Monday, January 11, 2010

AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA?


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dgn suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yg memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dgn penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!"
potong Fatimah dgn kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu “Fatimah” di sebalik Fatimah yg dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dgn tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya utk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sbg seorang muslim yg beramal dgn apa yg diyakininya. Duitnya byk dihabiskan utk memenuhi tuntutan dakwah yg seringkali memerlukan pengorbanan yg tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yg membawa dia menemui Tuhannya dgn hati yg tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dlm persatuannya. Malah, Fikri dilihat sbg calon suami yg bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yg dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yg menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri spt pelengkap kpd dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dlm dakwah meskipun hubungannya dgn Fatimah nampak spt tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dgn Fatimah, namun sikap Fatimah yg keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan spt biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kpd masyarakat. Malamnya sibuk dgn mesyuarat dgn sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta dtg ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali drpd pemikiran pendakwah lain yg semudanya.

Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dlm suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dgn luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dpt menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yg kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa utk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah drpd beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dgn Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yg pernah ditanya kpd Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yg tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sbg isteri kedua yg dilafazkan oleh Fikri.



"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jwb Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yg sgt membantu dlm gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sgt membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin.

Setiap kali turun ke lapangan utk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah utk membantu kerja dakwah seadanya. Kadangkala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, spt mesin yg tiada hayat. Namun, inilah yg dia yakini sebelum berkahwin dgn Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yg menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dlm kereta sewaktu dlm perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yg sgt teringin berjumpa dgn madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia dtg program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yg byk membantu Fikri dlm gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dgn isteri pertama Fikri yg byk membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dlm dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yg berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana, bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sgt berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.



"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [QS al-Taubah 9:24]




***************************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam... KALIAN AKAN DIMADUKAN!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yg bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah utk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sbg punca serta merendahkan harga dirimu dga terjadinya perceraian suamimu dgn isterinya yg pertama iaitu perjuangan Islam!


Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yg pertama yg bakal dinikahinya atau insan yg pertama yg dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yg kedua yg dicintainya, kerana suami yg pertama baginya ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Lihatlah, betapa pentingnya perjuangan menegakkan Islam sehinggakan ia diibaratkan sebagai “isteri/suami” pertama pasangan kita, lalu hadirnya kita adalah sebagai yang kedua, bukanlah yg pertama. Janganlah kita tertipu dengan ni3mat dunia kerana semuanya hanyalah pinjaman semata-mata... akhirat jualah yang kekal abadi. Oleh itu, buat semua muslimin mahupun muslimat, bantulah isterimu atau suamimu, dan kuatkanlah dia utk meneruskan perjuangan Islam ke serata dunia! Takbir! Allahuakbar!

15 comments:

  1. salam hani.
    nice story about baitil muslim.
    thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum Hani....

    Baeknye hati pmpn 2...
    pmpn cm2 mst dpt kt laki yg baek jgk...
    sesuailah...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum w.b.t.
    bgusnya peringatan dn kesedaran yg dibawa dn diselitkan dlm criter nie..moga kita sntiasa diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran dan keikhlasan dlm menegakkan agama Islam di muka bumi ini..insya-Allah..salam juang!

    ReplyDelete
  4. sebenarny poligami itu indah...
    datangnya islam indah..
    poligami jadi rosak kerana isteri bertuhankan suami..
    isteri kalau tiada suami tidak boleh hidup...
    tapi kalau isteri ada tuhan takde suami pun boleh idup...
    lebih indah lagi kalau isteri yang bermadu msg2 madu rebutkan cinta tuhan..
    bukan isteri sahaja bahagia,dgn madu pun apatah lagi dgn suami..:-)
    [tak sume org boleh buat] huhu...

    http://nawfaltimur.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. to Dyat:

    salam buat dyat juga :)
    terima kasih kembali sbb sudi singgah bace n drop komen di sini...
    moga perkongsian cerita ni di sini dpt memberi kesedaran buat kita semua hakikat "bermadu" dalam mendirikan bait muslim..

    ReplyDelete
  6. to HaDi:

    Waalaikumussalam Hadi...

    tu la, baik betul "Nusaibah" tu kan.. diterimanya lamaran lelaki tu tanpa soal apa2..
    jauh sekali nak emo2 cam "Fatimah"..

    terfikir2 juga, kalau diri ni yg hadapi situasi sebegini, ntah mcm manela respond yg diberi saat tu.. nasibla terjumpe kisah ni.. jadi pasni lehla beringat utk x emo2 kalau de yg tanye kesudian utk jadi "isteri kedua" =D

    ReplyDelete
  7. to ulyajihadee:

    Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh :)

    yup, bukan sbrgn cerita... tp diselitkan juga peringatan dan kesedaran...

    "moga kita sntiasa diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran dan keikhlasan dlm menegakkan agama Islam di muka bumi ini..insya-Allah.." - aamiiin...

    thanx for ur support ^_^

    ReplyDelete
  8. to nAwFaL:

    yup.. walaupun diri ini perempuan, namun turut mengakui hakikat bahawa poligami itu sbnrnya indah..
    madu itu juga rasenya "manis"... =D
    tapi tula, x semua orang leh hadapinya...

    ha, betul3.. sokong pe nAwFaL katekan tu.. mmg tula atr point tersirat yg nk disampaikan melalui cerita ni...
    percintaan atr suami isteri tu kena bersandarkan kepada cinta kepada Ilahi.. mengutamakan cinta kepada Allah... inshaAllah xdela masalah utk hidup bermadu, baik dgn manusia, mahupun dgn "perjuangan"..

    "isteri kalau tiada suami tidak boleh hidup..." - "xde suami" dgn "berkongsi suami" lain maksudnya =D tp apepun, yela kan, andai masing2 merebut cinta tuhan, inshaAllah dpt elak masalah berkongsi mahupun merebut suami :D

    apepun, shukran atas peringatan yg diberikan :)

    ReplyDelete
  9. sokong2 hani x trus emo ble jadi cm2...=)
    ssh 2 nk jd cm2,mmg jiwa trdidik klo cm2....
    lumrah setiap insan ssh untk berkongsi dgn org lain....
    ape2 pn,,semoga hani dpt mnjd spt nusaibah atau lbih baek drpdnya...=D
    sokongn terus sy berikan...hehe

    ReplyDelete
  10. to HaDi:

    hehe. thanx sbb selalu kasi sokongan ^_^ tula.. diri ni perempuan.. sng gakla nk emo2 ni.. harap2 dapatla kwl emosi ngan baik =D

    yup. lumrah kan, agak susah nk berkongsi.. sdgkan kongsi harta (makanan, pakaian, etc) pn kdg2 jadi masalah, walhal leh je beli lain, ni kan plak nk kongsi pasangan hidup yg xleh nk "beli" lain =D

    "semoga hani dpt mnjd spt nusaibah atau lbih baek drpdnya.." - aamiiin... :)

    ReplyDelete
  11. adoi kak hani wat suspen je... sy pun ingat dia kwin dua ker? last2 rupanya perjuangan dia.. ape2 pun kesian nusaibah... tp tuhan maha adil wlpn dia xde jodoh dgn fatimah tuhan kasi jodohkan dia dgn nusaibah yang bg sy lebih baik... ape2 pun pmpuan yg baik utk laki2 yg baik... hehehe

    ReplyDelete
  12. to NICK IRFAN:

    ala dik.. tajuk kenalah kasi suspen.. utk attract people to read. hehe. tp tula, kalau dibaca kisah panjang ni sampai habis, inshaAllah akan mengerti maksud yg cuba disampaikan melalui kisah ni.

    akak x paham kenapa nick kate kesian pada nusaibah? sebab macam kena tipu ke? tp kat situ nampak kan keikhlasan dia.. sdgkan yg fatimah tu plak, kan fikri ade nk cube explain, tp x diberi peluang... and betol ape nick katekan tu.. kat sini juga nampak yg Allah dah tetapkan jodoh yang baik (inshaAllah) pastinya akan dapat yg baik juga ^_^

    ReplyDelete
  13. Salam Hani ^_^

    Cerita yg canteeq...
    ***Pertanyaan utk diri sendiri..Adakah 'diri Nusaibah' dlm diri ini??***

    ReplyDelete
  14. salam kak liza.. lame x nampak akak kat sini ^_^

    yup.. besh kan penulis ni ngarang cite ni.. tula, saya pun tertanye2 soalan yg same gak mcm akak... apepun, saya doakan moga ada "diri nusaibah" tu dalam diri akak, juga dalam diri saya.. sama2 kita contohi akhlaq yg baik, untuk menjadi insan yg baik, seterusnya inshaAllah juga akan mendapat psgn hidup yg baik.. aamiiin.. :)

    ReplyDelete
  15. Sejauh mana pun kita pergi sekuat mana pun kita lari, kita tidak akan dapat menghindar takdir dan reality ....
    ~ APA GUNANYA DENDAM KALAU MASIH ADA TUHAN DAN KARMA... ~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails