Lelaki idaman wanita solehah ialah
seorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...
Biarlah dia seorang yang buta…
Buta kerana matanya sunyi
dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,
Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara
dari memandang aurat wanita ajnabi…
Asalkan kedua-dua matanya terang
dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,
Asalkan dia celik
dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.
Biarlah dia seorang yang bisu...
Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,
Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,
dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.
Biarlah dia seorang yang bakhil...
Bakhil dalam memberi senyuman
kepada wanita yang bukan mahramnya,
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji
dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,
Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya
untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya
untuk beribadah dengan Khaliqnya,
Dia begitu pemurah
untuk mempertahankan aqidahnya,
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
bahkan nyawanya
demi melihat kalimah syahadah
kembali megah di muka dunia!
Dan biarlah dia seorang yang papa...
Papa dalam melakukan perkara maksiat,
Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah
dan tidak bermanfaat,
Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
yang berfaedah lagi bermanfaat,
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq
dan budi pekerti yang mulia,
Dia begitu kaya dengan sifat sabar
dalam mengharungi tribulasi kehidupannya,
Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian
untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!
Yang dicari bukanlah putera raja,
tetapi seorang putera agama...
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata...
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani, sempurna hati...
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat...
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi
dengan silam yang kelam...
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia...
Dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…
Salam kenal
ReplyDeleteto Rozie:
ReplyDeletesalam kenal dari saya juga :) thanx sbb sudi ziarah ke sini n drop komen di sini :)
Salamualaikum yaa ukhti..
ReplyDeleteHuhu.. nmpknye sy bukn orgnye aa.. xsama lgsung cam yg ukhti ckp di ats niih.. hihi..
papun.. SemoGa diberkatiNya..
Nice posT.. keep it up k.. :-)
WassalaM..
to AFiFi:
ReplyDeletewaalaikumussalam yaa akhi...
erk, x same langsung ye? xleh wat calon la ni ek? hehe. xdela, memain je tau dik =D
apepun, sedar jugakla diri ni mcm mane.. nak kan lelaki yang baik lagi soleh, terlebih dahulu sndiri pun kenalah jadi baik n solehah, kan? sdgkan diri ni... WALLAHU A3LAM...
apepun, sama2lah kita perbaiki kelemahan dan kekurangan diri, lalu berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik di kemudian hari, inshaAllah...
thanx for the doa.. aamiiin.. juga terima kasih atas sokongan yg diberikan, n x lupa juga tq sebab sudi singgah bace sambil drop komen di sini :)
wassalam..
wah! mcm ni ker lelaki yg dicari pmpuan? hmm... sy ada la kot? aiseh! haha hehehe xde la sy bkn baik sgt pun... ape2 pun sy doakan smoga lelaki diatas akan menjadi teman hidup akak.. amin....
ReplyDeleteto NICK IRFAN:
ReplyDeletentahla dik. lain orang lain taste nye. jd xleh nk generalizekannya. apepun, akak percaya itulah ciri-ciri lelaki idaman wanita solehah..
akak x betul2 kenal diri nick, tp setakat pe akak kenal melalui dunia blogging ni, rasenya akak tau jugakla serba sedikit pasal nick. rasenye mmg ade gak ciri2 ni yg de pada nick. yela, nick kan pendiam n x bergaul dgn perempuan =D
apepun, thanx for the doa... aamiiiin.. akak doakan moga nick juga dapat jadi lelaki seperti yg digambarkan di atas, lelaki idaman wanita solehah :)
Assalamualaikum...asif, ana mohon copy post enta ini untuk diletak di blog ana. Syukran
ReplyDeleteto Wardatul ad-Din:
ReplyDeletewaalaikumussalam... sila2.. xde masalah pun kalau nk copy paste mane2 n3.. sebar2kanlah dan kongsikanlah dgn orglain mane2 yg rase leh dimanfaatkan bersama, inshaAllah :)
shukran ala ziarah..
p/s: enta?? erk.. saya perempuan =D
Sesungguhnya,aku hanya insan yang tidak langsung punyai ciri-ciri sedemekian...
ReplyDeleteBantulah aku menemui cintaMu...