Friday, January 29, 2010

ISTIDRAJ: PEMBERIAN NI‘MAT TANPA REDHA



# Apa itu istidraj?


Istidraj ialah pemberian ni‘mat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya. Dalam erti kata lain, Allah mengurniakan ni‘mat tersebut buat hamba-Nya, namun pemberian tersebut adalah tanpa redha-Nya.

Rasullulah SAW bersabda (maksudnya):
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan ni‘mat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah baha wa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat seringkali terkeliru dengan pemikirannya yang merasakan bahawa ni‘mat yang telah datang kepadanya itu adalah kerana Allah beserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Ekoran itu, ada yang menjadi ragu-ragu. Mereka merasa hairan kerana mereka yakin, kalau kita hendak dapatkan kebahagian di dunia dan akhirat, maka kita mestilah mengikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada agama Islam. Jadi mengapa yang sebaliknya (yang berbuat maksiat dan dosa) pula yang mendapat kesenangan di dunia ini??

Bagaimana pula dengan orang yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, berpuasa bukan sahaja di bulan Ramadhan bahkan sering juga mengamalkan puasa-puasa suna, tetapi hidup mereka biasa sahaja? Malah ada yang susah dan serba kekurangan. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidupnya tidak menunaikan solat, berpuasa pun tidak pernah, tetapi rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak sentiasa berlebihan? Mengapa dia boleh hidup kaya dan mewah??

Bila kita tanya, apa kamu tidak takut akan mati? Katanya, “alah, orang lain pun mati juga. Kalau masuk neraka sekalipun, ramai-ramai. Jadi tak kisahlah!”. Sombongnya mereka, takburnya mereka…

Rasullulah SAW naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong. Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluq di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka juga tidak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tetap juga tunduk dan sujud menyembah Allah.


# Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, mereka merasa Allah masih dan sentiasa menyayangi mereka. Bahkan lebih parah lagi, ada di antara mereka juga yang turut memandang hina kepada orang yang beramal.

"Si fulan tu siang malam ke masjid, tapi basikal pun tak mampu beli. Sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat, tentu boleh kaya macam aku," kata manusia yang sombong. Boleh pula diperlinya manusia yang sering beribadat namun hidup tidak mewah seperti dirinya.

Mungkin dia terlupa… Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan ni‘mat yang banyak bukanlah untuk memberikan kesenangan hidup kepadanya buat selama-lamanya, tetapi dengan tujuan untuk menghancurkannya, apabila tiba waktu dan ketikanya.

Rasullulah SAW bersabda (maksudnya): "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka ia akan duduk diam di bawah batu, atau merayap di celah-celah daun. Tetapi jika Allah hendak membinasakannya, maka Allah berikan ia sayap. Lalu, apabila sudah bersayap, maka anai-anai pun berubah menjadi kelkatu. Kelkatu pula, apabila mendapat ni‘mat (sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitulah juga manusia. Apabila mendapat ni‘mat, seringkali leka dan alpa, malah cuba untuk melawan Allah SWT. Tidak percaya? Terlalu banyak bukti yang ada dalam Al-Qur’an. Mari kita imbas kembali kisah insan-insan terdahulu…

(1) Firaun: Nikmatnya tidak terkira… tidak pernah sakit, malah bersin pun tidak pernah, kerana Allah berikannya ni‘mat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak. Orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga. Sampailah dia merasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Akan tetapi, Allah jua lah yang Maha Berkuasa. Ditaqdirkan, dengan ni‘mat yang melimpah-ruah itulah Allah binasakan dia.

(2) Namrud: Seorang Raja yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud sehinggakan dia begitu sombong dengan Allah. Namun akhirnya menemui ajal hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Itulah tanda kekuasaan Allah terhadap makhluq-Nya yang selalu sombong dengan ni‘mat yang diberikan Allah.

(3) Qarun: Tidak ada manusia hari ini yang sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Tetapi ditaqdirkan akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur dengan segala pemberian Allah kepadanya.

Oleh itu, kita harus sentiasa beringat, dikurniakan harta yang banyak tidak semestinya bererti Allah sayangkan kita. Qarun jauh lebih kaya dari kita. Hartanya melimpah-ruah, namun akhirnya binasa juga. Maka, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan dan persoalan yang mengganggu fikiran kita: Mengapa orang kafir ada yang kaya, dan mengapa orang yang berbuat maksiat juga boleh hidup senang dan mewah.

Sesungguhnya pemberian yang Allah berikan kepada mereka itu bukanlah beserta dengan keredhaan-Nya, malah sebaliknya ianya bertujuan untuk menghancurkan hidup mereka atas sebab kekufuran mereka mensyukuri ni‘mat permberian Allah serta mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Untuk apa hidup jika tanpa redha-Nya?

Tetapi jangan pula apabila kita nampak ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah, terus kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Kita harus faham, orang yang mengunakan ni‘mat bagi tujuan kebajikan serta mengabdikan diri kepada Allah bukanlah istidraj!

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita mahukan. Tujuan hidup kita adalah mencari keredhaan Allah SWT.

Lalu bagaimana caranya utk menentukan ni‘mat yg diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang ni‘mat yang diterimanya itu apabila dia bersyukur di atas pemberian ni‘mat tersebut. Dia juga akan menggunakan segala ni‘mat pemberian Allah kepadanya ke jalan kebaikan, dan sentiasa redha serta ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Dengan itu, segala limpah kurnia yang diperolehinya itu adalah dikira sebagai ni‘mat pemberian yang diredhai Allah. Apabila tujuan hidup kita adalah untuk mencari keredhaan Allah, maka inshaAllah selamatlah kita di dunia dan akhirat.

~ Wallahu a‘lam… ~


Notakaki: Sama juga halnya dgn kejayaan seseorang di bidang akademik. Kalau kita perhatikan, ada juga org kafir dan mereka yg berbuat maksiat, yg beroleh kejayaan cemerlang dlm pelajaran. Mengapa? Mgkn sbb mereka gigih berusaha. Kita kena ingat, Allah itu Maha Adil. Siapa yg berusaha dgn gigih, berhak mendapatkan kejayaan. Namun demikian, boleh jd kejayaan yg diperoleh mereka itu juga adalah istidraj, yakni pemberian tanpa keredhaan Allah. Walau apapun, kita kena sentiasa berbaik sangka kpd Allah. Dia yg menciptakan segalanya, Dia juga Maha Mengetahui, maka pastinya Dia tidak akan sesekali melakukan kesilapan dlm apa yg Dia lakukan. Segala ketentuan-Nya pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah tahu apa yg terbaik buat hamba2-Nya. Oleh itu jgnlah kita sangka yg bukan2 kpd Allah andainya Dia mengurniakn ni‘mat yg byk kpd mereka yg mengingkari perintah-Nya…

Kata Hati: Takut2 juga fikirkan kemungkinan diri ini juga diistidrajkan tanpa sedar... Ya Allah, semoga diri ini sentiasa dalam lindungan-Mu dan terhindar daripada diistidraj oleh-Mu... Aamiiin..

Thursday, January 28, 2010

CARA-CARA SYAITAN MENELANJANGI WANITA


Sebagaimana yg kita sedia maklum, syaitan asalnya juga ditempatkan di Syurga. Namun disebabkan keingkarannya mematuhi perintah Allah utk sujud kpd Adam, maka akhirnya syaitan dihalau keluar dari Syurga, lalu ditempatkan di Neraka. Dan oleh sebab itu juga, syaitan merasa tidak puas hati dan dendam, lalu memasang niat utk sentiasa berusaha menyesatkan anak-anak Adam.

Dalam merealisasikan impiannya, syaitan mempunyai byk strategi utk menggoda manusia melakukan kejahatan dan kemungkaran. Sasaran utamanya adalah dgn memanfaatkan hawa nafsu, yg sememangnya memilik kecenderungan mengajak manusia kpd keburukan (ammaratun bis su’).

Syaitan seakan-akan mengetahui kecenderungan nafsu kita, lalu terus berusaha agar manusia keluar drpd garis yg telah ditentukan Allah. Dalam setiap apa jua yg kita lakukan, pastinya kita tidak terlepas dari gangguan dan bisikan syaitan. Sdgkn dlm solat juga kita kadang-kadang merasa was-was (contohnya, sudah rakaat ke berapa), yg mana was-was itu dtgnya dari syaitan. Inikan pula dlm hal2 lain dlm kehidupan seharian kita.

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka” (35: 6)

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibubapamu daripada Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”(7: 27)

Di sini jelas, syaitan tidak lain tidak bukan, hanyalah mengajak manusia spy turut menjadi ahli Neraka. Sebagaimana yg telah dinyatakan, sasaran utamanya ialah hawa nafsu, dan ini berkait juga dgn soal aurat. Dan tidak dapat dinafikan, aurat perempuan adalah lebih sukar dijaga jika dibandingkan dgn aurat lelaki. Justeru itu, di sinilah juga syaitan memainkan peranannya dlm menghasut wanita spy tidak memakai pakaian muslimah sebagaimana yg disyariatkan oleh Islam.

Syaitan begitu licik. Syaitan tahu bahawa manusia juga agak sukar dihasut andai mereka punya ilmu agama, walaupun sedikit. Maka syaitan juga dgn pintarnya memainkan peranan sedikit demi sedikit. Step by step. Ingin ketahui caranya? Mari kita perhatikan...




Tahap Pertama: Menghilangkan Definasi Hijab.

Pada tahap ini, syaitan membisikkan kpd para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama; ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bg para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dgn apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut ganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya utk menyesuaikan diri dgn pakaian penduduknya, walau apa pun yg mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bkn sekadar gaya (fesyen). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Lalu di peringkat ini, apabila seorang wanita masih bertahan dgn prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dgn strategi yg lebih halus. Bagaimana caranya?

Pertama: Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kpd para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bhgn hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yg menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka dtglah syaitan utk membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yg lebih maju lagi, yakni terbuka bhgn atas dada kamu. Tapi jgn sebut sbg pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit utk mndapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Org pasti tidak akan peduli, sebab hanya sbhgn kecil saja yg terbuka."

Sekali lagi si wanita menurut, lalu dipakainya pakaian fesyen terbaru yg terbuka bhgn leher dan dadanya, dari yg fesyen setengah lingkaran hingga yg fesyen bentuk huruf "V", yg tentu menjadikannya lebih terlihat lagi bhgn sensitif dari dadanya.

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang

Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja.. apa kata kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yg lebih bagus?". Si wanita befikir sejenak. Pakaian yg macam mana ya? "Byk fesyen dan kain yg agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap/ cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya fesyen pakaian yg ketat dan kain yg tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yg disebut oleh Nabi sbg wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yg ketat, maka syaitan dtg lagi. Dan sebagaimana biasanya, dia menawarkan idea baru yg sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kpd wanita itu, "Pakaian sprti ini membuat kamu susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dgn itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan mmg benar, dgn dibelah mulai dari bhgn bwh hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya.... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.

Inilah tahap awal syaitan merosakkan kaum wanita, yg mana hingga tahap ini, pakaian masih tetap utuh dan pjg, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yg dibuat berbeza dgn hijab syar'i yg sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.


Tahap Kedua: Terbuka Sedikit Demi Sedikit.

Kini syaitan melangkah lagi, dgn tipu daya lain yg lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bhgn aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan berbisik kpd para wanita, "Baju pjg benar-benar tidak selesa, kalau hanya dgn membelah sedikit bhgnnya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar... Oh ya, ada yg terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yg besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah jilbab yg kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala... org tetap menamakannya dgn jilbab."

Maka para wanita yg terpengaruh dgn bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yg dimaksudkan. Tidak ketinggalan kasut tumit tinggi, yg kalau berjalan, dpt menarik perhatian org.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yg melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa org. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yg lebih menarik. Bukankah kini byk skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fesyen baru yg terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa saja yg dibisikkan syaitan dlm jiwanya, dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yg terlihat separuh betisnya ke mana saja dia pergi.

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan skrg zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dgn menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, skrg byk lelaki yg menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dgn mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" bersungut. "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih byk di rumah dan pakaian mereka sgt tertutup. Tapi skrg sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yg terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yg di pasar malam hingga yg berjenama di pusat membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yg dirancang khusus utk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yg ketinggalan zaman."

Demikianlah bisikan syaitan. Maka pakaian yg menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yg memakainya dan sedikit sekali org yg mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya utk melucuti hijab wanita.


Tahap Ketiga: Serba Mini

Setelah pakaian yg menampakkan betis menjadi pakaian sehari-harian dan dirasakan biasa2 saja, maka dtglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jgn yg itu-itu saja, skrg ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yg menampakkan bahagian bwh paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yg terbuka hingga lengan tgn, terbuka bhgn dada sekaligus bhgn punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yg serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sgt beraneka ragam, ada pakaian utk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki. Fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yg sepertinya mustahil utk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea utk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bhgn paling ketara saja yg tersisa utk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yg sering disebut dgn "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Menelanjangi Kaum Wanita" tercapai.

"Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yg melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak ingin mengambil risiko.


Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dlm dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama org tua, jika melihat gejala menyimpang pd anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segeralah diambil tindakan. Jgn biarkan ia berlarutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bg kita utk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mndapatkan laknat Allah. Kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jgn jerumuskan mereka ke dlm kebinasaan yg menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.



Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah.


“Dengan yang demikian, adakah orang-orang (yang beriman dan taat) yang keadaannya sentiasa berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhannya: Sama seperti orang-orang (yang ingkar derhaka) yang telah diperhiaskan kepadanya (oleh Syaitan) akan kejahatan amalnya (sehingga dipandangnya baik) dan yang telah menurut hawa nafsunya? (Sudah tentu tidak sama!)” (47 : 14)

“(Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yg menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yg sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yg jauh terpesong.” (50 : 27)


Kata Hati: Sedih melihat wanita akhir zaman ni yg dah kurang sensitif dalam soal pemakaian, malah lebih mudah terpengaruh dgn fesyen pakaian yg ternyata tidak seperti apa yg disyariatkan Islam. Ketat, singkat, jarang, terdedah, mengikut ukuran bentuk badan, dan sebagainya. Dan yg lebih menyedihkan, bilamana mereka ini dgn bangga dan tanpa rasa malu, sambil tertawa, boleh pula beritahu pd orang lain bahawa mereka juga dahulunya sekolah agama, dan pakai tudung labuh bulat. Seolah-olah mempersendakan pemakaian sedemikian. Bagi mereka ini, saya tertanya2, apakah terlalu sukar utk mengekalkan pakaian sedemikian sebagaimana yg seharusnya?? Apakah pakaian tersebut hanya sekadar uniform sekolah?? Sungguh, saya merasa sangat2 sedih... (T_T)

~ Bersyukur kerana diri ini bukanlah jenis yg mudah terpengaruh dgn fesyen pakaian terkini. Biarlah nampak simple, kolot dan kekampungan di mata manusia, kerana pandangan dan penilaian Allah itu jauh lebih penting dan utama. Semoga diri ini terus istiqomah dgn pemakaian sebagaimana yg Islam syariatkan... Aamiiin ~

Tuesday, January 26, 2010

KISAH DUA SAHABAT DI MEDAN PERANG



Imran dan Nabil bersahabat sejak dari kecil lagi. Hubungan persahabatan antara mereka sangat akrab. Dalam apa jua aktiviti, mereka sering bersama.

Setelah tamat alam persekolahan, kedua-dua mereka menyertai kem tentera. Bertugas dan berkhidmat mempertahankan kemakmuran negara, mereka adakalanya terpaksa mengorbankan waktu untuk bermesra bersama. Namun begitu, persahabatan antara mereka tetap teguh dan kuat.

Pada suatu hari, Leftenan mengarahkan sebahagian daripada anak-anak buahnya untuk ke medan perang di suatu kawasan, manakala sebahagian yang lain diminta tinggal di markas untuk mempersiapkan diri andai berlaku pertempuran di kawasan yang lain.

Ditaqdirkan Imran dan Nabil terpisah dalam kumpulan yang berbeza. Imran ditugaskan menyertai pasukan perang ke medan pertempuran, meninggalkan sahabat baiknya Nabil di markas tentera.

Tanpa diduga, malapetaka menimpa. Sesuatu yang tidak diingini terjadi kepada Imran. Diserang hebat oleh pasukan lawan, Imran akhirnya jatuh tersungkur ekoran kecederaan teruk yang dialaminya di bahagian kepada dan dada.

Khabar malang tersebut sampai ke pengetahuan mereka yang tinggal di kem. Betapa hancur luluhnya hati Nabil ketika dia mendengar berita keguguran sahabat karibnya itu di medan pertempuran yang agak jauh dari markas. Dia segera meminta izin dari Leftenan untuk membenarkan dia menjemput tubuh sahabatnya yang gugur itu.

“Kamu boleh pergi, saya izinkan...” kata Leftenan, lalu menyambung, “tetapi saya merasakan usahamu itu tidak berbaloi. Tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan. Imran sudah mati, dan kamu malahan berkemungkinan ikut mati sama di sana nanti.”

Tanpa mempedulikan kata-kata nasihat Leftenan itu, atas dasar persahabatan, prajurit muda itu tetap saja pergi. Dengan perjuangan yang luar biasa, akhirnya Nabil berhasil menemukan sahabatnya. Dia bersyukur masih berpeluang bertemu Imran.

Dengan hati yang sedih menangisi pemergian sahabatnya itu, Nabil segera mengendong mayat sahabatnya itu, lalu dibawa pulang ke markas. Namun, di pertengahan jalan, ternyata prajurit muda itu sendiri tertembak, dan mengakibatkannya cedera parah.

Setibanya di markas, Leftenan memeriksa keadaan Nabil, dan dengan sendu dia berkata, “Kan saya sudah katakan, usahamu itu akan sia-sia saja. Sahabatmu sudah mati dan… kamu juga ternyata akan mati…”

Dalam keadaan dirinya yang tidak bermaya, Nabil tetap bersuara, “Tidak, ia bukanlah suatu yang sia-sia...”

“Apa maksudmu?” tanya Leftenan. “Sahabatmu kan ternyata sudah mati, dan sekarang kamu juga akan ikut menyusuli pemergiannya”

“Tidak...” sekali lagi Nabil menafikannya. “Ketika saya menemukannya, Imran ternyata masih hidup… malah dia sempat berkata kepada saya, ‘Bil, aku tahu… kamu pasti datang…’”

Tidak lama selepas itu, Nabil juga akhirnya memejamkan matanya buat selama-lamanya, menyusuli pemergian sahabat baiknya, Imran.


*******************************

Notakaki: Dalam soal persahabatan, kita harus faham bahawa ukhwah yang paling tinggi adalah ketikamana seseorang itu melebihkan sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri. Adakalanya dalam hidup ini, kita tersalah membuat penilaian terhadap perbuatan seseorang. Hakikatnya, bermakna atau tidak bermakna sesuatu hal dan tindakan, ia bergantung kepada bagaimana kita memandangnya. Oleh itu pupuklah kebijaksanaan, himpunlah keberanian, dan ikutilah suara hati, kerana dengan demikian, inshaAllah kita tidak akan menyesali tindakan kita di kemudian hari.

Monday, January 25, 2010

“KAMI BUKANNYA BERZINA!”


Bagi mereka yg sedang hanyut dek keseronokan bercouple, pastinya mereka akan bertegas mempertahankan apa yg mereka lakukan, dgn memberi alasan semudah:

“Kami tidak berzina!”

Maaf, saya tak tuduh awak berzina, tapi awak menghampiri zina.

“Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?”

Ya, perbuatan begitu juga boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan!

“Kami dpt mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.”

Hari ini ya. Esok lusa siapa tahu? Mungkin kamu akan kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sgt halus. Ia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan” (Tabrani). Kita manusia seringkali lemah menghadapi tipu daya Iblis.

“Tidak semestinya semua org bercinta menjurus kpd penzinaan. Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!”

Betul. Tapi itu adalah salah satu yg dimaksudkan dgn menghampiri zina. Mmg pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat-laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kpd suatu pertemuan. Dan pertemuan pertama itu tidak akan terhenti di situ shj. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kpd penzinaan akhirnya?

“Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?”

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul sepertimana yg kamu faham, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan syahwat, dan ada juga zina hati iaitu dgn khayalan syahwat terhadap kekasih. Hal ini samalah sepertimana yg digambarkan oleh Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jln menuju kpd zina amat byk. Jgn biarkan diri kita melalui mana2 jln penzinaan.

“Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!” (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)

Berdiskusi pelajaran? Betul ke? Jgn tipulah. Allah tahu apa yg terselit di hati hamba2-Nya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tak kan bawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat apetah lagi. Jgnlah berselindung di sebalik pelajaran yg mulia. Allah suka kpd org berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat kalau betul caranya. Fikir-fikirkanlah, apakah berdiskusi mcm ni akan ditulis oleh malaikat Raqib, ataupun malaikat Atid?

“Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group” (bagi kes berdua-duaan SAHAJA)

Study Group? Nampak lain mcm je... manja, senyum memanjang... tak mcm gaya berdiskusi pun? Takkan study group berdua je? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan mcm ni, betul ke bincang pelajaran? Jgn2 sekejap je bincang pelajaran, yg lain tu... byk masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

“Taklah! Betul... kami berbincang pelajaran sahaja.”

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bkn malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

“Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.”

Tak ada ke kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yg boleh beri motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

“Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?”

Naluri adalah sbhgn drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorang, tak normal namanya. Islam bkn dtg membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tak suruh bunuh naluri spt yg dilakukan para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bkn salah dan berdosa kalau perasaan itu dtg tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jd malaikat! Krn Allah jdkn kita sbg manusia. Dunia dan sgla isinya akan hambar tnpa naluri atau nafsu.

“Islam takde ke couple-couple ni?”

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul, yakni cinta selepas selamat dinikahkan. Itulah cinta qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, maka ia membawa perkahwinan sbg ganti yg lebih baik. Sabda Rasulullah SAW (yg bermaksud): “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

“Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?”

Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kmdn perasaan dilayan. Kmdn teringat, jadi rindu. Lalu diatur pertemuan. Kmdn duduk berdua-duaan. Kmdn mencari tempat yg sunyi sedikit. Lalu berbual pjg hingga malam gelap. Hubungan mnjadi semakin akrab. Dah mula berani pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi mcm kawan, skrg mcm pengantin baru! Bukankah mereka semakin hampir dgn penzinaan? Hakikatnya terlalu ramai org yg bercinta telah sampai kpd daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yg melahirkan kita dlm keadaan putih bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

“Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat dan tidak sampai kpd berzina. Kami tahan diuji. Allah yg menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.”

Manusia tak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan spy jauhi perkara yg ditegah, takut manusia akan kecundang.

“Jadi manusia itu tidak tahan diuji?”

Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa. Sejak dari awal penciptaan manusia, Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa spy tidak memakan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jgn menghampiri pokok khuldi itu.

Firman Allah (yg bermaksud): “(Dan Allah berfirman) Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu (Hawa) di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim.” (al-A’raaf, 7:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

“Tapi bercinta lepas kahwin byk masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah utk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.”

Boleh ke percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta, merajuk ada yg pujuk. Jgn hrp lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg pujuk. Byk org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Mcm langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dh kahwin, lewat lima minit, dh kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

“Percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nnt.”

Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kpd hamba2-Nya yg terpilih. Kebahagiaan bkn ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg menganugerahkannya. Bagaimana mndapat anugerah kebahagiaan itu, jika jln mncapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah? Kebahagiaan hidup berumahtangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bkn bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana utk mendapat keluarga yg bahagia jika langkah pertama sudah pun canggung? Bagaimana pula kesudahannya nanti?

“Tanya sikit... adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....”

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, teman tapi mesra ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dgn zina.

“Jadi seolah-olah orang yg bercinta telah hilang maruah diri?”

Mengukur maruah diri bkn ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sebelum kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci.

“Kalau ukuran bermaruah atau tidak, ditentukan oleh Allah, lalu mengapa ada yg mengatakan org yg bercinta hilang maruah?”

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn orang yg pernah berzina. Allah berfirman (maksudnya): “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak berkahwin melainkan dengan perempuan yang juga berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak berkahwin melainkan dengan lelaki yang juga berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (An-Nuur, 24: 3)

“Jadi, org yg pernah bercinta tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tak pernah bercinta? Org yg bercinta hanya layak berkahwin dgn org yg pernah bercinta juga? Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?”

Itulah pasangan yg layak utk dirinya. Kerana wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

“Kami telah berjanji sehidup semati.....”

Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

“Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.”

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sbg isteri dan seterusnya mnjadi ibu utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

“Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pndgn lelaki?”

Tentu! Mana ada lelaki yg normal suka pd barang yg second hand sdgkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada org yg boleh test drive. Ada pula yg kata, sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung; boleh dibawa ke hulu ke hilir. Sedih, kan? Tetapi itulah hakikatnya!

“Masih adakah orang yg tidak bercinta di zaman ini?”

Ya, masih ada! Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah (maksudnya): “...Dan orang-orang lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina), dan orang-orang lelaki dan perempuan yang banyak mengingati Allah, maka Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab, 33: 35)

“Lalu bagaimana dengan kami?”

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendapat redha-Nya.

“Kami ingin mndapat redha Tuhan. Tunjukkanlah kpd kami bagaimana caranya utk kami lakukan taubat nasuha.”

Taubat nasuha adalah taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya.Taubat yg memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat dan dosa. Maka, putuskanlah hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Bererti, hendaklah kamu menginsafi diri di atas tindak-tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan. iii) Berazam. Kamu pasanglah azam dan tekad yg kuat dlm hati agar tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seseorang yg bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab qabul. Moga Allah terima taubatmu.




“Jadi kami harus berpisah? Dengan segera?”

Ya! Ingatlah, hubungan sebegini tidak akan membawa kpd kebaikan, malah lebih membawa kpd kemusnahan. Jadi lebih baik dihentikan segera sebelum lebih terlambat. Tidak perlu kecewa dan susah hati. Sesungguhnya setiap pertemuan akan ada perpisahan. Bertemu dan berpisah, adalah kerana Allah. Dan kalau benar dia yg terbaik buatmu, yakinlah, kalau ada jodoh, tidak akan ke mana.

Dan doa saya mengiringi kalian...
“Ya Allah... Bantulah mereka ini. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu ya Allah. Maka terimalah taubat mereka..."

******************************


Notakaki: Sebenarnya mereka yg sedang hanyut dalam keseronokan alam percintaan ni bukannya langsung tidak menyedari kesalahan yg mereka lakukan. Namun tatkala berduaan dgn pasangan, nafsu yg lebih menguasai diri. Adab kesopanan serta hukum syara‘ diketepikan. Mereka leka dan alpa. Maka adalah menjadi tanggungjawab kita utk mengingatkan mereka. Semoga perkongsian tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan bersama...

Sunday, January 24, 2010

A BLIND BOY AND A SIGN


A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: 'I am blind, please help'. There were only a few coins in the hat.

A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.


Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy.

That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, 'Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?'

The man said, 'I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.'



* [What he had written was: ' Today is a beautiful day and I cannot see it.']


**************************************

Do you think the first sign and the second sign were saying the same thing? Of course both signs told people the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind, while the second sign told people they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story:

:: Be creative ::
:: Be innovative ::
:: Think differently and positively ::
(because)
:: How you say it matters ::

And always remind yourself…

~ BE THANKFUL FOR WHAT YOU HAVE ~

Invite others towards good with wisdom. Live life with no excuse and love with no regrets. When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret. Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

Great men say, 'Life has to be an incessant process of repair and reconstruction, of discarding evil and developing goodness.... In the journey of life, if you want to travel without fear, you must have the ticket of a good conscience.'

The most beautiful thing is to see a person smiling :)
And even more beautiful is,
knowing that you are the reason behind it! (^_^)

Saturday, January 23, 2010

12 GOLONGAN YANG DIDOAKAN MALAIKAT



Pada hari Qiamat nanti, para malaikat akan memberikan syafa‘at, sebagaimana dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yg lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafa‘at di dunia, yg mana mereka akan memohonkan ampunan untuk semua orang mu’min. Di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu: pertama; golongan orang yg berbahagia, yakni mereka yg dido‘akan oleh para malaikat, dan kedua; golongan orang yg sengsara, yakni mereka yg dilaknat oleh para malaikat.




Apakah ciri-ciri golongan yang dido‘akan oleh para malaikat?


1) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci"
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37)


2) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya: Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia"
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Sahih Muslim no. 469)


3) Org-org yg berada di saf barisan depan ketika solat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan"
(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib RA, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)


4) Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf"
(Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah RA, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/272)


5) Para malaikat mengucapkan 'Aamiiin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan diampuni dosanya yang masa lalu"
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Sahih Bukhari no. 782)


6) Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata: 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia' "
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Al-Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)


7) Org-org yg melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu salat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga salat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari Qiamat' "
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Al-Musnad no. 9140, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)


8) Org yg mendoakan saudaranya tnpa pengetahuan org yg didoakan.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan diqabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan'"
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' RA, Sahih Muslim no. 2733)


9) Orang-orang yang berinfaq.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit' "
(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)


10) Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" Insya Allah termasuk di saat sahur untuk puasa "sunnah"
(Imam Ibnu Hibban dan Imam At-Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar RA, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhiib wat Tarhiib I/519)


11) Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Tidaklah seorang mu’min menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang pada bila-bila masa sahaja hingga petang dan di waktu malam pada bila-bila masa sahaja hingga subuh"
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib RA, Al-Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkata, "Sanadnya sahih")


12) Seseorang yg sedang mengajarkan kebaikan kpd orang lain.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya, dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily RA, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Kitab Sahih At-Tirmidzi II/343)


Sumber: Syaikh Dr. Fadhl Ilahi, Orang-Orang yang Didoakan Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005



Allah SWT berfirman (maksudnya), "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang-orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al-Anbiyaa' 26-28)



Notakaki: Begitu mulianya kedudukan para malaikat, kerana mereka termasuk dalam golongan makhluq Allah Ta‘ala yang selalu diqabulkan do‘anya. Para malaikat tidak pernah berbuat sesuatu kecuali berdasarkan apa yang diperintahkan oleh Allah. Ini juga bermakna, para malaikat tidak pernah mendo‘akan seorang hamba kecuali orang-orang yang diredhai Allah. Maka lakukankanlah amalan-amalan yang membolehkan kita mendapat tempat dalam golongan orang-orang yang dido‘akan oleh para malaikat.

Tuesday, January 19, 2010

CINTA LUAR BIASA...



Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..


Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..


Cinta luar biasa..

Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..


Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan..
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..


Cinta luar biasa..

Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..


Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..


Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..



Sejenak diri ini berfikir dan tertanya-tanya...
Apakah diri ini mampu meraih cinta luar biasa ini??
Bisakah cinta luar biasa ini digapai?

Tak tertanding rasanya diri ini dengan insan2 pilihan...
Kepayahan, ujian, cabaran, dugaan, dan halangan
Yang terpaksa mereka hadapi dan tangani
Dalam meningkatkan iman
Juga memperkukuhkan lagi taqwa...

Diri ini sedar serta mengakui hakikat...
Mereka insan2 pilihan...
Mereka insan2 hebat...
Agak mustahil untuk menjadi mereka...
Namun masih bisa mencontohi mereka...

Justeru itu diri ini kembali beringat...
Tanamkanlah mujahadah dalam jiwa,
Siramkannya dengan iman yang benar,
Kerana...
Hanya Allah sahajalah yang selayaknya menilai
Setiap usaha jua amalan kita… ^_^

Wednesday, January 13, 2010

BILA NAK BERIBADAH???



CUBA KITA RENUNGKAN BERSAMA...


1 HARI = 24 jam, 1 TAHUN = ?

12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik



Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn.
Jadi puratanya, manusia meninggal ketika berumur
± 65 thn.


Baligh

Bermulalah saat di mana seseorang itu diperhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia

Laki-laki Baligh: ± 15 tahun
Wanita Baligh: ± 12 tahun


Usia yang ada untuk dicatit segala amal ibadah:

Mati - Baligh = (Baki Usia)
65thn – 15thn = 50 tahun


50 TAHUN DIGUNAKAN UNTUK APA?


Catatan:

50 tahun = 18250 hari = 458000 jam...

12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam



Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama....



Waktu kita tidur: ± 8 jam/hari

Dalam tempoh 50 tahun, waktu yg digunakan untuk tidur:
18250 hari x 8 jam = 146000 jam = 16 tahun 7 bulan;
dibundarkan menjadi
17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu selama 17 tahun itu habis digunakan untuk tidur sedangkan kita kelak pastinya akan “tertidur” dari dunia ini untuk selamanya...


Waktu aktiviti kita di siang hari: ± 12 jam

Dalam tempoh 50 tahun, waktu yang digunakan untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 219000 jam =
25 tahun


Waktu rehat: ± 4 jam

Dalam tempoh 50 tahun, waktu yang digunakan untuk berehat:
18250 hari x 4 jam = 73000 jam =
8 tahun


Jumlah waktu yang digunakan:

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???

Allah berfirman (maksudnya): "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku” (Adz-Dzariyat, 51:56)

Maut datang menjemput tak pernah bersahut...
Malaikat datang menuntut untuk merenggut...
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata...
Allah lah yang akan menentukan Syurga atau Neraka...
Terimalah habuanmu seadanya,
Berdasarkan segala amalanmu ketika di dunia ini...


Memang benar, menuntut ilmu itu juga dikira ibadah andai benar niatnya adalah utk beribadah. Tetapi kebanyakannya belajar agar kelak mudah mendapat pekerjaan. Dlm erti kata lain, sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan, barangkali seseorang itu tidak akan belajar...

Memang benar juga, bekerja mencari nafkah itu juga dikira ibadah. Tetapi bekerja yg bagaimana? Rata-ratanya kebanyakan org bekerja utk peroleh gaji yg tinggi lalu hidup dgn mewahnya, tetapi amat kurang sedeqahnya...



Kewajipan solat fardhu

Barangkali solat fardhu 5 waktu sehari semalam itu
dianggap sudah mencukupi...
Kerana kita fikir...
solat fardhu besar pahalanya...
solat merupakan amalan pertama yang akan disoal dan dihisab...
solat juga adalah jalan untuk membuka pintu syurga...

Tetapi pernahkah kita terfikir, bagaiaman pula dengan kualiti solat fardhu 5 waktu yg kita tunaikan tu? Adakah solat-solat yg kita kerjakan itu semuanya mencukupi dan diterima?


Waktu untuk kita solat fardhu:

Waktu yang digunakan untuk solat fardhu 5 waktu:
1 solat = ± 10 minit
5x solat = ± 1 jam

Maka dalam tempoh 50 tahun, waktu yg digunakan untuk solat:
18250 hari x 1 jam = 18250 jam =
2 tahun



Kesimpulannya...

DALAM TEMPOH WAKTU SELAMA 50 TAHUN YANG KITA MANFAATKAN DI DUNIA, HAKIKATNYA CUMA 2 TAHUN SAHAJA YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK SOLAT (tidak termasuk solat2 sunat) (Ini kalau yang solat 10minit! Kalau yang jenis solat macam ayam patuk tanah?)

Mengikut perkiraan, terlalu sedikit waktu yang diperuntukkan untuk kita tunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Hanya 2 tahun daripada 50 tahun kesempatan kita... Itupun belum tentu solat kita itu mendapat pahala dan diterima-Nya.

Dan bagaimana pula sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun itu tidak dapat menandingi perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun??

Dalam percakapan kita, barangkali ada yang dusta...
Dlm pertuturan kita, mgkn ada yg mengguris hati ibubapa kita...
Dlm harta kekayaan, ada waktunya kita kedekut t'hdp org faqir...
Dlm setiap perbuatan kita, tiada jaminan trselamat drpd dosa...


Bukanlah mnjadi suatu perkara yg mustahil apabila dikatakan umat akhir zaman ini kbyknnya kelak akan berhamburan di neraka utk mndapat balasan setimpal atas kelalaian yg dilakukan...

Lihatlah betapa banyaknya masa kita yang terbuang percuma selama kita hidup di dunia yang sementara ini...Sedarilah hakikat bahawa semuanya di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata, dan kelak akan menjadi bencana
...


Penyelesaian:

Tiada kata “terlambat” walaupun waktu dikatakan berlalu dengan cepat! Maka isilah waktu hidupmu di dunia ini sebaik mungkin, dengan hal-hal yang mendatangkan manfaat, baik buat dirimu, mahupun buat yang lainnya…

Ingatlah negeri kita… AKHIRAT,
Dan ingatlah destinasi akhir kita… SYURGA!

Monday, January 11, 2010

AWAK SUDI JADI ISTERI KEDUA SAYA?


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dgn suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yg memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dgn penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!"
potong Fatimah dgn kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu “Fatimah” di sebalik Fatimah yg dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dgn tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya utk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sbg seorang muslim yg beramal dgn apa yg diyakininya. Duitnya byk dihabiskan utk memenuhi tuntutan dakwah yg seringkali memerlukan pengorbanan yg tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yg membawa dia menemui Tuhannya dgn hati yg tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dlm persatuannya. Malah, Fikri dilihat sbg calon suami yg bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yg dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yg menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri spt pelengkap kpd dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dlm dakwah meskipun hubungannya dgn Fatimah nampak spt tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dgn Fatimah, namun sikap Fatimah yg keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan spt biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kpd masyarakat. Malamnya sibuk dgn mesyuarat dgn sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta dtg ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali drpd pemikiran pendakwah lain yg semudanya.

Namun, Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dlm suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dgn luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dpt menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yg kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa utk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah drpd beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dgn Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yg pernah ditanya kpd Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yg tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sbg isteri kedua yg dilafazkan oleh Fikri.



"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jwb Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yg sgt membantu dlm gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sgt membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin.

Setiap kali turun ke lapangan utk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah utk membantu kerja dakwah seadanya. Kadangkala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, spt mesin yg tiada hayat. Namun, inilah yg dia yakini sebelum berkahwin dgn Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yg menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dlm kereta sewaktu dlm perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yg sgt teringin berjumpa dgn madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia dtg program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yg byk membantu Fikri dlm gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dgn isteri pertama Fikri yg byk membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dlm dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yg berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana, bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sgt berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.



"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." [QS al-Taubah 9:24]




***************************

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam... KALIAN AKAN DIMADUKAN!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yg bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam! Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah utk bersama berganding bahu memperjuangkan Islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sbg punca serta merendahkan harga dirimu dga terjadinya perceraian suamimu dgn isterinya yg pertama iaitu perjuangan Islam!


Jika dirimu bakal seorang suami…

Terimalah bahawa anda bukanlah suami yg pertama yg bakal dinikahinya atau insan yg pertama yg dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yg kedua yg dicintainya, kerana suami yg pertama baginya ialah perjuangan Islam dan memartabatkannya.

Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai Islam dan memperjuangkan Islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Lihatlah, betapa pentingnya perjuangan menegakkan Islam sehinggakan ia diibaratkan sebagai “isteri/suami” pertama pasangan kita, lalu hadirnya kita adalah sebagai yang kedua, bukanlah yg pertama. Janganlah kita tertipu dengan ni3mat dunia kerana semuanya hanyalah pinjaman semata-mata... akhirat jualah yang kekal abadi. Oleh itu, buat semua muslimin mahupun muslimat, bantulah isterimu atau suamimu, dan kuatkanlah dia utk meneruskan perjuangan Islam ke serata dunia! Takbir! Allahuakbar!

Saturday, January 9, 2010

PENGHINAAN TERHADAP AL-QUR’AN



Amaran: Gambar-gambar di bawah pastinya akan mengundang kebencian dan kemarahan dalam diri anda… Jadi awas! Jaga mulut anda daripada berkata sesuatu yang tidak baik... (sila rujuk entri bertajuk “BERKATALAH YANG BAIK, ATAUPUN DIAM” di SINI)

Dah sedia?? Ok, sekarang lihatlah gambar-gambar di bawah yang jelas menunjukkan betapa kitab suci kalaamullah ini dihina dengan dahsyat sekali… (T_T)


Peluru dilepaskan ke arah Al-Qur’an…


Diletakkan kotoran ke atasnya...


Diletakkan alkohol dan arak di atas Al-Qur’an…


Kemudian dipukulnya Al-Qur’an dengan selipar...


Sapu/ Lap lantai guna Al-Qur’an...


Letak selipar atas Al-Qur’an??



Dan yang terakhir ni plak.. paling dahsyat antara semua yang dahsyat2 yang ditunjukkan kat sini... tergamak nak tengok??
Scroll la ke bawah...



Dgn 'biadabnya' kafir laknatullah ni pijak Al-Qur’an!!!



Biarpun kejadian ini berlaku di luar negara dan bukanlah di Malaysia, namun sensitiviti kita sebagai Muslim/ah pastinya terusik melihat Al-Qur’an yang suci diperlakukan sebegini sekali. Pasti timbul rasa marah yang membuak-buak. Saya bisa faham, sebab perasaan tersebut wujud juga dalam diri tatkala melihat gambar-gambar ni.


Melihat penghinaan ke atas Al-Qur’an, tanpa kesabaran yang tebal di jiwa, pasti akan meletuskan kekecohan besar di kalangan ummah sekarang. Pasti ada yang terasa seperi hendak menghamburkan kata-kata kesat kepada kafir laknatullah ni. Namun berbaloikah dengan sekadar menempik ke sana-sini memarahi golongan yg telah mengusik sensitiviti Muslim ini? Rasanya tak perlu, dan tak berbaloi... malah langsung tidak mendatangkan kebaikan serta manfaat buat kita semua.

Bahkan sebaliknya ketahuilah wahai muslimin dan muslimat sekalian,
inilah nilai Al-Qur’an di mata bukan Islam. Sedarilah hakikat bahawa agama kita terancam dan dihina di mana-mana sahaja...

Bukan berniat untuk memprovokasi isu ini, malah sebaliknya ingin saya bawa diri sendiri dan pembaca sekalian kepada persoalan yang lebih mendalam. Mari kita renungkan sejenak... apa salah dan silap kita sebagai Muslim/ah terhadap kitab Allah ini sehingga ada pihak yang dengan beraninya menghina Al-Qur’an sedemikian rupa??

Apakah Al-Qur’an yang merupakan kitab panduan hidup kita ini tidak lagi menjadi keistimewaan buat Muslimeen kerana sikap dan perangai penganut Islam di akhir zaman ini tidak lagi mencerminkan isi kandungan Al-Qur’an??

Apakah roh Al-Qur’an kini terlalu lemah kerana penganut-penganutnya tidak membacanya setiap hari serta merasa bimbang dan bersalah andai tidak membacanya dalam satu hari?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing...


Sama2lah kita perbaiki kelemahan diri, dan berusaha untuk berubah ke arah kehidupan yang sentiasa di bawah rahmat dan barakah-Nya. Semoga perkongsian gambar-gambar di atas ini dapat mendatangkan sensitiviti kita terhadap Al-Qur’an, sekaligus menjadikan kita semua insaf...


p/s: Sebenarnya ade banyak lagi gambar... tapi rasenya 7 keping gambar yg saya kongsikan di sini je pun dah cukup menjengkelkan mata serta bengkaknya hati kita melihat penghinaan terhadap kalaamullah yang suci ini...

Friday, January 8, 2010

MELAYU SEKARANG vs UMMAT SEKARANG


# Perkongsian cerita seorang teman…

Minggu lepas sedang saya duduk-duduk di satu tempat, ditaqdirkan saya bertemu dan berkenalan dengan seorang lawyer. Lelaki, umur lebih kurang sebaya saya. Dia ni lawyer Syariah. Kami pun bersembanglah macam-macam perkara.

Mula tu kami sembang biasa aje, yelah baru jumpa, macam strangers rasanya. Tapi lama-kelamaan kami fokus pada satu subjek. Dia ceritakan pada saya tentang salah seorang anak guam (client) dia. Client dia ni seorang perempuan Melayu, umur lebih kurang 20an. Kisahnya client dia ni nak tuntut hak penjagaan anak-anaknya daripada bekas boyfriend dia, seorang lelaki India beragama Hindu.

Perempuan tu ada 2 orang anak yang dia nak tuntut hak tu. Sekarang kedua-duanya dalam jagaan bekas boyfriend dia. Masa buat tuntutan hak penjagaan tu, dia datang dengan boyfriend dia yang baru, juga seorang lelaki India beragama Hindu. Anak-anak yang dia nak tuntut tu adalah anak luar nikah ditakrifkan sebagai "Anak Tak Sah Taraf".

Tak habis kat situ kisahnya. Selain daripada nak tuntut hak penjagaan anak-anak, dia juga nak failkan permohonan tukar agama, dari Islam kepada Hindu, yand dalam erti kata lainnya adalah Murtad!

Tambah lawyer tu lagi, si perempuan ni sanggup bersusah-payah belanja beribu ringgit upah lawyer lain untuk mohon tukar agama sebab lawyer yang bersembang dengan saya ni tadi tak mahu terima job tu. Dia sanggup keluar belanja sendiri untuk tukar agama, dari Islam jadi Hindu, hanya sebab sukakan lelaki India beragama Hindu tu. Punyalah ramai lagi lelaki Islam, tapi si perempuan ni tetap sukakan Hindu. Dia tak suka orang Islam.

Saya katakan kepada lawyer tu, kalau nak murtad, tak payah mohon dengan mahkamah, sebab kita ni sendiri yang tak mohon pun kadang-kadang boleh juga jatuh murtad secara tak kita sedari, dek kerana perkataan atau perbuatan kita. Nauzubillaah...

Lawyer tu kemudiannya bercerita pula tentang kes murtad di Malaysia yang semakin membimbangkan. Menurutnya, sejak kebelakangan ini, di mahkamah dalam Malaysia ni tak kurang dari 10,000 permohonan untuk menukar agama dari Islam kepada agama-agama lain, terutamanya menukar kepada agama Krisitan dan Hindu. Macam-macam sebab dan alasan diberikan, dari sebab jatuh cinta sampailah ke sebab saja suka-suka.

Katanya lagi, kisah budak-budak Melayu yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak remaja, membuat tattoo tanda salib di badan dan pakai rantai salib, dah banyak sangat pengaduan dari parents yang dia terima.

Sejenak saya berfikir... Hairan juga saya, kenapa orang Melayu bersusah-payah nak buat permohonan untuk keluar dari Islam? Tak cukup dengan perangai macam kafir, minum arak, berjudi, berzina, sihir-menyihir, dan segala macam perangai syaitan yang dibuatnya, ni dia kena pula mohon jadi murtad. Sedangkan segala perbuatannya dalam kehidupan sehariannya dah terang-terang menyimpang dari ajaran Islam.

Kalau dulu saya cuma mendengar dari third party tentang kisah Aisyah yang murtad, tapi kali ini saya dengar sendiri dari mulut lawyer yang mengendalikan kes seperti itu.

From the short encounter with the lawyer, I deduced that, kebelakangan ni sesetengah orang Melayu yang agaknya Muslim, are becoming the champions of many matters, termasuklah dalam hal nak melingkupkan agama dan bangsa sendiri!

Dalam hal-hal sebegini, tak banyak yang pihak berkuasa boleh buat. The judiciary system in Malaysia is based on "Common Law", atau yang terguna pakai di England. Walaupun negara kita dah 52 tahun lebih merdeka, namun pemikiran orang Melayu masih lagi dijajah. Apa yang lebih menyedihkan, kali ni secara sukarela pula orang Melayu yang asalnya Islam, mohon nak tukar agama jadi Kristian, jadi Hindu, jadi atheist, sembah pokok, sembah batu dan segala amalan karut-marut lain, selain daripada memilih untuk menjadi seorang yang beragama Islam yang menjanjikan Syurga kepada penganutnya…

Kepada saudara seIslam sekalian, renung-renungkanlah....
Wassalam...



Notakaki: Pernah terfikir, kenapa Melayu di Malaysia ni secara automatiknya beragama Islam? Lecturer kelas Methods of Da’wah saya katakan, menurut kajiannya, ianya adalah disebabkan kepatuhan rakyat terhadap Sultan. Disebabkan Sultan kita beragama Islam, maka secara automatiknya rakyat berbangsa Melayu adalah beragama Islam.. WALLAHU A3LAM... Apapun, sama-sama kita renungkan, sejauh manakah Islamnya kita... adakah hanya sekadar pada nama dan agama dalam IC kita? Nauzubillaah... Semoga hidup dan mati kita seluruhnya adalah sebagai seorang Muslim/ah... bukan hanya sekadar pada nama dan agama, tapi Muslim yang sebenar-benarnya... Aamiiin...
Related Posts with Thumbnails