Monday, November 30, 2009

CINTA DAN PENGORBANAN SEORANG SUAMI


Sepertimana yang telah dijelaskan dalam entri terdahulu, berqurban hendaklah disertakan dengan niat bertaqarrub kepada Allah. Justeru itu juga, ianya haruslah dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah. Segala pengorbanan yang kita lakukan, adalah demi mendapatkan keredhaan Allah SWT semata-mata.

Demikianlah juga dalam bab cinta. Cinta dan kasih sayang sesama manusia adalah fitrah, namun ia hendaklah disalurkan pada jalan yang betul dan berlandaskan agama. Andai kita mencintai seseorang (yang halal pastinya!), kita hendaklah mencitainya kerana Allah, kerana dengan itu juga, mudah-mudahan kita akan mudah menerima si dia seadanya, dan sanggup berkorban untuknya kerana Allah SWT.

Bersempena dengan Hari Raya Qurban baru-baru ini, di sini ingin saya kongsikan bersama pembaca sekalian kisah cinta dan pengorbanan seorang suami terhadap isterinya, yang mana ianya disandarkan kepada Allah SWT.
Sama-samalah kita hayati kisah ini...


Dia bukanlah seorang anak muda. Usianya sudah senja, bahkan sudah mendekati malam. Namun begitu, setiap harinya, masa Pak Suyatno, 58 tahun diisi dgn merawat isterinya yang sakit. Isterinya juga sudah tua. Mereka telah berkahwin selama lebih 32 tahun.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 4 orang anak… Dan di sinilah awal cubaan menerpa. Setelah isterinya melahirkan anak keempat, tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu berlanjutan selama dua tahun. Menginjak tahun ketiga, seluruh tubuhnya pula menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang. Lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Sejak itu, setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja, dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak merasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehinggakan siang harinya dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya pula dia pulang ke rumah memandikan isterinya, menggantikan pakaian, dan selepas Maghrib, dia temankan isterinya menonton TV sambil bercerita apa sahaja yang dialaminya sepanjang hari.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno selama lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya sambil membesarkan keempat-empat buah hati mereka. Sekarang anak-anak mereka sudah dewasa, dan tinggal si bongsu sahaja yg masih kuliah. Yang lainnya semua sudah menikah dan tinggal dgn keluarga masing-masing.

Pada suatu hari, keempat-empat anak Pak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk si ibu. Dan seperti kebiasaannya, kelihatan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanyalah satu: semoga semua anaknya berjaya.

Anak yang sulung akhirnya bersuara. Dengan kalimat yang cukup berhati-hati, dia berkata: “Pak, kami ingin sekali merawat ibu. Semenjak kami kecil, kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak mengizinkan kami menjaga ibu…”

Dengan air mata berlinang, anak itu melanjutkan kata-katanya… “Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi… Kami rasa ibu pun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak kalau masa bapak sering dihabiskan dengan berkorban seperti ini? Kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini. Kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian,” tuturnya dengan penuh merayu.

Namun demikian, Pak Suyatno menjawabnya dengan hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya… “Anak-anakku, jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu, mungkin bapak akan berkahwin lagi… tapi ketahuilah, dengan adanya ibu kalian di samping bapak, itu sudah lebih dari cukup. Dialah yang telah melahirkan kalian…”

Sejenak kerongkongnya tersekat. Kemudian disambungnya lagi… “Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak dapat dinilai dengan apa sekali pun.Cuba kalian tanya ibumu, apakah dia menginginkan keadaannya seperti ini? Kalian menginginkan bapak bahagia. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang? Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain…Bagaimana pula dengan ibumu yang masih sakit?”

Mendengarkan kata-kata yang penuh makna itu, maka meledaklah tangis anak-anak Pak Suyatno. Mereka juga sempat melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata si ibu. Dengan pilu, si ibu menatap mata suami yang sangat dicintainya itu…

Sampailah suatu ketika, Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas Subuh. Dalam siaran tersebut, juru acara mengajukan pertanyaan kepada Pak Suyatno… “Bagaimana Pak Suyatno mampu bertahan selama 25 tahun merawat isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?”

Ketika itu Pak Suyatno pun menangis… Tetamu yang hadir di studio yang kebanyakannya kaum ibu pun tidak mampu menahan kesedihan. Semuanya merasa hiba…

Dan di situlah Pak Suyatno bercerita… “Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah, maka semuanya akan luntur…

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Sewaktu dia sihat, dia pun dengan sabar merawat saya. Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya, bukan dengan mata kepala semata-mata… dan dia juga telah memberikan saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik semuanya…

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah SWT. Dan itu merupakan ujian bagi saya. Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya, apalagi saat dia sakit. Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya…

Dan saya yakin hanya kepada Allah SWT tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya… kerana DIA Maha Mendengar…”



Diolah sedikit dari catatan asal: Humaimee


Notakaki: Ada yang mengatakan, ini kisah benar. Namun tidak dapat saya pastikan sejauh mana kebenarannya kerana saya tidak tahu dari mana asalnya cerita ini. Tapi apa pun, ambillah iktibar yang boleh kita manfaatkan bersama dari kisah di atas ni. Ianya merupakan satu kisah yang wajar kita teladani. Saya yakin, masih ada lelaki-lelaki (suami-suami) di luar sana yang masih memiliki sifat sedemikian rupa. InshaAllah.

Akhirul kalam, pesan saya kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua, hargailah insan-insan yang banyak berkorban untuk diri kita... Perbaiki akhlaq dan kelakuan diri menjadi insan yang baik terlebih dahulu, inshaAllah akan dikurniakan pasangan yang juga baik akhlaqnya... (^_^)

4 comments:

  1. ya...allah... menyentuh hati cte ni hampir2 nk mengalir air mata tp sy sempat cover lgpn sedara mara ramai kt rumah... tp serius kak! sedih la... baik btol suami dia ni... susah snang bersama.. klu org lain klu isteri jd mcm 2 dh lama dorg cari lain... jika cte ni btol? kalau ada lagi pak suyatno sy doakan dia muarh rezeki dan panjang umor... klu dh tiada say doakan smoga rohnya dicucuri rahmat.. amin....

    ReplyDelete
  2. samela.. akak pun mula2 baca cerita ni, sayu n cedih je rase.. betapa baiknye si suami tu kan.. terharu sangat2 -_- mudah2an masih ada ramai lagi lelaki di luar sana yang tahu menghargai dan sanggup bersusah-payah menjaga isteri-isteri yg diuji sakit kerana Allah SWT..

    maaf, x dapat nak pastikan sejauh mane kbnrn cerita ni. tp apepun, buat suami2 yang sebegini, didoakan semoga hidup mereka sentiasa dirahmati dan diberkati.. dan andai mereka telah tiada, didoakan semoga mereka ini ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh.. aamiiin..

    ReplyDelete
  3. salam dik...

    cerita yg buat kita berfikir sekejap...
    terima kasih sudi kongsi...

    “Jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah, maka semuanya akan luntur…

    **ayat atas nii ada 'rasa'...**

    ReplyDelete
  4. salam kak.. (ternanti2 jugak saya kehadiran insan yg rajin bagi pendapat pd hampir setiap n3 saya.. muncul jua akhirnya) ^_^

    yup, mmg ayat tu ada "rasa".. smmgnya kata2 di akhir kisah ni banyak menyedarkan kita yang mudah lupa akan hakikat tu semua...

    saye pulak cukup terharu bila lelaki sebut n hargai hakikat bhwa isterinyalah yg telah melahirkan zuriat2nya ke dunia ni.. yela kan, bukan senang nak melahirkan zuriat.. (saya mmgla x merasa lagi, kahwin pn belum =D tp boleh je fikir atau bygkan.. apetah lg kalau melihat n merasakannya sendiri)...

    oleh itu wahai suami2 sekalian.. hargailah isteri yg juga merupakan ibu kepada zuriat kalian... tnpa isteri anda itu, maka xkan lahirlah zuriat di depan mata anda tu.. sesungguhnya isteri anda itu adalah amanah buat kalian...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails