Thursday, November 19, 2009

BERKATALAH YANG BAIK, ATAUPUN DIAM


"Giler ah...bangang betul budak-budak tu...siot la.."

"Woi, ko nak makan tak menatang ni, kalau ko tak nak, aku nak mentekedarah je semuanya..."

"Bodoh betul la ngko ni..aku pun nak pegi jugak, ko yang tak ajak..."

"Eleh, apa nak heran...memang mak bapak dia pun lebih kurang je bahlolnya.."

"Bapak giler laju driver tu bawak.."



TATABAHASA BARU

Saya berbangsa melayu. Bangsa timur yang terkenal dengan sifat santun, lemah lembut, bersopan dan bermacam akhlak mulia yang lain, kecuali terlalu pemalu dan pesimistik. Melayu yang masyhur dengan adab dan tatasusila. Sejarah yang berbicara membuktikan bahawa poses komunikasi masyarakt melayu pada zaman dahulu berlaku dalam keadaan yang cukup santun. Pantun dan seloka indah meniti di bibir masyarakat umum. Ganti nama yang merendah diri dan bersopan santun banyak dicatat, seperti, hamba dan tuan hamba dan sebagainya.

Masih belum pernah diajar sejak saya menghabiskan silibus pengajian bahasa melayu saya sejak dari darjah 1 sehingga tingkatan lima, tentang bahasa yang tidak sedap didengar seperti yang ada sekarang.

Dialog di atas cukup sedikit jika dibandingkan dengan istilah dan tatabahasa baru yang timbul akhir-akhir ini. Bahasa yang tempang itu melambangkan tempangnya pemikiran dan jatidiri melayu pada hari ini.

Lebih menyedihkan, ada dikalangan mereka yang bertitle ahli agama juga masih tidak mampu untuk berhati-hati dalam perkara ini. Uruf yang tidak akan dilayan kerana ianya bersalahan dengan syariat.

Lupakah Melayu Islam, bahawa ketua kita, Al-Rahiq Al-Makhtum, Muhammad SAW, pernah bersabda...



"sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengatakan perkataan yang baik, ataupun diam."


Asasnya, kita disuruh oleh baginda Nabi Muhammad SAW untuk menjaga lisan dari menuturkan perkataan yang buruk. Meninggalkan umpat, keji mengeji, kutuk mengutuk dan sebagainya.

Namun, saya ingin juga menukilkan satu lagi hadith yang lebih 'dalam' bagi menyokong hadith di atas.


"Sesungguhnya aku ini diutuskan
untuk menympurnakan akhlak yang mulia"


Maka, termaklum dan maaruf di kalangan kita (harapnya), bahawa pertuturan yang baik, lemah lembut, bersopan santun adalh sebahagian dari akhlaq yang mulia.

Pesan datuk saya ketika saya masih kecil dan kenakalan saya sedang memuncak:

"Nak buat salah, silakan. Namun, pastikan kamu sempat bertaubat...dan ingat, jangan sampai kesalahan itu kita terlupa bahawa ia adalah kesalahan akibat dari terbiasa melakukannya."

Andai masih ada yang tidak sedar akan kebiasaan yang menyedihkan ini, bahawa bahasa dan tuturmu tidak selunak yang digariskan oleh AL-Quran dan Sunnah, sedarlah, bahawa itulah tanda imanmu makin menipis. Taqwamu semakin tumpul, basirahmu semakin berkarat, dan hatimu makin zhulumat.

Sirnakanlah ianya dengan meninggalkan maksiat, mengerjakan ibadat, dan taatlah kepada tuhan yang juga pandai melaknat. Jangan hanya tenggelam dalam illusi dan strategi yang direka-reka. Kononnya dakwah itu perlu bervariasi, sedangkan asas dakwah itu kita tinggalkannya di belakang.

Akhirnya, pesan murabbi agung abad ini, ayahanda Syeikh Abdullah Nasih Ulwan:

“Anakku, jangan sibuk ingin memenangkan Islam dengan strategi semata-mata sedangkan basirahmu semakin menumpul & Ibadahmu semakin berkurang. Teladanilah Abdullah Bin Mubarak yang menggandingkan semangat jihadnya dengan ketaqwaan yang mutlaq kepada Allah. Bukankah AlBanna itu seorang yang sufi lagi haraki?”

Sesungguhnya berhalus dan berhati-hati dalam menuturkan kata serta beradat, beradab dan berbudaya itu adalah lambang muslimnya muslim, lambang mukminnya mukmin, dan ianya juga adalah lambang Taqwa.

Moga sayalah yang lebih dahulu mengamalkannya.

Kredit to: HasanHusaini.com



Notakaki: Terkejut dan hairan mendengarkan tatabahasa baru masyarakat zaman sekarang, terutamanya di kalangan remaja. Bertambah sedih apabila perkataan2 sedemikian terungkap daripada mulut seorang Muslimah… Semoga dengan perkongsian sebegini dapat menyedarkan mereka yang mungkin masih belum sedar. Jagalah tutur bahasa kita, kerana ia mencerminkan akhlaq serta peribadi kita. Gunalah bahasa yang sopan santun, namun tegas serta berhikmah!


PeRBeTuLkaN aPa yANg TeRBiaSA,
dAn BiaSaKanLaH aPa yAnG BeTuL!


6 comments:

  1. alamak! bhasa di atas 1,2,4 mmg bhsa sy slali gna kt member2... hehehehe hmmm.... adoi.... byk plak dosa sy ari ni bila baca blog awk bila baca tentang adab tido dn percakapan? byk kna kt sy 2.... adoi.... kena berubah la mcm ni... thnkz! sbb bg informasi psl ni... eh! napa awk bhsa diri awk akak kt sy? awk brapa thn klu 20 keatas xpe la sbb sy bru 19...

    ReplyDelete
  2. erk.. sori ye kalau terkena.. xde niat nk kenakan sape2 (n hakikatnya xtau pun adeq nick irfan ni dh selalu gune ayat2 tu =D).. skdr perkongsian bersama agar dapat diambil manfaatnya serta berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.. inshaAllah :)

    sebab tau nick irfan ni umur 19 la saje2 bahasakan diri akak (walaupun diri ni xla "berusia" mane) =D

    mmg xde mention directly umur diri ni.. tp leh check kat profile.. i'm IIUM student.. n skrg final year.. tinggal satu sem je lg, then pratical, kemudian inshaAllah akan graduate ^_^
    jadi pandai2la ek bajet my age.. yg pasti, of coursela 20 tahun ke atas ^_^

    ReplyDelete
  3. Salam Hani ^_^

    tq kongsi tazkirah niii...
    lebih baik diam drp berkata yg sia-sia...
    tp bila naik angin tak sedar pulak, terus jee cakap yg tak sedap di dengar...bila dah sejuk baru perasan ayat yg keluar td 'mengancam'

    **Lemahnya hambamu ini YA ALLAH**

    ReplyDelete
  4. salam kak liza ^_^

    la shukran ala wajib ya ukhti =) saya sekadar menyebarkan apa yg saya rasakan seharusnya saya kongsikan di sini.. sbb saya sendiri terasa x selesa n kurang senang tiap kali dgr "tatabahasa baru" masyarakat zaman skrg ni..

    erk biasela tu kak kalau time marah.. saya pn kdg2 mcm tu gak -_- tp lama2 saya cuba belajar untuk sabar. seboleh2nya cube elakkanlah... diamkan je diri supaya xla nantinya rasa nyesal andai terlepas kata2 yang mengguris hati dan perasaan mane2 pihak...

    :: LEBIH BAIK DIAM DARIPADA BERKATA YG SIA-SIA ::

    ReplyDelete
  5. ini antara idea yang datang menjengah juga untuk memberi teguran kepada tatabahasa yang kasar dan menjadi kebiasaan, khuatir ianya menjadi satu doa...

    Contoh: Kereta baru, shial..
    aduhai...dah tiap-tiap hari kena sebut sial...khuatir lama-lama betul-betul jadi sial...

    ReplyDelete
  6. terlupa pulak pasal ni. good point! satu lagi contoh yg memang sesuai dgn tajuk n3 ni. thanx ye.

    itula, kata2 sememangnya dianggap sebagai doa. that's why dalam Islam, kita digalakkan beri nama2 yg membawa maksud yg baik, supaya bila kita panggil seseorang tu dgn namanya, scr x langsung kita mendoakan mg dirinya jd spt mksd namanya.

    walaupun diri ni x pernah sebut word tu (nk taip pn serba salah), tp kerap jugakla dgr orang sekeliling sbt perkataan tu. agak menyedihkan. mungkin mereka x tahu bhwa kata2 tu adalah doa. atau mgkn mereka buat2 x tahu.. dgn beranggapan, itu hanyalah 1 perkataan biasa, hingga dijadikan sebutan rutin dalam kehidupan seharian.. hmm.. na3uzubillah...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails