Dalam entri yang sebelumnya, saya ada menghuraikan dengan panjang lebar tentang harusnya kita sebagai hamba, untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT tanpa rasa jemu dan berputus asa memikirkan doa kita yang zahirnya seperti tidak dimaqbulkan-Nya.
Justeru, dalam entri kali ini pula, saya hidangkan para pembaca kisah BUNGA DAN RAMA-RAMA, yang berkisarkan tentang doa seorang lelaki. Ikuti kisahnya…
Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.
Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.
Kemudian dia berfikir: “Allah mempunyai terlalu ramai makhluq untuk diuruskan.” Lalu dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya itu.
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat daripada pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik.
Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Melihatkan apa yang dipintanya dahulu kini ternyata telah jelas termaqbul, tidak henti-henti lelaki tersebut memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT sambil beristighfar atas kesilapannya dahulu yang telah berburuk sangka kepada Allah.
Oleh itu sahabat-sahabat semua, yakinlah... ALLAH SENTIASA MELAKUKAN SEMUA PERKARA DENGAN BETUL! Cara Allah sentiasanya cara terbaik, walaupun zahirnya kelihatan semuanya salah (pada pandangan manusia). Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah... PASTINYA ALLAH SENTIASA MENGURNIAKAN APA YANG DIPINTA PADA MASA YANG SESUAI.
aPa YaNg aNdA pInTa...
...tiDaK SeMEsTinYa aPa yAnG diPerLuKAn!
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari…
Allah nak hadiahkan kita pelangi..
ALLAH TIDAK AKAN GAGAL MEMENUHI PERMINTAAN,
teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh!
DURI hari ini...
...adalah BUNGA hari esok!
SESUNGGUHNYA... ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK
BUAT MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA...
Salam Hak Honey... post yg best.. best3! segalanya indah jika berkaitan dengan Islam... minta copy ye...
ReplyDeletesalam Apih..
ReplyDeleteHak, or Kak? hehe..
n 1 lagi, name akak ejaannya Hani, not Honey =D
tp memang ramai je duk eja Honey..
x kesahla.. mane2 pn bolehla..hehe
bak kata ipin, betul betul betul.. sememangnya Islam itu sendiri adalah agama yang indah lagi sempurna ^_^
nk copy? leh je.. sila2... sebarkanlah, moga2 ada iktibar yg boleh diambil daripadanya =)
salam dik...
ReplyDeletemanusia tidak pernah puas dengan pemberian dari ALLAH...masih tidak cukup, masih meminta, masih rasa kekurangan...
salam kak..
ReplyDeletedah macam terkejar2 lak saya nk follow jejak akak..
baru jap td balas utk komen utk n3 kat bawah ni,
ni dh de komen baru dari akak kat n3 atasnye lak =D
betol2.. sokong sangat2 pe akak katakan tu..
x terkecuali juga diri ni -_-
adakalanya masih merasa x cukup
sedangkan dah macam2 nikmat kurniaan Allah dah beri walau tanpa diminta
n bila x dapat ape yg dipinta,
terasa macam de je yg kurang..
sedangkan adalah hikmahnya kenapa Allah tak/ lambat nak tunaikan ape yg dipinta..
atau mungkin juga Allah sbnrnya dah pun beri
tapi dalam bentuk yang tersirat..
tp sebagai hamba, menilai dgn pandangan kasar,
makanya merasakan seperti masih belum dapat apa yang dipinta..
:: insaf ::
ha!!! btol3!!! slalu mcm 2 ape yg kita minta lain yg diberi oleh allah tp lama kelamaan apa yg diberi allah yg lain 2? ade hubung kait ape yg kita perlukan.... sy pernah jadi jgk... ape2 pun Syukur sbb allah x pnh melupakan hamba2 nya wlpn sebanyak mana pun......
ReplyDeletebiasalah tu dik.. manusia.. cpt membuat kesimpulan dan penilaian hanya berdasarkan dgn apa yg dpt dilihat dgn mata kasar..
ReplyDeletekita fikirkan Allah x tunaikan permintaan kita.. lain yg kita minta, lain pula yg Allah berikan.. itu semua hanyalah penilaian mata kasar manusia. bukan penilaian dgn mata hati.
itula kan.. Allah tahu apa yg terbaik buat kita. Dia juga tahu keperluan kita. Dia tahu bilakah waktunya yg tepat untuk maqbulkan permintaan kita. Sesungguhya Dia lah yg Maha Mengetahui akan segala sesuatu. jadi kita sebagai hamba-Nya, berserahla kepada Allah, dan sentiasalah husnu dzon dgn segala ketentuan-Nya :)