Friday, September 18, 2009

TERIMALAH SEADANYA…



Tengok latest update teman-teman bloggers yang lain, hampir kesemuanya sudah mula saling mengucapkan ucapan selamat sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Terasa diri seperti agak ketinggalan pula..

Malam ni malam terakhir bertarawih sempena Ramadhan Al-Mubarak... Sedih rasanya nak tinggalkan bulan penuh berkat ni.. Mudah-mudahan segala amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima-Nya, dan moga kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang akan datang tahun berikutnya pula.. Aamiiin..

Berbalik pada isu ucapan selamat sempena lebaran yang bakal tiba, baru2 ni ada terima kad raya dari teman blogger seperjuangan, tak lain tak bukan, dari sis SYAUQAH MUJAHIDAH (^_^).. terima kasih...

Memandangkan itu kad raya pertama n satu2nya kad raya yang diterima setakat ni (macamlah akan terima lagi lepas2 ni.. hehe), jadi nak letak kat sini, sebagai tanda penghargaan.. inilah kadnya...



Dan sebagai membalas, hanya kad raya simple ni ajelah yang dapat diberi.. terimalah seadanya ye..



Kad raya yang tak serupa kad raya ni saya berikan juga kepada:

> Pengikut2 setia blog ni (Followers),
> Teman-teman bloggers yang letak link ke blog ni,
> Rakan-rakan yang mengenali diri ni (biarpun kalian tak punya blog sendiri, pun boleh ambil kad ni kalau nak), dan
> Sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini dan berminat nak ambil kad ni…




Notakaki: Nak terima ke tak, terpulanglah… Nak letak kat blog kalian ke tak, terserahlah… Tiada paksaan... Diri ini sedar betapa kad tu langsung tak lawa n tak menarik (^_^)



..:: SALAM LEBARAN BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
WALAU DI MANA JUA ANDA BERADA ::..

2 comments:

  1. ...salam aidilfitri dr akak, mohon maaf selama kita "bersahabat"...

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri juga wat kak liza..
    saya pun nak mohon maaf dengan akak andai ada tersilap kata tersalah laku dengan akak selama kita "bersahabat" di alam maya ni ^_^

    # sorry lambat balas komen akak ni kat sini.. tp saya memang dh wish raya awal2 lagi kan kat blog akak? n juga secara umumnya dalam entri ni =D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails