Wednesday, November 25, 2009

FADHILAT MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN


Tidak dapat dinafikan lagi, ibadah qurban atau penyembelihan haiwan qurban merupakan satu ibadah yang cukup mulia. Ibadah ini yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, jika dilaksanakan, inshaAllah akan beroleh banyak fadhilatnya. Sesungguhnya fadhilat serta kelebihan ibadah qurban ini, amatlah besar buat mereka yang melaksanakan perintah Allah ini. Antara fadhilatnya yang dapat saya kongsikan bersama di sini termasuklah:


1. Menambah amal kebajikan.

Zaid bin Arqam R.A. meriwayatkan (maksudnya): "Para sahabat Rasulullah bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?’ Rasulullah menjawab: ‘Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim’. Mereka berkata: ‘Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai rambut satu kebajikan’. Mereka berkata: ‘Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.’" (Hadith riwayat Ibnu Majah)

* Pengertian kebajikan (hasanah) mempunyai maksud yang berbeza-beza di kalangan para ulama’ ahli tafsir. Hasanah adalah satu perkataan yang mempunyai maksud yang subjektif. Terdapat banyak penjelasan daripada mereka tentang tafsiran kalimah ‘hasanah’, antaranya:

# Ibnu Kathir: Kebajikan atau kebaikan (hasanah) di dunia itu meliputi semua yang bersifat keduniaan seperti sihat, selamat, tempat tinggal yang luas, isteri yang baik, rezeki yang banyak dan sebagainya. Manakala hasanah di akhirat pula, yang paling tinggi ialah masuk syurga dan selanjutnya semua kebahagiaan yang menjadi pelengkap kehidupan dalam syurga itu.

# Al-Qadhi al-‘Iyadh: Hasanah itu ialah ni3mat iaitu sama ada ni3mat dari segi limpahan kurnia di dunia atau limpahan kurnia di akhirat atau ni3mat terpelihara dari siksaan.

# Imam Al-Qurthubi: Hasanah membawa maksud iman. Sebagai contoh, barangsiapa yang mengucapkan syahadah, maka baginya setiap amalan kebaikan yang dilakukannya di dunia ini akan digandakan dengan sepuluh ganda dari segi pahalanya. Ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah berfirman: Sesiapa yang datang (melakukan) satu kebajikan, maka baginya sepuluh ganda pahala sepertinya dan Aku (Allah) akan menambahnya lagi.” (Hadith riwayat Muslim)


2. Mendapatkan keampunan bagi menebus dosa yang lalu.

Sabda Rasullah SAW kepada Sayyidatina Fatimah (maksudnya): "Hai Fatimah,berdirilah di sisi qurban mu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadith riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)


3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah SAW (maksudnya): "Wahai manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadith riwayat Thabrani)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda (maksudnya): "Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih haiwan qurban). Sesungguhnya haiwan qurban itu akan datang pada Hari Qiamat nanti lengkap dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan qurban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu laksanakan qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.


INFO TAMBAHAN...

Menyembelih haiwan qurban pada Hari Raya Adha juga adalah bertujuan untuk menghidupsuburkan salah satu sunnah yang dicontohkan oleh Nabi Ibrahim AS yang mendapatkan perintah melalui mimpi untuk menyembelih anaknya yang sangat disayangi dan dicintainya, iaitu Nabi Ismail AS, yang kerana ketundukkannya itu Allah kemudiannya menggantikan diri anaknya itu dengan menyembelih seekor kibas (domba), yang mana amalan ini kemudiannya terus berlanjutan sampai akhir zaman, sebagaimana diungkapkan kisahnya dalam Al-Qur’an (37: 102-111).

Dengan melaksanakan ibadah qurban, secara tidak langsung, kita juga termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mensyukuri ni3mat atas rezeki serta keleluasaan yang diberikan Allah SWT kepada kita, yang mana bentuk kesyukuran tersebut dizahirkan melalui pelaksanaan syariat-Nya (melakukan ibadah qurban). Allah SWT berfirman (mafhumnya):

“(Dan mengorbankan) unta yang Kami jadikan untukmu sebahagian syiar (agama) Allah, untukmu ada kebaikan di dalamnya. Sebab itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya (ketika ia masih berdiri). Apabila ia telah jatuh ke tanah (mati), makanlah sebahagiannya dan berilah makan orang yang tidak meminta dan orang yang meminta. Demikianlah Kami tundukkan (serah) haiwan itu kepadamu, mudah-mudahan kamu bersyukur” (QS, 22: 36)

Sebagaimana yang diketahui, ibadah qurban haruslah beserta dengan niat untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Dan dalam usaha untuk bertaqarrub kepada Allah, kegiatan memberi makan (daging qurban) kepada sesama manusia, terutamanya kepada golongan faqir miskin, dapat mewujudkan rasa kasih dan sayang yang seterusnya membawa kepada hubungan persaudaraan yang erat sesama manusia. Dan sesungguhnya menyayangi sesame manusia pada hakikatnya mengundang rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT dan seluruh makhluq-Nya yang ada di langit.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Sayangilah oleh kamu sekalian sesama manusia yang ada di muka bumi ini, maka pasti akan menyayangi kepada kamu makhluq yang ada di langit.”

Akhirul kalam, sebagai umat Rasulullah SAW, kita kaum muslimin diperintahkan untuk mengikuti sunnah Nabi Ibrahim AS, sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali-Imran (mafhumnya):
“Katakanlah: Benar apa yang di firmankan Allah. Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus. Dia tidaklah termasuk orang-orang yang musyrik” (QS, 3: 95).

Rujukan:
1) al-azim.com
2) masjid annahl
3) ezqurban.org


Notakaki: Jika kita perhatikan, kesemua fadhilat yang dinyatakan diberikan kepada pelaksana, yakni orang yang melaksanakan ibadah qurban tersebut, dan bukanlah buat si penerima daging qurban. Oleh itu, peluang melakukan ibadah qurban yang hanya datang beberapa hari dalam setahun di bulan Zulhijjah ini tidak wajar diabaikan dan dilepaskan begitu sahaja. Benar, hukumnya tidaklah sampai tahap wajib, namun demikian, hokum sunat muakkad ini seharusnya dilihat dari perspektif yang berbeza, bahawa “Alangkah ruginya!” bagi sesiapa yang meninggalkannya. Justeru itu juga, andai diri berkemampuan, maka segeralah merebut peluang untuk mendapatkan ganjaran yang cukup besar melalui pelaksanaan ibadah qurban ini…WALLAHU A3LAM.


Memandangkan blog ni x akn diupdate utk beberapa hari mulai esok,
jadi di kesempatan yang ada ni, terlebih dahulu ingin saya ucapkan...


SeLaMaT MeNyAmBuT HaRi RaYa AiDiL AdHA
dAn
SeLaMaT MeNuNaiKaN iBaDaH QuRBaN (^_^)

11 comments:

  1. Salam...
    Selamat Hari Raya Aidil Adha...
    ada buat korban tahun ni? (^_^)

    ReplyDelete
  2. slamat ari raya qurban!!! hehehe x blk kmpung ker?

    ReplyDelete
  3. to Fakrul Islami:

    Salam ya akhi =)
    Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Fakhrul juga..
    parents adela buat qurban..
    saye sendiri scr jujurnya belum lg..
    tgk haiwan qurban kena sembelih pun xleh..
    takut, cam cian, n jd terbayang2 lak pastu..
    ya Allah.. lemahnye iman hambaMu ini -_-

    ReplyDelete
  4. to NICK IRFAN:

    selamat hari raya qurban buat nick juga ^_^
    adeh, soalan.. mcm tau2 je ek..
    ha'ah, x balik kg pun..
    raye kat sekitar selangor-KL ni jela..
    tu pn x ramai sedara mara kat cni =(

    ReplyDelete
  5. salam dik ^_^

    tazkirah yg baik untuk dikongsi, terima kasih.

    "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) ALLAH ,
    tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya…"
    (Al-Hajj-37)

    salam aidiladha untuk hani sekeluarga...

    ReplyDelete
  6. salam kak ^_^

    la shukran ala wajib ya ukhti =) sy skdr berkongsi apa yang inshaAllah boleh dimanfaatkan bersama, mudah2an~

    yup, saya ada mention ayat dr surah Al-Hajj tu dalam n3 yg sblm ni. apepun, thanx sbb ingtkan semula di sini :)

    thanx. salam aidiladha buat akak sekeluarga juga (^_^)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam Aidiladha untuk Akak,

    eyh, segan la Apih.. segan kenapa.. kita selalu baca entri masing-masing.. tapi beza Apih dengan Akak. Akak selalu comment Apih. Comment yang membina dan panjang lagi! Apih pulak sebaliknya.

    Takpa.. lepas ni Apih rajin2kan diri untuk Comment Akak. insyaAllah.

    p/s : ada tulis

    'Error : Script error. at line 0 in http://www.blogger.com/static/v1/widgets/709343109-widgets.js'

    kat page akak setiap kali nak scrool kebawah.. kenapa? ada something wrong ni. cepat repair! huhu~

    ReplyDelete
  9. Salam Aidiladha buat Apih juga ^_^

    small matter la dik. xde masalah pn wat akak. jd xpayahla nk segan2 ek. Apih bukannya langsung xde drop komen. cuma jarang2, x sekerap akak drop komen kt blog Apih. tu je =)

    alahai Apih, xyahla susah2. akak drop komen kt blog apih tu sebab akak rajin nk drop komen. bkn dgn niat harap apih balas drop komen byk2 gk kat blog akak =D serius akak x kesah mane, jd xyah la nk segan2 ek.

    erk.. pasal error tu.. ntah. akak pn kdg2 nk balas komen ni, kuar gk error gitu. kdg2 tu lak, kuar error lain. tp de mase gk, ok je, xde lak kuar ape2 error.. nape ek? akak pn x taula dik.. tula, nk kena repair la nmpknye.. mm, apih leh tlg akak repairkan?? hehe~

    ReplyDelete
  10. saya ada juga join tahun lepas memang best lah rasa puas sangat, tahun ni tak dapat join sbb sebuk sikit nak g singapore time raya kelam kabut sikit

    ReplyDelete
  11. to Mohd Taufiq:

    owh, yeke? bagus2 ^_^
    xde rezeki ye utk tahun 1430H nye? xpela..
    inshaAllah tahun 1431H ni kalau de kesempatan dan berpeluang, lehla join lagi :)
    raye kat singapore ek? kampung mmg singapore ke? saya baru 2 kali jejakkan kaki kat singapore :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails