Kebelakangan ni, hujan lebat seringkali melanda bumi Malaysia. Baik di bahagian utara, selatan, timur mahupun centre, hampir semua negeri dan kawasan pastinya mengalami hujan, tidak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Bahkan ada juga kawasan2 yang dilanda banjir disebabkan hujan yang tidak berhenti2 sepanjang hari, malah berhari2 lamanya.
Di sana sini, pastinya kita akan terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita (mungkin tanpa sedar kita sendiri juga ada membebel) merungut dan mengeluh, hanya kerana hujan. Seringkali terdengar ungkapan “cuaca buruk je akhir-akhir ni ye…”. Persoalannya di sini, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramaikah di kalangan kita yang merungut dan mengeluh apabila hujan turun?
“Ish, tak keringlah baju yang dibasuh kalau asyik hujan je…”
“Alahai… hujan lagi… hmm…”
“Tiap-tiap hari hujan… susahla macam ni…”
“Payahlah nak buat apa2 kalau hujan…”
“Hmm… hujan tak henti2.. tak boleh balik lagi la jawabnye…”
Saya yakin, pastinya kita (saya akui, termasuklah diri ini) ada melafazkan kata-kata rungutan serta keluhan seperti contoh2 di atas,kan? Itu normal. Kita manusia, insan yang hina, yang seringkali lupa dan alpa dengan segala ni3mat yang dikurniakan Allah kepada kita. Pada kita, hujan merupakan satu masalah buat diri kita.
HUJAN DAN MOOD SESEORANG
Tidak dapat dinafikan lagi, hujan seringkali dikaitkan dengan perasaan (mood) seseorang. Sebagaimana contoh-contoh rungutan dan keluhan yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan ramai orang sering merasa "bad mood" apabila hujan. Kenapa harus begitu? Kenapa orang selalu bad mood tatkala dilanda hujan?
Dan begitulah juga sebaliknya. Apabila dilihat seseorang dalam keadaan mood yang tidak berapa elok, pastinya hujan turut dikaitkan. "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram?" ... Macam biasa je kan dengar contoh ayat ni? Persoalannya, kenapa hujan turut dikaitkan dengan mood seseorang? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram (tidak ceria). Kasihan hujan... tak pasal-pasal dikaitkan sama...
HUJAN PEMBAWA RAHMAT
Cuba kita renungkan kembali... Tidakkah kita terfikir, bahawa hakikatnya hujan itu adalah rahmat? Cuba kita perhatikan firman Allah dalam surah Al-A’raaf, ayat 57, mafhumnya:
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)" (Al-A'raaf, 7: 57)
Sahabat-sahabat semua, sedarilah bahawa terdapat banyak manfaat yang dapat kita peroleh melalui ni3mat hujan. Dengan diturunkan hujan, ianya membersihkan udara, menyuburkan tanaman, dan membekalkan air ke empangan. Ini sikit sahaja contoh kebaiikan yg saya nyatakan di sini. Hakikatnya ada banyak lagi kebaikan hujan.
MUSTAJABNYA DOA TATKALA HUJAN
Oleh itu, marilah sama-sama kita perbertulkan keadaan ini... Sedarilah, apabila hujan turun, hakikatnya terlalu banyak rahmat yang Allah limpahkan buat manusia sekalian alam. Justeru itu juga, kita amatlah digalakkan untuk berdoa kepada Allah saat turunnya hujan kerana ianya adalah waktu mustajabnya doa seseorang.
Nabi SAW bersabda (maksudnya): "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat, dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)
Sekarang ni, di tempat kita, hampir setiap hari hujan. Bererti, tiap-tiap hari, pastinya ada masa untuk doa kita menjadi mustajab. Jadi kenapa kita lepaskan peluang keemasan ini dengan rungutan dan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan air yang tertumpah (hujan yang lebat)" (al-Qamar, 54: 11)
HUJAN TURUN MENGIKUT SUKATAN
Harus diingatkan juga, rahmat yang datang bersama turunnya hujan, tidak hadir begitu sahaja. Bahkan ketahuilah sesungguhnya turunnya hujan itu juga adalah mengikut sukatan yang tertentu.
"Dan Kami turunkan air dari langit menurut kadar sukatannya, lalu Kami tempatkan air itu di bumi; dan sesungguhnya Kami berkuasa melenyapkannya." (Al-Mu’minun, 23: 18)
Mungkin sebelum ni kita tidak tahu atau terlupa. Baru hari ini kita tahu, sedar, dan teringat bahawa Allah SWT turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, dan ada juga sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah. WALLAHU A3LAM…
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami beri kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr, 15: 22)
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi, dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Hud, 11: 123)
KESIMPULANNYA…
Jadi kesimpulannya di sini, marilah sama-sama kita perbaiki kesilapan diri kita… hentikanlah tabiat merungut dan mengeluh saat turunnya hujan. Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa? Maka perbanyakkanlah berdoa ketika hujan turun, mudah-mudahan doa kita menjadi mustajab dan diterima Allah ^_^

p/s: Sebenarnya post ni dah lama dikarang, cadang publish pada awal November, tengah musim hujan lebat, tapi atas sebab-sebab tertentu, maka ianya tertangguh sehinggalah terhasilnya entri ni… Tapi sekarang ni pun kadang-kadang hujan juga kan? Cuma taklah kerap dan lebat seperti bulan yang lepas. Apapun, semoga perkongsian ni dapat dimanfaatkan bersama…
salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.
ReplyDeletesalam dik...
ReplyDeletekadang2 kita leka dgn nikmat yg ALLAH bagi...hujan,panas,mendung,...lupakah kita ini semua dari ALLAH?? ...kita masih merungut dan mengeluh...
di pantai timur minggu ini masih lagi hujan dan banjir datang lagi...
to Anak Pendang Sekeluarga:
ReplyDeletesalam, wa shukran ala ziarah :)
alhamdulillah, shukur andai ianya dpt diterima sbg nasihat yg berguna lagi bermanfaat..
p/s: saya kurang faham la.. ape kaitannya kerosakan perempuan berpunca dari lelaki yang rosak, dengan n3 saya ni yg menceritakan tentang hujan?
salam kak.. (mcm tau2 je ek saya suke dipanggil "dik"/"adik") ^_^
ReplyDeleteha'ah, sokong pe akak katakan tu.. kita ni manusia sering leka.. Allah sbnrnya berikan kita ni3mat melimpah-ruah, n dalam pelbagai bentuk.. tp kita pulak sering salah tafsir, hanya menilai lbh ikutkan emosi dan pandangan mata kasar. kita mudah menilai sesuatu melalui apa yg tersurat tanpa memikirkan apa yg tersirat di sebaliknya... :: insaf ::
ha'ah, tadi ade jugak dgr berita hujan dan banjir melanda negeri2 pantai timur lagi..
alamak! kata2 mengeluh 2 mcm ayat2 sy jer..... hehhee tp skrg sy xnk mengeluh dh sbb btol kata akak hujan 2 rahmat wat ape nk marah.... :-D
ReplyDeleteto NICK IRFAN:
ReplyDeletehehe dik.. ade gak atr contoh keluhan2 tu yg akak sendiri pun kdg2 duk sebut gak -_-
tp tula kan.. pikir2, hujan tu sebenarnya rahmat, dan berdoa saat hujan turun tula waktu mustajabnya doa seseorang.
smga lepas ni kita sama2 hentikan amalan merungut dan mengeluh ni.. sebaliknya panjatkanlah doa tatkala hari hujan, mudah2an doa kita itu dimaqbulkan-Nya..