Thursday, January 28, 2010

CARA-CARA SYAITAN MENELANJANGI WANITA


Sebagaimana yg kita sedia maklum, syaitan asalnya juga ditempatkan di Syurga. Namun disebabkan keingkarannya mematuhi perintah Allah utk sujud kpd Adam, maka akhirnya syaitan dihalau keluar dari Syurga, lalu ditempatkan di Neraka. Dan oleh sebab itu juga, syaitan merasa tidak puas hati dan dendam, lalu memasang niat utk sentiasa berusaha menyesatkan anak-anak Adam.

Dalam merealisasikan impiannya, syaitan mempunyai byk strategi utk menggoda manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran. Sasaran utamanya adalah dgn memanfaatkan hawa nafsu, yg sememangnya memilik kecenderungan mengajak manusia kpd keburukan (ammaratun bis su’).

Syaitan seakan-akan mengetahui kecenderungan nafsu kita, lalu terus berusaha agar manusia keluar drpd garis yg telah ditentukan Allah. Dalam setiap apa jua yg kita lakukan, pastinya kita tidak terlepas dari gangguan dan bisikan syaitan. Sdgkn dlm solat juga kita kadang-kadang merasa was-was (contohnya, sudah rakaat ke berapa), yg mana was-was itu dtgnya dari syaitan. Inikan pula dlm hal2 lain dlm kehidupan seharian kita.

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka” (35: 6)

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibubapamu daripada Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”(7: 27)

Di sini jelas, syaitan tidak lain tidak bukan, hanyalah mengajak manusia spy turut menjadi ahli Neraka. Sebagaimana yg telah dinyatakan, sasaran utamanya ialah hawa nafsu, dan ini berkait juga dgn soal aurat. Dan tidak dapat dinafikan, aurat perempuan adalah lebih sukar dijaga jika dibandingkan dgn aurat lelaki. Justeru itu, di sinilah juga syaitan memainkan peranannya dlm menghasut wanita spy tidak memakai pakaian muslimah sebagaimana yg disyariatkan oleh Islam.

Syaitan begitu licik. Syaitan tahu bahawa manusia juga agak sukar dihasut andai mereka punya ilmu agama, walaupun sedikit. Maka syaitan juga dgn pintarnya memainkan peranan sedikit demi sedikit. Step by step. Ingin ketahui caranya? Mari kita perhatikan...




Tahap Pertama: Menghilangkan Definasi Hijab.

Pada tahap ini, syaitan membisikkan kpd para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama; ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bg para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dgn apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut ganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya utk menyesuaikan diri dgn pakaian penduduknya, walau apa pun yg mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bkn sekadar gaya (fesyen). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Lalu di peringkat ini, apabila seorang wanita masih bertahan dgn prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dgn strategi yg lebih halus. Bagaimana caranya?

Pertama: Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kpd para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bhgn hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yg menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka dtglah syaitan utk membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yg lebih maju lagi, yakni terbuka bhgn atas dada kamu. Tapi jgn sebut sbg pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit utk mndapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Org pasti tidak akan peduli, sebab hanya sbhgn kecil saja yg terbuka."

Sekali lagi si wanita menurut, lalu dipakainya pakaian fesyen terbaru yg terbuka bhgn leher dan dadanya, dari yg fesyen setengah lingkaran hingga yg fesyen bentuk huruf "V", yg tentu menjadikannya lebih terlihat lagi bhgn sensitif dari dadanya.

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang

Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja.. apa kata kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yg lebih bagus?". Si wanita befikir sejenak. Pakaian yg macam mana ya? "Byk fesyen dan kain yg agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap/ cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya fesyen pakaian yg ketat dan kain yg tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yg disebut oleh Nabi sbg wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yg ketat, maka syaitan dtg lagi. Dan sebagaimana biasanya, dia menawarkan idea baru yg sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kpd wanita itu, "Pakaian sprti ini membuat kamu susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dgn itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan mmg benar, dgn dibelah mulai dari bhgn bwh hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya.... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, yg mana hingga tahap ini, pakaian masih tetap utuh dan pjg, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yg dibuat berbeza dgn hijab syar'i yg sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.


Tahap Kedua: Terbuka Sedikit Demi Sedikit.

Kini syaitan melangkah lagi, dgn tipu daya lain yg lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bhgn aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan berbisik kpd para wanita, "Baju pjg benar-benar tidak selesa, kalau hanya dgn membelah sedikit bhgnnya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar... Oh ya, ada yg terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yg besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah jilbab yg kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala... org tetap menamakannya dgn jilbab."

Maka para wanita yg terpengaruh dgn bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yg dimaksudkan. Tidak ketinggalan kasut tumit tinggi, yg kalau berjalan, dpt menarik perhatian org.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yg melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa org. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yg lebih menarik. Bukankah kini byk skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fesyen baru yg terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa saja yg dibisikkan syaitan dlm jiwanya, dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yg terlihat separuh betisnya ke mana saja dia pergi.

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan skrg zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dgn menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, skrg byk lelaki yg menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dgn mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" bersungut. "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih byk di rumah dan pakaian mereka sgt tertutup. Tapi skrg sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yg terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yg di pasar malam hingga yg berjenama di pusat membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yg dirancang khusus utk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yg ketinggalan zaman."

Demikianlah bisikan syaitan. Maka pakaian yg menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yg memakainya dan sedikit sekali org yg mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya utk melucuti hijab wanita.


Tahap Ketiga: Serba Mini

Setelah pakaian yg menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasakan biasa2 saja, maka dtglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jgn yg itu-itu saja, skrg ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yg menampakkan bahagian bwh paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yg terbuka hingga lengan tgn, terbuka bhgn dada sekaligus bhgn punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yg serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sgt beraneka ragam, ada pakaian utk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki. Fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yg sepertinya mustahil utk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea utk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bhgn paling ketara saja yg tersisa utk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yg sering disebut dgn "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Menelanjangi Kaum Wanita" tercapai.

"Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yg melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak ingin mengambil risiko.


Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dlm dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama org tua, jika melihat gejala menyimpang pd anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segeralah diambil tindakan. Jgn biarkan ia berlarutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bg kita utk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mndapatkan laknat Allah. Kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jgn jerumuskan mereka ke dlm kebinasaan yg menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.



Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah.


“Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama!)” (47 : 14)

“(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yg menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yg sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yg jauh terpesong.” (50 : 27)


Kata Hati: Sedih melihat wanita akhir zaman ni yg dah kurang sensitif dalam soal pemakaian, malah lebih mudah terpengaruh dgn fesyen pakaian yg ternyata tidak seperti apa yg disyariatkan Islam. Ketat, singkat, jarang, terdedah, mengikut ukuran bentuk badan, dan sebagainya. Dan yg lebih menyedihkan, bilamana mereka ini dgn bangga dan tanpa rasa malu, sambil tertawa, boleh pula beritahu pd orang lain bahawa mereka juga dahulunya sekolah agama, dan pakai tudung labuh bulat. Seolah-olah mempersendakan pemakaian sedemikian. Bagi mereka ini, saya tertanya2, apakah terlalu sukar utk mengekalkan pakaian sedemikian sebagaimana yg seharusnya?? Apakah pakaian tersebut hanya sekadar uniform sekolah?? Sungguh, saya merasa sangat2 sedih... (T_T)

~ Bersyukur kerana diri ini bukanlah jenis yg mudah terpengaruh dgn fesyen pakaian terkini. Biarlah nampak simple, kolot dan kekampungan di mata manusia, kerana pandangan dan penilaian Allah itu jauh lebih penting dan utama. Semoga diri ini terus istiqomah dgn pemakaian sebagaimana yg Islam syariatkan... Aamiiin ~

6 comments:

  1. aamiin...
    salam kak hanie...

    penah juga 1/3hati nie terpikir nk pakai baju trend2 skang nie...
    sebab ye la...nmpk trendy sket kan..walaupun btudung...konon2nye still tutup aurat la kan..
    sebab iznie memang suka fesyen..hehe
    tapi nasib baik 2/3 hati tue dok halang...
    so, pakai jer la baju yg simple2...
    kalau tak...
    nauzubillah...

    ....
    memang insan yg lemah....yg sentiasa mmerlukan rahmat & kasihNya..

    ReplyDelete
  2. salam iznie ^_^

    nasib baik hanye 1/3.. so dominant nye kat yang halang.. alhamdulillah.. :) mm, sbnrnye x salah pun nk berfesyen.. asalkan masih tau cover aurah properly..

    iznie ok lagi la.. sbbnye iznie masih ade kesedaran n pegangan yang kuat. keinginan tu dtg cume dalam diri iznie sndiri je.. jd iznie masih mampu nk kawal..

    teringat sorg kwn sek akak.. dia kalau leh nk maintain pakaian cm zaman sek dulu.. tp sygnye mak dia plak dk minta dia ubah, biar berfesyen sket. atau dlm erti kata lainnya, muslimah yg modern la. hehe. tau ape alasannya? sbb mak die risau kalau anak dia x bergaya, nmpk simple n x ikut perubahan zaman, nnt karang xde org nak kt anak dara die tu. so kwn akak ni, nk xnak, dh mak die dh siap2 belikan tudung2 n baju2 ikut trend mase kini, n duk push die utk pakai, serba salah la juga die dibuatnye.. nak xnak, die pun "terpakselah" pakai walaupun die x minat langsung nk pakai pakaian gitu. cian gakla dgr cite die..

    ReplyDelete
  3. masyaallah...


    laa...ada jugak mak macam tu....
    naseb baik mak ayah iznie tak bagi sgt pakai macam tue...walaupun dye tak marah, dye just tegur baik2 jer...tapi tau, dye tak suka anak dye pakai ketat2...

    ReplyDelete
  4. salam hani...

    ksian kwn hani 2 yer,,ssh jgk nie...
    antara patuh kpd Allah atau kpd perintah ibu...
    tapi tiada patuh kpd ibu bapa dlm hal kemaksiatan kn,,,semoga kwn hani 2 kuat dan ibunya dibukakan pintu hati dlm hal pkaian dan aurat...
    tertarik dgn ayat pmpn lebih sukar menjaga aurat berbanding laki...rasenye mmg bnar,,,laki auratnye sgt 'minimum' antara pusat dan lutut...tp wlaupun 'minimum' ramai jugak yg xlpas nk buat...berbalik kpd citer pmpn td,,aurat pmpn mmg agak 'berat' untuk dijaga berbnding lelaki,,tp sudah tentu pahala jg phala bg kdua2 kaum ni jg berbeza,,semakin sukar sesuatu syariat itu dijalankan,,semakin besar ganjaran pahala yg menanti...itulah keadilan tuhan,,dijadikan pmpn agak berat dalam hal auratnya,tp dlm masa yg same berat juga phala yg diterima bila ianya dipatuhi...
    semoga saudariku yg muslimah,,,ayuh bangkitkanlah semangat dan azam...hijabkan aurat anda sesempurna mungkin...tiada yg lebih berhak untuk melihatnya melainkan hanya kepada suami kalian saje...
    at least pkai mcm pmpn yg duk kat sudut kiri blog nie pn xpe,,comel jer...simple tp ttp menawan...=)

    semoga hani terus istiqamah dengan pakian yg 'simple' dan 'kekampungan' 2....=)

    ReplyDelete
  5. to iznie:

    yup.. ade je.. tu yg sedikit menyedihkan (T_T) ntahla.. alhamdulillah, syukurla kalau parents iznie x bg galakan pakai mcm tue.. =)

    kdg2 marah tu x perlu pun.. masing2 dah besar, dah menginjak dewasa.. leh je nk fikir dan nilai sebaik mgkn utk bezakan mane baik mane buruk, rite? yela, tegur pn apela sgt.. yg penting si pelaku tu sendiri.. dia yg tentukan samada dia mahu buat ke x.. keputusan pd diri dia sendiri.. =)

    p/s: akak "tegur" sket leh x? hrp iznie x terasa ye.. mm, "mashaAllah" tu ungkapan yg menunjukkan rasa takjub pada sesuatu yg baik.. bknlah sebaliknya.. jd rasenye istilah yg lbh tepat "astaghfirullah" (istighfar), bukannye "mashaAllah".. ;)

    ReplyDelete
  6. to HaDi:

    salam hadi...

    tula kan.. saya pun kesian jugak kat dia =( mm, btol3.. dilema si anak.. hanya dia yg leh tentukan tindakan mane yg dia nk ambil.. sbg kwn, sy hanya mampu mendoakan dia agar kuat mempertahankan apa yang dia inginkan selaras dgn apa yg dituntut dalam ajaran agama.. aamiiin..

    mmg hakikatnya gitu pun kan? perempuan terlalu istimewa.. semua perempuan ade kecantikan tersendiri.. tu yg senang jadi bhn fitnah, senjata syaitan.. sbb tula aurat perempuan jauh lbh sukar nk dijaga berbanding aurat lelaki.. kena betol2 pandai jage maruah diri dan salah satu caranya dgn menjaga pemakaian agar diri lebih mudah dihormati dan dikenali sbg wanita baik, inshaAllah..

    "semakin sukar sesuatu syariat itu dijalankan, semakin besar ganjaran pahala yg menanti...itulah keadilan tuhan, dijadikan pmpn agak berat dalam hal auratnya, tp dlm masa yg same berat juga phala yg diterima bila ianya dipatuhi..." >> yup.. btol3.. sokong kata2 hadi ^_^

    "semoga saudariku yg muslimah, ayuh bangkitkanlah semangat dan azam...hijabkan aurat anda sesempurna mungkin...tiada yg lebih berhak untuk melihatnya melainkan hanya kepada suami kalian saje..." >> wahai sahabat2 muslimahku, sahutlah seruan dari kaum adam ni.. demi kebaikan bersama!

    hehe, perasan jugak ye widget perempuan berbaju merah n bertudung emas yg duk kat sudut sblh kiri ni =D inilah "simple" dan "kekampungan" yg saya mksdkan.. ;-)

    "semoga hani terus istiqamah dengan pakaian yg 'simple' dan 'kekampungan' 2..." >> aamiiin.. thanx for the doa ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails