dalam agama, kerana perkara tersebut adalah jauh lebih utama jika dibandingkan dengan keperluan kepandaian memasak. Apapun, masing-masing seharusnya memikul tanggungjawab dengan sebaiknya. Pilihlah calon pasangan hidup, orang yang beragama, sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW.

Sunday, May 9, 2010

SEMPENA HARI IBU…


Diambil dari artikel bertajuk “Ibuku seorang pembohong”. Sama-samalah kita hayati kisah sedih ini yang menceritakan tentang “pembohongan2” yang dilakukan si ibu demi anaknya, sehinggalah ke penghujung hayatnya…



Memang sukar utk org lain percaya, tapi itulah yg berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu utk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: “Makanlah nak ibu tak lapar.” PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata: “Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : “Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.” Ibu tersenyum dan berkata: “Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata: “Minumlah nak, ibu tak haus.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata: “Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: “Jangan susah-susah, ibu ada duit.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: “Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata: “Jangan menangis nak, ibu tak sakit.”
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongannya yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali yang terakhir dan meninggalkan kami semua buat selamanya.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda masih boleh memeluk dan menciumnya sekarang. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, ‘Ibu, saya sayangkan ibu.’ Tapi tidak lagi buat saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari nyawa saya sendiri, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir… betapa berdosanya saya kepada ibu…

“Ibu, maafkan saya… Saya sayangkan ibu…” Namun ibu tak mungkin dapat mendengarnya, juga tidak mungkin dapat kembali semula dalam hidup saya. Walaupun saya cukup berjaya dan mempunyai segalanya sekarang, namun hidup saya kosong dan sepi tiada bererti. Tiada apa pun di dalam unia ini yang mampu menggantikan cinta ibu saya yang agung dan tulus itu… Hingga kini setelah berpuluh tahun berlalu, saya masih lagi merasa kehilangan ibu saya.

Anda janganlah jadi seperti saya yang sudah terlewat menzahirkan cinta kepada ibu yang telah tiada… Kesalan saya ini walau dengan linangan airmata darah sekalipun, tidak akan tertebus lagi. Oleh itu, lafazkanlah dan zahirkanlah cinta anda kepada ibu anda sekarang juga. Bagi diri saya, saya hanya dapat berdoa agar Allah memberkati ibu saya dan meletakkan ibu saya di sisi orang-orang yang beriman… aamiiin…



~ Buat semua yang masih mempunyai ibu…jagalah ibu anda sebaik mungkin. Ibu ibarat lilin yang membakar dirinya untuk memberi cahaya pada anak-anaknya. Hormatilah ibu. Dengar dan patuhilah nasihatnya, dan janganlah sesekali kita abaikan ibu apabila sudah berjaya kelak. Sekiranya ibu meminta bantuan dari kita, janganlah kita kecewakannya, dikhuatiri andai ibu merasa tersinggung dengan sikap mahupun kata2 kita, maka derhakalah kita.. nauzubillah…


SAYANG IBU UNTUK SELAMANYA…
SEORANG IBU MAMPU MENJAGA 10 ORANG ANAK,
NAMUN 10 ORANG ANAK BELUM TENTU
DAPAT MENJAGA SEORANG IBU…

(fikir-fikirkanlah)


Di Malaysia, Hari Ibu diraikan pada hari Ahad kedua di bulan Mei. Namun hakikatnya, setiap hari juga adalah Hari Ibu, kerana hidupnya kita di dunia ini, juga melalui ibu. Oleh itu, sentiasalah hargai ibu dengan menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada ibu pada bila-bila masa sahaja selagi kita punya kesempatan. Buat semua wanita yang bergelar ibu… SELAMAT HARI IBU saya ucapkan…




Buat mak… Terima kasih kerana telah melahirkan, menyusukan, dan membesarkan saya… Terima kasih kerana membimbing serta mendidik diri ini sebaik mungkin… Terima kasih kerana setia menjadi teman bicara saya di saat saya sedih mahupun gembira… Terima kasih kerana seringkali memikirkan keadaan kesihatan saya serta menjaga saya dgn penuh sabar… Segala jasa & pengorbanan mak buat saya, tidak mungkin saya lupakan sampai akhir hayat…... I LOVE YOU SO MUCH! SAYANG SANGAT2 KAT MAK! (^_^)

Friday, February 12, 2010

MUSLIMAH SEJATI...



# Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.

“Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian.” (Hadith riwayat Muslim)

# Muslimah sejati tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.

Berdasarkan ayat 31, surah An-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahramnya. (As-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

# Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat dari kekhuwatiran dirinyalah yang mengundang orang lain jadi tergoda.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan menjaga kehormatan (kemaluan) mereka (tidak berzina atau mendekati zina)...” (Surah An-Nuur: 31)

# Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand, tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

“...Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (khumur) ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba abdi yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka berjalan sambil mengoyangkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan...” (Surah An-Nuur: 31)

# Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” (Surah Al-Ahzab: 32)

# Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya.

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.” (Surah At-Taghabun: 11)

# Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Hadith Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)



Kata hati: Wujudkah ciri-ciri muslimah sejati ini dalam diri ini? Ya Allah, bimbinglah daku... peliharalah daku... lindungilah daku... semoga diriku thabat di jalan-Mu, istiqamah melaksanakan perintah-Mu... aamiiin...


Thursday, January 28, 2010

CARA-CARA SYAITAN MENELANJANGI WANITA


Sebagaimana yg kita sedia maklum, syaitan asalnya juga ditempatkan di Syurga. Namun disebabkan keingkarannya mematuhi perintah Allah utk sujud kpd Adam, maka akhirnya syaitan dihalau keluar dari Syurga, lalu ditempatkan di Neraka. Dan oleh sebab itu juga, syaitan merasa tidak puas hati dan dendam, lalu memasang niat utk sentiasa berusaha menyesatkan anak-anak Adam.

Dalam merealisasikan impiannya, syaitan mempunyai byk strategi utk menggoda manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran. Sasaran utamanya adalah dgn memanfaatkan hawa nafsu, yg sememangnya memilik kecenderungan mengajak manusia kpd keburukan (ammaratun bis su’).

Syaitan seakan-akan mengetahui kecenderungan nafsu kita, lalu terus berusaha agar manusia keluar drpd garis yg telah ditentukan Allah. Dalam setiap apa jua yg kita lakukan, pastinya kita tidak terlepas dari gangguan dan bisikan syaitan. Sdgkn dlm solat juga kita kadang-kadang merasa was-was (contohnya, sudah rakaat ke berapa), yg mana was-was itu dtgnya dari syaitan. Inikan pula dlm hal2 lain dlm kehidupan seharian kita.

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka” (35: 6)

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibubapamu daripada Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”(7: 27)

Di sini jelas, syaitan tidak lain tidak bukan, hanyalah mengajak manusia spy turut menjadi ahli Neraka. Sebagaimana yg telah dinyatakan, sasaran utamanya ialah hawa nafsu, dan ini berkait juga dgn soal aurat. Dan tidak dapat dinafikan, aurat perempuan adalah lebih sukar dijaga jika dibandingkan dgn aurat lelaki. Justeru itu, di sinilah juga syaitan memainkan peranannya dlm menghasut wanita spy tidak memakai pakaian muslimah sebagaimana yg disyariatkan oleh Islam.

Syaitan begitu licik. Syaitan tahu bahawa manusia juga agak sukar dihasut andai mereka punya ilmu agama, walaupun sedikit. Maka syaitan juga dgn pintarnya memainkan peranan sedikit demi sedikit. Step by step. Ingin ketahui caranya? Mari kita perhatikan...




Tahap Pertama: Menghilangkan Definasi Hijab.

Pada tahap ini, syaitan membisikkan kpd para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama; ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bg para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dgn apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut ganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya utk menyesuaikan diri dgn pakaian penduduknya, walau apa pun yg mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bkn sekadar gaya (fesyen). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Lalu di peringkat ini, apabila seorang wanita masih bertahan dgn prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dgn strategi yg lebih halus. Bagaimana caranya?

Pertama: Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kpd para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bhgn hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yg menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka dtglah syaitan utk membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yg lebih maju lagi, yakni terbuka bhgn atas dada kamu. Tapi jgn sebut sbg pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit utk mndapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Org pasti tidak akan peduli, sebab hanya sbhgn kecil saja yg terbuka."

Sekali lagi si wanita menurut, lalu dipakainya pakaian fesyen terbaru yg terbuka bhgn leher dan dadanya, dari yg fesyen setengah lingkaran hingga yg fesyen bentuk huruf "V", yg tentu menjadikannya lebih terlihat lagi bhgn sensitif dari dadanya.

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang

Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja.. apa kata kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yg lebih bagus?". Si wanita befikir sejenak. Pakaian yg macam mana ya? "Byk fesyen dan kain yg agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap/ cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya fesyen pakaian yg ketat dan kain yg tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yg disebut oleh Nabi sbg wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yg ketat, maka syaitan dtg lagi. Dan sebagaimana biasanya, dia menawarkan idea baru yg sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kpd wanita itu, "Pakaian sprti ini membuat kamu susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dgn itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan mmg benar, dgn dibelah mulai dari bhgn bwh hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya.... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, yg mana hingga tahap ini, pakaian masih tetap utuh dan pjg, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yg dibuat berbeza dgn hijab syar'i yg sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.


Tahap Kedua: Terbuka Sedikit Demi Sedikit.

Kini syaitan melangkah lagi, dgn tipu daya lain yg lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bhgn aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan berbisik kpd para wanita, "Baju pjg benar-benar tidak selesa, kalau hanya dgn membelah sedikit bhgnnya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar... Oh ya, ada yg terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yg besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah jilbab yg kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala... org tetap menamakannya dgn jilbab."

Maka para wanita yg terpengaruh dgn bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yg dimaksudkan. Tidak ketinggalan kasut tumit tinggi, yg kalau berjalan, dpt menarik perhatian org.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yg melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa org. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yg lebih menarik. Bukankah kini byk skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fesyen baru yg terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa saja yg dibisikkan syaitan dlm jiwanya, dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yg terlihat separuh betisnya ke mana saja dia pergi.

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan skrg zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dgn menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, skrg byk lelaki yg menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dgn mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" bersungut. "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih byk di rumah dan pakaian mereka sgt tertutup. Tapi skrg sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yg terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yg di pasar malam hingga yg berjenama di pusat membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yg dirancang khusus utk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yg ketinggalan zaman."

Demikianlah bisikan syaitan. Maka pakaian yg menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yg memakainya dan sedikit sekali org yg mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya utk melucuti hijab wanita.


Tahap Ketiga: Serba Mini

Setelah pakaian yg menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasakan biasa2 saja, maka dtglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jgn yg itu-itu saja, skrg ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yg menampakkan bahagian bwh paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yg terbuka hingga lengan tgn, terbuka bhgn dada sekaligus bhgn punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yg serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sgt beraneka ragam, ada pakaian utk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki. Fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yg sepertinya mustahil utk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea utk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bhgn paling ketara saja yg tersisa utk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yg sering disebut dgn "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Menelanjangi Kaum Wanita" tercapai.

"Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yg melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak ingin mengambil risiko.


Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dlm dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama org tua, jika melihat gejala menyimpang pd anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segeralah diambil tindakan. Jgn biarkan ia berlarutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bg kita utk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mndapatkan laknat Allah. Kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jgn jerumuskan mereka ke dlm kebinasaan yg menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.



Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah.


“Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama!)” (47 : 14)

“(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yg menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yg sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yg jauh terpesong.” (50 : 27)


Kata Hati: Sedih melihat wanita akhir zaman ni yg dah kurang sensitif dalam soal pemakaian, malah lebih mudah terpengaruh dgn fesyen pakaian yg ternyata tidak seperti apa yg disyariatkan Islam. Ketat, singkat, jarang, terdedah, mengikut ukuran bentuk badan, dan sebagainya. Dan yg lebih menyedihkan, bilamana mereka ini dgn bangga dan tanpa rasa malu, sambil tertawa, boleh pula beritahu pd orang lain bahawa mereka juga dahulunya sekolah agama, dan pakai tudung labuh bulat. Seolah-olah mempersendakan pemakaian sedemikian. Bagi mereka ini, saya tertanya2, apakah terlalu sukar utk mengekalkan pakaian sedemikian sebagaimana yg seharusnya?? Apakah pakaian tersebut hanya sekadar uniform sekolah?? Sungguh, saya merasa sangat2 sedih... (T_T)

~ Bersyukur kerana diri ini bukanlah jenis yg mudah terpengaruh dgn fesyen pakaian terkini. Biarlah nampak simple, kolot dan kekampungan di mata manusia, kerana pandangan dan penilaian Allah itu jauh lebih penting dan utama. Semoga diri ini terus istiqomah dgn pemakaian sebagaimana yg Islam syariatkan... Aamiiin ~

Monday, January 11, 2010

AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA?


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dgn suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yg memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dgn penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!"
potong Fatimah dgn kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu “Fatimah” di sebalik Fatimah yg dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dgn tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya utk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sbg seorang muslim yg beramal dgn apa yg diyakininya. Duitnya byk dihabiskan utk memenuhi tuntutan dakwah yg seringkali memerlukan pengorbanan yg tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yg membawa dia menemui Tuhannya dgn hati yg tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dlm persatuannya. Malah, Fikri dilihat sbg calon suami yg bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yg dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yg menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri spt pelengkap kpd dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dlm dakwah meskipun hubungannya dgn Fatimah nampak spt tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dgn Fatimah, namun sikap Fatimah yg keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan spt biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kpd masyarakat. Malamnya sibuk dgn mesyuarat dgn sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta dtg ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali drpd pemikiran pendakwah lain yg semudanya.

Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dlm suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dgn luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dpt menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yg kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa utk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah drpd beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dgn Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yg pernah ditanya kpd Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yg tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sbg isteri kedua yg dilafazkan oleh Fikri.



"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jwb Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yg sgt membantu dlm gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sgt membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin.

Setiap kali turun ke lapangan utk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah utk membantu kerja dakwah seadanya. Kadangkala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, spt mesin yg tiada hayat. Namun, inilah yg dia yakini sebelum berkahwin dgn Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yg menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dlm kereta sewaktu dlm perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yg sgt teringin berjumpa dgn madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia dtg program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yg byk membantu Fikri dlm gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dgn isteri pertama Fikri yg byk membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dlm dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yg berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana, bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sgt berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.



"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [QS al-Taubah 9:24]




***************************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam... KALIAN AKAN DIMADUKAN!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yg bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah utk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sbg punca serta merendahkan harga dirimu dga terjadinya perceraian suamimu dgn isterinya yg pertama iaitu perjuangan Islam!


Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yg pertama yg bakal dinikahinya atau insan yg pertama yg dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yg kedua yg dicintainya, kerana suami yg pertama baginya ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Lihatlah, betapa pentingnya perjuangan menegakkan Islam sehinggakan ia diibaratkan sebagai “isteri/suami” pertama pasangan kita, lalu hadirnya kita adalah sebagai yang kedua, bukanlah yg pertama. Janganlah kita tertipu dengan ni3mat dunia kerana semuanya hanyalah pinjaman semata-mata... akhirat jualah yang kekal abadi. Oleh itu, buat semua muslimin mahupun muslimat, bantulah isterimu atau suamimu, dan kuatkanlah dia utk meneruskan perjuangan Islam ke serata dunia! Takbir! Allahuakbar!

Monday, January 4, 2010

LELAKI IDAMAN WANITA SOLEHAH


Lelaki idaman wanita solehah ialah
seorang lelaki yang
buta, bisu, bakhil dan papa...


Biarlah dia seorang yang buta…
Buta kerana matanya sunyi
dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,
Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara
dari memandang aurat wanita ajnabi…

Asalkan kedua-dua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.


Biarlah dia seorang yang bisu...
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,
Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,
dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.


Biarlah dia seorang yang bakhil...
Bakhil dalam memberi senyuman
kepada wanita yang bukan mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,
Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya
untuk beribadah dengan Khaliqnya,
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
kembali megah di muka dunia!


Dan biarlah dia seorang yang papa...
Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat,
Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
yang berfaedah lagi bermanfaat,
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia,
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya,
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!



Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi
dengan silam yang kelam...

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…

Saturday, January 2, 2010

GADIS CANTIK YG BUTA, PEKAK, & LUMPUH


Wanita solehah, yang merupakan wanita pilihan yang tidak terdedah kepada lelaki yang bukan mahram, diumpamakan seperti bidadari yang dipingit di dalam khemah-khemah. Wanita sebegini akan menjadi penghuni syurga, sebagaimana kisah ibunya Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Syeikh Abdul Qadir Jailani hasil dari percantuman benih Abu Saleh Janghidost dgn Fatimah. Abu Saleh adalah seorang pemuda yg sgt cinta kpd Allah. Kewarakannya boleh dilihat dari sejarah hidupnya.

MENGAMBIL YANG BUKAN HAK MILIK SENDIRI

Sebelum bertemu jodoh dengan Fatimah, pada suatu hari, seperti biasa Abu Saleh duduk di tepi sungai bertafakur. Kemudian perutnya terasa sangat lapar kerana sudah lama tidak makan. Kebetulan waktu itu dilihatnya sebiji epal sedang terapung-apung di sungai. Lalu diambilnya dan dimakan. Semasa sedang mengunyah, maka teringatlah dia bahawa epal tersebut tentu hak milik org. Abu Saleh merasai dirinya telah melakukan dosa kerana memakan buah epal tersebut tanpa meminta izin drpd pemiliknya terlebih dahulu.




Atas rasa takut kepada Allah, Abu Salleh menyusuri hulu sungai tersebut semata-mata untuk mencari tuan punya epal itu bagi meminta maaf (halal). Setelah berhari-hari berjalan tanpa sebarang bekalan makanan, akhirnya Abu Saleh menjumpai sebatang pokok epal dan yakinlah dia bahawa epal yang dimakan tempoh hari adalah dari pokok itu. Tanpa membuang masa, Abu Saleh terus pergi berjumpa dengan tuan punya pokok epal itu, iaitu Abdullah Saumi yang berketurunan Imam Hussin R.A.

Abdullah Saumi mengenali kewarakan Abu Saleh yang begitu luhur dan berkeyakinan beliau dari keturunan yang baik. Melihat perangai dan akhlak Abu Saleh yang begitu luhur dan mulia, Abdullah Saumi telah jatuh hati dan tidak sanggup berpisah dengan pemuda itu. Lalu Abdullah Saumi membuat helah akan memaafkan kesalahan Abu Saleh tetapi dengan bersyarat. Syaratnya, Abu Saleh mesti berkhidmat dengan beliau selama 12 tahun untuk menguruskan kebun epalnya. Abu Saleh telah menerima hukuman itu dan bekerjalah ia dengan taat selama tempoh tersebut.

MENGAHWINI GADIS BUTA, PEKAK, DAN LUMPUH

Setelah 12 tahun, Abdullah Saumi mengadakan syarat lagi bahawa beliau rela memaafkan kesalahan Abu Saleh sekiranya Abu Saleh sanggup mengahwini anak perempuannya yang buta matanya, pekak telinganya dan lumpuh kedua-dua tangannya serta kakinya. Kemudian mereka mesti tinggal di situ bagi tempoh 2 tahun lagi bagi membolehkan beliau melihat cucunya. Syarat tersebut sungguh berat, tetapi demi mencari keredhaan Allah, diturutinya juga.

Setelah diakad nikah maka masuklah Abu Saleh ke dalam bilik anak perempuan Abdullah Saumi yang sudah sah menjadi isterinya. Alangkah terkejutnya Abu Saleh apabila mendapati wanita di hadapannya mempunyai rupa paras yang sangat jelita dan tidak cacat. Lantaran itu, tidak mahu didekatinya wanita tersebut kerana disangka bukan isterinya.

Abu Saleh segera menemui Abdullah Saumi. Akhirnya orang tua itu menerangkan hakikat kata-katanya kepada Abu Saleh.

"Aku katakan anak perempuanku itu buta matanya kerana dia tidak pernah memandang lelaki yang bukan muhrimnya, pekak telinganya kerana tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, lumpuh kedua-dua tangannya kerana tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diharamkan, dan lumpuh kedua-dua kakinya kerana tidak pernah melangkah ke tempat-tempat mungkar."

Selepas itu barulah Abu Saleh mahu menyentuh isterinya. Dan hasil daripada perkahwinan pemuda yang wara’ dengan isterinya yang solehah itu, maka lahirlah seorang anak yang akhirnya membesar menjadi seorang wali Allah yang masyhur dan tinggi ilmunya, iaitulah Syeikh Abdul Qadir Jailani.

MUTIARA INDAH

Demikianlah mutiara indah para wanita solehah, yang betul-betul mencontohi bidadari-bidadari di syurga. Mereka seolah-olah wanita pingitan yang tidak mendedahkan diri dan auratnya di hadapan lelaki bukan mahram. Tidak memandang kepada lelaki dan tidak dipandang oleh lelaki. Memelihara kesucian dirinya daripada terdedah kepada yang bukan mahram…


Notakaki: Secara syara3nya, buah epal yg telah jatuh ke dalam sungai lalu dihanyutkan air itu sememangnya boleh dimakan tanpa perlu minta izin kerana ianya sudah berada di luar kawasan tuan rumah. Namun disebabkan peribadinya yang amat wara’, maka Abu Saleh merasa bersalah lalu berusah mencari tuan pemilik epal tersebut bagi tujuan meminta maaf. Sikap begini adalah sangat mulia dan wajar dicontohi. Lihatlah balasan setimpal yang diterimanya – seorang yang soleh akhirnya pasti akan mendapat pasangan yang solehah. Oleh itu berusahalah terlebih dahulu untuk memperbaiki akhlaq diri… Dan kepada ibubapa yang mempunyai anak perempuan, ujilah terlebih dahulu pasangan anak anda untuk menilai sejauh mana keikhlasan lelaki tersebut…

Monday, December 28, 2009

BENGKOKNYA WANITA…


"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"


"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak dtg kerja. Susahlah mcm ni. Kerja pejabat akan terganggu."


"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, mmg org perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"


"Orang perempun yg diibaratkan seperti tulang rusuk yg bengkok itu bkn bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yg berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yg diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yg bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."


"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yg bengkok. Asyik marah2 dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "


*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


Sumber: iluvislam.com


Notakaki: Sifat sempurna adalah milik Allah semata-mata, dan kita sebagai makhluq ciptaan-Nya adalah bersifat tidak sempurna. Disebabkan sifat-Nya yang Maha Mengetahui, maka pastinya Allah tahu akan kebaikan di sebalik ‘kekurangan’ yang ditentukan ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu itu tanpa sebab, dan begitulah juga dengan hakikat kejadian wanita yg diciptakan-Nya dari tulang rusuk yang bengkok…

~insan yang “bengkok”, lemah, dan sensitif~

Sunday, December 27, 2009

SEBELUM AKAD TERPATRI… (WARKAH BUAT BAKAL SUAMIKU)


Jika sebelum ini dititipkan di sini "coretan buat bakal isteri", maka kali ini ingin pula diri ini menitipkan WARKAH BUAT BAKAL SUAMIKU. Biarpun ini bukanlah warkah coretan diri sendiri, namun apa yang ingin disampaikan tetap sama dengan apa yang terkandung dalam warkah ini…


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Buatmu,
Bakal Suamiku...

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku.

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionless face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah RA: “sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”.

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kpd manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Namun bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta utk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Dariku,
Bakal Isterimu.


Sumber: iluvislam.com


Notakaki: Naluri ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah setiap insan, namun biarlah ianya membawa rahmah dan barakah kepada diri sendiri dan juga orang yang kita sayangi… Apalah maknanya diri menyayangi dan disayangi andai jauh dari rahmat dan barakah-Nya...



~masih setia dan sabar menanti kehadiranmu, insan yang tidak ku ketahui~

Saturday, December 26, 2009

CORETAN UNTUK BAKAL ISTERI


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku.”

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yg harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yg hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kpdnya kerana seharusnya engkaulah yg harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah di sisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik." (Surah An-Nuur: 26)

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku di samping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal." Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal Suamimu.


Nukilan: Musafir Hidayah


Notakaki: Alhamdulillah, masih ada lelaki yang berfikiran dan berpendirian sebegini. Hakikatnya mmglah ada, cuma agak sukar untuk kita temui. Namun bersyukur sekali tatkala terbaca warkah ini. Dapat dirasakan penulis pastinya menulis apa yang datangnya dari sebuah hati yang suci. Buat penulis, didoakan semoga dirimu beroleh pelengkap hidup sebagaimana yang didambakan.. Aamiiin.. Buat muslimin, diharap semoga kalian semua punya pemikiran dan pendirian seperti penulis. Dan buat kaum muslimat pula, sama2lah kita memperbaiki diri menjadi insan yang mempunyai akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi..

~sabar menanti pelengkap diri yang hanya diketahui oleh Allah SWT~

Thursday, November 12, 2009

BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU…


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan apapun,
biar orang kenal, dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman...


CaNTik WaNitA kERaNa KeJeRNiHaN WaJaH,
MaNiS WaNitA kERaNa sENyuMaN yANg iNdaH,
AyU WaNitA kERaNa keSeDeRHaNaaN LaHiRiaH,
HeBaT WaNitA kERaNa KeiMaNaN kePaDa ALLAH!

Monday, November 9, 2009

LUAHAN SEORANG LELAKI - “SAYA SAYANG SANGAT2 GIRLFRIEND SAYA”



Saya suka tengok jari-jemari girlfriend saya.. cantik betul.. sungguh! Sampaikan saya takut nak pegang… Bukan takut patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tak boleh nak tolong satu sama lain di suatu hari yang pasti di depan Yang Maha Esa kelak…

Dahulu, saya suka tengok rambut girlfriend saya.. cantik betul.. sungguh! Sebab itulah saya belikan tudung untuk dia, dan alhamdulillah sejak itu dia sudah mula bertudung… bukan sebab jealous lelaki lain tengok jugak, tapi sebab saya tak nak rambut dia nanti terbakar dek api neraka di Hari Pembalasan nanti…

Saya suka tengok pemakaian bergaya girlfriend saya.. cantik betul.. sungguh! Jadi saya belikan dia telekung supaya masa dia “dating” dengan Kekasih dia Yang Utama, dia akan kelihatan lebih cantik dan berseri menghadap-Nya…

Saya risau tengok girlfriend saya tidur tak lena makan tak ada selera sebab rindukan saya.. saya pun dulu macam tu jugak, ada masalah yang sama, tapi alhamdulillah sekarang saya sudah dapat kawal.. dia tanya saya, apa ubatnya? Saya pun berilah dia sebuah Al-Qur’an sebagai teman penenang jiwa, dengan harapan semoga dia lebih cinta dan rindukan Dia berbanding saya…

Saya sedih tengok girlfriend saya selalu pesan macam-macam pada saya.. “makan, minum, drive elok2 tau.. jaga diri baik2 ye.. nanti awak sakit, saya susah hati.. bla bla bla…” katanya.. tapi bila tengok movie sama2 burn Asar Maghrib gitu aje, dia tak ada kata satu apa pun.. berdosanya saya...

Kesimpulannya, saya memang sayang sangat2 pada dia… kalau boleh nak jumpa dan bersama dengan dia selalu... selamanya... di dunia dan akhirat terutamanya... saya nak kami sama-sama masuk Syurga dan bahagia selamanya di sana... Semoga kami saling mengingati... Dosa sendiri pun infiniti, nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya ALLAH, ampunkanlah kami... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti... Aamiiin...



Notakaki: Luahan di atas ni bukanlah benar-benar pengakuan yang penulis terima dari seorang lelaki, tetapi sekadar coretan yang mudah2an boleh diambil manfaat darinya... Renung-renungkanlah... Semoga ianya membuatkan kita sedar dan insaf, serta lebih memahami apakah maksud sebenar di sebalik sayangnya seorang lelaki kepada kekasih hatinya...

Friday, November 6, 2009

PESANAN BUAT KAUM HAWA



Hawa,

Andai engkau masih bujang,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau seorang ibu,
didiklah anakmu shingga dia x gentar memperjuang ad-din Allah.


Namun Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah akan janji Allah – wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan mahram,
kerana dikhuatiri dari mata akan jatuh ke hati,
lalu lahir sekuntum senyuman,
tercetusnya salam perkenalan,
dan disusuli pula dengan pertemuan berikutnya…
takut akhirnya wujudlah nafsu kejahatan yang menguasai diri...



Ingatlah wahai hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa.
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya.
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.



Yakinilah wahai hawa,

Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaq dan peribadinya.
Lelaki yg beriman akan memilih wanita yg kuat pegangan agamanya.
Lelaki yang soleh tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan mahramnya,
kerana dia takut ianya akan memberi kesempatan kepada syaitan
untuk menggodanya serta melemahkan imannya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dlm sebuah pertemuan lelaki & wanita,
yakni sebuah perkahwinan…



Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Peliharalah akhlaqmu,
Kuatkanlah pendirianmu!


Usah bersedih wahai Hawa,

Andai ditaqdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu.
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
dan cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang mendatangkan kebahagiaan buat dirimu.



Pesanku buat Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu,
kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah…
Cintailah ahli keluargamu,
kerana kau takkan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga…


#####################################


Ya Allah, peliharalah diriku…
Juga seluruh kaum hawa yang bergelar Muslimah…
Janganlah sesekali tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini
Disalahgunakan untuk menggoncang iman para lelaki...



Sunday, October 18, 2009

TOLONG BERITAHU SI DIA…


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakanibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku takut akan dosa melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong kejayaanku dlm urusan ilmu dan agama..


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong ingatkan dia, hal cinta tak boleh bicara hingga ikatan halal sudah terlaksana..
Tolong ingatkan dia, aku dan dia hanya teman seagama yang hanya layak dilayan biasa..
Tolong ingatkan si dia, Allah melatih kita untuk mempercayai dan meyakini Qadha’ Qadar-Nya..
Tolong ingatkan si dia, yakinlah pada janji Allah dan berpegang-teguhlah pada janji manusia..
Tolong ingatkan si dia, supaya tak terus leka dengan perasaan, hingga menangguhkan perjuangan agamanya..


Hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui siapa si dia..
Hanya Engkau Ya Allah, yang layak memberkati pengakhiran usaha..
Hanya Engkau Ya Allah, yang mengetahui semuanya..
Hanya Engkau Ya Allah, yang mampu menguatkan hati yang penuh rasa..


Moga dia menjadi umpama seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Moga dia tetap teguh dalam mujahadah cintanya..menjadi pengemis cinta Ilahi... perindu syahid abadi...


sAndArKaNLaH cInTa kEpaDa ALLAH
pAsTi tiDaK aKaN kEceWa!


Notakaki: Semoga pesananku ini sampai kepadanya walau diriku sendiri tidak mengetahui siapa dan di manakah si dia…


Friday, October 16, 2009

KHAS BUATMU IBU…


Entri ini adalah bersempena hari lahir ibu saya (16 Oktober 19xx). Sedikit coretan kisah peribadi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian, semoga kita lebih menghargai ibu kita..


Setiap kali berpeluang pulang ke rumah, pastinya saya akan segera pulang. Hari Jumaat la hari yg sering saya nanti2kan. Habis sahaja kelas, saya langsung segera pulang ke rumah. Mungkin ada yg mengatakan, nampak macam anak manja.. katalah apepun yg kalian mahu katakan.. Pada saya, balik ke rumah melihat muka mak ayah, cukup menyenangkan hati saya.. Terasa bahagia saat diri berada dekat bersama mereka dan dapat menatap wajah mereka.

Bahkan, saat final exam sekalipun, andai ada gap biarpun hanya sehari dua, tetap juga saya akan pulang ke rumah. Mungkin ada yang berpendapat, di rumah mana mungkin boleh study. Ya, saya tak nafikan.. agak sukar.. tapi sukar ini juga berbeza mengikut individu tersebut. Ramai mengatakan mereka akan habiskan masa dengan menonton TV. Tapi berlainan pula dengan saya.

Kalau saya pulang ke rumah, “cabaran” yang membuatkan saya sukar study, adalah berhadapan dengan mak. Ada sahaja yang ingin dibualkan bersama. Alhamdulillah saya punya mak yang rapat, yang bisa dijadikan umpama teman. Boleh dikatakan setiap apa yg berlaku pada diri saya, pastinya saya akan ceritakan pada mak. Hampir tidak ada yang saya rahsiakan dari emak.

Pernah suatu ketika, saya pulang ke rumah minggu final exam. Beberapa hari kemudian, saya ada exam jam 3pm. Tapi pada hari tersebut, saya berhasrat untuk pulang sedikit awal ke kampus. Saya bercadang untuk menaiki komuter pada sebelah paginya supaya dapat naik sama dengan yang mak naik setiap pagi untuk ke tempat kerjanya di KL.

Di stesen komuter Kajang, di waktu paginya, jangan cakaplah.. memang terlalu ramai manusia.. Mak pernah bercerita, setiap pagi kena berebut himpit2 naik dengan hampir seratus penumpang yang lain. Saya hanya mendengar cerita, jadi saya belum betul2 dapat gambarkan situasinya yang sebenar. Namun saya tetap berhasrat pulang sebelah pagi itu.

Saya jenis yg tidak tahan dengan sesak manusia sebegitu.. nanti mudah pening dan jatuh pitam. Emak risaukan hal itu terjadi pada saya. Saya jadi terfikir.. sedangkan saya masih muda, pun cepat sahaja terasa pening dan jatuh pitam saat berpusu-pusu dengan orang ramai, bagaimana pula dengan mak yang sudah berusia 50an?

Ditaqdirkan Allah, pada hari tersebut, saya tertinggal handphone. Saat itu keretapi belum sampai. Ayah menelefon handphone mak untuk maklumkan hal tersebut. Memandangkan exam saya jam 3pm, ayah pesan jangan naik train dulu, tunggu ayah hantar handphone.

Saya hanya menurut. Dan saat itu jugalah, saya ditunjukkan segala yang benar2 menyentuh hati dan perasaan ini. Selama ini saya hanya mendengar dan cuba membayangkan, tapi pada hari tersebut, saya benar2 menyaksikan kelibat emak yang terpaksa berebut dengan ratusan manusia. Iya, RATUSAN MANUSIA!

Zahirnya pasti tidak ada yang menduga usia mak sudah mengjangkau separuh abad. Mak kelihatan muda dari usianya. Mak juga jenis aktif. Dan alhamdulillah mak dikurniakan kesihatan yang baik. Bagi yang belum kenal mak, rata-ratanya fikir mak berusia lewat 30an. Namun itu secara zahirnya. Hakikatnya mak sudahpun mengjangkau 50an.

Dan sebab itu juga, mak ada bercerita meluahkan rasa tidak puas hatinya melihat anak2 muda yang duduk di kerusi (dalam train) tanpa memberi keutamaan bagi mereka yang sudah berusia. Sudahla agak berusia, dan baru juga pulang dari kerja, pastinya mereka terlalu penat dan perlu diberikan lebih keutamaan untuk mendapat tempat duduk berbanding yang masih muda dan gagah berdiri.

Saya tidak sampai hati melihat bagaimana emak terpaksa berebut dengan ratusan manusia untuk memboloskan dirinya ke dalam train. Saya benar-benar tidak kuat untuk melihat semua itu. Lalu saat train hampir tiba, saya salam dan cium tangan mak.. dan saya terus minta izin untuk pergi (kembali ke kaunter tiket untuk tunggu ayah datang berikan handphone yang saya telah tertinggal).

Saat saya berada di jejantas untuk ke seberang, airmata menitis tanpa sedar.. sungguh.. saya benar2 tersentuh dengan kejadian itu..

Setelah habis exam petang tersebut (ada gap beberapa hari untuk exam seterusnya), malamnya selepas solat Maghrib, saya terus pulang semula ke rumah. Malam itu saya tanyakan pada mak, memang begitukah situasi yang dialaminya setiap hari setiap pagi saat mahu ke tempat kerja. Mak hanya tersenyum. Kata mak, itu kerja mak.. mak kena pergi kerja.. cari duit untuk kesenangan hidup anak2 mak.. Sungguh, saat itu juga airmata saya bergenang.. terharu mendengar kata-kata tersebut biarpun mak cakap dalam nada biasa seperti berbual, dan bukanlah suatu luahan hati ke hati.

Saya terus naik ke bilik… bersendirian dalam bilik, saya menangis semahunya (saya memang jenis nanges xnak orang tengok). Jika selama ini saya cuma membayangkan, saat itu saya benar2 menyaksikannya.. itulah tanda kasih sayang dan pengorbanan mak yang mungkin saya tidak sedar selama ini..

Puas menangis, saya turun semula.. baru teringat belum salam lagi dengan mak (sebelum tidur, saya akan salam dan cium tangan mak ayah). Namun emak dah pun tidur kepenatan. Mak memang jenis tidur awal, perlukan tidur yang cukup supaya esok paginya punya tenaga untuk berebut lagi bersama ratusan penumpang untuk memboloskan diri ke dalam train.

Saya tenung wajah mak yang sedang tidur kepenatan… saya perhatikan kedutan di wajahnya yang mungkin ramai tidak sedar, dan saya perhatikan juga uban-uban yang sudah semakin banyak di kepalanya. Saya tenung mak sepuas-puasnya. Ya, mak sudah agak berusia. Itulah hakikatnya biarpun zahirnya mak nampak muda dari usia sebenarnya. Dan walaupun sudah semakin berusia, mak tetap cergas dan sihat, aktif serta bersemangat. Mak tak kan pernah tunjuk dirinya lemah. Dan hakikatnya, mak memang seorang yang kuat dan tabah! Selama saya hidup, belum pernah walau setitis pun airmata mak saya saksikan.. langsung tak pernah! (mungkin saya pun jadi jenis yg x nanges depan orang, waris dari mak la kot).

Dengan niat tidak mahu buat mak terjaga dari lena, perlahan-lahan saya capai tangan mak.. saya cium tangan yang telah membesarkan saya tu.. Tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi saya, memandikan saya, memakaikan saya pakaian, membelai serta memeluk erat saya, dan terlebih dari semuanya, tangan itu jugalah yang sering menadah tangan berdoa untuk saya..

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang wanita bergelar ibu. Sungguh diri ini amat bersyukur mempunyai seorang ibu yang begitu sempurna bagi diri ini..

Mak, dirimu insan yang cukup dikagumi… terima kasih tidak terhingga atas segala kasih sayang serta pengorbananmu.. saat diriku sedih, gembira serta perlukan teman, dirimu sentiasa sudi menjadi pendengar setia biarpun hakikatnya dirimu penat dan letih… Mak… saya sayang sangat2 kat mak! Selamat Hari Lahir saya ucapkan.. Semoga Allah terus kurniakan kesihatan yang baik buat mak.. semoga hidup mak diberkati.. dan semoga mak beroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat… Aamiiin…



Related Posts with Thumbnails