Friday, July 17, 2009

TERLALU PANASKAH API DI DUNIA INI??


“Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan” – itulah api. Semakin marak api, semakin dihindari. Semuanya merasa takut apabila api mulai marak kerana ia mampu membunuh segala yg di sekitarnya, termasuklah manusia. Malah berada di kedudukan berhampiran dengan api juga, kita sudah dapat rasakan bahang panasnya. Tetapi tahukah kalian sejarah tentang asal-usul kejadian api di dunia ini? Mari kita hayati bersama kisah di bawah ini…



Setelah Nabi Adam AS dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan, Allah SWT memerintahkan Jibril AS supaya mengambil api dari neraka dan menghantarkannya ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam. Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut dari malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: Wahai Zabaniah, aku diperintahkan untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.

Zabaniah: Sebanyak manakah sedikit yg dimaksudkan itu?

Jibril: Hanya sebesar kurma.

Zabaniah: Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril: Kalau begitu, berikanlah aku sebesar separuh dari buah kurma.

Zabaniah: Kalau sebesar separuh dari buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia, nescaya tidak akan turun walau setitik hujan pun dari langit dan tidak akan ada satu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.

Memandangkan keadaan yg agak rumit, maka Jibril menghadap Allah SWT untuk mendapatkan ukuran saiz (jumlah) api yg perlu dihantar ke dunia. Lalu Allah memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia.

Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah. Tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan terlebih dahulu dengan mencelupnya ke dalam 70 buah sungai di syurga, dan setiap sungai itu haruslah dicelup sebanyak 70 kali (70 x 70).

Selepas itu, Jibril pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yg tinggi. Walaubagaimanapun, sejurus setelah diletakkan, secara tiba-tiba, bukit itu terus meleleh cair. Melihatkan keadaan tersebut, Jibril dengan segera mengambil semula api tersebut dan dihantar pulang semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sahaja yg terdapat di dunia sekarang ini. Api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi, sesungguhnya semua itu hanyalah merupakan sisa-sisa yg tertinggal sejak persitiwa tersebut.


Bayangkanlah… kepanasan api neraka yg sebesar zarah, yg terpaksa disejukkan terlebih dahulu di dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celupan di setiap sungai, dan hanya sisanya sahaja yg ada di dunia ini, itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya… jadi, bagaimana pula kalau harus bertahan dengan api di neraka itu sendiri? Mampukah bertahan? Terlalu jauh nilai kepanasan itu jika dibandingkan dengan SEBESAR ZARAH SAHAJA… Semoga kita semua terhindar daripada menjadi penghuni api neraka.. Na3uzubillaahi min dzaalik…

2 comments:

  1. wah! sebesar zarah jer??? kecik jer... eh! bkn 2 kira halus dh 2... mungkin x dpt dilihat dgn mata kasar.... tp nazubillah! panas! klu kt neraka nnt mcm mne la.. sebesar zarah pun dh panas giler!

    ReplyDelete
  2. se"besar" zarah tu hakikatnya teramatlah kecil.. tp tula, bila kaitkan dengan asal-usul kewujudan api kat dunia ni, rasanya sebesar zarah tu mmg benar2 "besar" dan "menakutkan".. yang kat dunia ni pun dah cukup panas, apetah lagi di neraka sana.. berganda2 la panasnya..

    ya Allah.. semoga kita semua terhindar dari azab dan siksa api neraka.. na3uzubillaahi min dzaalik..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails