Thursday, July 9, 2009

PUNCA - PUNCA ROSAKNYA OTAK


Otak merupakan nikmat yang cukup besar buat kita. Justeru itu, kita haruslah sentiasa menjaga nikmat otak ini sebaik mungkin sekaligus mengelakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan otak kita menjadi rosak.

Tahukah anda apakah faktor2 yg menyebabkan rosaknya otak seseorang? Mungkin ada banyak lagi, tetapi cukuplah dinyatakan 12 faktor utama untuk dikongsi bersama di sini:



(1) Mengabaikan pengambilan sarapan pagi

Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko tinggi mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan seterusnya ini akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

(2) Terlalu banyak makan

Mengamalkan makan secara berlebihan melebihi keperluan akan menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak, lalu memperlahankan kuasa mental.

(3) Merokok

Merokok akan menyumbang kepada pengecutan otak yg mana ianya juga merupakan penyebab kepada penyakit Alzheimer.

(4) Pengambilan gula yg tinggi

Pengambilan gula yg berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrient, seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.

(5) Pencemaran udara

Otak merupakan penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Justeru itu, pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan sekaligus menggangu keaktifan otak.

(6) Kurang tidur

Mengabaikan kualiti tidur yg sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

(7) Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

(8) Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa diri kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

(9) Berfikiran sempit

Berfikir merupakan latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.

(10) Kurang berkomunikasi

Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang itu jarang berkomunikasi, lama-kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.

(11) Kurang membaca

Apabila seseorang itu kurang membaca, maka secara tidak langsung keupayaannya berfikir akan menjadi tidak meluas dan sempit. Keupayaannya berbahasa juga mengurang. Ini juga lama-kelamaan akan mengakibatkan fungsi otak mengalami kemunduran.

(12) Mengabaikan Meditasi

Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh juga akan menjejaskan kemampuan otak dalam memproses maklumat. Bagi mereka yg bergelar Muslims, membaca al-Quran dan menunaikan solat merupakan meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh.


Sekarang cuba kita renungkan dan bermuhasabah diri… adakah kita juga turut melakukan perkara2 seperti yg dinyatakan di atas? Jika benar, sedarlah dan berubahlah demi kebaikan… Semoga kita sama2 dapat memelihara nikmat otak yg dianugerahkan oleh Allah ini sebaik mungkin dengan mempraktikkan apa yg seharusnya kita lakukan untuk mengelakkannya daripada menjadi rosak.

Notakaki: Ada juga beberapa perkara yg dinyatakan di atas ni yg x terlepas dr diri ni… Ntah dah berapa peratuslah otak ni rosak…Tp lepas dah dapat tahu info ni, bolehlah elakkan dan cuba untuk tinggalkan terus segala yg x patut dibuat ni dan berubah kpd yg sepatutnya demi menjaga nikmat otak yg diberikan-Nya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails