Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri, si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi tersebut. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer... Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tadi masih menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak selamatkan diri, sambil tak henti2 dia berdoa kpd Allah agar dia diselamatkan. Tengah asyik berfikir macam mana nak selamatkan diri, tiba-tiba terdengar pula bunyi kocakan air di bawah perigi. Lalu dia lihat ke bawah…apa yg ada??
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya! Dilihatnya ada dua ekor buaya yang kelaparan sedang menantinya di bawah! Aduhai…apalah nasib... sudah jatuh ditimpa tangga. Makin takutlah si hamba Allah ni. Atas ada harimau, bawah ada dua ekor buaya. Lalu apa yg harus dilakukannya sekarang??
Sedang dia berfikir mencari jalan keluar, tiba-tiba muncul seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, lalu naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai di atas, tikus tu gigit tali tu pula. Cis, kurang ajar punya tikus! Alahai, macam mana ni... Tak lama kemudian, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam, naik mengikut tali tadi sampailah ke atas. Tikus hitam ni pun sama2 menggigit tali tempat hamba Allah tu bergayut. Cis, lagi satu! Macam mana nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya-buaya…
Namun hamba Allah ini tetap terus berfikir... Kalau naik ke atas, kena makan oleh harimau. Tapi kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, kena makan oleh buaya-buaya pula. Hmm…Macam mana ni...
Sedang hamba Allah tu berfikir macam mana nak selamatkan dirinya, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi dari atas. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, kelihatan ada lebah yg sedang membawa madu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan kebetulan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu terus berkata, "Alangkah manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ini. Sedapnya.. Subhanallah, sungguh sedap madu ni.".
Dan disebabkan setitik madu itu, si hamba Allah ini terus saja jadi lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan juga buaya-buaya yg menantinya di bawah…
Cerita ni sbnrnya berbentuk kiasan. Marilah sama2 kita renungkan…
Si Hamba Allah = kita semua.
Harimau yg mengejar = maut/ajal yg mmg sentiasa mengejar kita.
Dua ekor buaya = malaikat Munkar dan Nakir yang sentiasa menanti kita di alam kubur nanti.
Tali tempat bergayut = jangka hayat kita - kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita (lebih dekat dengan“buaya2”).
Tikus Putih dan Hitam = dunia kita siang dan malam yg sentiasa menghakis umur kita (kan tikus2 tu gigit tali tu).
Madu = nikmat dunia.
Bayangkanlah, hanya kerana setitik madu yg jatuh ke dalam mulutnya, terus Hamba Allah itu jadi lupa pada harimau dan buaya-buaya yg menantinya. Macam tulah juga kita sbg manusia… kebanyakannya apabila dapat nikmat dunia walau sedikit cuma, akan mudah sahaja jadi lupa kepada Allah. Sedangkan waktu kita dalam kesusahan, tak henti2 kita ingat dan memohon pertolongan dari Allah… Astaghfirullah...
wah!!!! best la cte ni!!! respek la akak!!! best!! ingatkan cte ni cte takut ker td rupanya cte ni berbentuk kiasan wah! hebat la cte ni!! tp btol 2 kdg2 kita dpt 1 nikmat benda2 lain kita lupa... subhanallah...
ReplyDeletela, nape pulak pikir cerita yg menakutkan? sbb intronya cite kena kejar dek harimau yg tgh kelaparan ek? tu kiasan jela =D
ReplyDeletesemoga cerita yang hebat (menurut Nick la) ni menyedarkan kita semua dari terus hanyut dibuai keseronokan ni3mat dunia yang melimpah-ruah... sama2lah kita ambil ibrah dari cerita ni ye :)
macam cerpen " kerana setitik madu itu".. saya teringin mengkaji cerpen itu sebagai cerpen pemikiran alam metafizikal tetapi belum bertemu dengan hasilnya lagi... utk akak teruskan bercerita,
ReplyDeleteto ruzainihamid:
ReplyDeleteowh, yeke? x pernah plak bace cerpen tu, jadi xtau plak ada persamaan =D tp apepun, benda baik lg bermanfaat, biasalah kan tersebar kat mane2.. moga perkongsiannya di sini juga dtgkan kesedaran buat kita semua :)
thanx for ur support ^_^
p/s: terima kasih sudi dtg singgah bace n drop komen.. try click link ke ur blog, tp failed.. jd x dpt nk balas kunjungan. aasif..
best giler cita niep..
ReplyDeletepndai la kakak bikin cerita..
tahniah..
i like this story !! :)