Friday, January 1, 2010

RASULULLAH MENGETUK PINTU RUMAH KITA



Cuba kita bayangkan… suatu hari, Rasulullah SAW dgn izin Allah SWT, tiba-tiba muncul dan mengetuk pintu rumah kita... Baginda datang dgn tersenyum manis dan muka yg bersih suci menanti kita (tuan rumah) di muka pintu rumah kita… Apa yg akan kita lakukan?

Pastinya kita akan merasa sgt bahagia, memeluk tetamu istimewa kita itu dengan erat, lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dengan penuh harapan agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tersenyum senang…

Tetapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW supaya menunggu sebentar di depan pintu kerana kita tiba-tiba teringat akan video CD berunsur 18xxx yg ada di ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu CD tersebut ke ruang yg agak tersembunyi.

Baginda tentu tetap tersenyum…

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan wanita yg agak mengghairahkan yg kita gantung di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke ruang belakang secara tergesa-gesa. Kemudian dengan segera kita akan memindahkan kalimah Allah dan Muhammad yg ada di ruang sampingan dan meletakkannya di ruang tamu.

Baginda tentu masih tersenyum....

Bagaimana pula andai Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita?

Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih menghafal lagu-lagu barat daripada menghafal selawat kepada Nabi…

Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana kita sendiri lupa dan lalai mengajari anak-anak kita…

Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui satu pun nama ahli keluarga Rasulullah SAW dan sahabatnya, tetapi tahu pula mengenai anggota Power Rangers atau Penyu Ninja…

Barangkali kita juga terpaksa menukar satu kamar menjadi ruang solat…

Barangkali kita jadi teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yg sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW…

Baginda tentu masih tetap tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.. Ke manakah harus kita singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita?

Barangkali kita menjadi malu apabila diketahui junjungan kita bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat...

Baginda tentu juga tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat azan Maghrib, keluarga kita malah sibuk di depan TV…

Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi…

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah mengerjakan solat sunat…

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-Quran...

Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal jiran tetangga kita...

Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lalu di depan rumah kita...

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di tempat kita...

Betapa senyum baginda masih ada di situ.....


Bayangkanlah jika ditaqdirkan Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita... Jika dilihat situasi-situasi di atas, maka apakah yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita terpaksa menolak baginda berkunjung ke rumah kita kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan merasa malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah...

Masihkah baginda tersenyum? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir..... Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.....


Notakaki: Memang benar, situasi ini mustahil sama sekali. Semua sudah sedia maklum bahawa Rasulullah SAW telah wafat, jadi tidak mungkin baginda akan hadir berkunjung ke rumah kita lalu mengetuk pintu rumah kita sebagai seorang tetamu. Tetapi tidak salah untuk kita bayangkan situasi tersebut, untuk mendatangkan kesedaran serta menginsafi segala kesilapan yang kita telah (dan mungkin juga sedang) lakukan samada dalam sedar mahupun tidak.

2 comments:

  1. btol kak! xkn dia nk muncul depan rumah kita klu terjd maybe dlm mimpi bleh! tp! er... er... jgn la nnt malu la kita klu nabi tgk keadaan sy nnt dh la sy ni bkn baik byk dosa ni.... ape2 pun sy boleh mendoakan smoga manusia di atas muka bumi ni insaf dn sgala mengingati allah....

    ReplyDelete
  2. yup, mmgla mustahil berlaku sebab kita sedia maklum Rasulullah dah wafat. Namun perkongsian sebegini bertujuan untuk sama2 kita menginsafi diri atas segala kelalaian kita. Itulah kan.. bayangkanlah macam mana kalau Nabi muncul sebagai tetamu kita? Ntah mcm manalah keadaan dan reaksi kita menyambut kekasih Allah ni...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails