Bagi mereka yg sedang hanyut dek keseronokan bercouple, pastinya mereka akan bertegas mempertahankan apa yg mereka lakukan, dgn memberi alasan semudah:
“Kami tidak berzina!”
Maaf, saya tak tuduh awak berzina, tapi awak menghampiri zina.
“Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”
Ya, perbuatan begitu juga boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan!
“Kami dpt mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.”
Hari ini ya. Esok lusa siapa tahu? Mungkin kamu akan kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sgt halus. Ia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan” (Tabrani). Kita manusia seringkali lemah menghadapi tipu daya Iblis.
“Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd penzinaan. Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!”
Betul. Tapi itu adalah salah satu yg dimaksudkan dgn menghampiri zina. Mmg pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat-laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kpd suatu pertemuan. Dan pertemuan pertama itu tidak akan terhenti di situ shj. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kpd penzinaan akhirnya?
“Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?”
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul sepertimana yg kamu faham, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan syahwat, dan ada juga zina hati iaitu dgn khayalan syahwat terhadap kekasih. Hal ini samalah sepertimana yg digambarkan oleh Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jln menuju kpd zina amat byk. Jgn biarkan diri kita melalui mana2 jln penzinaan.
“Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!” (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)
Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jgn tipulah. Allah tahu apa yg terselit di hati hamba2-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tak kan bawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat apetah lagi. Jgnlah berselindung di sebalik pelajaran yg mulia. Allah suka kpd org berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat kalau betul caranya. Fikir-fikirkanlah, apakah berdiskusi mcm ni akan ditulis oleh malaikat Raqib, ataupun malaikat Atid?
“Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group” (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group? Nampak lain mcm je... manja, senyum memanjang... tak mcm gaya berdiskusi pun? Takkan study group berdua je? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan mcm ni, betul ke bincang pelajaran? Jgn2 sekejap je bincang pelajaran, yg lain tu... byk masa dihabiskan dgn fantasi cinta!
“Taklah! Betul... kami berbincang pelajaran sahaja.”
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bkn malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
“Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.”
Tak ada ke kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yg boleh beri motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.
“Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?”
Naluri adalah sbhgn drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorang, tak normal namanya. Islam bkn dtg membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tak suruh bunuh naluri spt yg dilakukan para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bkn salah dan berdosa kalau perasaan itu dtg tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jd malaikat! Krn Allah jdkn kita sbg manusia. Dunia dan sgla isinya akan hambar tnpa naluri atau nafsu.
“Islam takde ke couple-couple ni?”
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul, yakni cinta selepas selamat dinikahkan. Itulah cinta qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, maka ia membawa perkahwinan sbg ganti yg lebih baik. Sabda Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
“Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?”
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kmdn perasaan dilayan. Kmdn teringat, jadi rindu. Lalu diatur pertemuan. Kmdn duduk berdua-duaan. Kmdn mencari tempat yg sunyi sedikit. Lalu berbual pjg hingga malam gelap. Hubungan mnjadi semakin akrab. Dah mula berani pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi mcm kawan, skrg mcm pengantin baru! Bukankah mereka semakin hampir dgn penzinaan? Hakikatnya terlalu ramai org yg bercinta telah sampai kpd daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yg melahirkan kita dlm keadaan putih bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!
“Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat dan tidak sampai kpd berzina. Kami tahan diuji. Allah yg menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.”
Manusia tak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan spy jauhi perkara yg ditegah, takut manusia akan kecundang.
“Jadi manusia itu tidak tahan diuji?”
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa spy tidak memakan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jgn menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah (yg bermaksud): “(Dan Allah berfirman) Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu (Hawa) di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.” (al-A’raaf, 7:19)
Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
“Tapi bercinta lepas kahwin byk masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah utk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.”
Boleh ke percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yg pujuk. Jgn hrp lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg pujuk. Byk org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Mcm langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dh kahwin, lewat lima minit, dh kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
“Percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nnt.”
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kpd hamba2-Nya yg terpilih. Kebahagiaan bkn ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg menganugerahkannya. Bagaimana mndapat anugerah kebahagiaan itu, jika jln mncapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bkn bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana utk mendapat keluarga yg bahagia jika langkah pertama sudah pun canggung? Bagaimana pula kesudahannya nanti?
“Tanya sikit... adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....”
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, teman tapi mesra ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dgn zina.
“Jadi seolah-olah orang yg bercinta telah hilang maruah diri?”
Mengukur maruah diri bkn ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sebelum kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci.
“Kalau ukuran bermaruah atau tidak, ditentukan oleh Allah, lalu mengapa ada yg mengatakan org yg bercinta hilang maruah?”
Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn orang yg pernah berzina. Allah berfirman (maksudnya): “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak berkahwin melainkan dengan perempuan yang juga berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak berkahwin melainkan dengan lelaki yang juga berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (An-Nuur, 24: 3)
“Jadi, org yg pernah bercinta tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tak pernah bercinta? Org yg bercinta hanya layak berkahwin dgn org yg pernah bercinta juga? Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?”
Itulah pasangan yg layak utk dirinya. Kerana wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.
“Kami telah berjanji sehidup semati.....”
Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
“Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.”
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sbg isteri dan seterusnya mnjadi ibu utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
“Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pndgn lelaki?”
Tentu! Mana ada lelaki yg normal suka pd barang yg second hand sdgkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada org yg boleh test drive. Ada pula yg kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung; boleh dibawa ke hulu ke hilir. Sedih, kan? Tetapi itulah hakikatnya!
“Masih adakah orang yg tidak bercinta di zaman ini?”
Ya, masih ada! Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah (maksudnya): “...Dan orang-orang lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina), dan orang-orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab, 33: 35)
“Lalu bagaimana dengan kami?”
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendapat redha-Nya.
“Kami ingin mndapat redha Tuhan. Tunjukkanlah kpd kami bagaimana caranya utk kami lakukan taubat nasuha.”
Taubat nasuha adalah taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya.Taubat yg memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat dan dosa. Maka, putuskanlah hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Bererti, hendaklah kamu menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan. iii) Berazam. Kamu pasanglah azam dan tekad yg kuat dlm hati agar tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seseorang yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul. Moga Allah terima taubatmu.
“Jadi kami harus berpisah? Dengan segera?”
Ya! Ingatlah, hubungan sebegini tidak akan membawa kpd kebaikan, malah lebih membawa kpd kemusnahan. Jadi lebih baik dihentikan segera sebelum lebih terlambat. Tidak perlu kecewa dan susah hati. Sesungguhnya setiap pertemuan akan ada perpisahan. Bertemu dan berpisah, adalah kerana Allah. Dan kalau benar dia yg terbaik buatmu, yakinlah, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana.
Dan doa saya mengiringi kalian... “Ya Allah... Bantulah mereka ini. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu ya Allah. Maka terimalah taubat mereka..."
******************************
Notakaki: Sebenarnya mereka yg sedang hanyut dalam keseronokan alam percintaan ni bukannya langsung tidak menyedari kesalahan yg mereka lakukan. Namun tatkala berduaan dgn pasangan, nafsu yg lebih menguasai diri. Adab kesopanan serta hukum syara‘ diketepikan. Mereka leka dan alpa. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita utk mengingatkan mereka. Semoga perkongsian tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan bersama...
salam kak honeyz...
ReplyDeletesebelum ni iznie dah penah baca artikel nie dah...
iznie memang tak couple, walaupun selalu tgk kawan2 yg lain asyik dengan couple dorang masing2...sampai nak juga rasa apa perasaan bila dah couple ni...just nak try...hehehe
biasa la budak2 yg baru nak menginjak dewasa... :)
alhamdulillah...
sampai sekarang tak couple jugak...sebab bila nak cakap dgn lelaki je dah rasa lain..
takut...
iznie tak biasa n tak rapat dgn laki actually! :)
“Taklah! Betul... kami berbincang pelajaran sahaja.”
yg nie betul kak honeyz...
iznie penah buat...hee
sebab masa lepas trial SPM, semua macam dah sibuk dgn pelajaran. disebabkan iznie agak ok dalam subjek2 tertentu, ada la sorang hamba Allah ni, selalu datang kat tempat iznie, tak kira la masa dalam kelas tu ada orang ramai ke tak...sebab masa tu, iznie tau dia memang perlu jugak tanya soalan2 tu kat iznie...
walaupun kadang iznie carik port yg takde orang utk study, dia tetap datang kat iznie..then kami study sesama smpai asyik kena usik dgn kawan2 lain...and orang lain pun asyik tgk2 kami...
tapi betul...kami study jer...
byk kali jugak la camtu...
smpai kita SPM...lepas tu kami memang dah tak bertegur sapa...
rasanya tak salah kan macam tu?
salam buat cik adik yg sentiasa laju singgah n drop komen ^_^
ReplyDeletekalau iznie ni budak yg tgh menginjak dewasa yg kdg2 de keinginan nk couple, akak ni plak, umur skrg ni ramai kwn2 dh berumahtangga, terasa gakla diri masih bujang. dulu de beberapa org nk, tp duk ngelak, skrg amek, ramai kwn2 dh kahwin, br sdr n trase diri x kahwin2 lg. ngee~ =D (xpela, jdh sbnr x muncul lagi- ayat pujuk diri sndiri.hehe)
mm, akak pun lbh kurang cm iznie (lbh "teruk" barangkali). dlm blog n ym lehla "cakap" ngan laki, tp bile face-to-face, mmg sebolehnye ngelak ckp ngan laki. rasenye kt uia tu, semua bro pikir akak ni sombong kot. hehe. ntah. tp nasibla, janji akak bhgia ngan hidup akak ni =D
pasal persoalan iznie ttg study sama tu.. mm, berdua jeke? akak bknla insan selayaknya untuk nilai pe iznie wat tu salah ke x. skdr bg pendapat je ek... tp sblm tu akak minta maaf kalau de kata2 yg menyinggung perasaan iznie..
akak setuju ngan ape yg tercatat dalam artikel pnjg lebar kt atas ni, yg mana ade disebut, sebolehnya carilah teman blaja yg sama jantina.. inshaAllah lbh tenang n pembelajaran tu pn diberkati. dari pe yg iznie ceritakan, see, iznie sndiri sebut yg de mata2 yg memandang n duk usik2 iznie dgn hamba Allah tu kan.. sekalipun iznie dan dia masing2 pertahankan niat kalian hanya utk belajar, tp kalau dalam keadaan gini, mesti sedikit sbyk, rase x selesa juga kan? sdgkan kalau blaja dgn yg sama jenis, lelaki ngan lelaki, perempuan ngan perempuan, confirm xkan terjadi gitu kan? xkan org nk pandang2 n mengata/ mengusik lak.. jadi terbukti kan lbh selamat?
makanya, pd pendapat akak, tiada betol atau salahnye tindakan iznie tu.. cumanya kalau dgn sesama jenis, adalah lbh selamat dan tenang utk belajar :)
huh! pandai btol pasangan ni jwb setiap pertanyaan punya x mahu mengaku salah tu adoi... hahaha ape2 pun best org yg jwb tu padan muka sampai x thu pasangan tu nk jwb ape? hehehehe ape2 bg sy lebih baik study ramai2,msa spm sy mmg serius x study trus dgn kaum pmpuan smua kitorg group laki jer.. lgpn segan la nk join group pmpuan ni... klu laki dn pmpuan slagi bkn tempat yg sunyi dn org ramai nmpk x salah kot? btol x kak hani? tah la... hehhehe
ReplyDeletehee...
ReplyDeletejodoh kak honeyz tak sampai lagi arr tue...
insyaallah...
laki yg baik kan utk prmpuan yg baik...& begitu juga yg sebaliknya..kan..?
iznie doakan kak hanie dapat jodoh yg baik..sebab iznie rasa kak hani bley jadi wanita n isteri solehah nnti... :)
sebab kak hani sekurang2nya dah tundukkan pandangan terhadap laki n godaan syaitan..
iznie plak..mmg insan yg lemah..especially bila dah abess skolah camni...sebab tue la skarang nie jiwa asyik tak tenang je...macam2 yg blaku..huhu
macam kufur nikmat iznie ni...astaghfirullah..
nmpk sangat budak ni tak matang kan?? hehe
thnks atas teguran kak hani...
takpe...tak kecik ati pun...
tapi kan...
hehe
(nak tambah jugak budak ni)
kawan2 yg usik tu saja jer...
sebab diorang tau, iznie ngan budak tue mana2 ada pape pon...
budak tu memang jenis yg cepat jer nak tanya orang, bila dia tak tau... :)
mmg duduk dua orang..kat meja blakang sekali ...takde orang...takpun meja yg hujung sekali..tapi orang bley nmpk la, kan dalam kelas..hehe
lagipun kelas kitorang sporting je...dah tak pikir benda2 yg mengarut tue time dekat exam ni, so...nak release tension..diorang usik-mengusik la..nak meriahkan suasana yg tegang...hehe
neway, thnks kak hani... (^_^)
to NICK IRFAN:
ReplyDeletebiaselah nick.. masing2 akan pertahankan ape yg drg lakukan, biarpun hakikatnya drg sedar drg buat salah, kalau x, xkanla sampai de yg nk tegur, btol x?
hehe, smngt ek duk gelakkan.. siap kasi padan muke lg. hehe. ntahla.. tula, kdg2 susah gak nk nasihatkan perilaku org.. kena argue ngan cara baik, inshaAllah drg leh terima :)
pasal study tu, akak leh bajet nick x study ngan pempuan, sbb nick kan jenis segan ngan pempuan =D tp bgsla tu, study laki sama laki, lbh selamat..
"klu laki dn pmpuan slagi bkn tempat yg sunyi dn org ramai nmpk x salah kot? btol x kak hani?" - yup, btol la tu. mmg scr zahirnye x salah. cume risau kalau de mata2 yg memandang, x pasal2 jd isu.. timbul gosip, timbul fitnah.. tu yg sebaiknya elakkanla study campur laki perempuan, nak2 kalau berdua je..
ini cume pendapat akak jela.. x nak setuju xpe je =D
to iznie:
ReplyDelete"iznie doakan kak hanie dapat jodoh yg baik..sebab iznie rasa kak hani bley jadi wanita n isteri solehah nnti... :)
sebab kak hani sekurang2nya dah tundukkan pandangan terhadap laki n godaan syaitan.."
erk. speechless jap. terharu. gitu sekali penilaian iznie pd akak ek (T_T) shukran ya ukhti.. thanx for the doa.. aamiiin..
jiwa jd kacau ek? hehe.. biasela tu kot.. usia tengah meningkat.. alam remaja.. tp apepun, jage diri baik2 tau! inshaAllah, akak doakan pasangan yg baik dan soleh wat iznie.. aamiiin.. ^_^
"tapi kan...hehe(nak tambah jugak budak ni)" - hehe, iznie cam akak la.. kalau cakap, suke gakla duk main tambah sndiri2 dalam kurungan punye =D takpe, leh je ade tapi tu. x kesah pn. hehe
owh, drg saja2 nk ngusik iznie la ek. meriahkan suasana ye? hehe.. zaman sekolah.. biasela kan.. zaman kenakalan =D yela, iznie pun ade kate kan, yg pas habis SPM, korang mmg dah x bertegur sapa kan.. ok la tu.. kiranya mmg mase tu focus study jela kan.. lgpn dalam kelas, inshaAllah selamat lagi kot :) yg penting, jgn duk kat kwsn terlindung n hanye berdua ngan lelaki.. bahaya, plus sng jd bhn fitnah...
teringat lak akak, mase matric, kelas akak semuanya perempuan.. jd sng sketla nk study mase tu. but then, masuk je main campus kat gombak, sem pertama tu, de subjek yg akak amek, ditaqdirkan kena group ngan budak2 lelaki. madam tentukan. kasi no secara rambang ikut attandance. apela nasib akak mase tu. hehe.
dahla sblm ni sek mmg x gaul ngan laki, mtrc 2 thn sesame pempuan je, aleh2 kat gombak kena lak campur. bkn setakat campur, tp lbh x beshnye sbb ditaqdirkan, grup akak tu, akak sorg2 je pmpuan, dgn 3 brothers. adeh...
paling x besh, nk xnak, kenala kasi no hp.. tp msg jela. sekali tu drg panggil wat discussion, kt library. sure la tempat ramai org kan.. tp akak plak, sbb mmg kekok yg amat, akak ajakla kwn temankan.. sampai je library, drg 3 duk gelakkan akak sbb pd drg klakar siap bawak teman :)) hehe. segan gak mase tu. tp nasibla drg nk gelakkan pn, asalkan akak de teman =D
salam hani...
ReplyDeletepnjg btul ye artikel ni...igtkan nk abes kn baca artikel2 baru yg lain...tp bace yg nie je dh pnat..hehe,,len kali plak lah sambung tok artikel lain...=)
dah de org mntk ye dlu...:) xlame dh la 2....=D
kelakarlh bace kisah hani mase grouping dgn laki...tergelak sy...
sy mase drjh 1-5 dlu pn sekolah laki je..pas pndh masuk skolah cmpur...first time masuk kelas mmg lain mcm,,first time ditegur pmpn naek bulu roma...automatik,,hehe...drjah 6 plak de org ajak couple,,,disebabkan sy x biasa dgn pmpn,,maka permintaan 2 berlalu g2 saje,,then sy dpt tahu pas sy menolak,,dia couple kwn sy...skrg nie pk2 blik klakar plak,,,baru sekolah rendah dh couple2,,sbb ramai member yg couple...ade 2 sorg pmpn bercouple dgn laki2 dlm kumpulan yg same2...=)
ape2 pn,,semoga hani cepat kawen,,dpt menaikkan taraf sebanding dgn rakan2 hani yg dh berumah tangga...=D
salam hadi...
ReplyDeleteer.. nk wat camne, mmg panjang.. x reti nk pendekkan. lgpn kalau pendekkan, cm jd x bape besh lak, sbb semua cm de point penting kat situ. sbb tula panjang kemain. x sangka de gak yg rajin bace sampai hbs. tq ye.. xpe2.. artikel2 lain tu leh bace lain waktu.. take ut time =)
ops.. adeh.. sampai ke ruang komen punye pn bace gak ek? segan lak jadinye. tp xpe, silakan gelak. hehe. sy sendiri pn bile teringat semula kisah tu, cm klakar yg amat rasenye. malu pn ye. nsbla lepas2 tu dh xde langsung sekelas ngan 3 org brothers tu =D
owh, 5 tahun sek yg sume laki je ek. mmgla bile ke sek n kelas yg campur, rs lain mcm je. sampai meremang bulu roma ek. dahsyat gak tu, culture shock hbs la tu. hehe. sy plak sekolah campur, tp sering kwn2 pikir dr sekolah pempuan je.. tandala tu mmg x bergaul ngan laki langsung..
wah.. drjh 6 dh de yg ajak couple? hebat tu. saye mase sek ren dulu, lgsg x mengenali apa itu couple. hehe. selalu abg2 menengah berebut nk jadikan adik angkat drg adela. tp yg klakarnye, sampaikan akak2 menengah de yg x puas hati ngan saye sbb bf2 drg duk rebutkan saye utk jdkan adik angkat :)) klakar je rase..
erk.. sempat pulak kat hujung2 tu sebut bab kahwin ek. adeh. nk cepat kahwin camne.. jodoh sesuai x muncul lagi kot.. (ke sy yg terlalu memilih?) hehe.. ntahla..
aah cutural shock...mmg shock abes...klo heart attack mmg blh collapse rasenye...hehe
ReplyDeletejodoh x abes dtg lg ek,,xpe2 nk abes blaja dh kn...kjap lagi dtg lah 2....=D xpe memilih pn,,sbb kita kn nk hdup utk tempoh yg lme kn dgn dia...hehe
thnks kak hanie...
ReplyDeleteaamiin...
hehe...
kak hanie punya story lagi besh...
klaka jep...
betul2..klau iznie pun tak best gak klu kita sorang jer pompuan...segan giler...dah la tak biasa...
mesti dorang pelik kan tgk orang camtu... :)
hohoho
tapi bagus la camtu kak hanie...
tabik spring utk kak hanie... !! hehe
to HaDi:
ReplyDeletenasibla xde heart attack ek.. hehe.
erk, adeh, nak juga dia sebut soal jodoh n kahwin.. duk nyakat org btol ek. xleh skip je ke pasal ni? hehe.
yup, dah nk hbs blaja.. inshaAllah ni final sem, pastu nnt praktikal 10 weeks.. kemudian inshaAllah konvo okt nanti.. doakan moga segalanya berjalan dgn lancar ye...
pasal jodoh tu.. hehe, ntahla.. mgkn diri sndiri pun x sedia lagi.. tu yg trase jdh sbnr pun cm ditaqdirkan x muncul2 je lagi.. blm waktunye lagi kot.. =D ha, btol3.. daripada nyesal kemudian hari, baiklah sblm terikat ni, pilih yg betol2.. nak2 diri ni pempuan.. so kenala cari lelaki yg betol2 leh bimbing diri ke arah menjadi insan yg lbh baik, inshaAllah :)
to Iznie:
ReplyDeletela shukran ala wajib ya ukhti :)
hehe, tula, akak sendiri rase cam klakar je bile teringat semula saat tu. tp nak wat camne kan.. dah mmg tu diri akak.. nasibla drg 3 duk gelakkan akak pn. atceli kwn akak tu pn mase akak minta teman, die pun cam hairan, ade gak pempuan yg tahap gini sekali. dhla library tu open area, de ramai je org kat situ, pun takut n nk kena bawak teman gak. ish3.. hehe. tp ok la, nsb baik dia sudi gak temankan akak =D
ha, tula kan.. bkn setakat 1st time kena buat keje campur ngan laki, tp yg lbh x beshnye sbb akakla satu2nye pempuan kt grup tu. n mmg grup akak je yg gitu. ade yg kene sebaliknye, 3 sis 1 bro. akak memula tu try la ckp kat madam, leh x kalau sorg sis grup tu tukar ngan sorg bro grup akak, lehla jadi 2 sis 2 bro utk each grup. xdela akak sorg2 je pempuan. but then madam tu kate, bro yg sorg2 tu pn x kesah, jd xyahla susah2 nk tukar (susah ke? xde pe pun yg susah. hehe). and madam tu kate gak, xpe, niat blaja.. anggap cabaran yg perlu dihadapi. esok lusa keje nnt pn mane tau kena hadapi situasi gini. jd cuba jela grup ngan brothers 3 org tu.. so pe lagi akak leh kate? diam n terima jela dengan penuh keterpaksaan. hehe.
hehe....
ReplyDeletebest apa kan...
ada pengalaman baru...
nak berhubung ngan orang luar...hehe
best?? hehe.. ntahla dik.. pengalaman baru yg agak memalukan.. x besh diingat (tp nk jugak tu pi kongsi kt ruang komen ni.. hehe) =D berhubung ngan org luar? hehe.. mase tu je pn kena group ngan bro.. lepas2 tu langsung xde dah.. pasni alam praktikal ntah camnela.. takut2 gak ni.. moga dipermudahkan segalanya.. aamiiin...
ReplyDelete