Sunday, January 3, 2010

BAHAYA DIBIUS CINTA


Dalam menjalani kehidupan seharian, macam-macam ragam dan karenah manusia kita lihat. Begitu juga dengan penampilan diri yang pelbagai. Ada yang nampak ala-ala barat, dan ada juga yang nampak Islamic dengan penampilan diri yang berkopiah, berjanggut sejemput, bertudung labuh, dan berpurdah.

Pastinya dirasakan bahawa mereka yang berpenampilan Islamic ini adalah lebih terselamat jika dibandingkan dengan mereka yang sebaliknya. Namun demikian, harus diingat, tiada jaminan untuk itu. Apabila mereka ini mula terjebak dalam masalah sosial yang tidak sihat, maka pastinya mereka juga tidak jauh bezanya dengan golongan yang tidak atau kurang berpenampilan Islamic.

Siapa yang tidak mahu bercinta dan dicintai? Itu kan fitrah. Naluri setiap insan. Hatta mereka yang ada masalah mental sekalipun, tetap punya rasa sayang dan cinta. Rasa untuk saling mengasihi, baik terhadap sesama manusia, ataupun terhadap ciptaan-cipataan Allah SWT yang lainnya.

Berbalik kepada isu masalah sosial yang tidak sihat, fokus utamanya di sini adalah berkaitan cinta. Memang mudah hendak mengubah luaran, namun teramat susah untuk mengikis karat jahiliah dalam hati. Apabila seseorang itu dibius dengan “bius cinta”, maka amatlah mudah bagi dirinya hanyut dibuai keseronokan yang hanya sementara dan memusnahkan diri itu.

Dengan melihat kepada aksi dan perilaku pasangan yang sedang hangat bercinta seolah-olah dunia ini mereka yang punya, kita boleh saksikan sendiri depan mata kita betapa dahsyatnya kesan penangan dibius cinta. Apabila terbiusnya seseorang itu dengan cinta, maka segala tindakannya seolah-olah seperti dirinya telah dipukau. Tiba-tiba diri menjadi bodoh, seoalah-olah tidak pernah mengenal halal haram serta batas pergaulan. Segala nasihat dan teguran yang ditujukan, semuanya ditolak terang-terangan bagi mempertahankan keinginan yang bersandarkan kepada nafsu syahwat semata-mata.

Tidak dinafikan, ada juga yang manusia yang memberikan respond yang sedikit baik. Memperlihatkan diri seolah-olah mampu mendengar nasihat, maka diangguk-anggukkan kepalanya apabila dinasihati. Berjanji untuk cuba mengatasi ‘masalah cinta’ itu. Tetapi dalam diam rupa-rupanya, menolak mentah-mentah.

Mulut melafazkan kata yang melegakan hati si penasihat, tetapi minda dan hatinya tetap sama. Maka tindakannya, menjadi kaku terpana dalam alam khayalan. Kadang-kadang makan minum pun tidak dihiraukan. Segalanya menjadi tidak terurus, bahkan sebaliknya layanan terhadap kekasih hatilah yang sering menjadi keutamaan.

Lihatlah betapa kuatnya bius yang diterimanya, sehingga terkena penyakit angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Setiap detik dan masa, fikiran si lelaki hanya teringatkan keayuan wajah pujaan hati yang dikatakan solehah, dan cantik bak bidadari. Dan begitulah sebaliknya si perempuan yang juga hanya terbayang-bayangkan wajah prince charmingnya. Inilah yang dikatakan “Pungguk Rindukan Bulan”.

Deraian air mata ibu tidak dipedulikan. Sebaliknya deraian air mata si anak yang tidak dibenarkan berjumpa si ‘kekasih hati’ itu pula yang mengundang simpati si ibu. Merayu yang adakalanya turut disertakan dengan aksi memberontak, mengugut dan bermacam-macam lagi.

Si anak yang degil tetap berkeras dan nekad untuk pergi. Akhirnya si ibu sekadar memerhatikan dengan hati yang tidak rela dan terluka. Merintihlah si ibu keseorangan di atas tikar sejadah, memohon agar diberi petunjuk buat si anak. Bukannya si ibu tidak membenarkan si anak membuat pilihan, tetapi si anak langsung tidak mempedulikan nasihat si ibu akibat dibius cinta 'dos tinggi'...



Justeru itu, sebolehnya hindarilah diri daripada terkena “penyakit” berbahaya ini. Biarlah merana sekarang sebelum merana di kemudian hari. Bimbang kalau dah terkena “bius cinta” ini, nanti habislah satu badan terasa kebas, nak angkat satu jari pun terasa berat. Bermujahadahlah wahai sahabat pembaca budiman. Jagalah kesucian syariat agama kita. Biarlah diri dicemuh mahupun disisihkan, asalkan hatimu dan agamamu tetap terjaga menunggu masa yang dijanjikan Allah SWT...

BERI HATIMU HANYA KEPADA ALLAH,
PASTI ALLAH TEMUKAN PADAMU PEMILIK TERBAIK...
HAMPARKAN MASAMU SELUASNYA HANYA UNTUK ALLAH,
PASTI ALLAH ATURKAN SELURUH KEHIDUPANMU SEBAIKNYA!

~Betapa lemahnya diri diri... hati membenci apa yang kalian lakukan, namun hanya mampu menasihati dari jauh. Adakalanya menangis sendirian menahan marah dan kecewa apabila kalian tidak mampu memahami diriku yang diam membisu membenci tindakan kalian. Maafkan diriku kerana tidak menegur kalian... ~

4 comments:

  1. 1st time comment di cni... heee..

    thanx bg peringatan yg b'guna ni...
    moga kita sntiasa b'mujahadah...

    p/s: same la akak, kdg2 sedih jgk coz kwn2 kite pon t'libat bnda2 ni. Sbenarnya, dieorg tau akibatnya tapi dieorg x nak tiggalkan sume bnda ni.. sy hanya mmpu b'doa jer, mcm x de kekuatan tuk menegur ape yg dieorg lakukan... ;(

    ReplyDelete
  2. to .:: MuJahiDaH ::.

    hehe, xpe dik. yg pertama kali ni pun dh cukup akak hargai :)

    la shukran ala wajib.. sama2lah kita beringat dan bermujahadah.. moga istiqamah dalam mencari redha-Nya...

    actually, luahan kt atas tu scra umum.. tgk perilaku masyarakat (esp teenagers) zmn skrg.. tp yela, de gak kwn2 akak yg turut terkena bius ni.. exschoolmates pn x terkeculi.. yela kan, sek agama brtahun2 pun, kalau x kuat, hbs sek, leh je terjebak dgn mslh sosial x sihat ni kan... mmg agak menyedihkan.. tp tula, dh tegur pn, mcm2 alasan drg bagi. pendek kate, masing2 dh besar kan.. tau je pk mane baik mane buruk.. nk2 yg dr sek agama, tau je hukum-hakam dgn jelas. tp kalau dh nafsu yg lebih menguasai diri.. tula jadinya... =(

    kalau naik public transport, lagi2la mcm2 aksi dpt tgk. bermanje dh x ingat hukum, x ingat dunia, x pk org sekelilng dah. nk tegur, x kenal, kang jadi masalah lain plak. dhla sorg2. takut2 jugakla. tu yg kdg2 sampai jd nanges. hehe. nanges sbb benci perbuatan drg, and cedih esp wat si perempuan.. yela kan,senang2 je pi kasi laki sentuh n wat pape pd drg (T_T) hmm.. manusia akhir zaman...

    apepun, sama2lah kita beringat n hindari diri dari terkena bius cinta yg x sepatutnya ni.. jage diri baik2 ye dik ^_^

    ReplyDelete
  3. terima kasih kembali dik.. akak skdr meluahkan kesedihan akak melihat perilaku manusia akhir zaman esp dalam soal terkena bius cinta ni.. agak menyedihkan :(

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails