Thursday, July 2, 2009

FADHILAT SURAH YAASIN

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yg bermaksud: "Bacalah surah Yaasin kerana ia mengandungi keberkatan", antaranya:

1. Jika orang lapar m'baca surah Yassin, dia boleh mnjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir m'bacanya, akan m'dpt kesenangan apa yg dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kpd orang yg telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kpd orang yg sakit, terhindar drpd penyakitnya.


Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yaasin. Sesiapa membaca surah Yaasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali."

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yaasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang malaikat Ridhuan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah S.A.W. bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka (Al-Mulk), maka Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannyapada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya. "


Lihatlah, betapa banyaknya fadhilat serta ganjaran buat mereka yg sering membaca surah yg merupakan hati kepada Al-Qur’an ini. Justeru itu marilah kita sama2 mengamalkan bacaan surah Yaasin ini selagi kita masih punya waktu dan kesempatan untuk melakukannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails