Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Barangsiapa menghafal tujuh kalimat, maka dia akan dipandang mulia di sisi Allah SWT dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan"
Apakah 7 kalimah yg dimaksudkan??
(1) Bismillaahirrahmaanirrahim
>> Hendaklah kita menyebut “Bismillaahirrahmaanirrahiim” setiap kali hendak melakukan sesuatu.
(2) Alhamdulillah
>> Hendaklah kita mengucapkan lafaz syukur, “Alhamdulillah” setiap kali selesai melakukan sesuatu.
(3) Astaghfirullaah Al-3adziim
>> Hendaklah kita beristighfar dengan menyebut kalimah “Astagfirullaah Al-3adziim” setiap kali menyedari lidah tersilap menyebut perkataan yang tidak patut.
(2) Alhamdulillah
>> Hendaklah kita mengucapkan lafaz syukur, “Alhamdulillah” setiap kali selesai melakukan sesuatu.
(3) Astaghfirullaah Al-3adziim
>> Hendaklah kita beristighfar dengan menyebut kalimah “Astagfirullaah Al-3adziim” setiap kali menyedari lidah tersilap menyebut perkataan yang tidak patut.
(4) Insha Allah
>> Hendaklah kita berkata “Insha Allah” setiap kali merencanakan untuk berbuat sesuatu pada waktu dan hari yang mendatang (belum tiba saatnya).
(5) Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaah
>> Hendaklah kita mengucapkan “Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billaah” setiap kali menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini.
(6) Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Roji3uun
>> Hendaklah kita mengungkapkan kalimah “Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Roji3uun” setiap kali menghadapi/ menerima musibah dan mendengar khabar kematian seseorang.
(7) Laa Ilaaha Illaa Allah, Muhammad Rasulullah
>> Hendaklah kita mengucapkan dua kalimah syahadah iaitu “Laa Ilaaha Illaa Allah, Muhammad Rasulullah” sepanjang siang malam sehingga ianya tidak terpisah dari lidah kita.
Jika kita perhatikan, kesemua tujuh kalimah ini terlalu lazim buat kita. Baik dalam zikir, selawat, doa, mahupun solat, pastinya kita ada menyebut kalimah-kalimah ini. Justeru, kalimah-kalimah ini bukanlah asing buat kita. Tetapi mengapa kadangkala terlalu sukar buat kita untuk melafazkan kalimah-kalimah ini?? Mungkin bukan alasan sukar, tetapi barangkali kerana kita tidak terbiasa mengucapkan kalimah-kalimah ini di waktu-waktu yg sepatutnya. Tetapi kita masih belum terlambat… Mulai saat ini, marilah kita latih diri ringankan mulut dan lidah kita untuk melafazkan kalimah-kalimah mulia ini. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yg dipandang mulia oleh Allah SWT dan malaikat, dan seterusnya diampunkan dosa-dosa kita di dunia ini… Aamiiin…
Salamu'alaykum..
ReplyDeletemenarik2...
lgpn sblm ni..
ana ad dga gak yg mngatakan..
tiap ari kalimah ap yg ptt diucapkan..
=) ap2 pn..syukran jaziilan..
mmbantu mngingatkn diri yg sntiasa leka dn alpa..