Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di seluruh dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Tiada Tuhan Yang Patut Disembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.', bermula dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik sahaja masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan keagungan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Proses ini seterusnya akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1½ jam.
Belum pun laungan azan di seluruh Indonesia selesai, ianya disambung pula dengan bermulanya azan di Malaysia. Berikutnya di Myanmar. Dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, maka tiba pula giliran Dakka di Bangladesh.
Dari Bangladesh, laungan azan kemudiannya akan kedengaran di Calcutta, dan terus ke Srinagar di barat India. Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit, jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan.
Walaupun masih belum berakhir laungannya di Pakistan, azan seterusnya akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat, Omman. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9½ jam. Justeru itu, belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.
Ini berterusan bagi setiap kali tibanya waktu solat. Lihatlah… betapa azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia tanpa terputus! Subhaanallah… begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan di setiap negara boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), maka pastinya akan bergegarlah satu dunia dengan laungan azan yang tidak putus-putus… Allahu Akbar!

btol3! sy ada tgk dlm youtube ari 2 mmg menakjubkan!! besar sunggu kuasa tuhan... x sangka la 24 lak tu! subhanallah,....
ReplyDeleteowh, ade ek kat youtube pasal ni? xtau plak. akak jarang ke youtube, melainkan de task dari lecturer yg minta cari advertisement ttg sesuatu perkara =D tapi apepun, Allah kan bersifat Maha Berkuasa. Dia juga Maha Mengetahui. makanya pastilah Dia tahu apa yg terbaik, dan terbukti segala yg diciptakan dan ditentukan-Nya adalah sgt cantik dan teratur ^_^ subhaanallah..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteyup2..
ad kat youtube..
amazing..!!
hehe.. =p
to Anonymous:
ReplyDeleteSalam. owh, saudara/i pn pernah tgk dah ye kat youtube? hehe, saye x tgk lagi. inshaAllah satu hari nnt andai punye mase, saya cube explore utk tgk =D
btw, thanx sudi ziarah sini n drop komen :) kalau tinggal jejak, leh saya bls ziarah, tp xde.. so xdptla bls kunjungan.. sori ek =D
salam hani...
ReplyDeleteitulah kebesaran ALLAH...
**ada tajuk pasal azan kat al hidayah**
betapa azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia tanpa terputus! Subhaanallah… begitu hebat dan agungnya Islam!
ReplyDeletebetapa azan sentiasa berkumandang di seluruh dunia tanpa terputus! Subhaanallah… begitu hebat dan agungnya Islam!
ReplyDelete