Imran dan Nabil bersahabat sejak dari kecil lagi. Hubungan persahabatan antara mereka sangat akrab. Dalam apa jua aktiviti, mereka sering bersama.
Setelah tamat alam persekolahan, kedua-dua mereka menyertai kem tentera. Bertugas dan berkhidmat mempertahankan kemakmuran negara, mereka adakalanya terpaksa mengorbankan waktu untuk bermesra bersama. Namun begitu, persahabatan antara mereka tetap teguh dan kuat.
Pada suatu hari, Leftenan mengarahkan sebahagian daripada anak-anak buahnya untuk ke medan perang di suatu kawasan, manakala sebahagian yang lain diminta tinggal di markas untuk mempersiapkan diri andai berlaku pertempuran di kawasan yang lain.
Ditaqdirkan Imran dan Nabil terpisah dalam kumpulan yang berbeza. Imran ditugaskan menyertai pasukan perang ke medan pertempuran, meninggalkan sahabat baiknya Nabil di markas tentera.
Tanpa diduga, malapetaka menimpa. Sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada Imran. Diserang hebat oleh pasukan lawan, Imran akhirnya jatuh tersungkur ekoran kecederaan teruk yang dialaminya di bahagian kepada dan dada.
Khabar malang tersebut sampai ke pengetahuan mereka yang tinggal di kem. Betapa hancur luluhnya hati Nabil ketika dia mendengar berita keguguran sahabat karibnya itu di medan pertempuran yang agak jauh dari markas. Dia segera meminta izin dari Leftenan untuk membenarkan dia menjemput tubuh sahabatnya yang gugur itu.
“Kamu boleh pergi, saya izinkan...” kata Leftenan, lalu menyambung, “tetapi saya merasakan usahamu itu tidak berbaloi. Tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan. Imran sudah mati, dan kamu malahan berkemungkinan ikut mati sama di sana nanti.”
Tanpa mempedulikan kata-kata nasihat Leftenan itu, atas dasar persahabatan, prajurit muda itu tetap saja pergi. Dengan perjuangan yang luar biasa, akhirnya Nabil berhasil menemukan sahabatnya. Dia bersyukur masih berpeluang bertemu Imran.
Dengan hati yang sedih menangisi pemergian sahabatnya itu, Nabil segera mengendong mayat sahabatnya itu, lalu dibawa pulang ke markas. Namun, di pertengahan jalan, ternyata prajurit muda itu sendiri tertembak, dan mengakibatkannya cedera parah.
Setibanya di markas, Leftenan memeriksa keadaan Nabil, dan dengan sendu dia berkata, “Kan saya sudah katakan, usahamu itu akan sia-sia saja. Sahabatmu sudah mati dan… kamu juga ternyata akan mati…”
Dalam keadaan dirinya yang tidak bermaya, Nabil tetap bersuara, “Tidak, ia bukanlah suatu yang sia-sia...”
“Apa maksudmu?” tanya Leftenan. “Sahabatmu kan ternyata sudah mati, dan sekarang kamu juga akan ikut menyusuli pemergiannya”
“Tidak...” sekali lagi Nabil menafikannya. “Ketika saya menemukannya, Imran ternyata masih hidup… malah dia sempat berkata kepada saya, ‘Bil, aku tahu… kamu pasti datang…’”
Tidak lama selepas itu, Nabil juga akhirnya memejamkan matanya buat selama-lamanya, menyusuli pemergian sahabat baiknya, Imran.
*******************************
Notakaki: Dalam soal persahabatan, kita harus faham bahawa ukhwah yang paling tinggi adalah ketikamana seseorang itu melebihkan sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri. Adakalanya dalam hidup ini, kita tersalah membuat penilaian terhadap perbuatan seseorang. Hakikatnya, bermakna atau tidak bermakna sesuatu hal dan tindakan, ia bergantung kepada bagaimana kita memandangnya. Oleh itu pupuklah kebijaksanaan, himpunlah keberanian, dan ikutilah suara hati, kerana dengan demikian, inshaAllah kita tidak akan menyesali tindakan kita di kemudian hari.
bagus crite ni...
ReplyDeletesyahdu je....
oh...
rindunya dengan kawan2 iznie... :)
yup.. syahdu kan.. nak2 part hujung2 tu.. cedih n sayu je rase dgn ayat Imran: ‘Bil, aku tahu… kamu pasti datang…’ betapa indah ukhwah atr mereka.. Imran yakin shbtnya pasti akan dtg, dan ternyata Nabil benar2 dtg.. (T_T)
ReplyDeleteakak pn rindu kt kwn2 akak.. nak2 kwn2 sek ren.. mmg bahagia sgt hidup mase tu. hehe. baru2 ni ade lalu kwsn sek tu, ade urusan dkt2 situ.. trase nk je jejakkan kaki kt kwsn sek tu.. tp rs cm buat kesalahan menceroboh lak, hehe, so x jd masuk. lgpn pikir2, ade lg ke cikgu2 akak kt sek tu? dah berbelas tahun lamenye tinggalkan sekolah tu =D
oh... ye ker??
ReplyDeletemesti rindu gile kan...hehe
kak honeyz...
tnye sket..
umo kak hanie brpe ek?? :)
21, 22, 23, 24, 25, 26 ,27??
hehe
yup.. mmg rindu habisla.. terimbas kembali zaman kanak2 ribena dulu. ceria n hepi je hidup mase tu ^_^
ReplyDeleteer.. umur ek.. agak2 berapa tahun dah? sampai 7 umur iznie teka.. mm, akak nk jwb 28 la (dah terkeluar dari senarai) hehe. nnt la ek.. inshaAllah bday akak nanti, akak wat satu n3, akak mention umur akak,k... maaf ek, n harap bersabar menanti =D hehe
iznie! sy thu umur akak hani! tp sy xkn bgthu.. lgpn biarlah kak hani yg kasi thu sendiri bru la suprise... hehehe eh! bru nk komen entry sedih la sian nabil sanggup dia pi kt medan perang utk ambil mayat kwn dia?? klu sy xkn pergi kot?? lgpn risiko tu! nyawa terancam! pe2 pun nabil dan imran ni la dinamakan sahabat sejati... (kwn aku tak thu la ade ke mcm ni?)
ReplyDeleteto nick irfan:
ReplyDeletenick! shh.. diam, diam.. hehe. nasib nick x kasitahu.. kalau tak, bkn setakat iznie je tau, hbsla sape2 yg bace komen2 ni leh tau gak.. x best dahla jdnya nnt.. hehe
yup.. cerita yg agak sedih.. nak tunjuk betapa friendship mereka sgt2la erat, hingga sanggup merisikon diri demi seorang sahabat sejati... betul3, berisiko sgt2.. nyawa terancam.. x ramai kot leh n sanggup buat mcm apa yg Nabil buat tu kan.. hmmm... akak pun tertanye2, kwn2 akak ade tak yg mcm tu agak2nya... but then akak pikir dr sudut lain lak... kalau akak sendiri, akan sanggup tak buat gitu.. soalan yg tiada jawapan pasti.. hehe
alaa.... berahsia plak...
ReplyDeletetakpe2...insyaallah satu hari nnti iznie tau jugak....(buat2 muka sedih.... huhu)
nak bodek nick la...suruh citer umo kak hanie...hehehe
nick!!! nak tau....
salam hani...
ReplyDeletesedih citer ni...part ending die menyentuh perasaan....apatah ada lagi insan yg seikhlas itu dlm persahabatan...alangkah gembiranya hidup ni klp dikelilingi org2 spt tu...apapun,dlm mengharapkan seseorg shbt spt tu yg mungkin satu dlm seribu,marilah kita berusaha menjadi sahabat yg terbaik bg shbt kita....InsyaAllah,,Amin...
to iznie:
ReplyDeleteala iznie.. saje je.. sekali-sekala je pn duk nk berahsia.. (yeke? rase mcm byk je berahsia.. hehe) alalala.. xyahla wat muke cedih ek.. inshaAllah nnt akak kasitau ye.. n bile akak kasitau dlm n3 sempena bday tu, jgn lupe kasi hadiah ek. hehe.
erk adeh. berjaya tak bodek nick? =D
to HaDi:
ReplyDeletesalam hadi...
ha'ah. cite yg agak cedih kalau kita bace n hayati betol2 erti sebuah persahabatan yang ikhlas lagi suci, kan? (T_T)
samela, pn terfikir juga persoalan yg sama; masih ada lg kah insan seikhlas tu dalam persahabatan.. mungkin masih ada.. tp sukar utk kita temui.. jd kalau ade shbt kita yg gitu, alhamdulillah.. syukur n hargailah sebaiknya =)
yup, dalam mengharapkan kewujudan insan sedemikian, ada baiknya kalau kita sendiri pun mulakan langkah terlebih dahulu, berusaha menjadi sahabat yg baik buat sahabat kita.. inshaAllah amal kebaikan yg kita lakukan dgn niat yg ikhlas, pasti akan mendapat ganjaran yg setimpal serta dihargai oleh sahabat kita.. aamiiin..