Terlebih dahulu, mari kita sama2 fahamkan apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan istilah “mengumpat”. Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan/ kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya yg bermaksud: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis riwayat Muslim).
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan seseorang biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yg mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya perbuatan mengumpat ini, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudaranya sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah ia merupakan antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Tetapi sebaliknya, dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yg diumpatkan (mangsa umpatan). Selagi orang yg diumpatnya tidak mengampunkannya, maka dosa itu akan kekal bersamanya, dan orang yg mengumpat itu akan menerima pembalasannya di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awasilah dirimu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya berbanding berzina. Sesungguhnya orang yg melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yg melakukan umpat (mengumpat) tidak akan diampunkan dosanyasebelum diampun oleh orang yg diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).
Disebabkan perbuatan mengumpat ini terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah yg perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunyadiperlakukan perkara yg sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. yg bermaksud: "Wahai orang yg beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yg mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat kelak. Pada rekod amalan mereka, ianya akan dicatatkan sebagai perbuatan yg menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. yg bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Ini bermakna, pahala yg dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan dengan mudahnya sepertimana api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat kelak, akan ada yg terkejut besarapabila melihat catatan amalan kebaikan yg tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia bertanya kepada Allah, "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yg banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya?". Maka Allah menjawab: "Semua itu merupakan kebaikan (pahala) orang yg mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yg mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yg diumpatnya, maka dosa orang yg diumpatnya itu akan dipindahkan kepadanya (orang yg mengumpatnya). Inilah yg dikatakan orang muflis di akhirat nanti.
Di sini kita dapat lihat betapa buruknya perbuatan mengumpat ini. Justeru itu wajiblah kita berusaha untuk mengelakkan diri daripada dosa mengumpat. Kadang-kala berdiam itu jauh lebih baik drpd berkata-kata, kerana kadangkala tanpa kita sedari, kita mungkin tersalah atau terlebih cakap sehingga terjerumus ke dalam perbuatan mengumpat. Oleh itu, perbanyakkanlah berzikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat…
Notakaki: Tiada seorang pun drpd kita yg terlepas drpd dosa mengumpat ini, sama ada kita sendiri yg mengumpat, ataupun kita menjadi pendengar org yg mengumpat. Seperti yg dijelaskan di atas, kdg2 kita tidak sedar bhwa kita sebenarnya terlibat dlm perbuatan mengumpat ni. Begitu juga dengan diri ini yg x terlepas drpd melakukan hal tersebut. Justeru, buat mereka yg mengenali diri ini, ampun maaf dipohon kepada mereka yg pernah menjadi bahan umpatan sama ada secara sedar mahupun tidak.
No comments:
Post a Comment