Tuesday, January 19, 2010

CINTA LUAR BIASA...



Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..


Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..


Cinta luar biasa..

Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..


Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan..
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..


Cinta luar biasa..

Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..


Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..


Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..



Sejenak diri ini berfikir dan tertanya-tanya...
Apakah diri ini mampu meraih cinta luar biasa ini??
Bisakah cinta luar biasa ini digapai?

Tak tertanding rasanya diri ini dengan insan2 pilihan...
Kepayahan, ujian, cabaran, dugaan, dan halangan
Yang terpaksa mereka hadapi dan tangani
Dalam meningkatkan iman
Juga memperkukuhkan lagi taqwa...

Diri ini sedar serta mengakui hakikat...
Mereka insan2 pilihan...
Mereka insan2 hebat...
Agak mustahil untuk menjadi mereka...
Namun masih bisa mencontohi mereka...

Justeru itu diri ini kembali beringat...
Tanamkanlah mujahadah dalam jiwa,
Siramkannya dengan iman yang benar,
Kerana...
Hanya Allah sahajalah yang selayaknya menilai
Setiap usaha jua amalan kita… ^_^

14 comments:

  1. salam "dik" honey:)

    thanks for this sharing..

    teguh dn tabahnya mereka,
    cinta luar biasa memerlukn bnyk pengorbanan...

    mari kita mendidik jiwa dn diri kita spt mereka:)

    ReplyDelete
  2. entri yang baik...
    cinta luar biasa memang menyentuh jiwa
    akhirnya...ukuran kebahagiaan itu terletak pada betapa kuatnya hubungan kecintaan kita kepada Allah...
    dengan menjadikan cinta Allah sebagai asas mengikat cinta dengan yang lain, insyaAllah...cinta luar biasa akan digapai..amin

    ReplyDelete
  3. to N.A.Y:

    salam "kak" ila =D
    la shukran ala wajib..
    yup.. betapa hebatnya mereka ni kan..
    sabar dan tabah hadapi segala ujian..
    iman dan taqwa mereka teguh, hanya kepada-Nya..
    pengorbanan yg terlalu banyak dan besar..
    dalam berjuang membela dan mempertahankan Islam.
    sungguh! cinta mereka sgt2 luar biasa..
    inshaAllah, sama2 kita latih diri berusaha semampu mungkin mencontohi akhlaq mereka :)

    ReplyDelete
  4. to Salahuddin Harith:

    ha'ah, btol3x.. paling penting, dalam apa jua hal, letakkan kecintaan kepada Allah sbg keutamaan, inshaAllah segala apa yg kita lakukan pastinya beserta dgn kemanisan iman dan taqwa...

    yup, kisah-kisah cinta luar biasa ni mmg sgt2 menyentuh perasaan andai kita benar2 menghayati n menjiwai segala pengorbanan insan2 terdahulu.. betapa mendalamnya cinta mereka kepada Allah, mengatasi yang lainnya.

    adakah kita mampu menggapai cinta luar biasa ni? inshaAllah, andai kita letakkan kecintaan kepada Allah pd kedudukan paling tinggi dan mendalam, cinta luar biasa ni pasti bisa digapai.. WALLAHU A3LAM..

    ReplyDelete
  5. Assalamu Ala Man ittaba'a' al-Huda,

    Suatu hari seorang sahabat Nabi saw telah bertanya kepada Nabi Muhammad saw, kenapa hatinya keras dan tak mahu menangis dan menitiskan air mata, seperti sahabat-sahabat yang lain.

    Lalu baginda Saw pun menasihatkan sahabat tersebut untuk mengulurkan sedekah,( dalam riwayat lain, baginda menasihatkan sahabat baginda itu untuk menyapu kepala anak yatim) Alhamdulillah setelah sahabat tadi bersedekah (atau mungkin menyapu kepala anak yatim) maka sahabat tadi mula lembut hati dan menitiskan air mata.

    Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghapus segala keburukan. namun begitu juga sebaliknya, sesungguhnya air bah itu juga akan mengubah pantai.

    Oleh itu buat baik sebanyak-banyaknya, dan buat jahat jangan sekali.

    ReplyDelete
  6. Sambungan, :)

    Semakin banyak kita membuat kebaikan dan semakin jauh kita dari sebarang keburukan maka hati kita akan semakin cinta kepada Allah swt Insya Allah.

    Kalau kita mahu menjadi seorang pencinta yang luar biasa kepada Allah, maka teguhkanlah ketaqwaan, buatlah semua kebajikan walaupun hanya sekadar membuang duri dari jalan. Dan jauhilah sebarang kemungkaran. Kerana kemungkaran itu walaupun ia cuma sekadar makruh, namun ia mendatangkan kebencian juga pada Allah swt. Kerana Makruh bererti yang dibenci.

    Kalau kita membuat suatu yang dibenci oleh orang tua kita, maka adakah hubungan kita dengan orang tua akan rapat atau renggang?

    :) Wassalam

    ReplyDelete
  7. thnx sebab masuk my blog...1 yg sy suka kat blog ni,bnyk kisah2 teladan dan kisah2 sejarah..banyak yang sy pelajari kat blog ni..

    tentang cinta tu,sy x pernah mencintai seseorang perempuan melebihi yang sepatutnya..

    masa dulu pun sy letakkan kerjaya mengatasi cinta kepada manusia..so skrng lagi best..single...jalan yang terbaik..

    ReplyDelete
  8. salam hani....

    entry cinta...
    luahan cinta tp sudut yg diidamkan...
    entah kuat kah diri ni nk dpt cinta spt di ats...
    cinta menguatkan jiwa...=)

    ReplyDelete
  9. to Muhammad:

    waalaikumussalam (Assalamu Ala Man ittaba'a' al-Huda >> hopefully termasuklah kategori ni)..

    yup, saya pernah bace pasal kisah sahabat yg susah nk nanges tu. tp siapa sangka kan, dengan berbuat kebaikan yg mgkn nampak kecil saja di mata kasar kita tu, akhirnya dia menitiskan jua airmatanya.

    "Sesungguhnya kebaikan-kebaikan itu menghapus segala keburukan. namun begitu juga sebaliknya, sesungguhnya air bah itu juga akan mengubah pantai." >> sgt suka kata2 ni ^_^

    btol3.. sokong apa saudara Muhammad katekan tu.. selagi hayat ada, buatlah kebaikan sebanyak mungkin, dan seboleh2nya hindarilah diri dari berbuat kejahatan dan keburukan..

    ReplyDelete
  10. to Muhammad:

    boleh plak ade sambungannya ek =D

    ha, btol3.. kalau diri kita selalu berbuat kebaikan, inshaAllah akan semakin jauhla kita dari sebarang keburukan, sekaligus mendekatkan lagi hati kita untuk semakin cinta kepada Allah..

    sptmana kata2 saidina Ali R.A. (yg sy letakkan juga kat sidebar blog ni): “Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal”.

    "Kalau kita membuat suatu yang dibenci oleh orang tua kita, maka adakah hubungan kita dengan orang tua akan rapat atau renggang?" >> perumpaan yg sgt bagus. shukran :)

    sama2 kita renungkan...

    ReplyDelete
  11. to black_mel:

    terima kasih kembali sbb suka kat blog yg x seberapa ni. alhamdulillah andai ia mendatangkan kebaikan buat saudara khususnya, juga buat sekalian pembaca scara umumnya.. sesungguhnya sy juga masih dan sentiasa belajar memperbaiki diri dgn mengingatkan diri kpd hal-hal kebaikan, melalui kewujudan blog ni juga :)

    tentang cinta, bagusla sbb x pernah cintakan seorang perempuan melebihi yg sepatutnya, sbb itulah yg seharusnya dilakukan setiap lelaki =)

    letakkan kerjaya mengatasi cinta kpd manusia tu pn bagus juga, atr cara yg boleh dilakukan utk x leka dgn alam percintaan.

    single jln terbaik ek? hehe, ntahla. lain org lain perasaannya kot. trpulang pd individu masing2 yg merasakannya. bg sy sndiri yg x pernah (dan x brminat langsung utk) bercouple (mksd sy hbgn bf-gf, bkn married couple), mmgla single jln terbaik, sbbnya tak perlu memikirkan ttg si dia. cukuplah cinta kpd family, kawan2, serta sahabat2 sejati.. dan paling penting, dalam ape2 hal, sentiasalah berusaha letakkan keutamaan cinta kpd Allah dan Rasul-Nya mengatasi segala-galanya... inshaAllah jiwa akan sentiasa tenang :)

    ReplyDelete
  12. to HaDi:

    salam hadi...

    ha'ah, n3 cinta =D tp bukanlah sebarangan cinta, bahkan cinta luar biasa utk kita renungkan bersama, dan seharusnya menjadi contoh taudalan buat kita semua...

    itula, saya sendiri pun tertanye2 apakah diri ni juga mampu memperoleh cinta luar biasa yg agak hebat ni.. WALLAHU A3LAM..

    yup, cinta menguatkan jiwa. ade orang yg sampai seolah2 kena pukau akibat mabuk bercinta. sbb tu juga ada yg kata cinta itu buta. sbb cinta adakalanya membuatkan kita hanyut dalam keseronokan dan keni'matan. hebatkan penangan cinta?? kerana cinta, seseorang itu sanggup berkorban dan lakukan apa sahaja demi orang yg dicintainya.

    maka sbb tula juga kita kena pandai letakkan cinta kita pada yg selayaknya, x lain x bukan dengan mengutamakan cinta kepada Allah dan Rasul dalam segala hal.. inshaAllah jiwa akan sentiasa tenang, hidup sentiasa di bawah rahmat dan barakah-Nya.. :)

    ReplyDelete
  13. salam dik...

    Berfikir spt Hani...

    "Sejenak diri ini berfikir dan tertanya-tanya...Apakah diri ini mampu meraih cinta luar biasa ini??"

    ReplyDelete
  14. salam kak...

    soalan yg tiada jawapan yang pasti... apapun, berusahalah ke arah mencontohi mereka dalam menggapai cinta luar biasa ni.. selebihnya, smda kita raih atau x cinta luar biasa ni, ukurannya biarlah Allah yg tentukan :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails