Friday, January 8, 2010

MELAYU SEKARANG vs UMMAT SEKARANG


# Perkongsian cerita seorang teman…

Minggu lepas sedang saya duduk-duduk di satu tempat, ditaqdirkan saya bertemu dan berkenalan dengan seorang lawyer. Lelaki, umur lebih kurang sebaya saya. Dia ni lawyer Syariah. Kami pun bersembanglah macam-macam perkara.

Mula tu kami sembang biasa aje, yelah baru jumpa, macam strangers rasanya. Tapi lama-kelamaan kami fokus pada satu subjek. Dia ceritakan pada saya tentang salah seorang anak guam (client) dia. Client dia ni seorang perempuan Melayu, umur lebih kurang 20an. Kisahnya client dia ni nak tuntut hak penjagaan anak-anaknya daripada bekas boyfriend dia, seorang lelaki India beragama Hindu.

Perempuan tu ada 2 orang anak yang dia nak tuntut hak tu. Sekarang kedua-duanya dalam jagaan bekas boyfriend dia. Masa buat tuntutan hak penjagaan tu, dia datang dengan boyfriend dia yang baru, juga seorang lelaki India beragama Hindu. Anak-anak yang dia nak tuntut tu adalah anak luar nikah ditakrifkan sebagai "Anak Tak Sah Taraf".

Tak habis kat situ kisahnya. Selain daripada nak tuntut hak penjagaan anak-anak, dia juga nak failkan permohonan tukar agama, dari Islam kepada Hindu, yand dalam erti kata lainnya adalah Murtad!

Tambah lawyer tu lagi, si perempuan ni sanggup bersusah-payah belanja beribu ringgit upah lawyer lain untuk mohon tukar agama sebab lawyer yang bersembang dengan saya ni tadi tak mahu terima job tu. Dia sanggup keluar belanja sendiri untuk tukar agama, dari Islam jadi Hindu, hanya sebab sukakan lelaki India beragama Hindu tu. Punyalah ramai lagi lelaki Islam, tapi si perempuan ni tetap sukakan Hindu. Dia tak suka orang Islam.

Saya katakan kepada lawyer tu, kalau nak murtad, tak payah mohon dengan mahkamah, sebab kita ni sendiri yang tak mohon pun kadang-kadang boleh juga jatuh murtad secara tak kita sedari, dek kerana perkataan atau perbuatan kita. Nauzubillaah...

Lawyer tu kemudiannya bercerita pula tentang kes murtad di Malaysia yang semakin membimbangkan. Menurutnya, sejak kebelakangan ini, di mahkamah dalam Malaysia ni tak kurang dari 10,000 permohonan untuk menukar agama dari Islam kepada agama-agama lain, terutamanya menukar kepada agama Krisitan dan Hindu. Macam-macam sebab dan alasan diberikan, dari sebab jatuh cinta sampailah ke sebab saja suka-suka.

Katanya lagi, kisah budak-budak Melayu yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak remaja, membuat tattoo tanda salib di badan dan pakai rantai salib, dah banyak sangat pengaduan dari parents yang dia terima.

Sejenak saya berfikir... Hairan juga saya, kenapa orang Melayu bersusah-payah nak buat permohonan untuk keluar dari Islam? Tak cukup dengan perangai macam kafir, minum arak, berjudi, berzina, sihir-menyihir, dan segala macam perangai syaitan yang dibuatnya, ni dia kena pula mohon jadi murtad. Sedangkan segala perbuatannya dalam kehidupan sehariannya dah terang-terang menyimpang dari ajaran Islam.

Kalau dulu saya cuma mendengar dari third party tentang kisah Aisyah yang murtad, tapi kali ini saya dengar sendiri dari mulut lawyer yang mengendalikan kes seperti itu.

From the short encounter with the lawyer, I deduced that, kebelakangan ni sesetengah orang Melayu yang agaknya Muslim, are becoming the champions of many matters, termasuklah dalam hal nak melingkupkan agama dan bangsa sendiri!

Dalam hal-hal sebegini, tak banyak yang pihak berkuasa boleh buat. The judiciary system in Malaysia is based on "Common Law", atau yang terguna pakai di England. Walaupun negara kita dah 52 tahun lebih merdeka, namun pemikiran orang Melayu masih lagi dijajah. Apa yang lebih menyedihkan, kali ni secara sukarela pula orang Melayu yang asalnya Islam, mohon nak tukar agama jadi Kristian, jadi Hindu, jadi atheist, sembah pokok, sembah batu dan segala amalan karut-marut lain, selain daripada memilih untuk menjadi seorang yang beragama Islam yang menjanjikan Syurga kepada penganutnya…

Kepada saudara seIslam sekalian, renung-renungkanlah....
Wassalam...



Notakaki: Pernah terfikir, kenapa Melayu di Malaysia ni secara automatiknya beragama Islam? Lecturer kelas Methods of Da’wah saya katakan, menurut kajiannya, ianya adalah disebabkan kepatuhan rakyat terhadap Sultan. Disebabkan Sultan kita beragama Islam, maka secara automatiknya rakyat berbangsa Melayu adalah beragama Islam.. WALLAHU A3LAM... Apapun, sama-sama kita renungkan, sejauh manakah Islamnya kita... adakah hanya sekadar pada nama dan agama dalam IC kita? Nauzubillaah... Semoga hidup dan mati kita seluruhnya adalah sebagai seorang Muslim/ah... bukan hanya sekadar pada nama dan agama, tapi Muslim yang sebenar-benarnya... Aamiiin...

11 comments:

  1. mintak dijauhkan segala bala bencana..

    ReplyDelete
  2. to saya_arief:

    aamiiin.. semoga termaqbul doa tersebut..
    tapi andainya ditimpakan bala bencana ke atas kita, maka bermuhasabahlah..
    mungkin kita ada buat salah silap dan dosa...
    mungkin kita ada buat sesuatu yg Allah murka..
    maka ditimpakan bala bencana sebagai balasan atas apa yg kita lakukan di muka bumi ni..
    atau barangkali, bala bencana tu ditimpakan ke atas kita,
    mungkin sebagai peringatan awal buat kita..
    apa2pun.. segala yg berlaku pasti ada sebabnya
    pasti ada hikmah di sebaliknya..
    Allah tidak menjadikan sesuatu itu tanpa sebab.. WALLAHU A3LAM...
    maka ambillah ibrah dari segala apa yg berlaku di dunia ni..
    sama2 kita bermuhasabah diri...

    ReplyDelete
  3. betul juga cakap kak hanie tue...
    pelik tgk perangai certain org camtu...mmg dah jauh menyimpang dri ajaran islam..pastu kena pulak mintak jadi murtad..bukan dah mmg murtad ke? cuma pada ic aje islam...

    iznie pun tak tau nak cakap apa...

    "Nauzubillaah... Semoga hidup dan mati kita seluruhnya adalah sebagai seorang Muslim/ah... bukan hanya sekadar pada nama dan agama, tapi Muslim yang sebenar-benarnya... Aamiiin..."


    p/s : macam best jer jadi lawyer nie... :) hehe

    ReplyDelete
  4. to iznie:

    tu la kan dik.. biaselah.. manusia akhir zaman.. mmg agak menyedihkan (T_T) apepun, sama2lah kita jage diri, keluarga, kwn2, sahabat2, serta kaum kerabat kita agar semuanya terpelihara iman dan taqwa...

    p/s: akak bukan lawyer, bukan juga bakal lawyer =D

    ReplyDelete
  5. na'uzubillah...
    takutnye bile org islam sanggup murtad. Moga kita sntiasa diberi kekuatan utk b'pegang teguh dgn tali Allah. Bila makin dekat dgn Allah, makin kita rase kebesarannya...

    “Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Al Imran 19)

    “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akn diterima (agama itu) dripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Al Imran 85)

    ReplyDelete
  6. to .:: MuJahiDaH ::.

    akak pun adakalanya jadi takut jugak. yela kan, kita ni manusia.. iman x tetap.. boleh bertambah dan berkurang bila2 mase je.. tapi Allah Maha Penyayang.. Dia bkn skdr ciptakan kita dan kemudiannya biarkan kita hidup pandai2 sendiri je. Dikurniakan aqal fikiran untuk kita berfikir sekalipun dpt bezakan yg haq dan batil, serta dibekalkan juga kita Al-Qur'an dan Hadith sbg panduan bimbingan hidup kita menuju jalan yg diredhai-Nya.

    "Moga kita sntiasa diberi kekuatan utk b'pegang teguh dgn tali Allah" aamiiin... moga hati-hati kita tetap kepada-Nya, di jalan-Nya, hidup dan mati kita juga dalam agama yang diredhai-Nya... aamiiin...

    shukran atas perkongsian kalaamullah sbg peringatan :)

    ReplyDelete
  7. kdg2 trpk jgk bhw nape iman kita sdh rapuh..pegangan aqidah goyah..tringat dlu psl IFC,,x slh sy beberapa peguam bragama islam sndri yg menjadi peguam bela ke ats azlina jailani yg hendak mmbuat permohonan ke atas bbrp prkra perlembagaan yg mmbhyakan umat islam terutamanya ank2 org islam...sy xthu lah status keimanan peguam 'muslim' ini di mata Allah..adakan mereka msh dianggap muslim pada pndgn tuhan? fikir2kn lah bersama...

    ReplyDelete
  8. to HaDi:

    tula kan... saya pun duk fikirkan hal yg same.. tertanye2 jugak, tp x jumpe2 jawapan.. ntahla nape gitu sekali jadinye..

    agama rasmi negara kita mmgla Islam, tapi adakah negara kita benar2 mengamalkan corak pemerintahan Islam? adakah Islam benar2 selamat dan terpelihara dalam negara yg menamakan Islam sbg agama rasmi ni? hmm.. rasenye leh je fikir sndiri...

    ttg persoalan status keimanan peguam2 tu di mata Allah, hanya Allah lah yg selayaknya menjawabnya dan menentukannya.. WALLAHU A3LAM...

    ReplyDelete
  9. mohon share quatation ny..tq

    ReplyDelete
  10. sy like quote "sentiasa lah ingat "..mhon share..

    ReplyDelete
  11. Semoga Allah , tuhan seluruh alam merahmati orang Islam di Malaysia terutama melayu Islam supaya terus dipelihara akidah yang bertunjangkan kalimah' La Ila Ha Illallah Muhammad Rasulullah " - "innaddinaindallahil Islam"- al-imran.. sesungguhnya agama yang diredhai disisi Allah adalah Islam.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails