Tuesday, July 21, 2009

PETUA UNTUK MURAH REZEKI DAN DIJAUHKAN KESULITAN


Pada suatu hari, seorang pelopor sufi bernama Abu Yazid Al Busthami didatangi seorang lelaki yg wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.

Dengan murung lelaki itu mengadu kepadanya: "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah saya terlepas beribadah kepada Allah SWT. Ketika orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Ketika isteri saya belum lagi bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yg enggan mencari rezeki. Tetapi saya hairan mengapa saya selalu bernasib malang dan kehidupan saya penuh dengan kesulitan."

Tuan Guru lalu menjawab: "Perbaiki penampilanmu dan berubahlah rupa parasmu. Ketahuilah bahawasanya Rasulullah SAW merupakan penduduk dunia yg miskin namun wajah baginda tidak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yg membuat orang curiga kepadanya.”

Mendengarkan kata-kata dari Tuan Guru tadi, lelaki itu tertunduk. Sebelum beredar, dia berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Sejak pertemuan itu, lelaki tadi benar2 berubah. Kini wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah dia kini tidak lagi didatangi perasaan keluh-kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa menguntum senyum bersahabat. Raut mukanya juga sering kelihatan berseri-seri.


Justeru itu, tidak hairanlah jika Imam Hasan Al-Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan ialah raut muka yg ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum merupakan sedekah yg paling murah dan mudah tetapi paling besar pahalanya.



Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Betapa malangnya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang, kerana tidak ada persoalan yg boleh diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan.

Begitulah juga sebaliknya. Dengan hati dan fikiran yg tenang serta wajah yg ceria, Insha Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yg dinamakan keluarga sakinah, yg di dlmnya penuh dgn cinta dan kasih sayang…



Oleh yg demikian, senyumlah selalu…tapi bukanlah senyum yg sembarangan... Biarlah senyum itu senyuman ikhlas yg datangnya dari hati dan jiwa yg bersih, dan senyum itu juga haruslah pada tempat (waktu dan keadaan) yg betul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails