Ujar lelaki, wanita golongan yg lemah
Tetapi ujar wanita, mereka golongan yg lembut
Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya
Namun ada yang tidak mahu mengakuinya
Telah ditakdirkan, kerana lembutnya wanita
Mereka tidak gemar perbalahan (kecuali jika terpaksa)
Lalu wanita lebih cenderung untuk diam
Diam yang seolah-olah menerima
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam juga ,wanita terus-terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani, di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yg mengaku kuat, celik mata sarapan sdh trhidang
Pulang dari pejabat, di kerusi malas longlai terlentang
Sedang isteri yg dkatakan lemah, bergelut d dapur memasak
Suami yg mengaku gagah, bersantai d hdpn tv tak bergerak
Selesai memasak, wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah, mengemas rumah yg berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton tv sambil tergelak
Dlm diam wanita yg lemah terus berlumba dgn masa
Memandikan anak, melipat pakaian, & membasuh baju
Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Maghrib utk sujud menyembah yg Satu
Makanan dihidang selepas selesai menunaikan solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedangkan suami duduk berehat seperti tadi
Sebagai isteri, kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam, semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati ingin hapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib para wanita
Memberi kesedaran supaya wanita segera bangkit
Meminta lelaki jgn m'perlakukan wanita mngikut adat tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dan dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Menerima cara hidup tradisi
Melaksanakan segala tanggungjawabnya sbg wanita

Notakaki: Bukan niat nak banding2kan antara lelaki dan perempuan, sekaligus berlebihan dalam mengagungkan golongan wanita (mentang2lah diri ni pun wanita gak.. hehe), tetapi sekadar renungan buat kita semua terutamanya buat mereka yg sering merasakan wanita merupakan golongan yg lemah. Di sini jelas terbukti kenyataan yg mungkin x semua akan akui, tetapi kalian sendiri pastinya dapat menilai adakah benar wanita merupakan golongan yg lemah seperti yg sering disangkakan orang ramai.
No comments:
Post a Comment