Mengenai kewujudan syaitan2 ini, Al-Khattab R.A. berkata, terdapat sembilan jenis anak syaitan yg perlu kita ketahui dan hindari, iaitu:
(1) Zalituun
Duduk di pasar/kedai untuk menghasut manusia supaya hilang sifat jimat-cermat. Tugasnya ialah menggoda manusia supaya berbelanja lebih dan membeli barang-barang yg melebihi keperluan.
(2) Wathiin
Pergi kepada orang yg mendapat musibah lalu menghasut supaya bersangka buruk terhadap Allah S.W.T.
(3) A'awan
Menghasut sultan/ raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Menghanyutkan mereka dengan mewujudkan perasaan seronok serta bangga dengan kedudukan dan kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
(4) Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol, iaitu mereka yg sering minum alkohol dan mabuk. Selain itu, Haffaf suka juga menghampiri orang yg berada di tempat-tempat maksiat seperti disko dan kelab malam, dan juga tempat-tempat yg ada menyediakan minuman keras.
(5) Murrah
Merosakkan serta melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga mereka menjadi lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan dunia glamour.
(6) Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata di mulut.
(7) Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika hendak masuk ke dalam rumah, maka Daasim akan berusaha mewujudkan haru-biru dan kacau-bilau yg seterusnya mengarah kepada berlakunya keruntuhan rumahtangga (eg: suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, suami memukul isteri, isteri hilang pertimbangan dan menuntut cerai, anak-anak didera, dan pelbagai lagi bentuk kemusnahan rumahtangga).
(8) Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika sedang melakukan ibadat seperti berwudhu’ dan menunaikan solat.
(9) Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yg menyembah api/matahari.
Dan sebagai tambahan (tp ini bukanlah drpd jenis anak2 syaitan)…
# Isetan - Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh dunia. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing, etc.....Kebaikannya: Memberi potongan harga ketika karnival jualan. Keburukannya: Melalaikan manusia membeli-belah sehingga lupa waktu solat. Pesanan: Membeli-belah tu berpada2 lah, jangan sampai berlebih-lebihan pula. Membazir itu kan amalan Syaitan…
Agak-agaknya, syaitan yg mana satu yg selalu menghampiri kita setiap hari? Tidak mustahil, mungkin sememangnya kesemua sekali? WALLAHU A3LAM…
Tuesday, June 30, 2009
SEMBILAN JENIS ANAK SYAITAN
Monday, June 29, 2009
SURAT SAYANG DARI ALLAH S.W.T.
Sunday, June 28, 2009
1 TAMPARAN KERAS UNTUK 3 PERTANYAAN
Setelah puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan dengan anaknya (pemuda itu).
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan2 anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah menanyakan soalan2 ini kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi tetap juga mereka semuanya tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3) Kalau syaitan diciptakan drpd api, kenapa dimasukkan ke neraka yg juga dibuat drpd api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda marah dengan soalan2 yg saya kemukakan?
Kiyai : Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah... Sebaliknya tamparan saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga pertanyaan yg anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?
Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!
Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!
Pemuda itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, tetapi tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan sakit itu.
Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu - Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.
Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam dia mengakui kebenaran kata2 kiyai tersebut.
Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan menerima tamparan drpd saya pada hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.
Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata2 kiyai itu.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya tadi?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.
Mendengarkan jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak tahu mahu menjawab dengan alasan apa lagi. Sesungguhnya mmg benar apa yg dikatakan oleh kiyai tersebut.
Lihatlah, hanya dengan satu tamparan keras oleh si kiyai, maka pemuda tadi terus menjadi sedar, insaf, dan yakin dengan Islam. Segala persoalan yg sering bermain di fikirannya dahulu, kini semuanya sudah terjawab. Sesungguhnya tamparan kiyai itu merupakan satu tamparan yg penuh dengan makna!
Notakaki: Tapi jangan pulak kalau lepas ni ada yg tanya soalan2 macam pemuda ni tanya, terus cepat aje kalian naik tangan n tampar org yg bertanya tu. Tengoklah jugak macam mana jenisnya org yg bertanya tu… takut lain pulak jadinya.. nanti x pasal2 jadi gaduh pulak..
Saturday, June 27, 2009
AWAK…
Awak…
Dulu awak pernah senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
(Padahal nak elak drpd pengsan)
Awak…
Dulu awak pernah datang ke kelas saya
Tapi saya buat tak tahu aje
(Padahal bumi ni terasa mcm dah tak cukup graviti)
Awak…
Dulu saya pernah senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
(Jadi senyum pun tak ada maknanya)
Awak…
Dulu awak pernah tegur saya
Tapi saya buat-buat tak dengar
(Padahal nak elak drpd tak boleh berhenti borak)
Awak…
Dulu saya pun pernah juga tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati je
(Jadi awak tak dengar apa yg saya katakan)
Awak…
Dulu awak pernah beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap apa
(Jadi saya pergi macam tu aje)
Awak…
Setiap hari awak nampak comel
Semua orang puji awak
Tapi saya puji dalam hati je
(Padahal nak jugak puji sekuat hati)
Awak…
Pernah sekali tu saya nampak awak di McD
Tapi awak tak macam dulu lagi
Jadi saya terdiam sendiri
Awak…
Hari ni saya dah janji…
Saya akan pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi
Awak…
Hari ni saya menyesal ada ego yg tinggi
Tapi saya dah tak ada harapan lagi
Jadi nak tak nak, terpaksa sendiri
Awak…
Hari ni hari terakhir saya nampak awak
Tapi awak tak toleh ke arah sini
Awak fokus kat tempat lain
Awak…
Hari ni saya tengok gambar awak senyum
Tapi gambar hanya tinggal gambar
Nak buang sayang, nak simpan sedih
Awak…
Esok antara kita ada "balai berlepas"
Tiada esok untuk saya
Tiada juga esok untuk awak
Awak…
Semoga satu hari nanti saya menginsafi diri
Tak nak ada ego tinggi lagi
Hanya buat sakit hati
Awak…
Sebelum pergi
Hari ni…
Kat sini
Saya janji
Semua ni untuk awak…
Sebab mengenali awak
Merupakan anugerah terindah pernah saya miliki….
Terima kasih awak…
Friday, June 26, 2009
SALTY COFFEE - A VERY NICE TOUCHING LOVE STORY TO SHARE
They sat at a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she thought, please; let me go home.... suddenly he asked the waiter. "Would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee." Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but still, he put the salt in his coffee & drank it.
She asked him curiously; why he had this hobby? He replied: "when I was a little boy, I was living near the sea, I liked playing in the sea, and I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much I miss my parents who are still living there". While saying that tears filled his eyes. She was deeply touched.
That was his true feelings, from the bottom of his heart. A man who can express his homesickness must be a man who loves his home,cares about home,& has responsibility for his home. Then she too started to speak, spoke about her faraway hometown,her childhood,her family. That was a really nice talk, a beautiful beginning of their story.
They continued to date. She found out that he actually was the man who met all her demands; he had tolerance, was kind hearted, warm, careful. He was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee! Then the story was just like every beautiful love story, the princess married to the prince, & then they lived a happy life... And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that’s the way he liked it.
After 40 years, he passed away, left her a letter which said:
Now I'm dying, I'm afraid of nothing so I am telling you the truth: I don't like salty coffee, what a strange bad taste.. I have had to take the salty coffee for my whole life with you and never had to feel sorry for it because I did it for you.
Having you with me is the biggest happiness in my entire life. If I could live a second time, I'd still want to know you and have you for my whole life, even if I if had to drink salty coffee again".
One day someone asked her, “what's the taste of salty coffee?”. “It's sweet”, she replied.
Love is not to forget but to forgive, not to see but to understand, not to hear but to listen, not to let go but to HOLD ON. Don't ever leave the one you love for the one you like, because the one you like will leave you for the one they love.
Thursday, June 25, 2009
KADANG – KADANG KITA TAK TERFIKIR PUN…
Hidup ni ada pasang surutnya. Kadang2 kita bernasib baik, tetapi adakalanya juga kita diduga dengan nasib yg kurang baik.
Katakanlah kita ni agak bernasib baik.. semakin hari kehidupan kita bertambah senang. Dahulu hidup serba kurang, kemudian hidup sederhana, dan sekarang hidup bertambah mewah dan selesa. Gaya hidup kita juga kini sudah jauh bezanya dengan kehidupan kita yg dahulunya serba kurang.
Cuba kita imbas kembali…
1) Kenderaan: Motor -> Perodua Kancil -> Proton Wira -> BMW
2) Sukan: Badminton -> Bowling -> Golf
3) Penginapan: Rumah sewa -> Rumah yg dibeli sendiri
4) Pekerjaan: Technician -> Supervisor -> Engineer -> Manager
5) Perabot: Tv 14' -> Tv 21' -> 29' -> Home theather
6) Destinasi Pelancongan: Langkawi -> Hadnyai -> Bangkok
7) Tempat memancing: Parit/Longkang -> Sungai -> Kolam (bayar punya) -> Laut dalam (sewa bot mewah) -> Kalong
Tetapi kita sering lupa... Semakin banyak kita kecapi kejayaan, semakin hampirlah saat kematian kita. Ditakuti semakin kita berjaya, kita menjadi semakin lupa bahawa sesungguhnya semua yang kita dapat merupakan pemberian Allah, yang dalam erti kata lainnya, “on loan”.
Cuba renungkan kembali, setiap kali kita buat action plan atau buat revision, berapa banyakkah kita masukkan item-item yg membawa ke arah “persediaan untuk mati”…
Umpamanya:
1) tak solat -> pastikan solat -> jadikan amalan
2) banyak lakukan maksiat -> kurangkan -> hapuskan
3) cuti-cuti Malaysia -> Madinah -> Mekah
4) sedekah RM1.00 -> RM10.00 -> RM100.00
5) solat di rumah -> solat di surau/masjid
6) 5 jam untuk Tv -> 3 jam untuk Tv & 2 jam untuk majlis ilmu
7) 3 jam baca suratkhabar/majalah /internet -> 2 jam baca suratkhabar/majalah/internet & 1 jam membaca Al-Qur’an/selawat/zikir.
Tetapi apa yg banyak berlaku di akhir zaman ini ialah personal improvement kebanyakannya lebih menuju ke arah keduniaan semata. Perkara berkaitan akhirat lama-kelamaan semakin diketepikan...
Sebagai contoh:
1) Dulu rajin solat tak tinggal 5 waktu, tp sekarang beransur-ansur.
2) Dulu tak kenal dangdut/karaoke, tp apabila diberi kenaikan pangkat & gaji lebih, maka dangdut/karaoke dah jadi kebiasaan.
Dan macam-macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu...
Wednesday, June 24, 2009
LUKISAN - LUKISAN YANG LUAR BIASA
Mm, kalian minat melukis? Kalau yg gemar melukis, pastinya cantik sekali hasil lukisannya, kan? Nak2 pulak kalau memang berdarah seni. Kalau kerjanya juga memang sebagai arkitek (yg sering melukis pelan2) dan juga para designer, pastinya lukisan kalian menarik dan penuh dengan seni. Mesti kreatif sekali hasil lukisannya. (ade kaitan ke pic2 kat bwh ni dengan lukisan2 para arkitek n designer? Pandai2 je kaitkan...hehe)
Sekarang cuba bandingkan dengan lukisan2 di bwh ni.. boleh kalian tandingi?? Bukan mencabar.. tp lihatlah sendiri betapa “hebat”nye lukisan2 ni… nampak macam real!
notakaki: buat mereka yang minat melukis, bolehlah cuba hasilkan lukisan2 hebat begini =)
Monday, June 22, 2009
SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM
Sewaktu Nabi Muhammad SAW wafat, agama Islam telah pun disempurnakan. Justeru itu, semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberikan.
Di sini disenaraikan beberapa soalan dari yang bukan muslim buat muslim mengenai agama Islam:
1) Nama Nabi Isa disebut 25 kali d dlm Al-Quran, tp hanya berapa kali sahaja nama Nabi Muhammad SAW disebut d dlm Al-Quran?
J: Nama Nabi Muhammad SAW. disebut hanya 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Dan memang benar, nama Nabi Isa AS disebut 25 kali. Sepertimana yg kita sedia maklum, Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, maka sebab itulah nama Nabi Muhammad SAW jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad SAW, tetapi sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad SAW di dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebat,kan?
J: Soalan sebaliknya, di dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak membezakan tentang kehebatan para nabi dan rasul-Nya. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahui.
3) Umat Islam percaya bahawa Nabi Isa AS diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad SAW wafat. Jadi, memandangkan Nabi Isa dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu merupakan Tuhan.
J: Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi (Nabi Isa) yg diutuskan kepada mereka dengan menganggapnya sebagai Tuhan. Sedangkan, dalam Bible juga ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yg taat kepada Allah akan masuk Syurga, dan siapa yg menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk Neraka”.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi yg terakhir. Tetapi, di akhir zaman nanti, Nabi Isa AS akan turun. Justeru kenapa tidak dikatakan Nabi Isa yg terakhir?
J: Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Sama seperti perumpamaan jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikatnya tetap tidak akan berubah - bahawa anak sulong tetap sulong.
5) Nabi Isa disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
J: Antara ibu dan anak, mana yg lagi mulia? Tentu ibu, kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah juga tanpa ibu, dan merupakan manusia yg pertama diciptakan, lalu kenapa tidak disembah Adam sahaja?
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'. Kenapa harus begitu? Bukankah 'Kami' melambangkan 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'?
J: Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, dan penggunaan istilah 'Aku' yang kata jamaknya 'Kami' digunakan untuk menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau menyebut 'We', bukan 'I'.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa orang Islam potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yg perlu disimpan?
J: Kuku juga anugerah tuhan, kenapa org Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam bunuh binatang untuk dimakan? Bukankah kejam namanya kerana membunuh hidupan bernyawa?
J: Sains telah buktikan, sayur dan pokok juga bernyawa. Malah, apabila kita basuh tangan sekalipun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak dikira kejam? Hakikatnya apabila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.
9) Sami Buddha lantas mnjawab, "Bunuh sayur dosa kecil sbb sayur kurang deria, sedangkan bunuh binatang merupakan dosa besar".
J: Kalau begitu, kita cuma berdosa kecil sajalah jika bunuh orang yang pekak, buta, dan bisu, kerana mereka itu kurang deria?
10) Sami Buddha menjawab lagi, "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik".
J: Kalau begitu, makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus.
11) Sami Buddha berkata lagi,"Mkn binatang akan dpt byk penyakit".
J: Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga, kan? Lagi besar penyakitnya, kan? Lembu yg ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi janganlah sampai cakap haram apa yg telah Allah halalkan untuk kita.
12) Kan **** itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan ****?
J: Bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala, tetapi Islam sendiri hari2 sembah Kaabah?
J: Islam bukan sembah Kaabah, tetapi Kaabah itu adalah Qiblat untuk satukan umat. Dalam Islam ada disebut, siapa yg menyembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, dan Kaabah itu cuma arah qiblat. Perlu tahu bezakan. Buktinya, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala, sedangkan orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletakkan di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu Qiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad SAW sedangkan Nabi dan Rasul sebelum baginda kan betul2 juga semuanya?
J: Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Soalan2 yg dinyatakan di atas seringkali ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan kepada orang Islam. Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tetapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikan pun tak perlulah panjang2, cukup sekadar ringkas dan padat.
Sunday, June 21, 2009
“MALAM PERTAMA”
Apakah MALAM PERTAMA kita di alam kubur nanti ASYIK DAN NIKMAT, atau sebaliknya penuh dengan DERITA DAN SENGSARA?
Wahai anak Adam, apakah yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia merupakan malam yg sangat mengerikan? Malam yg kerananya para ulama' serta orang-orang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Apabila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana kelak.
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat–handai. Kita berada di dunia yang diterangi dengan lampu-lampu pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat serta minuman yang pelbagai.
Tetapi pada keesokannya nanti kita akan berada di malam pertama di dalam dunia yg kelam gelap-gelita, sedang lilin-lilin yg menerangi kita saat itu adalah amalan-amalan yg kita lakukan. Dunia kita ketika itu amatlah sempit dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan. Tempik raung memenuhi ruang yg sempit, tetapi apakan daya, semuanya telah berakhir…
Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak, bukan? Oleh itu, beramallah dan ingatlah selalu betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
HIKMAH BERWUDUK
Ramai di antara kita yg tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yg dituntut dlm Islam mempunyai hikmahnya yg tersendiri. Pernahkah kita terfikir, mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Ketahuilah dan renungkanlah hikmah di sebalik berwudhu’…
2. Ketika membasuh muka, berniatlah, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Engkau hitamkan mukaku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah, "Ya Allah, berikanlah buku amalanku di tangan kananku ini".
>> Ahli syurga diberikan buku amalannya di tangan kanan .
>> Ahli neraka diberikan buku amalannya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah, "Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di Padang Mahsyar nanti dengan Arasy-Mu".
>> Panas di Padang Mahsyar umpama matahari hanya sejengkal di atas kepala kita.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah, "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini".
>> Hari-hari kita mendengar org mengumpat, memfitnah, & lain2 lg.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah, "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".
>> Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqim dgn pantas.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah, "Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid dan surau-surau, dan bukannya ke tempat-tempat maksiat".
>> Qada' dan Qadar kita di tangan Allah, maka banyakkanlah memohon moga diri beroleh petunjuk dari-nya dan terhindar dari segala dosa dan maksiat.
Sesungguhnya Islam merupakan agama yg sempurna, yg penuh dengan hikmah. Dalam setiap tuntutannya, pasti ada hikmahnya yg tersendiri. Selamat beramal =)
Saturday, June 20, 2009
KEBESARAN SOLAT DUA RAKAAT
Allah SWT menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, yang mana panjangnya sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Selesai diciptakan, Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?". Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak". Kemudian, Jibrail AS berdiri dan solat dua rakaat tanda syukur kpd Allah SWT,dan tiap2 rakaat itu lamanya adalah selama 20,000 tahun.
Setelah selesai solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu. Akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad".
Allah SWT menyambung lagi firman-Nya yang bermaksud: “Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat, solat mereka itu hanya sebentar sahaja. Mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka juga besar. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai berbanding solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."
Kemudian Jibrail AS berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal buat mereka itu". Jibrail AS kemudiannya meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah mendapat izin dari Allah SWT, maka pergilah Jibrail AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, yang mana setiap dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun. Lalu terbanglah Jibrail AS selama 300 tahun sehingga dia merasa letih dan lemah, dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon, dan sujud kepada Allah SWT yang mana dalam sujudnya itu dia berkata: "Ya Tuhanku, apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah Aku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."
Friday, June 19, 2009
MANUSIA, MALAIKAT, SYAITAN
Manusia - Nak makan, laparlah..
Manusia - Hari ni nak pakai baju apa ye?
Manusia - Alamak, dah lewat!
Manusia - Azan sudah kedengaran...
Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa..
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain..
Manusia - Aku telah melakukan dosa..
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Manusia – Letihnya hari ni..tapi tak solat lagi ni..
Dari dialog2 di atas, kita dpt lihat perbezaan yang cukup ketara antara bisikan malaikat yg mengajak ke arah kebaikan dengan bisikan syaitan yang sentiasa cuba menghasut anak2 Adam melakukan kemungkaran dan kejahatan… Kita sebagai manusia yang dikurniakan aqal fikiran seharusnya bijak dlm menilai sesuatu…dan hati yg bersih itu akan sentiasa cenderung ke arah kebaikan…WALLAHU A3LAM
Thursday, June 18, 2009
SEPOHON SEMALU KHAS BUAT WANITA
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, si anak terpijak pohon semalu, lalu kakinya berdarah. Si anak ini mengadu kesakitan. Dengan nada yang sedikit marah, si anak meluahkan ketidakpuasan hatinya berkaitan keberadaan pohon semalu itu yang dirasakan menghalang laluannya.
Si ayah hanya tersenyum melihat karenah si anak. Dengan tenang, si ayah berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Si anak merasa hairan lalu meminta penjelasan lanjut untuk memahaminya.
Lalu si ayah menerangkan, “Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek:
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 3aalamiin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita haruslah kembali ke rumah mereka apabila waktu semakin senja.”
Oleh yang demikian, buat wanita sekalian, ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanyalah sepohon tumbuhan yang kecil…
A FRIEND… (THE A-Z OF “FRIENDSHIP”)
Believes in you.
Calls you just to say "hi."
Doesn't give up on you.
Envisions the whole of u (even the unfinished parts).
Forgives your mistakes.
Gives unconditionally.
Helps you.
Invites you over.
Just likes being with you.
Keeps you close at heart.
Loves you for who you are.
Makes a difference in your life.
Never judges you.
Offers support.
Picks you up.
Quiets your fears.
Raises your spirits.
Says nice things about you.
Tells you the truth when you need to hear it.
Understands you.
Values you.
Walks beside you.
X-plains things you don't understand.
Yells when you won't listen.
Zaps you back to reality.
Tuesday, June 16, 2009
SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA
kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.
Bersyukurlah kpd Allah kerana mengadakan org yg menipu kamu
kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.
Bersyukurlah kpd Allah krn m'adakan org yg x mengendahkan kamu
kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.
Bersyukurlah kpd Allah krn m'ciptakan org yg menjatuhkan kamu
kerana dialah orang yang memperhebatkan abiliti kamu.
Dan bersyukurlah kpd Allah krn m'jadikan org yg menyeksa kamu
kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.
WANITA DI SISI LELAKI
Betapa pentingnya wanita di sisi lelaki, tidak seorang pun dapat nafikan. Apa tidaknya, lelaki akan terasa sunyi hidupnya tanpa wanita. Inilah hakikatnya.
Jangan katakan lelaki biasa, Nabi juga terasa sunyi tanpa wanita. Hati, fikiran, dan perasaan lelaki akan menjadi resah tanpa kewujudan wanita di sisinya. Masih tetap mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Jika difikirkan, apa lagi yang masih kurang dan tidak ada di dalam syurga, tetapi Nabi Adam AS tetap juga rindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, maka dia tidak akan mampu untuk meluruskan mereka. Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Justeru itu, luruskanlah wanita dengan cara yang sebenarnya, iaitu cara yang ditunjukkan Allah, kerana mereka itu dicipta sebegitu rupa oleh-Nya. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya.
nanti mereka semakin liar,
jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
nanti mereka semakin menderita...
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah satu kelemahan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan sebagainya.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Apabila wanita menjadi derhaka, maka dunia akan menjadi huru-hara. Apabila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula, janganlah hanya mengharap ketaatan, tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri terlebih dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan anda.
JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH
KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI
Sunday, June 14, 2009
SIAPAKAH DIA???
Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepaskan penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara isteri dan anak2 aku ketika itu sedang berkumpul di ruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama kemudian, seorang yang berjubah putih dengan tongkat di tangannya tetapi tidak kelihatan mukanya tiba2 sudah berdiri di depan mata ku.
“Ya Allah, apa yang berlaku pd diriku saat ini”, rintihku sendirian sambil mengadu kepada Sang Pencipta. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku. kkhh......... khhhh..... kerongkongku berbunyi. Sakit rasanya, teramat-amatlah sakit. Seolah-olah tidak mampu aku menahan benda tadi.
Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak... air mataku seolah tak berhenti. Tangan dan kakiku kekejangan sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa pergi oleh lelaki misteri itu.. Berlalu begitu sahaja, dan akhirnya hilang dari pandangan.
Namun setelah itu, aku merasa diriku jauh lebih ringan, sihat, segar, cerah. Tidak seperti kebiasaannya. Tetapi aku hairan melihat isteri dan anak2ku yang sedari tadi ada di ruang tengah, tiba2 terkejut dan segera berlari ke arahku..
Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang aku duduki tadi. Badannya dingin, kulitnya membiru. Siapa dia??????? Mengapa isteri dan anak2ku memeluknya sambil menangis dan menjerit hysteria?? Isteriku juga kelihatannya seolah tidak mahu melepaskan orang yang terbujur tadi. Tetapi siapa orang yang terbujur kaku itu????????
Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan! Dia..... dia..... dia mirip sekali dengan aku! Ada apa ini ya Allah???????? Aku cuba menarik tangan isteriku tetapi tak mampu. Aku cuba pula untuk merangkul anak2ku, tapi juga tak berjaya. Aku cuba jelaskan pada mereka bahawa itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini, masih hidup dan masih bersama mereka. Tetapi semuanya kelihatan percuma dan sia-sia sahaja. Aku mulai berteriak, tapi mereka seolah tidak mendengarkan aku. Seolah-olah mereka tak dapat melihat diriku. Dan mereka terus-menerus menangis…
Akhirnya aku sedar… Aku sedar bahawa lelaki misteri tadi sebenarnya datang untuk menjemputku kembali kepada Al-Khaliq. Aku juga sedar bahawa “benda” yang dibawa pergi bersama lelaki misteri tadi ialah rohku, nyawaku. Saat itu aku telah mati... ya, aku telah pun mati! Aku telah meninggalkan isteri dan anak2ku .. dan hatiku menjadi sayu kerana aku tak kuat untuk melihat mereka menangisi mayatku.
Aku sangat sedih.. Selama hidupku belum byk yg aku lakukan untuk membahagiakan mereka. Belum byk yg telah aku lakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktu ku telah habis. Masaku telah terlewat. Aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, andainya aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktuku dan gunakan sebaiknya untuk bekerja, beribadah, bersama keluarga, dan lain-lain lagi.
Aku menyesal terlambat menyedarinya. Aku mati dlm keadaan belum menunaikan kewajipan solat. Ya Allah, JIKA saat ini keadaanku masih hidup, sungguh aku merasakan sangat bahagia, kerana MASIH mempunyai waktu utk duduk bersimpuh menghadap-Mu, mengakui segala dosa, lalu insaf dan taubat. Aku juga ingin sentiasa berbuat kebaikan spy apabila malaikat maut menjemputku kelak, aku telah berada dlm keadaan yg lebih bersedia…
Saturday, June 13, 2009
ALWAYS THANK ALLAH
Think of someone who can't speak.
Before you complain about the taste of your food,
Think of someone who has nothing to eat.
Before you complain about your husband or wife,
Think of someone who's crying out to GOD for a companion.
Before you complain about life,
Think of someone who died too early on this earth.
Before you complain about your children,
Think of someone who desires children but they're barren.
Before argue 'bout ur dirty house some1 didn't clean or sweep,
Think of the people who are living in the streets.
Before whining about the distance you drive,
Think of someone who walks the same distance with their feet.
Before you complain about your job,
Think of unemployed, disabled, & those who wish they had ur job.
Before you think of pointing the finger or condemning another,
Remember that not one of us is without sin.
And when depressing thoughts seem to get you down,
Put a smile on your face and think: you're alive and still around!
So, for everything we have, we should always thank Allah…never forget to say Alhamdulillah beacuse everything we have is only temporary… He is the One Who Owns Everything…
MASALAH BERSANGKA-SANGKA
Ada sangkaan baik... Dan ada juga sangkaan buruk.
Orang beribadah disangka riak,
Manakala orang yang relax disangka malas.
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk,
Manakala orang yang pakai baju buruk disangka zuhud.
Orang makan banyak disangka pelahap,
Manakala orang makan sikit disangka diet.
Orang baik disangka buruk,
Manakala orang buruk disangka baik.
Manakala orang bermasam muka disangka sombong.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Manakala orang diam disangka menyendiri.
Orang menawan disangka pakai susuk,
Manakala orang yg nampak ceria disangka membela.
Barangkali kerana berzikir kepada Allah.
Kita mana tahu yang senyum itu,
Barangkali kerana ingin bersedekah.
Kita mana tahu yang bermasam muka itu,
Barangkali kerana mengenangkan dosa.
Kita mana tahu yang menawan itu,
Barangkali kerana bersih hati dan mindanya.
Kita mana tahu yang ceria itu,
Friday, June 12, 2009
HAMPIR GADAI IMAN DENGAN HANYA 20SEN!
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim, saya wajib berlaku jujur".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!".
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah, kita mungkin tidak melihat dan tidak tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah S.A.W. itu terdapat contoh teladan yang baik.. Semoga kisah ini mendatangkan manfaat buat kita semua...
Thursday, June 11, 2009
WATERMELON ART
“Tembikai” – kalau disebut tembikai, apa yang bermain di fikiran kalian? Pastinya berkaitan dengan buah untuk dimakan, dan juga jus minuman, kan? Memang benar, tembikai bukan sahaja buah yang boleh dimakan, tapi juga sesuai dibuat sebagai jus buah-buahan. Tapi itu sahajakah yang boleh dibuat dengan tembikai??
Hakikatnya, tembikai juga boleh dijadikan tempat untuk berseni. Nak tau macam mana berseni dengan tembikai? Lihatlah gmbr-gambar di bawah ni… =)
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati… mengapa kebanyakan orang yang nazak, di saat hampir tiba ajalnya, mereka tidak dapat berkata apa-apa… lidahnya menjadi kelu, keras, dan hanya kelihatan mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya". Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang yang beragama Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita pastinya takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba kerana kita tidak akan dapat mengucapkan dua kalimah syahadah yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut, telah dijanjikan Allah syurga buat mereka.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah kita ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami untuk mengucap dua kalimah syahadah semasa sakaratul maut menghampiri kami. Aamiiin.. Aamiiin.. Aamiiin Ya Robbal 3aalamiin.."
Wednesday, June 10, 2009
LELAKI SEJATI
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,
Lelaki sejati bknlah dlihat dr bagaimana dia dhormati d tmpt kerja,
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan,
Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kekerapannya membaca kitab suci,