Saturday, November 14, 2009

10 KEADAAN TIDUR YANG DITEGAH





Islam merupakan agama yang sempurna, yang mengajar umatnya bagaimana seharusnya menguruskan hal kehidupan seharian. Segalanya merangkumi segala aspek kehidupan ada dijelaskan dalam agama Islam. Baik yang wajib/ fardhu, sunnat, harus, makrukh, mahupun haram.

Ini termasuklah dalam hal tidur. Tidak dapat dinafikan, tidur merupakan satu keperluan. Sememangnya kita memerlukan tidur yang cukup bagi membolehkan fizikal dan mental kita kembali cergas dan cerdas setelah mendapatkan rehat yang secukupnya semasa tidur.

Namun demikian, adalah sebaiknya jika tidur kita juga adalah mengikut apa yang diajar di dalam Islam. Posisi untuk tidur, waktu untuk tidur, serta keadaan tidur, semuanya ada disebut dalam Islam. Ini bermakna, kita tidak sepatutnya tidur mengikut kehendak hati kita pada waktu bila-bila sahaja serta dalam keadaan bagaimanapun jua.

Justeru, dalam entri kali ini, ingin saya kongsikan sedikit bersama sahabat-sahabat semua tentang tidur-tidur yang sunnat dikejutkan. Dalam erti kata lain, jika kita melihat seseorang itu tidur dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan di bawah ini, maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mengejutkannya.



APAKAH 10 KEADAAN TIDUR YANG DIMAKSUDKAN?


(1) Tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.

Ini berdasarkan hadith Abu Bakrah RA, beliau berkata: “Aku keluar bersama Nabi SAW untuk menunaikan solat subuh. Baginda tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”

(HR Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


(2) Tidur di hadapan orang yang solat.

Ini adalah kerana, orang yang tidur dalam keadaan tersebut sedikit sebanyak akan menggangu orang yang solat.


(3) Tidur di atas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sesiapa yang tidur di atas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas daripada tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).”

(HR Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


(4) Tidur dalam keadaan sebahagian badan terkena cahaya matahari sedangkan sebahagian lagi tidak kena cahaya matahari (kerana ianya adalah TEMPAT JIN SYAITAN).

Nabi SAW bersabda (maksudnya): “Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuhmu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena, hendaklah dia beredar.”

(HR Abu Daud – semua perawinya thiqah)


(5) Tidur pada waktu subuh.

Nabi SAW bersabda (maksudnya): “Tidur subuh menegah rezeki.”

(HR Ahmad - sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur pada waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata: “Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”


(6) Tidur sebelum waktu isya’ (kerana makruh tidur waktu itu).

Ini disebut dalam hadith yang panjang, riwayat daripada Abi Bakrah RA dimana beliau berkata: “Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya’ dan sembang-sembang selepasnya.”

(HR Bukhari - sahih)


(7) Tidur selepas solat asar.

Nabi SAW bersabda (maksudnya): “Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang aqalnya, janganlah dia mencela melainkan dirinya.”

(HR Abu Ya’la - sanad lemah)


(8) Tidur berseorangan di rumah.

Hukum ini disebut oleh Al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


(9) Perempuan yang tidur menelentang.

Ini kerana ianya makruh sepertimana yang disebut dalam kitab al-minhaj Fi Syu’abil Iman. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


(10) Tidur dalam keadaan meniarap.

Nabi SAW melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasul-Nya.”

(HR Tirimizi dan Ahmad - hasan lighairihi)

Abu Umamah RA berkata: Nabi SAW lalu berhampiran seorang lelaki yang tidur meniarap di masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata (maksudnya): Bangunlah kamu daripada tidur, dan duduklah, sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”

(HR Ibnu Majah)


Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.



Notakaki: Hadith yang lemah sanadnya mungkin boleh dipersoalkan. Tapi rasanya tak salah juga kalau kita elakkan tidur dalam keadaan-keadaan tersebut. Sebaik-baiknya, contohilah cara tidur Rasulullah SAW iaitu tidur pada waktu yang sepatutnya, dan dalam keadaan tidur dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi, dan pastikan juga kaki kita tidak menghadap ke arah Qiblat.

10 comments:

  1. salam..honey tau tk kenapa disuruh beredar dr tidur bila hanya sebelah bdn kita kena matahari?

    ReplyDelete
  2. Salam..

    terima kasih sudi beri komen..
    soalan anda amatlah dihargai ^_^

    jujurnya saya juga tertanya2 apa sebabnya. jadi saya cuba mencari jawapannya. dan setelah itu barulah saya tahu kenapa kita disuruh beredar dari tempat tidur kita andainya hanya sebahagian sahaja badan kita terkena cahaya matahari sdgkan sebahagian lainnya tak kena..

    saya tak tahu saudari hanya mahu tahu samada saya tahu atau tak, ataupun saudari mahukan penjelasan utk itu. apepun, saya jelaskan juga di sini kalau2 ada yang lain yg mungkin belum tahu dan masih tertanya2 =)

    hasil pembacaan saya, jawapan yg saya peroleh..
    ianya adalah kerana tempat yang berada separuh cahaya matahari and separuh lagi tidak itu adalah TEMPAT UNTUK JIN SYAITAN (boleh rujuk kepada buku 'Dialog dengan Jin Islam' karangan Muhammad Isa Dawud, ms 235&356)

    sebab tula kita ditegah tidur dalam keadaan begitu..
    ada juga yang kata, sebenarnya saat kita sedar/ berjaga (bukan sdg tidur), pun sbnrnya sebolehnya elakkan diri berada dalam keadaan sedemikian..
    mksdnya, jgnlah dibiarkan separuh badan sahaja yg terkena cahaya matahari..
    biarlah terkena keseluruhannya, ataupun tidak kena keseluruhannya.. tp bukanlah half-half..
    WALLAHU A3LAM...

    ReplyDelete
  3. rasanya ada baiknya kalau saya edit sedikit n3 ni kat bahagian tu.. spy lebih jelas sbbnya buat pembaca, tanpa perlu baca penjelasan di bahagian komen ni..

    :: edited ::

    ReplyDelete
  4. salam hani...

    tq kongsi ilmu yg dianggap remeh oleh sesetengah orang...
    akak pun baru tahu pasal no. 3 dan no. 4 dan no.8
    no.5 akak rasa memang ramai orang buat terutama hari minggu ^_^

    ReplyDelete
  5. salam kak liza..

    terima kasih kembali sbb rajin singgah baca2 n tinggalkan komen di hampir setiap n3 ^_^

    tula kan, mungkin ramai lagi yg masih anggap ni hal remeh.. adakalanya kalau dah ngantuk, main tidur je.. x kesahlah kat mane, waktu mane, n camne posisi tidur tu..
    x terkecuali gak diri ni -_-

    saye pn kurang tahu jugak tentang keadaan2 tidur yg ditegah ni.. tp kalau nk tidur tu, sebolehnya saya amalkanla ape yg saya tahu (spt tidur mengiring ke kanan n kaki jgn menghadap ke arah qiblat)..

    no.4 tu pun info yg agak baru buat saya juga. yg no.5 tu.. hehe, betul3.. (x terkecuali diri ni gak -_- )

    apepun, diharap dgn perkongsian x seberapa ni, dptlah kita sama2 elak dan tinggalkan terus keadaan2 tidur yg ditegah ni, inshaAllah :)

    ReplyDelete
  6. 1,2,3,6,8 sy xpnh buat la... tp! er.. er...4,5,7,10 yg 2 slalu jgk la.... eh! x bleh ker? ingatkan tio ni mcm mne pun xpe rupanye ada jgk pantang larang ek? hmm..

    ReplyDelete
  7. tertanye2 jap.. mane no 9 nye? pernah ke x buat.. tp bile tgk balik kat n3 ni, rupenye no 9 tu mention "perempuan.." patutla xde dlm senarai ek.. hehe. tapi sbnrnya same je.. laki pn x elok tidur menelentang =D

    yup, tidur pun ade adab dan caranya.. ada jugak keadaan2 tidur yang ditegah..
    tula, mungkin ramai lagi yg x tahu n ambil remeh je soal tidur ni..
    sebab tula kat sini dikongsikan bersama tentang 10 keadaan tidur yg ditegah ni..
    mudah2an lepas ni sama2lah kita (diri ni pn x terkecuali) elak dan tinggalkan trus keadaan2 tidur yang dilarang ni ye :)

    ReplyDelete
  8. satu perkongsian yang baik...get something from here...thanks

    ReplyDelete
  9. la shukran ala wajib =)

    sekadar menyampaikan, mudah2an ada manfaat darinya yang boleh kita ambil dan amalkan..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum..
    saya ingin bertanye adakah berdose apabila tidur memeluk bantal?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails