Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambutnya. Apabila tukang gunting rambut itu memulakan tugasnya, mereka pun berbicara mengenai beberapa perkara. Tetapi apabila mereka mula berbicara mengenai Allah, berlaku sedikit “debat” antara mereka berdua..
Tukang gunting rambut: Saya tak percaya Allah itu wujud.
Si lelaki: Kenapa kamu kata begitu?
Tukang gunting rambut: Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan kepada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang yg sakit di luar sana? Kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? Kalau betullah Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku.
Si lelaki itu pun berfikir sejenak… tapi dia tidak memberikan sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting rambut itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.
Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor, dan janggutnya juga tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi.
Si lelaki: Kamu tahu tak yang sebenarnya tukang gunting rambut juga tidak wujud?
Tukang gunting rambut: Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saja gunting rambut kamu tadi.
Si lelaki: Tidak! Kalau betul tukang gunting rambut wujud, dah tentu tidak ada orang yg berambut panjang dan tidak terurus beserta janggut yg panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan tu (sambil menunjuk ke arah lelaki yg dimaksudkan).
Tukang gunting rambut: Ah! Tukang gunting rambut memang wujud! Lelaki itu jadi macam tu sebab dia x datang kepada saya untuk menggunting rambutnya!
Si lelaki: Tepat sekali! That’s the point! Allah juga wujud. Penderitaan dan keperitan itu terjadi jika manusia tidak mengingati-Nya dan kembali kepada-Nya untuk memohon pertolongon.
Mendengar kata2 lelaki itu, tukang gunting rambut jadi terdiam lalu memikirkan dan mengakui kebenaran kata2 tersebut…
ver good point of story..thx 4 sharing:)
ReplyDeleteto cha_chan:
ReplyDeletethanx for your comment =)
terima kasih juga sebab sudi ziarah ke sini..
try link to ur blog,
but failed..
yg tertera hanyalah blog2 yg anda follow..
jadi x dptla nk ziarah kembali.. -_-
hahaha padan muka tukang gunting rambut 2!! hahaha 2 la sombong sgt... x prcaya tuhan 2 wujud gud answer!! padan muka tukang gunting rambut 2...
ReplyDeleteto NICK IRFAN:
ReplyDeletegelak sakan dia ek =D yup, tula.. kdg2 bukannya xtahu, tapi sengaja xnak akui (sombong).. dan mula la persoalkan mcm2.. jadi kita as a Muslim kenala pandai menjawab soalan2 yg melibatkan kewujudan tuhan.. jwpn kita x smstinya kena pnjg n detail. adakalanya jwpn yg diperlukan ringkas je, tp tepat menjawab soalan hinggakan pihak lg satu jd terdiam mengakui kbnrn tersebut =)