Tuesday, July 7, 2009

ENAM PERKARA YG MENJADI RAHSIA ALLAH


Allah SWT menganugerahkan aqal fikiran buat manusia, tetapi pemikiran kita juga ada batasannya. Begitu juga dengan ilmu kita, tidak mungkin sama sekali kita boleh mengetahui semua perkara walau secerdik mana pun kita. Sesungguhnya hanya Allah SWT yg memiliki ilmu yg meluas tanpa batasan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui akan semua perkara.

Sesungguhnya Allah SWT telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

(1) Allah SWT telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

(2) Allah SWT telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

(3) Allah SWT telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

(4) Allah SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan penuh berkat, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

(5) Allah SWT telah menyembunyikan solat yg paling utama di dalam solat (yg lima waktu).

(6) Allah SWT telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Memandangkan terdapatnya perkara2 yg sememanggnya menjadi rahsia mutlak Allah SWT seperti yg dinyatakan di atas, maka kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa mempertingkatkan amalan harian kita dgn mentaati segala perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya demi mendapatkan keredhaan-Nya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails