Friday, November 6, 2009

PESANAN BUAT KAUM HAWA



Hawa,

Andai engkau masih bujang,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu.
Andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu.
Andai engkau seorang ibu,
didiklah anakmu shingga dia x gentar memperjuang ad-din Allah.


Namun Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu.
Ingatlah akan janji Allah – wanita yang baik untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dgn lelaki yg bukan mahram,
kerana dikhuatiri dari mata akan jatuh ke hati,
lalu lahir sekuntum senyuman,
tercetusnya salam perkenalan,
dan disusuli pula dengan pertemuan berikutnya…
takut akhirnya wujudlah nafsu kejahatan yang menguasai diri...



Ingatlah wahai hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa.
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya.
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.



Yakinilah wahai hawa,

Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaq dan peribadinya.
Lelaki yg beriman akan memilih wanita yg kuat pegangan agamanya.
Lelaki yang soleh tidak menginginkan pertemuan
dengan wanita yang bukan mahramnya,
kerana dia takut ianya akan memberi kesempatan kepada syaitan
untuk menggodanya serta melemahkan imannya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,
kerana dia tahu apa matlamat dlm sebuah pertemuan lelaki & wanita,
yakni sebuah perkahwinan…



Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu,
Awasilah auratmu,
Peliharalah akhlaqmu,
Kuatkanlah pendirianmu!


Usah bersedih wahai Hawa,

Andai ditaqdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
dan menyinari kekosongan jiwamu.
Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
dan cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang mendatangkan kebahagiaan buat dirimu.



Pesanku buat Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang,
kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu,
kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah…
Cintailah ahli keluargamu,
kerana kau takkan jumpa cinta bahagia selain dari cinta keluarga…


#####################################


Ya Allah, peliharalah diriku…
Juga seluruh kaum hawa yang bergelar Muslimah…
Janganlah sesekali tangan yang mampu menggoncangkan dunia ini
Disalahgunakan untuk menggoncang iman para lelaki...



2 comments:

  1. salam hani ^_^

    "Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhi
    dan menyinari kekosongan jiwamu."

    "Cintailah Allah di kala susah dan senang,
    kerana kau akan memperolehi cinta
    daripada insan yang juga menyintai Allah"


    **ayat kat atas..terima kasih sbgai ingatan kpd diri akak**

    **mlm jumaat solat hajat utk yg amik exam di surau tempat akak, tetiba ingat hani...utk mu juga dik...insyaALLAH dipermudahkan...**

    ReplyDelete
  2. salam buat akak yang sentiasa setia berkunjung ke sini sambil memberi komen pada hampir setiap n3 ^_^

    la shukran ala wajib ya ukhty kubra =) saya juga kaum hawa.. pesanan ni sbg mengingatkan diri sndiri khususnya, serta teman2 hawa yang lain secara umumnya...

    kadang2 tengok kwn2.. ade yg frust putus cintala, duk risau x pernah de bf la.. mcm2 lg la.. tu yg letak n3 pesanan buat hawa ni.. saya juga hawa, pastinya saya sayang dan ambil berat pd semua kaum hawa juga, termasuklah pada kak liza juga ^_^

    pasal solat hajat utk yg amek xm tu.. terima kasih sgt2 ye kak... terima kasih sebab teringatkan saya serta mendoakan saya.. aamiiin... baarakallahu fiik ya ukhty..

    p/s: suke sgt dpt panggilan "dik" =D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails