Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg ditimpa musibah lalu dia kata "Innaa lillaahi wainnaa illaihi raajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yg kaya adalah orang yg bersyukur dengan apa yg ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yg sementara ini.
Siapakah pula orang yang miskin?
Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada, dan sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yg mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yg mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Siapakah pula orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi dihimpit?
Orang yg mempunyai rumah yang sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yg menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa azab neraka.
Siapakah orang yang kedekut?
Orang yg kedekut ialah org yg tidak mahu menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada org lain…
Mudah2an kita semua tidak termasuk dalam golongan mereka yg sibuk, miskin, rugi, sempit rumahnya, dan kedekut.
>> Walau sesibuk manapun dengan urusan duniawi, solat harus diutamakan.
>> Bersyukurlah dengan apa yg kita peroleh kerana sesungguhnya semua itu adalah rezeki buat kita, dan ianya adalah pinjaman semata-mata.
>> Perbanyakkan amal ibadah selagi masih bernafas di dunia ini sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.
>> Sebar2kanlah ilmu yg bermanfaat kepada org lain, kerana sesungguhnya ilmu bermanfaat yg disebar2kan merupakan salah satu amalan yg berkekalan bg orang yg mengajarnya biarpun dirinya sudah meninggal dunia.
Dalam masa yg sama juga, marilah kita sama2 berusaha untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri dengan menjadikan diri kita sebagai orang2 yg manis senyumannya, kaya, paling cantik, luas rumahnya, dan mempunyai akal, sepertimana yg disebutkan di atas.
eh! sy ada jgk la tergolong dalam golongan yg salah 1 ni... hmm... thnkz! sbb bg kesedaran... jauh terhanyut sy ni.. thnkz! sy akan cuba memperbaiki kelemahan diri ni....thnkz! :-)
ReplyDeleteyg mane satu dik? kalau golongan yg baik tu, alhamdulillah.. tp kalau sebaliknye golongan yg kurang baik tu, berusahalah perbaiki diri ke arah kebaikan..
ReplyDeletebukan peringatan buat nick dan pembaca2 yg lainnya semata2.. tp khususnya peringatan utk bg kesedaran buat diri akak sndiri.. akak juga manusia biasa, sering leka dan alpa.. adakalanya tersasar seketika..
moga perkongsian ni dapat dimanfaatkan.. sama2lah kita perbaiki diri menjadi insan yg lebih baik dari sebelumnya, k? :)