Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. Oleh itu, dia selalu bertanya kepada orang yg dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yg selalu dirasakannya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam...
Isam: Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?
Hatim: Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu’ zahir dan batin.
Isam: Bagaimanakah wudhu’ zahir dan batin itu?
Hatim: Wudhu’ zahir ialah wudhu’ sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu’ dengan air. Sementara wudhu’ batin pula ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara, iaitu:
(1) Bertaubat
(2) Menyesali dosa yang telah dilakukan
(3) Tidak tergila-gilakan dunia
(4) Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
(5) Tinggalkan sifat berbangga
(6) Tinggalkan sifat khianat dan menipu
(7) Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirat Al-Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”
Sambung Hatim lagi, “Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas… Beginilah caranya aku bersolat selama 30 tahun.”
Mendengarkan jawapan tersebut, maka menangislah Isam kerana membayangkan ibadahnya yg dirasakannya kurang baik jika dibandingkan dengan ibadah solat yg dilakukan oleh Hatim.
Kita semua sedia maklum, perkara pertama yg akan disoal kpd kita setelah pergi meninggalkan dunia ini, tidak lain tidak bukan ialah tentang solat kita. Hakikatnya sekalipun kita menjaga solat kita dengan tidak meninggalkan solat fardhu lima waktu, ditambah dengan menunaikan solat-solat sunat, tetapi sedarilah bahawa ibadah kita ini sama sekali tidak memberi jaminan sepenuhnya kerana kita tidak akan pernah dapat tahu adakah amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT, atau sebaliknya.
Adakah sempurna solat yg kita lakukan? Khusyukkah kita ketika menunaikan ibadah solat? Dari cerita di atas, ketahuilah kita bahawa sesungguhnya untuk mendapatkan solat yg sempurna dan penuh khusyuk, kita bukan sahaja perlu berwudu’ zahir, tetapi juga berwudhu’ batin, di samping berdiri dgn penuh kewaspadaan seperti yg digambarkan oleh Hatim, serta memahami maksud setiap bacaan dalam solat kita... Renung-renungkan, dan selamat beramal =)
No comments:
Post a Comment