Saturday, November 21, 2009

HANYA SEKADAR HANTARAN??



Baik di pertengahan tahun mahupun di akhir-akhir tahun sebegini, setiap kali cuti sekolah tiba, pastinya ada sahaja undangan majlis perkahwinan yang kita terima. Dan sudah pastinya kita akan melihat adanya Al-Qur’an sebagai hantaran “wajib”. Seperti sudah menjadi trend zaman sekarang, Al-Qur’an dijadikan salah satu hantaran yang utama buat bakal pengantin. Malah ada juga pengantin perempuan yang tidak mahukan apa-apa hantaran, melainkan hanyalah dengan sebuah kitab suci Al-Qur’an.

Secara zahirnya, amalan sebegini pastinya akan dinilai dengan penilaian positif. Tetapi harus diingat, dengan memberi ataupun menerima hantaran Al-Qur’an, itu sama sekali tidak bermakna pengirim mahupun penerimanya merupakan orang-orang yang sering membaca apatah lagi mengamalkan perintah-perintah yang terkandung di dalam kitab suci tersebut. Mungkin mereka ini menggunakan Al-Qur’an sekadar bertujuan untuk mendapatkan keberkatan. WALLAHU A3LAM...

Sebagai renungan bersama, di sini ingin saya kongsikan bersama pembaca semua sebuah kisah mengenai Kalamullah yang menjadi pilihan barangan hantaran buat bakal pengantin. Semoga ada pengisian bermanfaat yang dapat kita jadikan iktibar melalui kisah ini.
Ikuti kisahnya…




"Sayang, tengok ni. Cantiknya Al-Qur'an ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran." pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna ungu keemasan. Mana satu kita nak beli ni” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Qur'an yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Bahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu? Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari Al-Qur'an. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Baguslah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau begitu, tak perlu lah beli Al-Qur'an kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Qur'an. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik dengan hemahnya.

“Alah, pakcik ni. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan jawapan selambanya.

“Oh, baguslah. Kalau begitu belilah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang ahli masjid.

“Ala, yang tu besarlah pakcik. Kami nak pilih yang ni. Cute” senyum Jamilah sambil mengangkat Al-Qur'an warna ungu keemasan yang menjadi pilihannya. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pesan pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

^^^^^^^^^^^^^

Hari yang dinantikan akhirnya tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak Imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta-merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandang di hadapannya. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut mahu bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini? Apa Khabar?” tegur Ustaz Saad.

“Err.. Pak.. Ustaz.. khabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil dengan gagapnya. Nabil menggigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan yang lalu.

“Mm, sebelum tu, saya suka kalau berpeluang mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, Ustaz Saad merupakan antara orang yang cukup dikenali oleh penduduk di kawasan tersebut sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas Maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju Melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba menggagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah sahaja. Baca 3 ayat pertama Surah Ar-Ra’d” kata Ustaz Saad sambil mempamerkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap kali sebelum solat sebagaimana sunnah Nabi.

Surah Ar Ra'd


“Apa benda ni..” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim.. AL.. MAA.. RIII..” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-gelengkan kepala. Wajah kedua ibu bapa Jamilah bertukar menjadi merah padam. Jamilah sendiri pula entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah "almari" di dalam Al-Qur'an. Adik Nabil, cara bacanya begini: A3uuzubillaahiminnassyaithonirrajiim.. Bismillaahirrahmaanirrahiim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengaran suara gemersik Ustaz Saad. Orang ramai kelihatan ingin sekali mendengar lebih banyak lagi alunan merdu bacaan irama Al-Qur'annya.

Nabil merasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Qur'an. Ianya hendaklah dibaca, bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Qur'an. Beli Al-Qur'an, kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang Muslim...” tazkirah sudah pun bermula. Orang ramai memang senang dengan cara penyampaian Ustaz Saad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya jika kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti akan kekal begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya juga sama. Malah, ketahuilah bahawa Allah memeliharanya sehingga hari kiamat. Nabil, kamu harus tahu, orang-orang yang mengaku kitab Al-Qur'an sebagai kitab petunjuk namun kemudian mengabaikan kitab tersebut, pastinya akan dilaknat oleh Al-Qur'an itu sendiri. Begitu jugalah sebaliknya, amat beruntunglah orang-orang yang memanfaatkan Al-Qur'an setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan kandungannya, yang mana sekaligus ianya menjadikan hati mereka ini terlalu tenang walapun mereka bukanlah berpelajaran tinggi, hidup kaya-raya dan sebagainya..” kata-kata penutup Ustaz Saad cukup dikagumi orang ramai, terutamanya bagi mereka yang sering mengikuti ceramahnya.


^^^^^^^^^^^^^

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil kini melalui hari-hari yang cukup indah. Kitab Al-Qur'an yang dahulunya menjadi hantaran kini sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.

SMS daripada Ustaz Saad. Jamilah sekadar tersenyum bahagia di sisi suaminya, Nabil.

***********************

Kisah lucu yang menggerunkan…
MemBACAnya membuatkan kita tertawa sendiri…
MengHAYATInya membuatkan kita malu sendiri…
Mungkin tanpa sedar,
Kita juga seangkatan dengan “Jamilah” dan “Nabil”,
Cumanya dalam versi yang berbeza...
Na3uzubillah...

6 comments:

  1. salam Hani...

    Selamat Bercuti dik ^_^

    sebenarnyee akak dah baca citer nii kat email akak...citer yg bagus utk kita renungi bersama, macam kata Hani...akak sokong sangat2...


    "Kisah lucu yang menggerunkan…
    MemBACAnya membuatkan kita tertawa sendiri…
    MengHAYATInya membuatkan kita malu sendiri…
    Mungkin tanpa sedar,
    Kita juga seangkatan dengan “Jamilah” dan “Nabil”,
    Cumanya dalam versi yang berbeza..."


    **terasa juge kot, semoga diri ini istiqomah dlm belajar ilmu quran... YA ALLAH**

    ReplyDelete
  2. Salam kak liza ^_^

    hehe, tq2.. ala, cuti x lama mane pun kak.. tp ok la, merasa gakla cutinye.. dpt duk umah lame sket berbanding biasa =D

    saye jumpe cite ni kat merata gak, banyak sumber.. tu xtau nk kredit pada siapa. hehe. apepun, saje nk gak kongsikan kat sini.. mudah2an pembaca (esp yg x pernah baca lg kisah ni) dpt ambil pengajaran darinya.

    erk akak, maaf, ayat tu sbnrnya saya tujukan lebih kpd diri saya sendiri -_- apepun, sama2lah kita perbaiki akhlaq supaya lebih istiqomah dalam mempelajari sekaligus mengamalkan kandungan kitab kalamullah yang suci ni..

    ReplyDelete
  3. slm..kisah yg baik untuk teladan..entri2 hani ni seme mantap..kak suke bace..teruskan menulis ye..moge tulisan bermanfaat dr kite seme dpt menyaingi tulisan yg xberfaedah di alam maya ni..

    moge hani terus thabat dlm dakwah dan pjuangan...

    ReplyDelete
  4. salam buat akak juga.. kisah ni smmgnya disajikan di sini untuk dijadikan teladan buat kita semua dalam bermuhasabah diri serta memperbaiki diri menjadi insan yg lebih baik di kemudian hari, inshaAllah =)

    saya suka bace ayat pengharapan akak tu: "moge tulisan bermanfaat dr kite seme dpt menyaingi tulisan yg xberfaedah di alam maya ni.." dan untuk itu, marilah kita sama2 teruskan berjuang!

    n x lupe juga, thanx for ur support ^_^ inshaAllah andai punya kelapangan waktu, akan saya kongsikan di sini segala apa yg dapat dimanfaatkan bersama.. terima kasih ye kak kerana mendoakan saya.. aamiiin.. baarakallahu fiik ya ukhti =)

    ReplyDelete
  5. yup! cte ni byk pengajaran jd pada pasangan yg bru nk kwin jgn beli jer quran baca la skali.. hehehhee

    ReplyDelete
  6. hehe dik, siap wat pesanan penaja lagi ek..
    xpe2.. betul la tu kate adik NICK IRFAN tu..
    akak sokong! ^_^
    jgnla beli qur'an utk dijadikan hantaran semata2 sdgkan membacanya langsung x..
    agak menyedihkan..
    seolah2 Al-Qur'an tu skdr hantaran yg hanya utk dimegah2kan aje.. -_-

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails