Thursday, July 23, 2009

KISAH ADIK – BERADIK


Di satu kawasan, terdapat sebuah keluarga besar yg kaya-raya. Ada tauke balak, tauke minyak, tauke minyak sawit, tauke getah, tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dlm satu bakul yg penuh dgn buah, semua buahnya elok, pasti ada juga yg busuk.

Begitulah juga yg menimpa keluarga besar ini. Kehidupan adik-beradik ini mulai goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yg kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yg miskin. Bagi adik-adik yg mula belajar hidup berdikari, mereka berusaha membantu adik-adik yg miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yg mula lupa diri.

Pada satu hari yg nyaman, ketika keluarga ini pergi berkelah di tepi pantai, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan dicabul dengan kejam. Perlakuan itu berlaku di depan khemah abang-abang yg kaya ini. Pencabulan terhadap si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yg suka membuat kacau dalam kehidupan orang lain. Adik-adik yg lemah hanya mampu memandang dengan kesayuan, manakala abang-abang pula melihat dengan penuh seronok bagaiman adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu, salah seorang adik lelaki mereka pula lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yg lemas, tetapi dihalang oleh abang-abang dengan alasan, haruslah dibawa berbincang terlebih dahulu. Jangan terburu-buru kerana ianya berisiko dan bahaya.

Lalu, di saat adik perempuan diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka duduk berbincang sambil makan makanan yg mewah-mewah dan minum minuman yg lazat-lazat.

“Tajuk persidangan kita hari ini ialah: Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yg dirogol dan adik lelaki yg kelemasan", kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yg lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yg semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang abang-abang berkata, "Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba hormat sedikit orang tua. Kita ambil jalan yg lebih berdiplomasi."

Akhirnya, seorang abang menjadi wakil untuk berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu". Walaubagaimanapun, usaha si abang hanyalah sia-sia kerana sama sekali gagal mendapat persetujuan daripada pihak pendatang haram.

Maka mereka pun terus berbincang. Sambil berbincang, pencabulan terhadap adik perempuan masih berterusan sambil ditonton oleh adik-beradik yg lain. Tentang si adik lelaki yg kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tetapi dihalang keras oleh abang yg lain.

"Hoi monyet...senyaplah...pengkhianat!" Getus hati si adik yg tidak puas hati kerana bot penyelamat yg ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda diketepikan. Bagi abang-abang, adik-adik berdarah muda hanya merosakkan keadaan. Lalu adik-adik yg berdarah muda itu ada yg dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya, dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan yg berdarah muda pula ditakut-takutkan dengan ugutan hilang kehormatan.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat tergempar pula. Kali ini mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami!"

"Selamatkan adik kami yg kelemasan"

Tetapi laungan-laungan tersebut hanyalah terungkap di banner yg mereka pasang di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yg akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul-mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yg kononnya tergempar itu.

Sedang adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati kelemasan. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yg kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yg membantu.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun. Banner yg dipasang seolah-olah tidak mendatangkan apa-apa kesan. Lalu mereka berpakat untuk bermesyuarat lagi. Dan mereka akhirnya mengeluarkan banner yg baru pula. Banner dengan wording yg lebih menarik. Yg lebih cantik dan mahal. Namun tanpa mereka sedari, dalam masa yg sama, adik perempuan mereka terus dinodai. Adik lelaki yg kelemasan juga sudah semakin hanyut di tengah lautan…


Itulah serba sedikit kisah mengenai sebuah keluarga besar yg kaya-raya di suatu tempat yang dirahsiakan namanya…

Catatan:

# adik perempuan = Palestin
# adik lelaki = Iraq
# abang-abang = negara Arab yang kaya raya
# adik-adik yg miskin = negara umat Islam yg mundur
# adik-adik yg berdarah muda = gerakan-gerakan Islam
# mesyuarat = mesyuarat OIC
# bapa yang telah mati = khalifah

1 comment:

Related Posts with Thumbnails