Tuesday, July 7, 2009

JANGAN BERSIKAP BAKHIL!


Diceritakan bahawa pada suatu ketika dahulu, pernah ada seorang gadis datang menemui Rasulullah SAW dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini kelihatan seperti sedang menanggung kesakitan yg amat sangat.

Lalu Rasulullah SAW menegurnya, "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan, dan apa yg kamu sorokkan di tanganmu?"

Demi menjawab soalan Rasulullah SAW, gadis malang ini pun menceritakan hal yg berlaku kepadanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi, dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tersebut.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu kepadaku, wahai anakku,” Rasulullah SAW mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

Lalu si gadis pun menceritakan tentang mimpinya itu: "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga disebabkan tidak tertahan dengan kepanasan api neraka itu sehingga peluh juga tidak sempat keluar disebabkan kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

Tidak lama kemudian si gadis menyambung ceritanya: "Kemudian aku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya pula ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.

Lantas aku bertanya kepada ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yg patuh dengan ajaran Islam dan juga merupakan isteri yg taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu (seketul keju dan sehelai tuala kecil) sahaja yg pernah disedeqahkan kpd faqir secara ikhlas. Yg lainnya hanyalah utk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Kemudian aku terus pula mencari ayahku. Aku dapati ayahku berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dgn makanan yg lazat dan minuman dari telaga nabi. Ketika hayatnya, ayahku memang amat terkenal dgn sikapnya yg dermawan dan kuat beramal.

Aku menghampiri ayahku dan bertanya, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia aku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama?”

Lalu ayahku menjelaskan bahawa sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga yg lainnya telah dilarang oleh Allah SWT daripada memberi walau setitik air sekalipun kepada isterinya kerana itu merupakan pembalasan untuk kebakhilan yg dilakukannya ketika hayatnya di dunia.

Oleh kerana kasihan dan tidak sanggup melihat azab yg diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air menggunakan tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka untuk diberikan kepada ibuku yg sedang kehausan. Tetapi belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku benar-benar melecur teruk! Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau, ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah SAW kemudiannya meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan dan berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT, “Jika mimpi gadis tersebut adalah benar, maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam keseluruhannya.” Lalu berkat kebesaran-Nya, tangan gadis tersebut serta-merta sembuh.

Rasulullah SAW lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Bykkan bersedeqah dan berzikir, dan pahalanya kau berikanlah kpd ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun, insyaAllah."


Kisah ini benar2 menyedarkan kita tentang betapa harusnya kita bersedeqah kpd mereka yg lebih memerlukan, kerana sesungguhnya sedeqah jariah juga merupakan salah satu drpd perkara2 yg akan tetap bersama kita sekalipun setelah kita pergi meninggalkan dunia ini kelak. Oleh itu, jgn sesekali kita bersikap bakhil sesama manusia, kerana nerakalah balasannya buat mereka yg bakhil ketika di dunia. Semoga kisah ini dijadikan sbg pedoman buat kita semua…

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails